3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan


4 Sambal Wajib Antara Rahsia Nasi Lemak Sedap | Siapa yang sama bila makan nasi lemak harus ada lebih dari 2 jenis sambal? Mungkin ramai tapi apa yang saya nak kongsi ni bukan macam kita makan kat kedai, letak sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang dengan rendang kerang lagi sampai membubun jadinya..harga? sendiri kena ingat la ya
3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Tu kisah kat kedai atau gerai nasi lemak tapi kat rumah saya kalau hari yang menunya nasi lemak wajib ada sekurang-kurangnya 3 sambal, kalau ada yang sama macam saya tu kita boleh geng!.  Tapi baru-baru ni dek kerana rindu nak makan sambal tempoyak dengan nasi lemak maka jadilah 4 sambal..hehe pelik eh? tak tapi tau tak kalau makan nasi lemak dengan sambal tempoyak rasanya memang heaven sebab sambal tempoyak tu lemak campur lemak nasi lemak...haishh makin berlemak

Jujurnya memang seronok melayan anak dan keluarga walau renyahnya memang meletihkan tapi bila tengok anak-anak dan hubby makan memang bahagia sangat. Apa pun 3 sambal yang mesti ada pastinya Sambal Sotong atau Sambal Udang sebagai sambal utama, Sambal Mentah yang saya pelajari dari keluarga mertua yang berasal dari Kedah dan Sambal Kelapa kesukaan Angah Ammar dan Sambal Tempoyak mentah yang dibuat oleh bonda dulu.  Sambal kelapa dan sambal tempoyak ni memang gandingan nasi lemak yang unik, berlemak dan sangat sedap! Tak percaya? cuba lah nantiResepi Sambal SotongResepi Sambal Udang Resepi Sambal Ikan BilisResepi Sambal MentahResepi Sambal KelapaResepi Sambal TempoyakNak resepi rendang kerang, baca SINI atau sambal tempoyak tumis dengan ikan bilis, baca SINI
Resepi Nasi Lemak Istimewa Bonda3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
Bahan-bahan untuk nasi lemak
4 pot beras, dibasuh
2 inci halia, dihiris
1 sudu halba  (kalau suka yang akan mewangikan nasi)
1 sudu lada hitam (kalau suka yang akan mewangikan nasi)
1 batang serai, diketuk (optional)
2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpul
200ml santan kelapa Ayam Brand
Garam secukup rasa

Lauk Tambahan:-
Kangkung dibersihkan, dopotong dan dicelur
Ikan jeruk Tenggiri, digoreng dan taburkan bawang semasa digoreng
Ikan bilis goreng,
Timun, dihiris
Kacang Goreng


Cara memasak nasi lemak versi saya:
Beras yang telah dibasuh, direndam dengan air dalam 1/2 jam  dan kemudian ditoskan. Saya merendam beras (dalam 1 jam) supaya beras akan kembang dan lebih cepat dimasak, tidak mentah dan butir beras akan masak cantik.Santan kelapa dicampur air dan direnih dengan api sederhana tapi jangan sampai pecah minyak. Bila mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk sekejapTuangkan santan ke dalam periuk yang berisi beras, masukkan halia, halba, serai dan daun pandan yang diikat dan lada hitam serta sedikit garam dan di masak seperti biasa.  Dah masak boleh la dihidangkanBagi yang memasak nasi di dalam periuk di atas dapur pastikan korang membalikkan nasi dan pandai kawal api dan bagi yang menggunakan rice cooker pun kena balikkan nasi supaya santan tu berpalut rata tapi pastikan santan tu dah sejuk sebelum sius rice cooker dihidupkan.
3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap MenyelerakanAwal tadi dah kata kalau menu nasi lemak memang wajib ada sekurang-kurangnya 3 sambal iaitu Sambal Biasa (Sotong atau Udang), Sambal Mentah dan Sambal Kelapa. 
Resepi Sambal Sotong Kering3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan MenyelerakanBahan-bahan:-
10 keping sotong kering
10 tangkai cili kering **
2 labu bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
2 keping asam gelugur / air asam jawa
sedikit gula / gula melaka (kalau suka)
garam secukup rasa

** bahan untuk dikisar dengan sedikit air

Cara membuatnya:-
Sotong yang telah direndam dalam kapur  (dalam 8 jam), dibuang air rendaman dan direbus dengan air panas kemudian ditoskan dan kemudian di cuci bersih dengan membuang tulang, gigi dan lendir. Potong ikut saiz yang diingini.Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu serta asam kepingMasukkan sedikit gula/gula merah (kalau suka dan untuk mengurangkan rasa pedas)Masukkan sotong yang telah dipotong dan digaul hingga sebati.  Biarkan ia masak dalam 15 minit dengan api sederhanaAkhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.Nota :- Kapur untuk merendam sotong selalunya akan diberikan oleh pekedai.

Resepi Sambal Udang3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan MenyelerakanBahan-bahan:-
Udang  ikut suka banyak mana, basuh bersih, buang kepala and bahagian ekor sikit
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 keping asam jawa / 1 sudu kecil asam jawa paste.
½ inci belacan (kalau tak letak pun ok)
5 sudu cili kisar
1 labu bawang besar, dimayang
sedikit gula kabung (optional)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naikk bauMasukkan cili kisar dan dimasak hingga betul-betul pecah minya kemudian masukkan gula.  Gula ini akan membuatkan sambal nampak merah dan cantikMasukkan asam keping dan belacan (belacan dibancuh dalam mangkuk berisi air) tapi kalau tak suka letak belacan kerana alergi atau tak suka, tak perlu masukkan. Bila sambal dah nampak masak, masukkan udang dan petai (kalau letak petai) serta bawang besar, dikacau dengan api sederhana. Bila udang sudah bertukar warna dan boleh padamkan api.  Perasakan dengan garam dan siap.

Cara membuatnya:-Tumbuk cili kering bersama belacan serta asam jawa hingga lumat. Masukkan garam dan bawang merah, tumbuk bawang jangan terlalu lumat.Nota : saya menggunakan asam jawa buatan kakak ipar yang kering dan tiada biji.  Kalau guna asam jawa yang dibeli, guna dalam 2 sudu sudah mencukupi

Resepi Sambal Mentah3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan MenyelerakanBahan-bahan:-
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih (optional)
¼ inci belacan
sedikit asam jawa

Cara membuatnya:-
Tumbuk cili kering bersama belacan serta asam jawa hingga lumat. Masukkan garam dan bawang merah, tumbuk bawang kasar-kasar dan  jangan terlalu lumat.Nota : asam jawa yang digunakan adalah asam jawa yang dibuat oleh kakak ipar, dipetik, dibersihkan, dibuang biji dan digaul dengan garam kasar sebelum dijemur..  Kalau guna asam jawa yang dibeli, guna dalam 2 sudu sudah mencukupi

Resepi Sambal Kelapa3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan MenyelerakanBahan-bahan:-
10 batang cili kering, dibuang biji
½ inci belacan - kalau tak bubuh pun tak pe
5 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Asam Jawa atau Cuka

Cara membuatnya:-
Semua bahan ni ditumbuk hingga lumat, kemudian masukkan kelapa dan ditumbuk hingga cili yang ditumbuk tu rata.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk jangan sampai hancur. Masukkan kedalam bekas dan percikkan sedikit cuka, gaul dan sedia untuk dimakan bersama nasi panas. 
Resepi Sambal Tempoyak3 Sambal Wajib Ada Rahsia Nasi Lemak Sedap Dan Menyelerakan
pix credit Google sebabnya gambar sambal buatan sendiri tak tahu letak mana, nanti kalau jumpa akan ditukar
Bahan-bahan:-
4 biji cili merah
3 tangkai cili padi
2½ sudu Tempoyak (durian yang diperam)
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Tumbuk cili merah bersama cili padi hingga lumat, kemudian masukkan tempoyak dan tumbuk dengan cara melenyek supaya tempoyak tu sebati.  Kalau tumbuk nanti takut terpercik.  Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/3-sambal-wajib-ada-rahsia-nasi-lemak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Ayam Penyet Sedap Menyelerakan

Resepi Ayam Penyet Dan Sambal Ayam Penyet Sedap Menyelerakan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1015 hits
Salam Ramadan Sekarang adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke Empat Alhamdulillah dah masuk Ramadan ke 9 kita lalui dengan penuh kesyukuran Hari ni mood rajin sikit bagi menunaikan permintaan suami nak makan Nasi Ayam Penyet Dala...
Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedap

Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1364 hits
Resepi Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak Pun Sedapmacam macam jenis lauk oleh buat menggunakan telur Salah satunya adalah rendang telurSiapa yang tak pernah buat rendang telur Sedap ni makan dengan nasi lemak
Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 919 hits
Siapa suka nasi lemak Saya Dia tanya dia yang jawab Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi Dulu dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je Ta...
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 627 hits
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 HariResepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa
Sayur Asam Pedas Keladi Gandingan Nasi Ulam Utara Yang Terlajak Sedap

Sayur Asam Pedas Keladi Gandingan Nasi Ulam Utara Yang Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 618 hits
Sayur Asam Pedas Keladi Gandingan Nasi Ulam Utara Yang Terlajak Sedap Memang dah macam suatu kemestian bila bulan Ramadan jer mesti nak buat nasi ulam walau dulu masa muda remaja saya bukan la suka makan sayur apatah lagi nasi ulam yang pen...
Sumpah Sedap Nasi Kari Kambing Tin Adabi Ni Bau Dia Satu Rumah Harum

Sumpah Sedap Nasi Kari Kambing Tin Adabi Ni Bau Dia Satu Rumah Harum

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 562 hits
Bagi penggemar nasi kari kambing rasanya tak sah kalau tak pekana nasi kari kambing setiap bulan Memandangkan agak susah nak mendapatkan nasi kari kambing musim PKPB ini apa kata anda buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi dibawah Re...
Biskut Wajib Untuk Anak Anak Cuba Cornfkakes Madu Dengan Gula Perang Ni Pula Sedap

Biskut Wajib Untuk Anak Anak Cuba Cornfkakes Madu Dengan Gula Perang Ni Pula Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 422 hits
Tidak sah beraya bila mana biskut yang satu ini tidak disediakan sendiri menjelang raya Biskut cornflakes madu antara biskut yang cukup popular malah laku keras sepanjang tempoh itu Bukan untuk tetamu sahaja bahkan anak anak boleh menghabis...
Dapur Fiezasani Resipi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

Dapur Fiezasani Resipi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 443 hits
Semalam menu berbuka k fiezz cuba resipi nasi ayam simple tapi sedap Ewah confident sedap haha Ikut tekak sendiri lah yea Resipi nasi ayam mudah ni k fiezz ikut resipi dari biras k fiezz 1s time masak resipi nasi ayam ni Dapat idea nak masa...
Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1248 hits
Saya pernah bersembang dengan Datin Fahimah yang merupakan rakan sekerja saya sebelum beliau bersara dari BNM untuk mengikut suami beliau bertugas di luar negara Dia memberitahu yang ketika di luar negara beliau selalu menyediakan nasi kera...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Calpis Soda One In A Million


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap

Porsche 911 Release Date Specs And Pricing Information

Tokyo Triple A 2010 Triumph Street Triple 675 Caf Racer From Japan

The Government Shutdown What Travelers Need To Know