Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort Hotel


KISAH LUMUT ECO RUN 2019 DAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL | Assalamualaikum semua.. Bila sebut pasal larian, memang payah sangat aku nak join. Bukan apa, aku kesian kat para crew nanti kena kerja extra time semata-mata nak tunggu ketibaan aku kat finish line. Haha, itu la alasan aku tiap kali ada yang ajak masuk larian. Bukan sebab malas nak lari tapi memang tak mampu nak lari. Semputtt weiiii.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel

LUMUT ECO RUN 2019
Tapi bila dapat tau ada satu larian kat Lumut iaitu Lumut Eco Run 2019, tanpa fikir panjang aku terus join. Actually tujuan pertama bukan sebab nak lari sangat pun tapi aku teruja bila aku dapat tau route larian akan melalui pangkalan TLDM. Ha, nampak tak tujuan masuk larian tu dah salah. Tapi tak kesah la kannn.. sekurang-kurangnya tu adalah inisiatif penganur untuk menarik perhatian mereka yang tak suka join larian untuk turut menyertai Lumut Eco Run 2019. Faktor kedua pula sebab lokasi Lumut Eco Run yang terletak tak jauh dari kampung aku iaitu di Ayer Tawar. Jadi, lepas larian boleh la balik kampung. yippie..

Aku masuk kategori 10km je.. hehe
So, pada 2 March 2019 seawal 6.30 pagi aku dan beberapa orang blogger lain dah terpacak di Lumut Waterfront iaitu tempat perlepasan larian Lumut Eco Run. Masing-masing muka excited dan ada yang buat sesi warm up. Bukan apa, takut otot-otot semua terkejut setelah lama tak exercise kan.. aku?? macam biasa la, selfie dulu sebelum lari. haha.. Lumut Eco Run 2019 ni ada 3 kategori iaitu 5km, 10km dan 21km. Aku pilih yang 10km tu sebab route dia masuk TLDM.. hhihi.

Bergambar dulu sebelum berlari.. hehe
Semua tengah bersemangat nak lari 
Ha, cuba teka aku dapat nombor berapa? Alhamdulillah, aku tersenarai dalam list top 10 dari belakang. Hahahaha.. kan dah kata. Mesti lambat sampai. Tu pun nasib baik ada yang sudi nak teman. Kalau tak, sensorang la aku berjalan. Tapi best wakk, dapat merasa masuk dalam TLDM. Sempat la selfie sepam dua kat dalam tu.. hehe. Ha, ni keputusan pemenang untuk kategori 21km dan 10km. Apa la yang diorang makan sampai boleh lari laju macam tu.. aishhh, apepun tahniah awak semua

Yayy, dah nampak dah pintu masuk TLDM
Penat tapi sempat selfie.. hehe
Alhamdulillah selamat sampai ke garisan penamat.. yeayy
Kategori 21kmLelaki - Lel Kipchirchir (masa = 1:04:54)Wanita - Elizabeth Wanza Maithya (masa = 1:24:42)
Kategori 10kmLelaki - Saran Raj A/L Balakrishnan (masa = 00:35:10)Wanita - Tan Bee Peng (masa = 00:47:44)

MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL
Walaupun lokasi larian Lumut Eco Run 2019 ni tak jauh dari rumah tapi aku tak stay kat rumah. Kalau stay kat rumah maknanya aku kena bangun kul 5am la sebab perjalanan ke Lumut pun dah setengah jam. Kalau dibuatnya terlajak tidur, lari atas katil je la jawabnya. So, aku pilih untuk stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel bersama dengan geng-geng blogger yang lain. Lagipun aku tak pernah stay kat sini so apa lagi, grab la peluang ni kan.

Stay di Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak berhampiran dengan Jeti Marina. Kalau nampak dua bangunan biru dan oren tu betul la tempatnya. Actually kami sampai situ dan check-in hari Jumaat (1/3/2019). So, sempat la rehatkan diri dulu setelah menempuh perjalanan 2 jam 30minit dari Kuala Lumpur

Cantik kan view hotel ni
Tadaa.. ni la bilik kami. Besar tak?? Bilik kami ni jenis Quad Room so boleh muat 4 orang. Kat bahagian luar ni ada 3 katil dan kat bahagian depan pintu ada 1 bilik dengan 1 katil kat dalamnya. Memang selesa sangat bilik kami ni. Siap ada sinki tempat untuk cuci pinggan lagi. Rasanya kalau datang satu family sesuai dah duduk bilik ni.
Masa ni aku orang pertama sampai, mana la roomate-roomate aku ni
Besar kan bilik kami, ada 3 katil
Ni pulak bilik kat bahagian depan pintu masuk. Kiranya dalam bilik ada bilik
Dari segi kemudahan jangan risau, bilik ni boleh dikatakan complete dengan segala fasiliti. Ada TV, Air-cond, peti ais mini, telefon, kettle & cawan untuk bancuh air, hair dryer, water heater dan paling penting ada cermin besar untuk bersolek. Dalam bilik air pun ada bathtub tau. Tapi tak sempat plak nak berendam. Eh, lupa plak nak bagitau. Iron ada tapi kat hujung corridor. So, konsep kena keluar dan tunggu giliran la kalau ada orang


Siap ada sinki dan tempat bancuh air. Ni kalau bawak rice cooker leh masak ni
Bilik air selesa, siap ada bathtub tau
Kalau duduk hotel benda pertama yang nak tengok adalah view dari balkoni. Bila bukak je langsir dan sliding door, ni la dia view dari bilik kami. Subhanallah, kami beruntung dapat bilik menghadap pantai. Cantik oiii.. dari jauh kelihatan Frenzy Hippo Waterpark. Wah, macam best je.. Nanti lepas larian nak try explore situ plak

View dari balkoni bilik kami
Kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni ada beberapa jenis bilik yang boleh dipilih. Kami berpeluang melihat beberapa bilik yang ada. Boleh dikatakan semua bilik-bilik kat sini besar-besar belaka. Pastukan ada 1 bilik tu comel sangat sebab dinding dia ada dekorasi dalam lautan. Ni kalau budak-budak mesti suka. Bilik dia pun besar tau, boleh muat 16 orang gitu. Siap boleh guling-gulinggg.. hehe

Salah satu bilik yang menarik perhatian aku
Cantik kan lukisan dinding diaRasa macam dalam lautan

Ni lagi satu bilik yang ada di sini. Eh, bilik ke? dah macam rumah dah.. hihi
Seronoknya kalau dapat tinggal kat sini
Seperti hotel-hotel yang lain, kalau menginap kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni dapat sekali dengan sarapan pagi. Ha, kalau korang turun makan breakfast, korang kena try nasi lemak dengan roti canai gulung. Sedap weii.. Nasi lemak tu siap ada sambal sotong dan guna ikan bilis yang halus-halus dan garing. Terus menambah tau..

Terumbu Cafe tempat breakfast kami
Kalau menginap di hotel ni aku rasa budak-budak la paling happy. Mana taknya kat sini ada kolam renang yang besar dan selesa. Memang jadi tumpuan la, silap-silap ada yang berendam sampai petang. Tapi bukan tu je, ada satu bilik tv siap ada susunan teddy bear bersaiz giant untuk kanak-kanak menonton dan bermain puzzle. Bilik ni dipanggil Kids Club. Sebelah tu pulak bilik gym. So, kalau parents nak exercise boleh la tinggalkan anak kat Kids Club.

Besarnya teddy bear kat Kids Club ni
Gym pun ada
Waktu petang aku dan kengkawan turun ke bawah dan bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Dengar kata view sunset kat sini superb. Jadi sementara menunggu sunset tu kita orang pun menjenguk ke kolam ikan kerapu. Memula ingat macam kerapu kat pasar tu sekali tengok ha kawww, besar yakmat. Katanya berat ikan-ikan tu mencecah 100kg tau. Ayooo, ni kalau buat kerapu 3 rasa pun tak tau nak rasa apa dah. Tapi biasanya besar-besar gini orang tak makan dah, silap-silap dia yang makan kita.. hihi.

Besarnya ikan kerapu ni
Cantik kan view sunset kat sini

FRENZY HIPPO WATERPARK
Sebelum check out kami bercadang untuk explore Frenzy Hippo Waterpark. Tak aci la kan setakat tengok dari jauh je. Kalau boleh lepas larian tu terus nak pi main kat sini tapi memandangkan kaki pun dah capek, so keesokkannya je la kami mai sini. Kalau korang nak tau, kawasan Frenzy Hippo Waterpark ni luas juga. Kat tengah-tengah ada floating playground yang colorful. Tapi kan kalau nak main kat situ better by group la. Kalau setakat sorang dua cam tak enjoy je.

Frenzy Hippo Waterpark
Pandangan keseluruhan floating playground ni
Frenzy Hippo WaterparkHarga : RM35 dewasa & RM20 kanak-kanak

Memandangkan kaki pun tak berapa nak helok lagi, maka aku decide naik kayak je dengan Kak Min dan Onie. Seronok juga mendayung kayak walaupun asyik berpusing kat tempat sama je.. haha. Ok la tu, janji kayak tu bergerak. haha.. Kalau taknak main kayak, ada juga Paddle boat, Yoyo boat, Pelampung Unicorn dan banyak lagi.

Comel kan.. ni untuk kanak-kanakKalau rajin boleh la kayuh itik ni

Tapi kami terlebih rajin amik kayak naik 3 orang
Harga :kayak RM20/30minitPaddle boat RM30/30minitYoyo Boat RM15/30minit
Masa :8.00 pagi hingga 12.30 tengahari 3.00 petang hingga 7.00 malam
Secara keseluruhannya memang best juga stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar kawasan hotel. Tapi kalau nak keluar ke bandar pun boleh juga sebab lokasi hotel ni tak jauh dari Lumut dan Sri Manjung. Ha, nak makan seafood pun senang sebab kat sekitar tu banyak restoran seafood.

Kat Lumut ni ada banyak restoran seafood

ROCKBUND FISHING CHALET
Tak jauh dari hotel ni pun ada satu port best especially kalau ada yang nak candle light dinner or celebrate birthday. Ya, nama tempat tu Rockbund Fishing Chalet. Kat sini selalunya jadi tumpuan para pemancing sebab ada chalet sekali tapi kami hari tu lepak minum petang sambil menunggu sunset je. Cantik weii view kat sini..

Sempat singgah di Rockbund Fishing Chalet
Romantik kan dinner kat sini sambil tengok sunset
Ok la.. ni je serba sedikit kisah percutian aku ke Marina Island Pangkor Resort & Hotel sempena larian Lumut Eco Run. Alhamdulillah berkat keputusan aku untuk masuk larian ni dapat juga aku merasa duduk kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Kalau tak, hampess la nak pi kan sebab kalau balik kampung of course la duk kat rumah je. So, kalau korang nak datang Lumut, aku suggest korang stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Memang best.

Time to check out
Percutian yang mendamaikan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel 
Oh ya, on the way balik Kuala Lumpur jangan lupa beli ikan bilis mata biru dekat kedai Hasil Laut Jamilah ye. Sini memang kedai favourite family aku kalau nak beli ikan bilis. Selain tu ada banyak lagi hasil laut yang dijual kat sini. Paling best kalau borong banyak boleh dapat diskaun tau.. hehe..

Kat sini la aku selalu beli ikan bilis mata biru
masuk sini gerenti shopping sakan
So, kalau korang datang ke Lumut, boleh la stay kat sini. Info lanjut rujuk di bawah :
Tempahan hotel dan pertanyaan lanjut tentang hotel boleh hubungi :Laman web : https://marinaislandpangkorresort.comFacebook : https://www.facebook.com/marinaislandpangkorTel : 605 680 5888 Fax: 605 680580Email : [email protected]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/04/kisah-lumut-eco-run-2019-dan-marina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Murah Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort 2019

Bufet Murah Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort 2019

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 467 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Seperti tahun tahun yang lepas apabila menjelang Bulan Ramadhan Bangi Golf Resort mengambil kesempatan untuk mengajak insan insan tersayang untuk berbuka Iftar Sesama di sini dengan pakej berbuka yang termura...
Buffet Ramadan 2019 Sajian Warisan Nusantara Hotel Pearl Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2019 Sajian Warisan Nusantara Hotel Pearl Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1002 hits
Assalamualaikum korang Tahun 2019 ini Hotel The Pearl Kuala Lumpur offer buffer iftar ramadan bertema Sajian Warisan Nusantara buat anda semua Incase tertanya kat mana pulak hotel ni Ia terletak di Jalan Klang Lama satu building dengan Pear...
Penutupan Jalan Sempena Cameron Night Run 2019

Penutupan Jalan Sempena Cameron Night Run 2019

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 341 hits
Malam esok atau tepatnya awal pagi esok akan berlangsung Cameron Night Run atau CAMRUN melibatkan larian Malam 5 km 10 km dan 21 km dari Padang MDCH ke beberapa lokasi laluan larian Dan petang tadi dari jauh saya terlihat pemberitahuan penu...
Bazaria Buffet Dinner Iftar Di The Boulevard Hotel Mid Vally Kuala Lumpur Buffet Ramadan 2019

Bazaria Buffet Dinner Iftar Di The Boulevard Hotel Mid Vally Kuala Lumpur Buffet Ramadan 2019

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 813 hits
Siapa suka menu berbuka puasa gaya penuh ciri ciri masakan kemelayuan asli Angkat tangan Haa julia pun salah seorang peminat utama menu masakan Melayu Asli tau Penuh dengan ulam ulaman bila ada ulam kena ada sambal belacan dan pelbagai jeni...
Run Together Bond Stronger Ijm Land Half Marathon 2019 Kini Kembali

Run Together Bond Stronger Ijm Land Half Marathon 2019 Kini Kembali

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum Hi Semua Baru baru ini bertarikh 29 March yang lalu sis sempat menghadiri press conference bersama pihak IJM Land Berhad Yang mana IJM Land akan menganjurkan program IJM Land Half Marathon 2019 yang akan diadakan pada 4 Augu...
Buffet Ramadhan Di Sama Sama Hotel Klia 2019

Buffet Ramadhan Di Sama Sama Hotel Klia 2019

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 524 hits
Buffet Ramadhan di Sama Sama Hotel Klia bertemakan Gerbang Pesona Malaysia datang lagi Perasaan tidak sabar terus menerpa dalam diri Rasa kerinduan untuk bertemu dengan ramadhan Pada masa yang sama jua mata terus mencari cari resepi yang en...
Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur

Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 439 hits
Hi semua semalam adalah kali pertama bagi UN dan keluarga menyambut dan memberikan sokongan kepada Earth Hour 2019 Hotel Royal Kuala Lumpur Kami dan bersiap awal dan bergerak ke Hotel Royal Kuala Lumpur dalam jam 6 00 pm Kami sampai pun dal...
Buffet Ramadan Kl 2019 Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel

Buffet Ramadan Kl 2019 Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 595 hits
Buffet Ramadan KL 2019 Bazaria Buffet Dinner At The Boulevard St Giles Hotel Biasanya dah dekat dekat bulan Ramadan ni mesti ada yang tercari cari buffet Ramadan kan Okay kali ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Kuala Lum...
Buffet Ramadan 2019 Iftar Warisan Rasa Cyberview Resort Spa Cyberjaya

Buffet Ramadan 2019 Iftar Warisan Rasa Cyberview Resort Spa Cyberjaya

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1364 hits
Assalamualaikum semua Tahun 2019 ini Cyberview Resort Spa Cyberjaya membawa selera sajian Warisan Rasa kepada pelanggan terutama penduduk Cyberjaya Sepang Putrajaya Bangi Puchong Kajang Bandar Saujana Putra Nilai dan sekitarnya Boleh la dat...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat