3 Hari 2 Malam Di Sentosa Island Singapore Sponsored By Resort World


Baru-baru ni aku teringin nak bercuti, tapi masalahnya nak travel jauh-jauh macam malas sebab kerja banyak. Jadi destinasi yang aku rasa paling sesuai untuk aku pergi adalah Singapura. Dekat dan happening!
Bagi mereka yang tinggal di lembah klang macam aku ni hanya ambil masa 45 minit sahaja untuk fly dari KLIA2 ke Changi Airport. Tiket pun tak adalah mahal sangat. Kali ni aku fly dengan Silk Air, salah satu penerbangan tambang murah dari Singapore. Walaupun tambang murah, namun ianya sangat selesa. Lagipun 45 minit je kat atas awan biru tu. Nak tidur pun tak sempat.
Mengapa aku pilih Sentosa Island? Haa sebab kat sini happening. Lagipun aku jenis malas nak jalan-jalan sangat. 3 hari 2 malam ni masa untuk aku santai-santai jer. Leisure Traveller di hujung minggu. Biasa orang datang Singapore mesti nak bergambar dekat Merlion tu. Aku malas nak jadi jenis traveller macam kebanyakkan pelancong tu. Jadi aku pilih nak stay di Hard Rock Hotel Sentosa selama 3 hari 2 malam.
Actually banyak aktiviti yang korang boleh buat di Sentosa ni. Tak perlu keluar ke tempat lain. Bagi mereka yang bawa anak-anak datang bercuti di Singapore, memang aku sarankan untuk stay jer di Sentosa ni. Gerenti anak-anak pun suka sebab hanya jalan kaki 5 minit untuk sampai di Universal Studio Singapore (USS). Tempat makan pun banyak dan ada tempat makan halal di sekitar USS.
HARI PERTAMA
Sampai dekat Changi dalam jam 2 petang macam tu kot. Sengaja ambil flight tengah hari sebab kebiasaan check in hotel antara jam 2 – 4 petang. Kira ngam-ngamlah sampai jam 2 petang tu. Pertama kali aku jejakkan kaki di Changi Airport. Serious WoW! Patutlah Changi Airport dinobatkan sebagai Airport terbaik di Dunia. Airport dia pun salah satu tarikan yang menarik di Singapore.
Lepas dapatkan luggage, aku terus di ke Hard Rock Hotel Sentosa by car. Kereta ni pihak Resort World yang sediakan memandangkan aku ke sini atas jemputan diorang sebagai wakil media. Eh kalau diorang tak jemput pun aku still akan datang okay.
Malaysian Food Street Sate & Nasi Bryani Daging Nasi Lemak Ayam & Cendol Dah sampai, dapat kunci bilik, aku isi perut dulu. Sebab lapar beb walaupun 45 minit je flight. Lunch di hari pertama aku adalah Malaysian Food Street dekat USS. Jalan kaki 5 minit dari hotel. Dekat sini macam food court ada banyak jenis makanan yang korang boleh cuba. Untuk Muslim ada 2 kedai halal dekat sini iaitu:
Makanan Halal di Universal Studio Singapore (Malaysia Food Street)
Nasi Bryani Ayam & Roti CanaiNasi Lemak AyamPenang Cendol & Ais Kacang USS (Wajib try!)Rojak PenangSatay Pilihan aku Nasi Bryani Ayam. Not bad lah taste dia. Memang Malaysian Food. Menurut owner perencah dan menu ni memang dari Malaysia. Portion tak banyak tak sikit. Bolehlah untuk kenyangkan perut. Sebagai desert aku pilih Cendol. Panas-panas ni dekat USS memang sedap pekena cendol beb. Portion cendol dia besar.
Lepas lunch, aku rehat jap! Mandi koolkan badan sebelum mulakan aktiviti aku di Sentosa di hari pertama ini.
Maritime Experiential Museum
Dah macam pedagang zaman moden lak Jujurlah aku ni bukan sejenis manusia yang minat pergi muzium, tapi i do love History. Lagi-lagi kalau sejarah Asia dan Eropah. Menarik untuk dijadikan sedikit info yang berguna di dalam kepala otak aku ni. Memandangkan Muzium ni terletak dekat dengan hotel, aku tak lepaskan peluang untuk singgah sekejap di Muzium ni. Nak tahu jugalah sejarah apa yang ada dekat Singapura ni. Kita tahu Singapura ni memang antara lokasi penting untuk kapal-kapal berlabuh satu ketika dulu.
Muzium ini dibuka pada 15 Oktober 2011 dan ianya satu-satunya muzium yang ada di Singapura yang menghimpunkan pelbagai journey dan expedisi di laluan terpenting di Asia. Di sini ada disediakan ruang exhibition yang luas dah menarik tambahan pula dibantu dengan pelbagai teknologi canggih (Projection) untuk membantu korang lebih memahami dan menarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah yang di paparkan terutama untuk kanak-kanak.
Maritime Experiential Museum Kat sini ada satu replika kapal pada zaman dahulu, dan saiz kapal ini sama saiz kapal sebenar dan diperbuat dari kayu tanpa menggunakan paku atau mesin. Orang zaman dahulu buat kapal memang unik caranya. Diorang jahit je menggunakan pelepah kelapa untuk lekatkan kapal sebesar tu. Kapal ini dinamakan Jewel of Muscat. Kapal ini berlayar selama 138 hari dari Oman ke Singapura pada tahun 2010 menggunkan cara lama pelayaran zaman dahulu. Kapal ini juga merupakan hadiah dari kerajaan Oman kepada Singapura.
Ada lebih kurang 12 aktiviti yang aku nak highlight dalam pengembaraan aku di Muzium Maritim ni. Tapi sayang panjang nanti. Jadi aku akan update dalam next artikel.
Jewel of Muscat Typhoon Theatre juga antara satu pengalaman yang best sepanjang aku di sini. Korang memang kena try. Dapat rasa sendiri berada dalam teater 4D untuk rasa Typhoon memang satu pengalaman yang best. Cuma hati-hati korang akan basah nanti. Cerita dia berkenaan dengan pelayaran dari China yang terhempas oleh ribut yang kuat dan akhirnya kapal ini tenggelam di dasar laut sekitar kurun ke 9 dahulu. (Based on true story)!
Opening Hours & Admission
SGD16 Adult (aged 13-59)SGD10 Child (aged 4-12)SGD5 Senior (aged 60 and above) *tiket untuk Typhoon Theater kena tambah lagi SGD3
S.E.A Aquarium
S.E.A Aquarium ni terletak bersebelah sahaja dengan Muzium Maritim tu. Dah alang-alangkan, singgah je-lah sekali. Tak rugi pun. Hari kedua baru kita masuk USS ye sebab hari kedua ada event besar di USS. Hari pertama aku chill je dulu. Menariknya Aquarium ni merupakan antara Aquarium yang terbesar di dunia. Dalam ni ada lebih dari 10,000 spesies hidupan laut, dan ada diantara korang hanya boleh jumpa spesies pelik ini di S.E.A Aquarium jer.
Antara spesies yang jenis “rare” wujud di sini adalah bumphead parrotfish, elephant fish dan juga vampire fish. Spesies ini hanya boleh ditemui di dasar laut dalam dan di sini korang boleh tengok macam mana ikan-ikan ini berenang bebas seperti di habitat asalnya. Mereka ini baru sahaja sampai di Aquarium ni dalam 4 bulan kalau tak silap. So korang yang datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk lihat sendiri kehidupan yang istimewa ini. Memang nampak hodoh tapi berbaloi untuk dilihat dengan mata sendiri.
Spesis Kuda Laut Macam katak mainan kan? Ikan kerapu gergasi Eel Jerung berkeliaran kat atas kepala korang Kalau korang peminat jerung, kat sini juga terdapat banyak spesies jerung yang biasa dan tak biasa korang lihat. Salah satu jerung yang menarik perhatian aku adalah jerung mengantuk atau sleepy shark. Serious aku rasa geram je nak pegang dah goncang jerung ni suruh berenang. Mata dia tu tak leh blaa… Lagi satu spesies yang menarik adalah Manta Ray. Seronok pulak tengok ikan jenis pari ini bagaikan terbang di angkasa. 30 minit aku duk tengok menatang ni jer.
Rasa dia tenang lain macam duk dalam aquarium ni. Dah habis layan perasaan dalam Aquarium, aku keluar ambil angin sekejap sebelum balik hotel untuk solat asar.
By 7pm aku dijadualkan untuk dinner di Table65. Dinner kali ni jenis fine dining. Dah lama sebenarnya tak dinner macam ni. Biasa paling sekejap pun kalau fine dining mau dekat 2 jam juga. So we have all night to dinner at Table65.
Table65
Table65 ni dibuka pada tahun 2018 oleh salah seorang chef selebriti iaitu Chef Richard Van Oostenbrugge. Ianya restoran berkualiti yang fokus makanan antarabangsa secara traditional. Food kat sini memang taste Europe, jadi korang kalau datang Singapura dan nak rasa masakan sebenar Eropah boleh singgah di Table65.
Paling rare susanan kerusi di restoran ini agak menarik sebab korang boleh layan live masakan korang disediakan. Dan korang boleh tengok sendiri macam mana chef bertaraf international ni bekerja di dapur. Memang menarik untuk dilihat sementara menunggu makanan korang siap. Dari segi presentation pula memang aku bagi 5 bintang. Sampai ada waktunya korang akan rasa sayang nak makan makanan korang sebab presentation is too good.
Perspective aku sebelum ni fine dining a bit boring. Tapi bila bila makan kat sini, fine dining agak menyeronkkan actually. Korang boleh juga sembang-sembang dengan Chef masa diorang sediakan makanan korang. itupun kalau diorang tak busy lah.
Untuk cerita lanjut tentang Table65 ni korang boleh baca:
Perut dah kenyang, jadi masa untuk balik rehat di hotel menandakan berakhir sudah pengembaraan aku di Sentosa untuk hari pertama. OTW ke hotel aku jalan-jalan layan waktu malam di sekitar Sentosa.
HARI KEDUA
Kalau ikutkan aktiviti aku, hari kedua ni bermula jam 10 pagi. Tapi biasalah aku bila travel ni lain macam sikit. Bangun awal! Jadi aku breakfast dulu dekat Hard Rock Hotel. Lepas breakfast aku bersiap untuk ke Universal Studio Singapura (USS). Untuk hari ini, USS ada event sempena ulang tahun ke-50 Sesame Street. Ada showcase, Sesame Street Birthday Blowout Zone, Big Bird’s Nest, Abby’s Fairy Garden, A Walk Down Sesame Street dan banyak lagi.
Sumpah meriah beb. Memang tak menyesallah join event ni. Walaupun masa kecil dulu aku bukanlah minat dengan siri ini tapi bila tengok depan mata seronok pula.
showcase Sesame Street Birthday Blowout Zone Abby’s Fairy Garden Big Bird’s Nest Perayaan sempena 50 tahun Sesame Street ini akan berlansung dari 8 Mac – 28 April 2019. Jadi masih ada masa lagi kalau korang nak tengok atau bawa anak-anak ke USS. Selepas pertunjukan, mereka akan menyediakan sedikit refreshment bertemakan Sesame Street.
Universal Studios Singapore One-Day Ticket
Adult (Age 13-59) – SGD79Child (Age 4-12) – SGD59Senior (Age 60 and above) – SGD41 Universal Express (Limited to one (1) time usage at each participating attraction*)
From SGD40 Universal Express Unlimited (Unlimited access at each participating attraction)
From SGD70 Dolphin Island
Pada sebelah petang, aku luangkan sedikit masa di Dolphin Island. Agak teruja juga dengan aktiviti berenang bersama Dolphin ni. Maklumlah orang kampung mana pernah tengok Dolphin secara live. Kalau tengok pun dekat TV jer. Jadi kali ni aku berpeluang untuk lihat Dolphin, malah siap boleh berenang bersama diorang lagi.
Seperti kita ketahu Dolphin ni macam manusia dia punya perangai. Dapatlah ilmu sikit pasal Dolphin ni. Actually aku nak tulis panjang sikit pasal Dolphin ni tapi untuk kali ini cukuplah setakat ini. Kalau korang berminat nak main dengan Dolphin boleh datang ke USS Dolphin Island.
Ada 5 pakej yang korang boleh buat dekat Dolphin Island ni. Antaranya
Dolphin Discovery (SGD98 – Adults, SGD88 – Child/Senior)Dolphin Encounter (SGD68 – Adults, SGD59 – Child/Senior)Dolphin Adventure (SGD128 – Aduls, SGD118 – Child/Senior)Dolphin Observer (SGD58 – Adults, SGD48 – Child/Senior)Dolphin VIP (SGD288 – Adults, SGD278 – Child/Senior) Waktu bermain-main dengan Dolphin dah tamat, sementara menunggu untuk Universal After Hour, aku merayau dulu dalam USS ni. Main jelaha pa yang aku rasa nak main. Tapi itulah aku ni dah fobia dengan Roller Coaster atau yang seangkatan dengannya sejak naik Roller Coaster paling laju di dunia dekat Abu Dhabi tahun lepas.
Universal After Hour
Sebelum bermulanya After Hour, aku dinner dulu dekat KT’s Grill, dah main air semua tadi perut pun dah lapar. Elok je habis dinner, After Hour pun bermula. After Hour ni korang boleh tengok satu pembarisan Hollywood punya style. Memang menarik sangat. After Hour berlansung dari jam 7 malam – 10 malam. Ada concert dan pelbagai lagi aktiviti.
Sebelum balik hotel aku layan dulu persembahan drama aksi secara live tentang pirate dekat USS. Aku lupa dah nama dia nanti aku check balik yer.
HARI KETIGA
Rasa malas je nak balik KL, namun hidup perlu diteruskan. Selepas breakfast aku check out dan fly ke Kuala Lumpur. Semasa dekat Changi Airport sempatlah jalan-jalan dalam ni sementara tunggu boarding. Satu je nak cakap rokok kat dalam ni murah gila beb. Murah dari mana-mana airport tapi korang hanya boleg beli semasa nak meninggalkan Singapura je.
The post 3 Hari 2 Malam di Sentosa Island Singapore Sponsored by Resort World appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/04/19/3-hari-2-malam-di-sentosa-island-singapore-sponsored-by-resort-world/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Fine Dining Di Table65 Resort World Sentosa Singapura

Menikmati Fine Dining Di Table65 Resort World Sentosa Singapura

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 285 hits
Table65 Table65 ni dibuka pada tahun 2018 oleh salah seorang chef selebriti iaitu Chef Richard Van Oostenbrugge Ianya restoran berkualiti yang fokus makanan antarabangsa secara traditional Food kat sini memang taste Europe jadi korang kalau...
Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 338 hits
This content is password protected To view it please enter your password below Password The post appeared first on
Pendistribusian Logistik Pemilu Ke Wilayah Kapuas Hulu Memakan Waktu 2 Hari 1 Malam

Pendistribusian Logistik Pemilu Ke Wilayah Kapuas Hulu Memakan Waktu 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 260 hits
Agar logistik aman dari air logistik di bungkus dengan plastik serta saat perjalanan lewat jalur air logistik ditutup menggunakan terpal
Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 617 hits
Hi Siapa sini layan drama korea Kita geng Aku baru sahaja khatam episode drama bersiri Touch Your Heart lakonan Lee Dong Wook Aku bukan nak cerita tentang drama tersebut cuma pandangan aku tertumpu pada kepesatan dan kesibukan ibukota Seoul...
Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

Percutian Ke Pulau Langkawi Selama 5 Hari 4 Malam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 699 hits
Siapa suka pergi bercuti ke Pulau Langkawi kita geng Boleh dikatakan setiap tahun saya akan datang bercuti ke Pulau ini Kadang kadang orang dekat sekeliling bertanya best sangat ke Pulau Langkawi tu Saya tak tahu nak jawab macam mana Cuma p...
Inilah Real Count Kpu Terbaru Jokowi Vs Prabowo Jelang Malam Hari

Inilah Real Count Kpu Terbaru Jokowi Vs Prabowo Jelang Malam Hari

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 242 hits
Hasil sementara real count KPU pada pukul 16 30 WIB Senin sore siapa yang unggul
Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort Hotel

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort Hotel

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 653 hits
KISAH LUMUT ECO RUN 2019 DAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT HOTEL Assalamualaikum semua Bila sebut pasal larian memang payah sangat aku nak join Bukan apa aku kesian kat para crew nanti kena kerja extra time semata mata nak tunggu ketibaan ak...
Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun Orang Tak Akan Hargai Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan

Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun Orang Tak Akan Hargai Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 691 hits
Memang susah nak dapat kerja sekarang Bila dapat kerja makan gaji tak kiralah dengan swasta atau gomen hadap sajalah segala yang depa tetapkan Dalam sektor pekerjaan kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau Contohnya kau ...
Sering Kencing Di Malam Hari Juga Tanda Hipertensi

Sering Kencing Di Malam Hari Juga Tanda Hipertensi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 480 hits
Anda termasuk orang yang sering kencing atau beser pada malam hari Biasanya kebiasaan ini diidentikkan dengan gejala diabetes mellitus Namun kini sebuah penelitian terbaru menyebutkan bahwa beser pada malam hari juga tanda hipertensi Benark...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah