Mengapa Kerajaan Masih Belum Umumkan Pelan Vaksinasi Sehingga Kini Soal Mapim


 



January 27, 2021 Kerajaan didakwa mendedahkan rakyat kepada ketidaktentuan yang sangat tidak masuk akal apabila memaklumkan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan-kesan yang mungkin berlaku sebelum memutuskan tindakan selanjutnya selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 berakhir pada 4 Februari ini.
Apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan 2.8 juta orang berisiko hilang kerja jika penutupan penuh ekonomi berlaku, bermakna ada kemungkinan kerajaan sedang berfikir ia sebagai satu pilihan.
Sedangkan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan adalah fakta yang logik dan ia bukan suatu pengumuman yang mengejutkan.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, kesihatan dan ekonomi bukanlah satu pilihan kerana sepatutnya gabungan semua sektor harus dirancang dengan menyeluruh supaya dapat menyelamatkan negara daripada menjadi lumpuh.
Jelas beliau, menukar PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) tidak boleh dilihat secara terpisah, sebaliknya ia mesti digabungkan dalam pelan yang lebih menyeluruh.
Malangnya pelan itu, dakwa beliau masih tidak disediakan akibat kerajaan memilih darurat sebagai pilihan.
Menurutnya, keputusan Majlis Keselamatan Negara perlu berasaskan pelan makro yang jelas daripada hanya membiar rakyat berteka-teki.
Beliau mempersoalkan mengapa sehingga ini pun pelan vaksinasi masih belum diumumkan sedangkan beberapa negara jiran telah pun melancarkan operasi mereka mevaksinasi rakyat masing-masing.
”Ismail Sabri menyebut 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan dan 2.5 juta sukar meneruskan kelangsungan, B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.4 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga.
”Fakta antara bulan Mac dan Oktober 2020, 13,445 syarikat telah memberhentikan operasi berikutan pelaksanaan PKP sudah cukup parah.
”Padahal ketika itu kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan yang diumum oleh perdana menteri bernilai puluhan bilion ringgit untuk membantu rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Azmi turut mempersoalkan kenapa wujud rayuan beberapa sektor perniagaan seperti tukang gunting rambut, peniaga pasar malam dan pengusaha cuci kereta untuk dibenarkan beroperasi semula.
Ini bermakna keputusan dibuat tanpa menghalusi semua sektor.
”Kami pelik kenapa Ismail Sabri memberi respons terhadap hal ini dengan mengatakan isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pada waktu terdekat, sedangkan hal ini sepatutnya telah difikir masak-masak.
”Ketidaktentuan kerajaan akan mencetuskan ketidakyakinan rakyat. Ketiadaan pelan makro yang jelas menandakan rakyat terpaksa melakukan tindakan sendiri untuk survival hidup,” tegasnya.
Oleh itu, Mapim menggesa semua wakil rakyat dipanggil untuk bersidang khas di Parlimen supaya konsensus dicapai kerana wakil rakyat tidak boleh dibiar menganggur tanpa berperanan dan terlibat dalam pemulihan negara dalam krisis ini.
Mapim turut menggesa 70 anggota Kabinet dan timbalan menteri tidak dilihat bergaji lumayan sedang rakyat terkapai-kapai menunggu penyelesaian masalah harian untuk hidup.
Ini kerana pendekatan inklusif rentas parti sudah tidak boleh ditangguh. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/mengapa-kerajaan-masih-belum-umumkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Sila Bentang Pelan Vaksinasi Negara Jangan Berdolak Dalik

Kerajaan Pn Sila Bentang Pelan Vaksinasi Negara Jangan Berdolak Dalik

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 324 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak wajar terus berdolak dalih berikutan kelewatan menerima vaksin Covid 19 berbanding Singapura dan Indonesia Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir berkata rekod buruk pentadbiran Muhyiddin Yassin di tahun ...
Kpk Sebut Mantan Mensos Juliari Masih Bungkam Soal Korupsi Bansos

Kpk Sebut Mantan Mensos Juliari Masih Bungkam Soal Korupsi Bansos

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 300 hits
Menurut Deputi Penindakan KPK Karyoto menteri merupakan pimpinan dalam sebuah kementerian Sejatinya menteri memiliki peranan paling utama dalam sebuah kebijakan
Vaksinasi Covid 19 Kerajaan Pn Henti Beri Alasan Setelah Ketinggalan Berbanding Singapura Indonesia

Vaksinasi Covid 19 Kerajaan Pn Henti Beri Alasan Setelah Ketinggalan Berbanding Singapura Indonesia

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 266 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak wajar terus berdolak dalih berikutan kelewatan menerima vaksin Covid 19 berbanding Singapura dan Indonesia Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir berkata rekod buruk pentadbiran Muhyiddin Yassin di tahun ...
Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 273 hits
Walaupun darurat sudah diisytiharkan kata PKR kerajaan Perikatan Nasional dilihat masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata dalam keadaan ...
Covid 19 Sudah Setahun Tapi Kerajaan Pn Belum Tentu Hala Tuju

Covid 19 Sudah Setahun Tapi Kerajaan Pn Belum Tentu Hala Tuju

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 324 hits
ARIF ATANPengerusi Parti Amanah Negara Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berpendapat kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai keupayaan menghadapi situasi pandemik Covid 19 Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu itu berkata banyak ke...
Kapolri Idham Azis Soal Efek Samping Vaksinasi Covid 19 Saya Fine Fine Saja

Kapolri Idham Azis Soal Efek Samping Vaksinasi Covid 19 Saya Fine Fine Saja

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 288 hits
Jenderal bintang empat ini berharap kepada jajaran Korps Polri dan masyarakat umum agar dapat menirunya untuk mau divaksin Covid 19 Tujuannya agar terbentuk kekebalan tubuh dan terhindar dari virus Covid 19
Macai Masih Kata Kerajaan Tak Salah

Macai Masih Kata Kerajaan Tak Salah

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 349 hits
ZUS DIN Yang ni yang aku marah Macai macai ni sampai tahap tu nak pertahankan MO1 walau dia dah mengaku 1MDB ada masalah pengurusan Berlapiklah tu ego taknak mengaku yang 1MDB tu mcm SIAL Kerajaan tak salah kata macai Hanya pengurusan syari...
Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Kim Poong Dari Webtoon Ke Dapur Presiden Korea Dan Netflix

Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

Anwar Free Education For Hardcore Poor From Preschool To University Starting Next Year

Explosion At Jakarta Mosque During Friday Prayers Injures 55 Police Identify 17 Year Old Suspect

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Subway Malaysia Perkenal The Ultimate Footlong Meal Hidangan Terunggul Terbaharu Untuk Peminat Sandwic

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students