Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi
Minggu lepas, orang lain bercuti long weekend. Kami pula bercuti awal sikit. Perancangan last minute. Malas nak bercuti long weekend tu sebab tahu ramai orang akan bercuti. Jalan raya akan sesak dan dimana-mana juga akan ramai orang. Hotel pun banyak yang fully booked.
Kebetulan encik suami cuti hari Khamis sebab hantar mak appointment. Alang-alang dah cuti hari Khamis, jomlah check in dan stay sampai hari Sabtu. Acah-acah bercuti. Padahal duduk stay hotel je pun tak kemana-mana.
Motifnya ingin berehat seketika. Nak berehat tidur hotel tanpa pergi kemana-mana pun. Rasa lelah betul dengan bermacam-macam perkara. Dah lama sebenarnya merancang. Kali ni lah baru ada kesempatan. Sebelum ni memanjang je tak jadi dah berbulan-bulan. Banyak sangat halnya.
Biasanya plan last minute selalu menjadi.
Kami booking Hotel Tenera Bandar Baru Bangi sehari sebelum check in, hari Rabu. Booking melalui platform Agoda. Tak berapa nak last minute sangat lah kan. Itupun laju-laju booking sebab macam tak banyak bilik yang available.
Pilih Hotel ni sebab dekat lah sikit dengan tempat kerja encik suami. Tak perlulah nak merentas negeri hari Jumaat bekerja tu. Hari Sabtu baru check out, dapatlah encik suami berehat sehari di hotel.
Sebelum check in, beli dulu segala bekal makanan dan minuman. Malas nak keluar masuk lagi bila dah check in. Kami sampai agak lewat hampir jam 10 malam. Terus menuju ke ruang parkir di basement hotel.

Parkir berpalang dan berbayar. Kami guna Touch 'n Go. Parkir banyak kosong lagi. Mungkin sebab tak ramai check in hari Khamis. Mesti ramai check in hari Jumaat dan seterusnya.
Tanpa berlengah lagi, kami terus menuju ke front desk di lobby hotel. Encik suami uruskan hal check in.

Sementara menunggu, saya ambil gambar mana yang nampak menarik di mata saya. Cantik ye lobby Hotel Tenera ni. Luas dan gah. Hotel Tenera Bandar Baru Bangi ni bertaraf 5 bintang. Ada banyak sudut yang menarik di sini.

Tapi dek kerana penat, saya malas nak jalan-jalan. Ambil gambar mana yang dekat je lah. Zoom mana yang perlu. Cantik gubahan bunga di tengah-tengah lobby hotel ni. Nampak gaya macam bunga segar je.

Di ruang atas pula saya tertarik dengan candelier yang berkilau ni. Terselerah kemewahannya dengan saiznya yang cukup besar di tengah-tengah lobby. Designnya pun cantik

Tak lama proses masuk, kami dapat bilik tingkat 9. Dah request higher level tapi dapat tingkat 9 je lah. Tingkat 18-22 untuk bilik VVIP kot kalau tak silap. At least kalau dapat tingkat 10 dan ke atas tu kira okay lagi consider higher level.
Malas nak fikir dah sebab penat. Kita nak rehat nak tenang-tenang je. Jomlah masuk bilik. Lif tak jauh dari lobby hotel. Waktu nak ke lobby dari parkir tadi akan limpas di lif ni.
Nak turun naik lif pun tak perlukan kad access. Biasanya kalau hotel yang sekali dengan resident baru ada kad access untuk tujuan keselamatan.


Lif bersih, luas dan selesa

Ruang hallway ke bilik-bilik, sebelah kiri pintu dari lif.
Masuk-masuk je sebelah kanan ada almari besar dengan pintunya cermin besar. Puas hati nak bersiap kalau ada cermin besar ni kan. Mirror selfie kejap.

Rasa macam tergemuk balik ni. Lepas raya kan. Sia-sia turun 3 kilo lebih haritu. Salah baju kot belang-belang melintang. Dia kena pakai jalur menegak baru nampak kurus. Ahhh lantak situ. Ehh... tersama tema dengan bilik hotel.
selak pintu almari cermin ni ada iron, iron board, hanger, peti besi keselamatan, selipar bilik dan bantal extra pada bahagian atas almari (tiada dalam gambar)


Coffee area sebelah almari.
Disediakan kettle, air minuman, cawan, gelas, kopi & teh sachet, gula dan krimer. Air spritzer tu saya bawa dari rumah. Kena ada extra air. Ada juga peti ais dalam kabinet. Dalam drawer atas tu ada disediakan laundry bag

Sebelah kiri dari pintu masuk, bilik air. Sekali dengan toilet bowl, bathtub, shower dan sinki. Bilik air luas, bersih dan tak nampak kesan lumut. Kebersihan memuaskan bagi saya. Cuma ada yang tak best, shower dia dalam bathtub. Susah nak mandi oiii..
Kesilapan kami tak tengok betul-betul keadaanya bilik air dalam gambar. Tak pasal-pasal kena bersusah payah nak masuk dalam bathtub. Risau licin je sebab bawah tu tak ada alas kaki. Kita bukan biasa.

Toiletries juga disediakan. ShampooConditionerBath gelBody lotionToothbrush & toothpasteShower capSanitary bagTiba-tiba rasa macam tak kena susunan produk ni. Patutnya belakang shampoo tu conditioner.

Kiri kanan sudah, inilah dia ruang bilik yang terbentang luas depan mata. Luas tak luas sangatlah. Tapi selesa
Lantai karpet tebal. Tak berbau sedap dipijak, gebu. Jadi tak perlu pakai selipar dah. Kami pilih Superior king sebab nak katil king.

Hiasan yang ringkas. Yang tak boleh brain, kenapa lah soket plug tu begitu keadaannya. Kata hotel 5 star. Aduh, sakit mata kita tengok

Katil, bantal semua empuk. Lena betul tidur kalau guna bantal hotel ni. Buka aircond 23°C, selimut tebal. Memang lenalah tidur kami. Kat rumah buka aircond setakat 25°C je sebab guna cool duvet.
Sejuk di rumah tak sama dengan sejuk di hotel. Tak gitu? Ada lounge chair ni dapat berehat-rehat sambil tengok TV sambil scroll medsos di handphone. Empuk sofanya.
Tapi yang sakit matanya ada jahitan terkoyak dan sofa salah letak. Patut yang zip tu belakang. Adoiilaaa..semua benda kau nak nak complaint. Dah nampak depan mata kan. Kita ni expect tinggi untuk hotel lima bintang.

Malam tu dapatlah kami jamu mata hutan suasana bandar Bangi yang masih rancak lampunya menyala sana-sini.
Sesekali dapat kami saksikan suasana malam dari aras tinggi. Itu yang kalau tidur hotel mesti request higher level. Yelah, rumah kita teres dan biasa tengok orang lalu lalang

Berhadapan katil, ada workstation dengan kerusi dan sebelahnya TV. Sempatlah layan Drama Keluarga Itu Episod 30, episod akhir. Rupanya esoknya tu ada satu lagi episod 31, episod akhir ekslusif hanya di platform Tonton. Itu belum tengok lagi

Ada juga in-room dining menu. Menu dia menarik dan harga boleh tahan juga. Ingatkan nak pesan tapi dah malam sangat pula. Dah masa untuk rehat dan tidur. In room dining jam 11:00 pagi sampai 12 tengah malam. Ada western dan juga lokal

Kami tak ambil included breakfast. Pagi Jumaat kami sarapan roti je. Ringkas dan cepat encik suami pergi kerja. Waktu siang saya layan permandangan je. Sambil tu pulun blogwalking dari pagi sampai ke petang sementara tunggu encik suami balik kerja
Ingat nak jalan-jalan sekitar hotel tapi malas. Cuaca diluar pun panas lain macam. Lagi pula cermin kaca begini. Berlawanlah sejuk dalam dan panas luar tu

Tengah hari saya makan mamee chef lontong je dan roti. Nak pesan dine in room, malas. Malas nak bersiap orang datang hantar makanan. Serba serbi malas ni. Kalau ada encik suami, okay lagi.
Encik suami balik kerja beli makanan siap-siap sebab saya masih malas keluar. Nak duduk rehat di hotel je. Beli Nasi dan ayam goreng kunyit Mat Rock, Foodtruck di Taman Tasik Cempaka Bangi. Tak ambil gambar sebab lapar.
Pertama kali makan nasi dan ayam goreng kunyit Mat Rock ni. Nasi dicurah kicap siap-siap. Ayam goreng kunyit dia sedap. Macam digoreng dengan tepung sikit. Dicampurkan dengan kacang panjang dan lobak merah. Banyak isi ayamnya pun. Encik suami ambil nasi dan sotong goreng kunyit. Sedap juga.
Malam tak kemana-mana, rehat saja dalam bilik. Tidur awal, topup tidur yang tak cukup beberapa hari sebelum tu. Esok paginya kami pesan sarapan by grab food delivery je. Beli nasi lemak, bihun goreng dan pulut kuning ayam rendang dari Restoran Mak Kimbong. Okaylah, sedap juga
Jam 11 lebih, kami check out. Begini je bersiap macam tak siap. Bukan nak kemana-mana. Tema baju belang-belang. Malas bawa blouse sebab malas gosok. Semua malas! Apa nak jadi ni

Luggage encik suami bawa
Sebelah lif ni ada cermin besar rupanya. Nak ke bilik haritu tak perasan pula. Pantang jumpa cermin. Selfie mirror sekali
Kami hantar barang masuk kereta dulu, baru check out. Saya tunggu di kereta je. Ramai orang di lobby masa encik suami turun ambil sarapan tadi. Ada event apa entah. Urusan checkout cepat tak sampai 5 minit

Selesai sudah penginapan 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi. Nak repeat tu macam tak, macam nak. Kalau repeat pun kena cari bilik yang shower tak sekali dengan bathtub
Seronok juga stay di sini. Selesa, bersih tak ada bau pelik, service bagus dan facilities lengkap. Yang tak syoknya tak berapa nak kedap bunyi sangat. Dengar orang bercakap di luar bila lalu. Kalau kita lalu di bilik orang pun dengar orang bercakap di dalam.
Lagi best kalau bilik ada beranda. Tapi yang bilik ada beranda, jenis suite dan apartment kalau tak silap. Tapi unavailable. Tak dapatlah nak booking bilik tu. Mungkin next time
Banyak aktiviti yang ada kalau staycation disini. Ada gym, swimming pool dan lain-lain. Cuma tu lah bila sorang-sorang ni jadi malas. Malas nak kacau masa encik suami balik kerja, dia juga perlukan rehat. Berehat sama-sama di bilik je lah cerita dia
Selesai sudah menghilangkan stress seketika. Mujurlah stress tak ikut sekali. Balik hari Sabtu tu pun dah mula jem sebab orang dah mula bercuti long weekend kan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2025/05/menginap-3-hari-2-malam-di-hotel-tenera.html