Tak Takut Adun Bn Sedia Dipanggil Polis


NORMAWATI ADNAN & NOOR 'AINON MOHAMED YUSOF
Saarani (duduk, tengah) pada sidang media, hari ini.   IPOH - Semua 25 Adun BN Perak tidak takut malah bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesediaan itu berlandaskan fakta dan bukti kukuh yang dipunyai mereka berdasarkan peristiwa yang berlaku.

Menurutnya, meskipun isu telah dibangkitkan, sehingga kini individu iaitu exco yang dikatakan itu masih berusaha memujuk Adun BN meneruskan usaha menjatuhkan menteri besar.

“Ini bukan isu main-main, kalau buat laporan polis, janganlah pula terkejut apabila laporan polis itu nanti terkena kepada seorang daripada orang mereka (PH).

[ARTIKEL BERKAITAN: 25 Adun BN keluar dewan]

“Sudah tentu polis akan ambil tindakan terhadap orang yang berkenaan dan akan dipanggil polis dan kena mengaku apa yang dibuat, jadi jangalah beranggapan dengan laporan polis itu kami akan berhenti bercakap.

“Kami bersedia untuk bercakap, kami sekarang pembangkang, apa yang perlu ditakutkan,” katanya kepada pemberita pada Sidang Dewan Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan polis dibuat Ahli Parlimen Batu Gajah  yang juga Ketua Sekretariat PH Perak, V Sivakumar, semalam.

Sivakumar membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi agar satu siasatan menyeluruh dijalankan bagi memastikan usaha menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tidak berulang sekali lagi di Perak.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, pimpinan PH tidak sewajarnya memutarbelitkan isu itu dengan menampakkan ia sengaja dimainkan pembangkang untuk kucar-kacirkan pentadbiran kerajaan sedangkan yang berantakan adalah kalangan pimpinan PH sendiri.

Katanya, tiada sebab pembangkang berbuat demikian, mereka hanya bersikap gentlemen untuk memastikan pembangkang menang pada PRU15 nanti.

"Jangan pula kerana mereka yang buat hal (cuba menjatuhkan MB), kami pula yang diburukkan, itu tak betul.

"Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah sudah pun membuat laporan polis... cuma menariknya laporan polis (dibuat) di KL (Kuala Lumpur), jadi kita bersedia menunggu bila polis akan jemput untuk hadir beri keterangan.

"Cuma saya kena ingatkan Sivakumar, bila buat laporan polis dia kena sedia tanggung risiko atas perbuatannya," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/tak-takut-adun-bn-sedia-dipanggil-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sensitiviti Agama Zahid Telah Dipanggil Polis

Sensitiviti Agama Zahid Telah Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 187 hits
Muhammad Afham RamliAhmad Zahid Foto Bernama KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara empat individu yang telah dipanggil polis untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang menimbulkan i...
3 Pemimpin Gagasan 3 Dipanggil Polis Selepas Ancaman 13 Mei

3 Pemimpin Gagasan 3 Dipanggil Polis Selepas Ancaman 13 Mei

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 285 hits
Polis mungkin menahan 2 individu dalam sebuah kumpulan sayap kanan Melayu yang ditubuhkan baru baru ini berhubung ucapan mengancam rusuhan ala 13 Mei 1969 terhadap penyokong DAP Penasihat Gagasan 3 Datuk Azwanddin Hamzah bersama Pengerusiny...
Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

Sidang Media Tkpn Zahid Hamidi Waytha Moorthy Antara Yang Akan Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 320 hits
Sidang media oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim langsung dari Menara 1 Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Kuala Lumpur Kredit Berita TV9
Ganabatirau Dipanggil Polis Petang Ini

Ganabatirau Dipanggil Polis Petang Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 246 hits
SHAH ALAM Exco Selangor V Ganabatirau mengesahkan akan memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kenyataannya dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 hari ini Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning berkata pihak pol...
Deyyyy Kenapa Takut Dengan Polis

Deyyyy Kenapa Takut Dengan Polis

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 415 hits
Berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim semalam tampil dengan sidang akhbar yang antara lain mempertikaikan dua perkara Pertama beliau mendakwa pengurusan Tabung Haji sekarang tidak meng...
Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

Polis Tak Tembak Perusuh Guna Meriam Air Kerana Rumah Ibadat Kata Kpn

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 571 hits
Polis tidak menggunakan meriam air bagi menyuraikan perusuh di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi kerana mahu memburukkan keadaan kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun Beliau berkata faktor kedudukan perusuh ...
Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

Beberapa Individu Ditahan Polis Suraikan Kumpulan Anak Melayu Berhampiran Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 369 hits
Anggota polis mengarahkan kumpulan berada berhampiran kuil untuk beredar Sinar Harian
Polis Cuba Suraikan Kumpulan Kecil Sekitar Kuil Seafield

Polis Cuba Suraikan Kumpulan Kecil Sekitar Kuil Seafield

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 603 hits
Diterbitkan 28 Nov 2018 12 46 tengah malamMenjelang tengah malam polis cuba menyuraikan sekumpulan kecil kira kira 60 individu yang berkumpul berhampiran kuil Seafield Sr Maha Mariamman di Subang Jaya yang menjadi lokasi rusuhan dua hari be...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024