Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap Dan Tahan Lama



Saya pernah bersembang dengan Datin Fahimah yang merupakan rakan sekerja saya sebelum beliau bersara dari BNM untuk mengikut suami beliau bertugas di luar negara. Dia memberitahu yang ketika di luar negara, beliau selalu menyediakan nasi kerabu kerana sentiasa menpunyai sambal nyor dan kuah tumis yang disimpan dalam peti ais. 
Sejak itu saya terfikir macam mana dia melakukannya kerana kalau sambal nyor saya tak tahan lama. Paling lama pun dua hari sahaja. Sambal nyor saya jenis lembab. Sambal lembab memang sedap jika dimakan sekali habis. Saya boleh meratah ratah begitu sahaja. Selain itu, saya boleh makan dengan nasi impit. Saya memang giler sikit kalau dengan sambal nyor. Saya boleh makan sepanjang masa. Boleh klik di SINI untuk versi nasi kerabu saya sebelum ini.
Bila lagi sekali Datin update dalam facebook yang anakanda beliau mengambil tempahan nasi kerabu di bulan Ramadhan, menyebabkan saya menghubungi beliau meminta dia kongsikan bagaimana penyediaannya. Alhamdulillah, beliau tidak lokek untuk berkongsi.

Nasi kerabu adalah antara makanan kegemaran saya. Tapi bila memikirkan remehnya nak menyediakan sambal kelapa dan kuah tumis, menyebabkan saya tak jadi menyediakannya. Lebih lebih jika saya tiada pembantu yang menolong saya di dapur.
Baru beberapa hari berada dalam bulan Ramadhan, saya dah tidak berselera makan. Saya memang tekak Kelantan. Yang sedap pada tekak saya ialah masakan dan makanan Kelantan. Itu yang gigih masuk dapur menyediakan sambal kelapa dan kuah tumis ini untuk dibuat stok. 

Hari ini Hubby dan anak anak makan lauk pauk yang di order dari Ana Patin House. Hanya saya seorang yang makan nasi kerabu. Bukan sahaja kenyang tapi sangat sangat puashati. Hahaha ada juga kita kenyang tapi rasa macam tak sedap jer. Tapi sebab lapar, makan juga kan. 
Jom layan resepi yang saya olah semula di bawah ini. Jangan lupa video penyediaan kuah tumis dan sambal kelapa di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Nasi Kerabu Kelantan Yang Sedap dan Tahan LamaOleh: Azie Kitchen
Sambal Kelapa Bahan A 2.5 kg ikan kembong - kukus, ambil isi & kisar - saya guna 800 gram sahaja
Bahan B 15 biji bawang merah - guna 8 biji 2 biji bawang besar - tak guna3 inci halia - hiris nipis - guna 1 inci8 batang serai  - hiris nipis - guna 6 batang 
Semua bahan dikisar halus. Pastikan halus agar tidak terasa urat  dan halia.
Bahan C . 250 gram kelapa parut - disangai hingga keperangan 
Bahan D½ sudu kecil serbuk lada hitam 1 ½ sudu besar gula atau secukup rasa ½ sudu besar garam atau secukup rasa
Cara cara:Satukan bahan A, B dan C dan gaul rata rata. Masak atas api perlahan sehingga kering dan ringan. 


Masukkan serbuk lada hitam, gula dan garam secukup rasa. 

Nota: Bahagi kepada beberapa bekas dan simpan dalam freezer. Bila hendak dimakan, keluarkan satu bekas dan gaulkan dengan bawang merah dan serai yang dihiris halus.  

Kuah TumisBahan A. 8-10 biji bawang merah 2 biji bawang besar - saya tak letak1 inci halia - hiris1 inci lengkuas - hiris6 batang serai - hiris - guna 42-3 sudu besar cili kering kisar - guna 2
Bahan B: 10 batang serai - ketuk - guna 1 sahaja1 inci lengkuas - ketukGaramGula Melaka2 keping asam keping1 kotak besar santan kotak Kara - saya guna 250 gram santan segar
Cara cara:Bahan A dikisar halus dan ditumis sehingga benar benar naik bau dan terbit minyak. Tambah air dan biarkan lama lama sehingga terbit minyak sekali lagi.


Setelah terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan dan bahan bahan B. 

Renih lama lama atas api perlahan. Apabila kelihatan kering, tambahkan air dan masak lagi bagi memastikan kuahnya benar benar sebati.

Nota:Kuah tumis kena ada lebih rasa masin.
Jika suka, boleh masukkan sedikit budu. Jika masuk budu, rasakan dulu sebelum dimasukkan garam bagi mengelakkan kuahnya terlebih masin.

Ulam ulamanSaya hanya menggunakan apa apa ulaman yang ada di rumah sahaja.
Kacang panjangTimunSaladBunga kantanDaun kesum - tak letak


Bahan bahan lainKeropokTelur masinSambal cukaDaging bakar atau daging goreng






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/05/nasi-kerabu-kelantan-yang-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah Buahan Tahan Lama

Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah Buahan Tahan Lama

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 350 hits
Ohmedia yakin ramai antara kita apabila membeli sayur dan buah buahan adakala tidak tahan lama walaupun telah disimpan dalam peti sejuk Oleh itu Ohmedia nak kongsi dekat korang cara untuk mengekalkan makanan supaya tahan lama dan tidak rosa...
Laksam Kelantan Asli Yang Sedap

Laksam Kelantan Asli Yang Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1280 hits
Hari pertama persaraan saya cuba sibukkan diri dengan memasak di dapur Namun dalam kesibukan tersebut perasaan seolah tercampak ke satu dunia lain tetap ada Serious tak tipu Denyutan di hati tetap terasa suatu yang berbeza Terasa kehilangan...
5 Cara Supaya Cili Kisar Tahan Lebih Lama

5 Cara Supaya Cili Kisar Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 584 hits
Bagi kaum ibu yang memang setia menyediakan juadah berbuka dan juga bersahur di rumah tentunya mahu segala urusan di dapur lebih menyenangkan Di sebabkan itulah juga sis sebenarnya lebih suka menyediakan stok segala keperluan memasak teruta...
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 762 hits
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur Tak sangka yang kerabu ni punya daya tarikan yang bila kita tengok pun dah boleh buat rasa terliur apatah lagi kerabu yang menggunakan kerisik buatan sendiri dan beras sangai yang aromanya bua...
Sedap Nya Kerabu Bayam Brazil

Sedap Nya Kerabu Bayam Brazil

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 913 hits
Pokok bayam brazil pemberian sahabat blogger Sue Kabdy hari tu dah membiak dengan jayanya Alhamdulillah Hingga hari ini dah ada 3 pasu dah berjaya ana biak kan Sebelum ni ana buat ulam sahaja kemudian tuaian kedua ana tumis dengan sos tiram...
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 606 hits
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur Baru seminggu berpuasa dah buntu dan tak tahu nak masak apa Itu yang CH nampak dalam status FB kawan kawan CH pun kadang kadang buntu jugak tapi sebab banyak join group masak masa...
Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka Punyalah Wangi Sedap Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 590 hits
Tidak dinafikan walaupun puasa baru memasuki minggu pertama namun ada ibu yang sudah mula buntu untuk sediakan juadah berbuka buat anak anak dan suami Ada juga anak anak yang gemar makan pasta tetapi tidak ketinggalan juga yang hanya makan ...
Nasi Ayam Simple Tapi Terlajak Sedap Untuk Anak Ibu Ni Kongsikan Resipinya Terbaik

Nasi Ayam Simple Tapi Terlajak Sedap Untuk Anak Ibu Ni Kongsikan Resipinya Terbaik

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 625 hits
Selain Nasi Arab Nasi Ayam juga antara pilihan terbaik keluarga untuk juadah berbuka nanti Anak anak pun bukan main suka kalau mama sediakan nasi ayam Tak gitu Salah satu resipi nasi ayam paling ringkas dan mudah hendak disediakan ini mama ...
Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 2310 hits
As Salam Nasi Ayam Paling Sedap Dan Menjadi Dengan Resepi Che Nom Alhamdulillah Puas hati betul rasanya bila time cuti PKP ni dapat penuhi keinginan makan Nasi Ayam yang sedap heh Korang mesti ada nasi ayam pilihan atau resepi sendiri yang ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp