Cara Tukar Nama Penyewa Bil Tnb Dengan Mudah
Cara tukar nama penyewa bil TNB penting bagi mengelakkan pemilik premis menanggung tunggakan bil elektrik penyewa.
Melalui proses Tukar Penyewa (COT), akaun didaftarkan atas nama penyewa supaya mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bil, dan permohonan boleh dibuat melalui portal myTNB (https://www.mytnb.com.my/) atau Kedai Tenaga berhampiran.
Apa itu Pertukaran Nama Akaun TNB
Pertukaran nama Akaun TNB merujuk kepada proses pembukaan akaun baru oleh pelanggan yang berpindah masuk ke premis yang sudah mempunyai pemasangan bekalan elektrik sedia ada.
Proses ini membolehkan pemilik baharu atau penyewa mendaftarkan nama mereka sendiri bagi akaun elektrik, sekaligus memastikan tanggungjawab pembayaran bil elektrik di bawah nama yang sah.
Langkah ini penting kerana ia membantu mengelakkan risiko dibebani tunggakan bil elektrik oleh pemilik atau penyewa terdahulu.
Dengan melakukan pertukaran nama, akaun elektrik akan diperbaharui dengan maklumat pelanggan baharu, sekaligus memudahkan pengurusan bil dan pemnbayaran secara rasmi oleh penghuni semasa.
Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB
Berikut adalah cara tukar nama penyewa bil TNB yang perlu anda lakukan:
Layari laman portal myTNB, melalui browser https://www.mytnb.com.my/
Pada laman ini semak, anda perlu log masuk ke akaun myTNB seperti biasa.
Jika anda belum mempunyai akaun myTNB, tekan pada New Here? Register Now! untuk membuka akaun tersebut
Setelah log masuk, pada bahagian ini, tekan pada “I am and Individual” bagi tujuan kegunaan sebagai pemilik atau penghuni kediaman.
Sekiranya sudah selesai, tekan butang Confirm.
Seterusnya, anda perlu memilih jenis kediaman dan status kediaman tersebut sama ada anda adalah pemilik atau sebaliknya.
Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.
Sekiranya anda pertama kali membuka akaun, terus scroll ke bawah dan pergi ke bahagian “I Want to Apply for New Electricity Account” dengan menekan butang “Get Started”.
Pada laman ini, anda perlu isikan alamat kediaman tersebut pada ruangan yang disediakan.
Pastikan alamat tersebut adalah betul dan tepat untuk memudahkan pencarian melalui sistem.
Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
Seterusnya, anda perlu memilih tujuan permohonan ini pada senarai yang diberikan serta jenis pemilikan kediaman tersebut.
Anda juga perlu menyediakan dokumen seperti yang diminta, ini untuk memudahkan proses permohonan seperti salinan IC, sekiranya sudah selesai tekan butang “Start Application”.
Pada laman ini, isikan butiran diri anda. Sekiranya sudah selesai, tekan butang “Save and Proceed”.
Seterusnya, anda perlu isikan maklumat premis seperti yang diminta. Sekiranya sudah selesai, tekan butang “Save and Proceed”.
Pada bahagian “Documents & Acknowledgement” pula, anda perlu memuat naik dokumen seperti yang diminta dan lengkapkan sahaja proses tersebut sehingga selesai.
Akhir sekali, selepas anda telah bersetujui dengan terma dan syarat yang dinyatakan, tekan butang “Submit”.
Kemudian, ia akan memaparkan status permohonan anda beserta nombor rujukan.
Mengikut pengalaman kami, sekiranya permohonan anda mempunyai masalah atau ada kesilapan, pihak mereka akan terus menghubungi anda.
Dokumen yang Diperlukan
Borang Permohonan
Salinan Kad Pengenalan (Individu / Wakil yang dilantik)
Surat Kebenaran dengan Kepala Surat Syarikat
Salinan Sijil Pendaftaran (Borang 9 & 49 atau Sijil Pendaftaran)
Bukti Dokumentari Penghunian Premis
Diperlukan Bayaran oleh Pemohon
Deposit: dua bulan bekalan elektrik bergantung kepada jenis premis (tunai atau cek)
Duti setem
Yuran pemprosesan (RM3.00 untuk voltan rendah atau untuk voltan sederhana dan voltan tinggi)
[Video] Cara untuk Menukar Nama di Bil TNB
[FAQ] Bekalan Elektrik Antara Pemilik dan Penyewa

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan pertukaran nama akaun TNB, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
Hubungi One Stop Engagement Centre TNB di 1300-88-5454
E-mel ke
[email protected]
Layari www.tnb.com.my dan klik Hubungi Kami > Khidmat Pelanggan > Hantar Maklum Balas
Layari www.tnb.com.my dan klik Ikuti Kami > Berbual Dengan Kami
Kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan TNB
Senarai Kedai Tenaga
Soalan Lazim (FAQ)
1. Sesetengah pemilik rumah terpaksa menanggung bil yang tinggi apabila penyewa berpindah keluar. Bagaimanakah anda boleh melindungi diri sebagai seorang tuan rumah? Terdapat dua cara:
1. Sebelum penyewa masuk, anda boleh membuat Pertukaran Nama Akaun (Change of Tenancy) dan menjadikan penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut. Namun begitu, ini juga bermakna anda akan kehilangan hak untuk membuat pemotongan bekalan sekiranya penyewa gagal menjelaskan bil elektrik bulanan.
2. Daftar dengan e-Services supaya anda boleh memantau penggunaan serta pembayaran bil elektrik bulanan oleh penyewa.
2. Bolehkah pemilik premis yang bukan Pengguna Berdaftar memohon untuk memotong bekalan dan menamatkan kontrak premis yang masih diduduki oleh Penyewa? Tidak boleh. Pemilik premis tidak berhak mengarahkan pemotongan bekalan elektrik kerana kontrak bekalan elektrik telah ditandatangani di antara TNB dan Penyewa premis.
3. Penyewa baru ingin memohon untuk bekalan elektrik, bolehkah TNB menuntut baki amaun bil elektrik yang belum diselesaikan oleh Penyewa lama? TNB tidak boleh menuntut jumlah bil yang tertunggak atau sebarang amaun yang disebabkan penggunaan elektrik oleh Penyewa lama daripada Penyewa baru.
4. Adakah pemilik premis bertanggungjawab terhadap tunggakan bil elektrik yang belum selesai? Tidak. Penyewa yang telah meninggalkan premis tersebut perlu menyelesaikan sebarang amaun yang disebabkan penggunaan elektrik.
5. Penyewa yang bukan Pengguna Berdaftar telah meninggalkan premis dengan tunggakan bil elektrik yang masih belum diselesaikan oleh beliau. Adakah Pemilik premis selaku Pengguna Berdaftar bertanggungjawab terhadap tunggakan bil elektrik yang belum diselesaikan? Ya, Pemilik premis sebagai Pengguna Berdaftar adalah bertanggungjawab ke atas tunggakan tersebut dan mungkin berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh TNB.
Baca juga:
TNB Online – Semak & Bayar Bil Elektrik (www.mytnb.com.my)
Skim ToU TNB – Maksud, Waktu Puncak, Syarat & Cara Mohon
myTNB: Cara Semak Bil Elektrik Online (Harian & Bulanan)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/cara-tukar-nama-penyewa-bil-tnb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-tukar-nama-penyewa-bil-tnb