3 Hari 2 Malam Berbaloi 13 Aktiviti Di Doubletree By Hilton Damai Laut Patut Cuba Tapi No 12 Mak Mak Pasti Suka


Pastinya sebagai ibu ayah yang bekerjaya, kita memang perlukan ruang untuk berehat dan lari seketika daripada rutin yang memenatkan. Menguruskan anak-anak, kerja, rumah tangga semuanya menuntut tenaga fizikal dan mental. Begitu juga buat suri rumah yang seharian menguruskan rumahtangga tanpa henti.
Salah satu cara paling efektif untuk recharge semula idengan pergi bercuti bersama keluarga. DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut adalah antara staycation popular yang jadi pilihan ramai kerana berkonsepkan kids-friendly dan berdekatan dengan alam semula jadi menjadikan hotel bertaraf lima bintang ini penginapan menarik sesuai untuk anda bersama keluarga.

DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut terletak di kawasan yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang hijau menjadi pilihan yang sempurna untuk keluarga yang ingin melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar. Pemanduan yang hanya mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Barat, resort ini bagaikan permata tersembunyi di pesisir pantai Lumut yang menghadap Selat Melaka.
Lebih istimewa, hotel ini  memenangi Anugerah Hotel Hijau ASEAN, merupakan resort yang memenuhi keperluan percutian yang mengagumkan buat keluarga yang terdiri daripada warga emas hinggalah kepada si cilik dengan segala kemudahan yang memenuhi keperluan seisi keluarga.
“Matlamat kami adalah untuk menawarkan destinasi kepada keluarga dan para pelancong untuk berehat, mengeratkan hubungan serta mencipta kenangan manis buat keluarga,” ujar Norsahara Ahmad, Pengurus Besar DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort.  
13 SEBAB KENAPA DOUBLETREE BY HILTON DAMAI LAUT, LUMUT  WAJIB MASUK WISHLIST PERCUTIAN KELUARGA Jadi buat yang impikan sebuah percutian ‘healing’, tenang, tapi penuh aktiviti untuk seisi keluarga. Jom tengok 13 sebab kenapa DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut wajib ada dalam wishlist anda seisi keluarga!
1. Layanan Mesra & Dapat ‘Welcome Gift’ Cookies Ketika Daftar Masuk

Setibanya di lobi, pengunjung disambut mesra oleh staf hotel dengan senyuman dan layanan yang cekap. Belum sempat penat hilang, tangan dah diberi cookies yang rangup dan sedap signature DoubleTree! Proses daftar masuk pun sangat lancar, tak perlu tunggu lama untuk dapatkan kunci bilik. First impression memang tip top!
2. Bilik Luas & View Laut Yang Tenang 
Resort ini juga dapat memenuhi keperluan untuk percutian sekeluarga iaitu daripada kategori bilik Family Suite yang luas dan selesa serta kategori bilik lain yang bersesuaian dengan bajet tetamu. Bahkan, untuk keluarga yang besar, mereka boleh menempah bilik dengan pintu penghubung antara bilik, membolehkan ibu bapa mengawasi anak-anak dengan lebih mudah dan selesa. Apa yang pasti, masuk saja bilik, mata terus terpesona dengan dekorasi moden dan suasana tenang.

Bukan itu sahaja, bilik yang luas dan selesa ini dilengkapi dengan balkoni peribadi menghadap Selat Melaka dengan pemandangan laut, bunyi ombak dan angin sepoi-sepoi memang membuatkan kita rasa damai. Sesuai sangat untuk tenangkan fikiran dan bonding time bersama keluarga.
3. Peta Lokasi Disediakan, Suasana Ala Mall!
Disebabkan kawasan resort yang luas dan penuh dengan pelbagai fasiliti, pihak hotel menyediakan carta peta di beberapa lokasi strategik. Ini sangat membantu tetamu untuk merancang aktiviti dan tahu arah mana nak dituju dengan mudah. Suasana macam dalam mall semua aktiviti ada dalam satu kawasan, memang memudahkan dan seronok untuk explore.
4. Kids Waterpark 
 
Taman air khas untuk kanak-kanak di resort ini memang jadi tarikan utama. Terletak berdekatan dengan tempat makan Makan Kitchen, memang mudah lepas kenyang bersarapan atau makan tengah hari, anak-anak boleh terus terjun mandi! Waterpark ini lengkap dengan gelongsor air berwarna-warni dan kolam cetek yang selamat, membolehkan anak-anak bermain sepuas hati.

Banyak kerusi dan ruang duduk disediakan untuk ibu bapa bersantai sambil memerhati anak-anak bermain sambil melihat pemandangan laut yang memukau.
5. Kids Club, Game Room & Kayuhan Basikal 
Untuk ibu bapa yang perlukan ‘me time’, Kids Club ialah tempat yang sesuai untuk hantar anak-anak bermain sambil belajar. Aktiviti seperti melukis, bermain permainan interaktif dan sesi bercerita bukan sahaja menyeronokkan, tapi turut membantu perkembangan sosial mereka. Dikelola oleh kakitangan mesra dan terlatih, anak-anak pasti gembira berada di sini. Selain itu, ruang di Kids Club ini juga dihias dengan warna-warni yang ceria dan penuh elemen menarik untuk merangsang imaginasi si kecil.  Paling menarik, ada juga ruang menonton bersama keluarga yang dilengkapi dengan skrin TV besar dan bean bag empuk boleh duduk santai satu keluarga sambil layan kartun atau rancangan kegemaran anak-anak. Bukan itu sahaja, disediakan juga PlayStation untuk anak-anak main game!

Selain itu, ‘Room Game’ juga menyediakan ruang untuk ahli keluarga bermain permainan seperti carom, catur dan congkak. Ruang ini disediakan bean beg berwarna warni yang menjadikan bilik ini untuk ahli keluarga berseronok dalam persekitaran yang selamat dan selesa. jadi memang lengkap untuk hiburan anak-anak sepanjang hari!

Aktiviti santai macam kayuhan basikal pun ada kat sini. Kayuh basikal sambil layan angin laut, memang rasa tenang je. Kayuhan basikal sambil hirup udara segar, dengan pemandangan cantik gerenti hilang stress! Sesuai sangat kalau nak spend masa dengan anak-anak atau pasangan sambil recharge minda. Di sini bukan je rileks, tapi penuh memori indah.
6. Aktiviti ATV 
Bagi yang suka aktiviti mencabar, jangan lepaskan peluang untuk cuba ATV ride yang membawa anda menjelajah kawasan hutan tropika di sekitar resort. Aktiviti ini bukan saja seronok, tapi juga memberi peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi sambil mengeratkan hubungan bersama keluarga.
7. Trip Pulau Pangkor 
Kalau nak ‘upgrade’ percutian, boleh ikut trip ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa singkat dengan bot dari jeti berdekatan. Di sana, anda boleh lawat pantai berpasir putih, pekan nelayan yang unik dan beli hasil laut segar terus dari sumbernya. Ibu-ibu pun mesti suka singgah beli ikan bilis mata biru, ikan kering, sotong kering dan pelbagai makanan laut fresh dari kedai berhampiran memang berbaloi untuk borong dan bawa balik sebagai ole-ole untuk saudara mara dan kawan-kawan. Untuk yang sukakan aktiviti air, boleh juga cuba scuba diving di kawasan laut sekitar Pangkor yang kaya dengan kehidupan marin. Lautan biru, bayu laut yang menenangkan dan pemandangan memukau sepanjang perjalanan ke sana memang boleh buat anda lupa segala tekanan kerja. Memang moment terbaik untuk recharge diri dan reconnect dengan alam. Tapi jangan lupa ya, pakai sunblock sebelum ikut trip ni cuaca panas, tapi pengalaman memang berbaloi!
8. Fitness Centre 24 Jam Menghadap Laut
Bagi yang suka bersenam walaupun tengah bercuti, gym di DoubleTree by Hilton Damai Laut ni memang heaven! Gym ni beroperasi 24 jam dan paling istimewa, ia menghadap terus ke laut. Bayangkan workout sambil tengok matahari naik perlahan-lahan memang tenang dan boost mood pagi-pagi. Kalau siang hari sibuk dengan aktiviti, anda boleh bangun awal untuk bersenam dulu sebelum sarapan. Lagi best, gym ni bersebelahan je dengan Kids Club, jadi kalau nak bersenam waktu siang, anak-anak boleh bermain di situ. Tak perlu risau nak kejar anak, boleh fokus jaga kesihatan sambil anak happy bermain. Win-win!!
9. Spa eforea, Spa Suasana Tropika
Aktiviti yang mak-mak kena cuba adalah di Spa Eforea. Spa yang yang terkenal dengan rawatan mewah menggunakan produk Kerstin Florian dan teknik tradisional Asia Tenggara. Spa ini juga tersenarai antara 100 spa terbaik dunia!
Bagi pasangan atau adik-beradik yang ingin menikmati rawatan urutan satu badan bersama, terdapat bilik khas dengan suasana yang tenang.


Selain itu, jika memilih untuk urutan kaki dan bahu sahaja ada ruang bilik denan kerusi empuk yang menghadap laut. Bayangkan, sambil diurut, anda dapat melihat pemandangan laut yang memukau. Memang tempat ‘healing’ yang sempurna! Tetamu juga akan dihidangkan dengan teh herba yang  dan biskut halia di sini. Ini adalah pengalaman yang wajib cuba bagi mereka yang ingin benar-benar ‘recharge’ dan hilangkan segala stres
10. Makan Kitchen & Hot Pot Dengan Pemandangan Laut Yang Cantik.

Untuk ruangan makanan di resort ni memang terbaik! Di Makan Kitchen, anda boleh nikmati pelbagai sajian Melayu, Cina dan India yang dimasak secara langsung di stesen interaktif. Selain ruang makan berhawa dingin yang selesa, pengunjung juga boleh pilih untuk sarapan di kawasan luar yang menghadap laut.
Barisan chef yang memastikan hidangan lazat dan berkualiti
Suasana nyaman dengan angin laut, bunyi ombak dan pemandangan yang tenang memang buat rasa makanan jadi lebih sedap. Ruang makan bahagian luar juga cantik untuk bergambar kenangan bersama keluarga, terutama waktu pagi dengan cahaya semula jadi.


Jika hendak rasa makanan laut segar Perak, boleh pula ke Hot Pot juga menawarkan pengalaman makan steamboat dengan pemandangan laut dalam suasana santai dan cozy yang memang tak boleh lupa. Memang kena dengan mood bercuti!
11. Sunset di Axis Lounge: Masa Paling Romantik dan Damai
Akhiri hari dengan duduk santai di Axis Lounge di Axis Lounge sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau. Di sini, boleh menikmati koktel atau minuman kegemaran sambil melihat suasana laut yang tenang. Lebih menarik, Axis Lounge ini adalah ruang khas dan santai, khas untuk mereka yang menempah pakej penginapan eksklusif yang ditawarkan di resort ini.

Suasana di sini memang tenang dan elegan sangat sesuai untuk mak ayah refleksi, berbual dari hati ke hati dan mensyukuri momen percutian indah bersama keluarga tercinta. Tempat ini juga jadi spot wajib untuk pasangan yang nak nikmati masa berkualiti bersama atau sekadar melayan view sunset yang romantik dan healing.
12. Spot OOTD Cantik, Dekorasi Memikat & Alam Semula Jadi
Untuk yang suka bergambar, resort ini memang penuh dengan port OOTD yang cantik-cantik semuanya. Melangkah masuk sahaja, pasti terpukau dengan dekorasi kawasan lobi pendaftaran pun sangat menawan. Lampu tergantung yang bergaya, kerusi moden di kaunter pendaftaran, serta rekaan dalaman yang elegan menjadikan setiap ruang tampak mewah tapi tetap mesra keluarga.

Bahkan landskap hijau tropika yang tersusun rapi, kolam berlatarbelakangkan laut, sudut tepi pantai yang tenang, hingga ke langit jingga waktu matahari terbenam setiap sudut resort ni memang sangat aesthetic. Bukan itu saja, Sepanjang laluan dalam resort pun dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan mata. Memang wajib abadikan memori sebagai kenangan percutian indah seisi keluarga.
13. Pantai Persendirian Cantik: Port Healing Mak-Mak Sebelum Dinner  Satu lagi tarikan utama di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort ialah pantai persendirian yang terbentang luas, bersih dan sangat tenang. Petang-petang sebelum makan malam, boleh ajak seisi keluarga duduk santai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, bunyi ombak yang menenangkan, memang ‘healing’ habis terutamanya buat mak-mak yang nak rehatkan minda dari rutin harian. Bukan itu sahaja, pantai kat sini sangat cantik  dengan pasir putih yang halus. Momen manis untuk keluarga!
SOALAN KUIZ Dah baca semua 13 aktiviti best kat DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut. Jawab soalan satu soalan ini  pemenang akan berpeluang memenangi baucar penginapan DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut. Siapa tahu, rezeki anda menang hadiah best dari kami!
Soalan 1:
Apa nama spa mewah yang tersenarai antara 100 spa terbaik dunia di DoubleTree by Hilton Damai Laut Lumut?
Jawapan: …………………………………………
DM kami untuk dengan jawapan yang betul.
Nyatakan maklumat peribadi dengan lengkap:
Nama:
No Kad Pengenalan:
Alamat:
No Tel:
 
 
 
The post 3 Hari 2 Malam Berbaloi! 13 Aktiviti Di DoubleTree by Hilton Damai Laut Patut Cuba, Tapi No. 12 Mak-Mak Pasti Suka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/3-hari-2-malam-berbaloi-13-aktiviti-di-doubletree-by-hilton-damai-laut-patut-cuba-tapi-no-12-mak-mak-pasti-suka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Bukan Manusia Tapi Suatu Hari Pembalasan Pasti Tiba

Dia Bukan Manusia Tapi Suatu Hari Pembalasan Pasti Tiba

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 138 hits
Aku ternampak video mamat ni X tadi Masih terangkan dia tapi sebab tuduhan yang dikenakan adalah Aku tak dengar habis sebab rasa macam kalau dengar dia punya sembang Cuma gelihati tengok dia berlagak Katanya dia walau sesiapa pun yang saman...
Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 196 hits
Mee Kari Putih ini mungkin ramai tak pernah merasainya tapi rasanya sangat enak Kuahnya dimasak tanpa cili dan rempah tak seperti mi kari Sambalnya dihidangkan berasingan dan boleh dimasukkan ikut citarasa Jika ingin rasa lebih pedas dan pe...
Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 249 hits
Sekarang ni kat TikTok penuh dengan video diet Semua orang nak sihat nak kurus nak glowing Tapi semua pakai chia seed quinoa oat benda yang wallet aku pun tak kenal So aku pun fikir kenapa tak try je diet viral tu tapi pakai makanan Malaysi...
Agong Dah Tawarkan Dulu Tapi Pas Tolak Hari Ini Pn Meroyan

Agong Dah Tawarkan Dulu Tapi Pas Tolak Hari Ini Pn Meroyan

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 144 hits
HarapandailyPerikatan Nasional dilihat meroyan mahu menubuhkan kerajaan walaupun pernah menolak peluang membentuk kerajaan selepas PRU 15 apabila dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong Malah Timbalan Presiden Bersatu Timbalan Presiden Bersat...
Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 205 hits
Setiap kali buka TikTok atau YouTube mesti ada orang cakap Bangun awal pagi boleh ubah hidup 5AM Club is the key to success Kalau bangun lambat rezeki pun lambat Saya pun terinspirasi Terasa nak ubah hidup Nak jadi produktif Nak jadi manusi...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 271 hits
Minggu lepas orang lain bercuti long weekend Kami pula bercuti awal sikit Perancangan last minute Malas nak bercuti long weekend tu sebab tahu ramai orang akan bercuti Jalan raya akan sesak dan dimana mana juga akan ramai orang Hotel pun ba...
Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

Selang Sehari Mesti Dia Akan Buat Video Call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 157 hits
Selang sehari mesti dia akan buat video call Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi Ibu Koperal Akmal Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya Selang Se...
Kue Cantik Manis Ni Nampak Susah Tapi Sebenarnya Senang Je Nak Buat

Kue Cantik Manis Ni Nampak Susah Tapi Sebenarnya Senang Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 203 hits
Resipi kuih ini sangat istimewa kerana kue cantik manis ini asalnya dari Indonesia Resipi untuk buatnya pun sangat simple Menerusi perkongsian resipi daripada Jamilah Nordin kue cantik manis ini boleh dibuat untuk sarapan pagi atau minum pe...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin