3 Pemimpin Gagasan 3 Dipanggil Polis Selepas Ancaman 13 Mei



(FMT) – Polis mungkin menahan 2 individu dalam sebuah kumpulan sayap kanan Melayu yang ditubuhkan baru-baru ini berhubung ucapan mengancam rusuhan ala 13 Mei 1969 terhadap penyokong DAP.
Penasihat Gagasan 3 (G3), Datuk Azwanddin Hamzah bersama Pengerusinya, Raggie Jessy Rithaudeen serta Timbalannya, Amran Ahmad Nor mengesahkan mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang esok untuk disoal siasat.
Seorang jurucakap IPD Ampang memberitahu FMT, Azwanddin disiasat berhubung ucapannya “yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia”.
Azwanddin yang juga presiden Jaringan Melayu Malaysia berkata, polis menghubunginya sejak minggu lalu.
“Tetapi, saya beritahu mereka ada perkara yang perlu saya selesaikan. Saya diminta ke sana 9 pagi esok,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau diminta menyerah diri, “tetapi tidak tahu ia berkaitan apa”.
Sementara itu, Raggie menggesa penyokong berkumpul di luar IPD Ampang esok dan berkata, Azwanddin ialah “pemimpin Islam Melayu yang sedia berkorban untuk memperjuangkan institusi Islam di negara ini”.
Amran ketika dihubungi berkata, beliau dipanggil ke IPD Ampang 2 petang esok, dipercayai berhubung ucapan dalam video viral sama yang dimuat naik ke Facebook.
G3 ditubuhkan 21 November lalu untuk menyatukan orang Islam Melayu dan menyalahkan pemimpin DAP yang didakwa menghakis hak Melayu di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
Ini ekoran perbincangan hangat berhubung ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Walaupun mendapat bantahan kumpulan Melayu, Umno dan PAS, Putrajaya semalam mengumumkan ia tidak akan menandatangani ICERD, walaupun kenyataan terdahulu menyokong triti global anti-diskriminasi itu.
Semalam, polis dilaporkan berkata, mereka akan bertindak ke atas ratusan laporan polis yang dibuat beberapa hari ini berkaitan kontroversi ICERD. Difahamkan, ia juga dikaitkan dengan klip video viral di mana Azwanddin berkata, beliau tidak kisah pertumpahan darah dalam rusuhan kaum 1969 berulang untuk memberi pengajaran kepada DAP.
“Saya rindu 13 Mei. Andai kata perlu kita asah parang, kita asah parang. Andai kata kita perlu asah keris, kita asah keris.
“Ini rakaman atau tidak ni? Kalau rakam, bagi dekat DAP.
“Amaran keras saya, kalau kamu kurang ajar, kita Melayu akan lebih kurang ajar,” katanya dalam ucapan mengumumkan penubuhan Gagasan 3.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/11/25/3-pemimpin-gagasan-3-dipanggil-polis-selepas-ancaman-13-mei/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sensitiviti Agama Zahid Telah Dipanggil Polis

Sensitiviti Agama Zahid Telah Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 221 hits
Muhammad Afham RamliAhmad Zahid Foto Bernama KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara empat individu yang telah dipanggil polis untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang menimbulkan i...
Mat Sabu Tegur Tunjuk Gambar Pemimpin Konon Sakit Selepas Didakwa Di Mahkamah

Mat Sabu Tegur Tunjuk Gambar Pemimpin Konon Sakit Selepas Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 514 hits
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka berlakon...
Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 410 hits
Sidang media oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim langsung dari Menara 1 Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Kuala Lumpur Kredit Berita TV9
Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 634 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak penerbitan filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas penggambaran selesai Mohd Asri berkata Penerbit Eksekutif Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh menemuinya dua h...
Rafizi Nasihat Semua Lebih Terbuka Selepas Laporan Polis Tabung Haji

Rafizi Nasihat Semua Lebih Terbuka Selepas Laporan Polis Tabung Haji

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 555 hits
December 2 2018 12 00 AMPETALING JAYA Rafizi Ramli hari ini menasihatkan semua pihak termasuk parti parti politik lebih terbuka menilai pendedahan isu penyelewengan susulan laporan polis oleh Lembaga Tabung Haji terhadap bekas pegawai tingg...
Mayat Anggota Polis Jatuh Sungai Paka Ditemui Selepas Tujuh Hari Operasi Sar

Mayat Anggota Polis Jatuh Sungai Paka Ditemui Selepas Tujuh Hari Operasi Sar

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 341 hits
EZZUAN AHMAD 16 November 2018 6 50 PM DUNGUN Mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar seorang suspek kes pecah rumah pada Jumaat lalu
Tak Takut Adun Bn Sedia Dipanggil Polis

Tak Takut Adun Bn Sedia Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 409 hits
NORMAWATI ADNAN NOOR AINON MOHAMED YUSOFSaarani pada sidang media hari ini IPOH Semua 25 Adun BN Perak tidak takut malah bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan M...
Polis Evo 2 Pemimpin Pas Kena Minta Maaf

Polis Evo 2 Pemimpin Pas Kena Minta Maaf

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 488 hits
Hazmi Hassan Antara punca yang mendorong gerakan menggesa Polis Evo 2 diboikot adalah disebabkan lakonan Hasnul Rahmat yang memegang watak Hafsyam atau Saif lelaki antagonis berserban dan menggunakan Islam sebagai tunggangan Rasa kurang sen...
Boikot Polis Evo 2 Hanipa Wan Ji Merapu

Boikot Polis Evo 2 Hanipa Wan Ji Merapu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 683 hits
Memang ada pengganas islam dan perkara tersebut diperbesarkan seolah islam adalah agama yang dipenuhi pengganas Hinggakan keharmonian pemikiran islam semakin dihakis Itu belum lagi dinilai daripada perbalahan perbezaan pendapat antara ulama...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia