24 Ngo Gesa Kerajaan Kedah Tolak Pelan Tambak Laut Dalam Projek Langkawi Rm40 Bilion


Predeep NambiarImej daripada video projek Widad@Langkasuka menunjukkan lakaran artis mengenai projek penambakan di kawasan pemecah ombak di Padang Mat Sirat, Langkawi.GEORGE TOWN: Sekumpulan NGO menggesa kerajaan Kedah tidak meluluskan projek penambakan laut besar-besaran bernilai RM40 bilion di Langkawi yang akan mengancam ekosistem marin dan mata pencarian nelayan pantai.
Kumpulan 24 NGO itu menulis surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi untuk memprotes projek penambakan bernilai RM40 bilion melibatkan kira-kira 2,000 ekar (800ha) di kawasan pantai barat itu.
Kumpulan itu, yang diketuai Sahabat Alam Malaysia (SAM), membuat bantahan pada 2 Feb lalu, selepas pihak berkuasa tanah di Kedah berkata, mereka akan meluluskan projek tersebut sekiranya tiada bantahan.
Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, masih terlalu awal pada tahap ini bagi mana-mana pihak berkuasa membenarkan kerja penambakan kerana ia memerlukan kelulusan penting terlebih dahulu.
Katanya, sebelum kerajaan negeri memberi kebenaran, pemaju perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Nasional (MPFN) dan menyediakan laporan penilaian kesan sosial serta alam sekitar yang relevan.
“Pada pandangan kami, undang-undang tersebut wajib dipatuhi dan penglibatan awam perlu dilakukan kerana projek penambakan laut dengan keluasan yang sedemikian rupa tentunya akan memberikan impak negatif ketara kepada alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.
Meenakshi berkata, SAM sentiasa membantah projek penambakan dan dalam kes Langkawi ini, timbul kebimbangan berhubung impak besar ke atas ekosistem marin dan mata pencarian nelayan pantai.
Katanya, analisa faedah dan kos perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana ia akan menjejaskan kewangan dan ekonomi Kedah dalam jangka panjang, serta rundingan awam yang sewajarnya harus dibuat terlebih dahulu.
“kita mesti mengambil iktibar daripada projek penambakan laut besar-besaran yang gagal di negara lain seperti Timur Tengah.
“Sekiranya permohonan ini dibenarkan tanpa pematuhan proses undang-undang dan penglibatan orang awam, tindakan tersebut boleh dianggap penyalahgunaan kuasa dan salah di sisi undang-undang.”
Kerajaan Kedah bekerjasama dengan Widad Business Group Sdn Bhd dalam sebuah projek membangunkan 800ha di Padang Mat Sirat di Langkawi. Kira-kira 90% daripadanya melibatkan pembentukan sebuah pulau buatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Projek ini, Widad@Langkasuka, disebut-sebut sebagai mempunyai nilai pembangunan kasar RM40 bilion sebaik saja disiapkan, dengan pembangunan mewah seperti hotel, pejabat dan menara perniagaan, kompleks beli-belah, hospital dan universiti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/24-ngo-gesa-kerajaan-kedah-tolak-pelan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Terkait Projek Niis Rm1 159 Bilion Fuad Gesa Muhyiddin Jawab Empat Soalan

Menantu Terkait Projek Niis Rm1 159 Bilion Fuad Gesa Muhyiddin Jawab Empat Soalan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 299 hits
JOHOR BAHRU Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menjawab empat soalan berkaitan kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM1 159 bilion Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mo...
Kerajaan Akan Hantar Ustaz Bimbing Bajau Laut Diislamkan Ebit Lew

Kerajaan Akan Hantar Ustaz Bimbing Bajau Laut Diislamkan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 225 hits
Kerajaan akan menghantar ustaz bertauliah dan berkaliber ke Sabah bagi membimbing komuniti Bajau Laut yang baru mengucap dua kalimah syahadah diajarkan aktivis serta pendakwah terkenal Ebit Lew Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ah...
Projek Giga Laut Merah Coral Bloom Pulau Shurayrah Arab Saudi Pusat Peranginan Terbesar Dan Termewah Di Dunia

Projek Giga Laut Merah Coral Bloom Pulau Shurayrah Arab Saudi Pusat Peranginan Terbesar Dan Termewah Di Dunia

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 373 hits
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah melancarkan projek giga Pusat Peranginan Laut Merah yang mewah dan tercanggih di dunia Pembangunan Coral Bloom telah dirancang oleh firma seni bina Britain yang terkenal di dunia Foster Pa...
Fdi Bernilai Rm81 9 Bilion Dengan 240 Projek Disasar Mida

Fdi Bernilai Rm81 9 Bilion Dengan 240 Projek Disasar Mida

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Pelaburan asing ke Malaysia dijangka kekal pada paras pra COVID dengan 240 projek pelaburan asing profil tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan sudah dikenal pasti Ia membabitkan potensi gabungan nilai pelaburan RM81 9 ...
Suu Kyi Gesa Rakyat Myanmar Tolak Rampasan Kuasa Tentera 24 Menteri Timbalan Menteri Dilucut Jawatan

Suu Kyi Gesa Rakyat Myanmar Tolak Rampasan Kuasa Tentera 24 Menteri Timbalan Menteri Dilucut Jawatan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 346 hits
KONGSI ARTIKEL YANGON Parti Liga Nasional bagi Demokrasi menyatakan pada Isnin bahawa pemimpinnya Aung San Suu Kyi menggesa seluruh rakyat Myanmar supaya menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera dan menggesa mereka supaya memba
5325 Ppim Gesa Kerajaan Beri Maklumat Jelas Jika Mahu Laksana Lockdown Suara Tv 25 01 2021

5325 Ppim Gesa Kerajaan Beri Maklumat Jelas Jika Mahu Laksana Lockdown Suara Tv 25 01 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 298 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid 19 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu penting agar rakyat dapat melakukan pe...
Anak Menteri Elit Umno Hampir 99 99 Peratus Hidup Main Kontrak Projek Kerajaan

Anak Menteri Elit Umno Hampir 99 99 Peratus Hidup Main Kontrak Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 376 hits
SYED AKBAR ALIFFitnah Soalannya bukan kalau Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wang Jangan tukar cerita Soalannya hang ada berapa banyak biji kereta Hang punyai kereta mewah jeni...
Kerajaan Selangor Kena Saman Konspirasi Tamat Kontrak Projek Tanam Semula Hutan

Kerajaan Selangor Kena Saman Konspirasi Tamat Kontrak Projek Tanam Semula Hutan

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 289 hits
Sebuah syarikat dan lima anak syarikatnya telah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah atas tuduhan konspirasi menamatkan kontrak projek penanaman semula hutan simpan yang telah berlangsung sejak tahun 2001 Mega Forest Plantation Ma...
Mengapa Kerajaan Masih Belum Umumkan Pelan Vaksinasi Sehingga Kini Soal Mapim

Mengapa Kerajaan Masih Belum Umumkan Pelan Vaksinasi Sehingga Kini Soal Mapim

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 221 hits
January 27 2021 Kerajaan didakwa mendedahkan rakyat kepada ketidaktentuan yang sangat tidak masuk akal apabila memaklumkan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan kesan yang mungkin berlaku sebelum memutuskan tindakan selanjutnya sele...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi Berpeluh Sewaktu Tidur Normal Bahaya Atau Tanda Awal Penyakit

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility