Rafizi Nasihat Semua Lebih Terbuka Selepas Laporan Polis Tabung Haji


FMT Reporters
-December 2, 2018 12:00 AM


PETALING JAYA:  Rafizi Ramli hari ini menasihatkan semua pihak termasuk parti-parti politik lebih terbuka menilai pendedahan isu penyelewengan, susulan laporan polis oleh Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap bekas pegawai tinggi institusi itu

Beliau berkata pendedahannya berhubung dana TH sebelum ini sukar diterima oleh ramai pihak, termasuk penyokong PAS dan Umno

“Jangan ulangi episod Tabung Haji – walaupun faktanya jelas, ramai-ramai bersekongkol menyembunyikan kerosakan dan menidakkan kebenaran hanya kerana yang membawa fakta itu seorang dari parti lawan,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataan hari ini

TH semalam membuat 2 laporan polis terhadap bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta pengurusan kanan

Pengurusan kanan ialah Ketua Pegawai Operasi Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah Rifina Md Ariff

Laporan pertama berkaitan program Yayasan Tabung Haji 2017 apabila sejumlah RM22 juta dikeluarkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik

Laporan polis kedua dibuat terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina berkaitan salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting membabitkan penjualan 95% saham TH dalam syarikat PT TH Indo Plantations, yang dipegang menerusi 2 anak syarikat iaitu TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd, kepada PT Borneo Pacific untuk AS$910 juta (RM3.8 billion) pada 2012

Dua laporan itu adalah hasil siasatan dalaman pertama terhadap transaksi masa lalu oleh pengurusan baharu TH yang dilantik Julai

Rafizi masih teringat sumpah seranah “paling teruk” yang diterimanya apabila bercakap mengenai kepincangan dalam kewangan TH

“Saya dikeji secara berterusan, baik dari kalangan penyokong Umno, PAS mahupun rakyat biasa. Tidak ramai sahabat-sahabat yang berani datang memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan juga,
“Saya ditahan, didakwa dan masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah TH. Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya telah menyebabkan ribuan orang Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji,” katanya

Beliau menambah cop “puas hati” oleh pimpinan PAS terhadap prestasi kewangan TH memburukkan lagi “makian berjemaah” itu

“Saya berdoa supaya lebih ramai rakyat yang boleh menilai sesuatu isu melangkaui pandangan sempit kepartian, sepatutnya fakta yang saya bentangkan itu diambil kira

“Jangan kerana pembongkaran itu datang dari seorang pemimpin parti lawan, fakta yang dibawa ditolak bulat-bulat dan dibalas dengan satu ungkapan mudah: ‘Ini semua fitnah’,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/rafizi-nasihat-semua-lebih-terbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

Azeez Laporan Polis Isu Tabung Haji Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 391 hits
Diterbitkan 3 Dis 2018 1 09 petangAnggota Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim menyifatkan laporan polis terhadapnya yang dibuat Lembaga Tabung Haji pada Jumaat lalu sebagai berniat jahat dan bertujuan mengaibkan dirinya serta institusi terseb...
Tabung Haji Buat Laporan Polis Pengurusan Lama

Tabung Haji Buat Laporan Polis Pengurusan Lama

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 265 hits
Lembaga Tabung Haji telah membuat dua laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini yang melibatkan mantan Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan ...
Selepas Tabung Haji Kini Satu Lagi Pendedahan Rafizi Dibawa Ke Muka Pengadilan

Selepas Tabung Haji Kini Satu Lagi Pendedahan Rafizi Dibawa Ke Muka Pengadilan

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 311 hits
Minggu lepas FGV memulakan tindakan undang undang untuk mendapatkan kembali jumlah yang diselewengkan bekas CEO dan bekas pengerusinya Ini bersabit pembelian kondominium mewah di Troika Jalan Ampang Saya telah mendedahkan perkara ini lengka...
Pemuda Umno Sokong Polis Siasat Penyelewengan Bod Tabung Haji

Pemuda Umno Sokong Polis Siasat Penyelewengan Bod Tabung Haji

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 442 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh pihak Tabung Haji terhadap bekas pengurusan kanan institusi kewangan Islam itu Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi...
Papa Gomo Ditahan Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis

Papa Gomo Ditahan Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy biarpun telah lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya Ketuanya Datuk Dr Asyraf ...
Gempar Lebih Rm22j Dana Tabung Haji Untuk Politik

Gempar Lebih Rm22j Dana Tabung Haji Untuk Politik

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 232 hits
SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu Da...
Tabung Haji Lapor Azeez Ismee Kepada Polis

Tabung Haji Lapor Azeez Ismee Kepada Polis

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 266 hits
Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Azzez Rahim dan Ismee Ismail dan beberapa individu pengurusan tertinggi lembaga pengurusan Haji umat Islam di Malaysia Foto Utusan Malaysia Lembaga Tabung Haji mendedahkan dana lebih RM22 juta digu...
Adakah Semua Ini Kerana Mahu Tabung Haji Membayar Dividen Yang Rendah

Adakah Semua Ini Kerana Mahu Tabung Haji Membayar Dividen Yang Rendah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 243 hits
Ada satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura semalam yang tiba tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion Tuduhan ini tidak mendakwa RM4 bilion telah dirompak ...
Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membuat laporan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy Laporan polis t...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu