2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua


'2-3 hari tak mahu makan dan minum susu, dia menangis mencari ibunya' - Sayu, si ibu meninggal selepas melahirkan anak kedua


"Dua tiga hari dia tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya. Lepas itu menangis, kerana tidak jumpa," demikian kata jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya selepas kehilangan ibu 10 hari lalu. 
Nurul Huwaina Arissa, 1 tahun 4 bulan, begitu merindui ibunya yang mesra dengan panggilan 'mama' dan tidak mengerti bahawa ibu kesayangannya itu telah pergi buat selama-lamanya. 
Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka, meninggal dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan, di Hospital Besar Melaka. 
Muhammad Hayyan selamat dilahirkan pada jam 12.21 tengah malam, 22 Disember lalu dengan berat, 3.17 kilogram. 
"Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berpelukan dengan arwah isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya meninggal dia tidak lalu makan dan minum susu. 
"Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya," katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat di sini semalam

Menurut Mohd. Hasbullah, selepas isterinya melahirkan anak kedua mereka, keadaan Nurul stabil dan arwah beriya-riya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu. 
"Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira jam 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat. 
"Kira-kira jam 3, dia koma dan terus tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia. Doktor memaklumkan punca kejadian berpunca daripada darah beku menyerang paru-parunya," katanya. 
Jenazah Nurul kemudian dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Selehor, Kok Pasir. 
Mohd. Hasbullah kini bercadang mencari pekerjaan di Kelantan dan mahu memastikan dua anaknya itu mendapat perhatian dan kasih sayang yang mencukupi semasa membesar. 
"Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda

"Ini dugaan ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed meninggal dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu meninggal akibat demam denggi berdarah di Hospital Selayang," katanya

Sumber: Kosmo!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/2-3-hari-tak-mahu-makan-dan-minum-susu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 754 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 628 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
2 000 Anak Yatim Piatu Di Bogor Dapat Santunan Peringati Hari Ibu

2 000 Anak Yatim Piatu Di Bogor Dapat Santunan Peringati Hari Ibu

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 419 hits
Kemudian di era kabinet kerja pemerintahan Jokowi ada 7 menteri dari perempuan Kabinet kerja juga mencetak sejarah dengan mengalokasikan 7 perempuan tangguh jadi menteri Jokowi
Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10 Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

Elak Makan Minum Manis Tu Baru 10 Dietitian Bagi 3 Tips Kawal Gula Bagi Ibu Diabetes Masa Hamil

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 723 hits
Memang kalua mengelakkan makan minum manis itu penting bagi ibu yang mengalami diabetes masa hamil Tapi itu baru 10 Dietitian cadangkan buat 3 perkara ini juga baru boleh turunkan gula dalam darah lebih berkesan Pegawai dietetik telah berko...
5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 710 hits
Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa 5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHUBerikut adalah be...
Berat Turun 10kg Hanya Dalam 10 Hari Ibu 3 Anak Ini Buktikan Mampu Cabar Diri

Berat Turun 10kg Hanya Dalam 10 Hari Ibu 3 Anak Ini Buktikan Mampu Cabar Diri

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 413 hits
6869 SHARES Dalam menjaga berat badan untuk sentiasa kekal dan ideal semua orang perempuan tahu bukanlah satu kerja yang mudah Kita perlu sentiasa konsisten dan memerlukan disiplin yang tinggi dalam pengambilan makanan sehari harian disampi...
Hanya 43 Hari Dipinjamkan Anak Hari Terakhir Nurse Pulangkan Susu Yang Tak Sempat Diminum

Hanya 43 Hari Dipinjamkan Anak Hari Terakhir Nurse Pulangkan Susu Yang Tak Sempat Diminum

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 587 hits
Hanya 43 hari sahaja sempat bersama anak itulah antara luahan Puan Aida Syahafiza menerusi sebelum bayinya meninggal dunia pada 1 Januari 2019 atas beberapa masalah kesihatan Ikuti perkongsian yang dikongskian beliau SEMPAT PELUK ANAK SELEP...
Peringati Hari Ibu 100 Anak Di Kediri Basuh Kaki Ibunda

Peringati Hari Ibu 100 Anak Di Kediri Basuh Kaki Ibunda

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 459 hits
Dalam acara tersebut 100 ibu duduk di kursi yang disediakan selanjutnya anak anaknya duduk bersimpuh di kaki ibunya masing masing Perlahan mereka membasuh kaki ibunya dengan air sebagai wujud bakti anak kepada orang tua
Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 558 hits
Teringat lebih daripada teringat dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah Melaka Mohd Hasbullah Mohamed Yasin...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej