Fazley Yaakob Dapat Jumpa Anak Isteri Selepas 30 Hari Terpisah
Akhirnya Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob dapat pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri dan anak-anaknya selepas 30 hari terpisah apabila terpaksa mengasingkan diri selama 14 hari kerana tuntutan kerja di Singapura.
I'M FINALLY HOME! 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat!
Siapa jer tak sedih bila kita terpaksa berpisah dengan keluarga disebabkan kena kuarantin diri supaya kita tidak menjangkiti anak-anak dan isteri kan? Begitulah perasaan Fazley gais. Betapa seksanya apabila terpaksa menjauhkan diri daripada orang tersayang.
View this post on Instagram
30 hari tanpa anak2, isteri serta keluarga ada satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak2, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat !😭😭😭😭😭 . @elliefazley @fierudzfazley @fieradzfazley @fariedzfazley @azrene_ahmad @rsd.umi @nadyaakobA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Apr 7, 2020 at 2:59am PDTRata-rata ramai netizen berasa sebak dan pilu apabila melihat video yang berdurasi 4 minit 28 saat itu. Bagi korang yang tidak dapat berjumpa dengan keluarga tu, jangan bersedih okay! Kita tunggu jer tempoh PKP ni tamat. Stay safe everyone!
OHMEDIA: SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH SWT.
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca minat Datuk Fazley di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/04/fazley-yaakob-dapat-jumpa-anak-isteri.html