5325 Ppim Gesa Kerajaan Beri Maklumat Jelas Jika Mahu Laksana Lockdown Suara Tv 25 01 2021





CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid-19.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu penting agar rakyat dapat melakukan persediaan lebih awal.
Nadzim berkata beberapa perkara kini membelenggu rakyat semasa negara diserang Covid-19, antaranya dakwaan ‘lockdown’ sepenuhnya.
“Rakyat perlu dimaklumkan sebab rakyat sudah pandai menilai. Rakyat perlu diberi maklumat yang jelas supaya kita dapat buat sesuatu.
“Mungkin kita (rakyat) boleh membantu kerajaan juga. Sebagaimana kita tahu kerajaan juga rasa tertekan. Jadi bagaimana kaedah yang perlu kita buat.
“Apa juga yang kerajaan mahu buat perlu diteliti kerana jika sebaliknya kita akan kecundang. Kerajaan ditekan mungkin oleh kuasa-kuasa dunia, dan akhirnya yang akan menanggung akibat adalah rakyat,” katanya seperti dilapor sebuah portal hari ini.
Semalam, terdapat laporan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi, akan dilaksanakan sekiranya kes jangkitan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari.
Amaran itu diberikan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu surat kepada ahlinya.
Kandungan surat itu menyatakan perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali semasa mesyuarat bersama EuroCham.
Namun, sehingga kini tiada kenyataan dan maklum balas daripada pihak kerajaan berkenaan isu terbabit.
Mengulas lanjut, Johan berkata, tidak perlu ada stigma perbezaan antara kerajaan dan rakyat kerana semua keputusan yang membabitkan penglibatan rakyat harus diumumkan segera.
Beliau berpendapat jika ‘lockdown’ sepenuhnya dilakukan, perlu ada kelongggaran yang diberikan kerajaan dari segi komitmen yang perlu ditanggung rakyat.
“Contohnya pengecualian dari bayaran bank, bantuan makanan daripada kerajaan, supaya rakyat tidak perlu keluar untuk cari makanan.
“Ini kerana, walaupun ‘total lockdown’ rakyat perlu juga keluar untuk mencari makanan. Jadi untuk itu kerajaan perlu teliti, kerana akan jadi huru hara sebab rakyat ada komitmen dan keperluan,” katanya lagi.
Berikutan itu, katanya, semua pihak harus bekerjasama untuk menghadapi apa juga tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyat bagi mendepani virus Covid-19.
Katanya, kerajaan perlu memastikan jika semua sektor ditutup, bantuan perlu benar-benar sampai kepada semua rakyat dan tidak terjadi lagi keciciran.
“Kerajaan tak perlu malu dan sorokkan situasi lagi. Rakyat boleh terima yang sekarang negara sedang usaha untuk jaga keselamatan dan membendung Covid-19.
“Kalau lockdown dibuat, jangan sampai menyusahkan rakyat. Sebab mungkin nanti akan dibuat lagi kerana Covid-19 masih ada dan kita tidak tahu bila ia berakhir,” katanya.
Artikel oleh: Suara TV
PPIM GESA KERAJAAN BERI MAKLUMAT JELAS JIKA MAHU LAKSANA LOCKDOWN
https://suara.tv/25/01/2021/ppim-gesa-kerajaan-beri-maklumat-jelas-jika-mahu-laksana-lockdown/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/01/5325-ppim-gesa-kerajaan-beri-maklumat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

5326 Lockdown 4 Feb Rakyat Berhak Tahu Kerajaan Jangan Sorok Ppim Malaysia Post 25 01 2021

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 384 hits
RAKYAT berhak untuk tahu setiap maklumat dan tindakan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid 19 agar persediaan boleh dilakukan lebih awal Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata beberapa perka...
5285 Adoi Kene Tipu Lagi Dengan Sedekah Online Tv Ppim 09 01 2021

5285 Adoi Kene Tipu Lagi Dengan Sedekah Online Tv Ppim 09 01 2021

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 268 hits
Niat baik dah nak membantu tapi kita pulak tertipu Susah sekarang nak menilai dalam banyak banyak sumbangan yang diminta tak semestinya semua betul tapi tak semestinya jugak semua adalah tipu Ha Kalau nak mudah boleh cuba je platform sumban...
5286 Takkan Maju Orang Kita Kalau Tak Reti Menghargai Masa Tv Ppim 12 01 2021

5286 Takkan Maju Orang Kita Kalau Tak Reti Menghargai Masa Tv Ppim 12 01 2021

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 191 hits
Kita takkan boleh pergi jauh dengan cara berfikir macam ni Nak tahu kenapa bangsa lain senang nak berjaya Sebab mereka ni menghargai semua yang mereka ada Paling penting Mereka ini menghargai MASA mereka dan orang lain Sebab itulah kejayaan...
Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

Kerajaan Perlu Semak Semula Pertumbuhan Kdnk 7 5 Tahun 2021

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 346 hits
Kerajaan darurat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diminta untuk mengkaji semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2021 Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung berkata sasaran pertumbuhan 7 5 sebagaimana yang dinyat...
5284 Gila Bunga Sampai 200 Ahlong Ugut Nak Gegar Rumah Tv Ppim 09 01 2021

5284 Gila Bunga Sampai 200 Ahlong Ugut Nak Gegar Rumah Tv Ppim 09 01 2021

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 411 hits
Mati Nak pinjam sikit tapi nak kene bayar sampai 10 kali ganda Itulah realiti pinjaman ahlong Bunga yang dibayar tu lagi tinggi daripada hutang sebenar Sekali anda meminjam selamanya anda diikat untuk terus membayar hutang Ahlong akan sangg...
5291 Hish Lembab Patutlah Naik Kura Kura Rupanya Tv Ppim 15 01 2021

5291 Hish Lembab Patutlah Naik Kura Kura Rupanya Tv Ppim 15 01 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 254 hits
Inilah apa yang abang rider kena hadap setiap hari kat luar sana Berpanas berhujan setiap hari belum masuk lagi kena maki hamun dengan pelanggan sebab order sampai lambat Dugaan dan cabaran tak pernah habis untuk Asyraf Saksikan apa yang te...
5302 Aktiviti Serahan Sumbangan Beras Kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Ppim 19 01 2021

5302 Aktiviti Serahan Sumbangan Beras Kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Ppim 19 01 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 475 hits
Penyerahan sumbangan beras oleh PPIM kepada Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Sri Rampai Kuala Lumpur
5303 Aktiviti Ppim Arfahanee Resources Infak Set Jenazah Kepada Mapim Ppim 18 01 2021

5303 Aktiviti Ppim Arfahanee Resources Infak Set Jenazah Kepada Mapim Ppim 18 01 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 380 hits
Penyerahan infak Set Jenazah ARAFA kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia kerjasama antara PPIM dan Arfahanee Resources pada 18 Januari 2021 bertempat di Wisma MAPIM Bukit Mahkota Bangi
10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021

10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 1120 hits
10 Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Tahun 2021 Setiap tahun kerajaan akan mengumumkan senarai bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat bertujuan untuk mengurangkan beban hidup rakyat Sedar atau pun tidak banyak sebenarnya bantuan yang ker...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian