Tengok Anak Menitis Air Mata Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua


“Teringat lebih daripada teringat, dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa.”
Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya, Nurul Huwaina Arissa berusia setahun empat bulan selepas kehilangan ibu dua minggu lalu.
Lebih menyedihkan, wanita itu, Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, seorang ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka meninggal dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan di Hospital Besar Melaka.
Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.17 kilogram pada pukul 12.21 tengah malam pada 22 Disember lalu.

Mohd. Hasbullah berkata, selepas kejadian tersebut, anaknya, Nurul Huwaina Arissa begitu merindui arwah isterinya yang mesra dengan panggilan ‘mama’.
“Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berpelukan dengan arwah isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya meninggal dia tidak lalu makan dan minum susu. 
“Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat.
Menceritakan semula detik tersebut, Mohd. Hasbullah berkata, keadaan isterinya stabil selepas melahirkan zuriat mereka dan arwah beriya-iya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu.
“Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua kami sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira pukul 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat.
“Kira-kira pukul 3 dia koma dan terus tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia. Doktor memberitahu punca kejadian berpunca daripada darah beku menyerang paru-parunya,” ujarnya tenang.
Jenazah isterinya dibawa pulang ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Selehor, Kok Pasir di sini.
Katanya, dia kini bercadang untuk mencari kerja di Kelantan selepas ini bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa membesar.
“Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda.

“Ini dugaan ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed meninggal dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu meninggal akibat demam denggi berdarah di Hospital Selayang,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kematian Nurul Shuhadat itu kerana melahirkan anak tergolong dalam golo­ngan syahid kecil.
Beliau berkata, mati syahid ini menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu syahid besar dan syahid kecil manakala kaum wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anak termasuk dalam kalangan para syuhada.
“Bukan sahaja wanita meninggal dunia semasa melahirkan, malah mati lemas, kemalangan, mati dalam kebakaran juga dianggap sebagai syahid kecil.
“Cumanya jenazah mereka yang syahid kecil ini perlu diuruskan se­perti biasa berbeza dengan golongan yang gugur di medan perang ketika berjuang membela Islam (syahid besar),” katanya ketika dihubungi.
Sumber & Gambar: Kosmo
 
The post Tengok Anak, Menitis Air Mata. Isteri Pergi Mengejut Selepas Beberapa Jam Lahirkan Anak Kedua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tengok-anak-menitis-air-mata-isteri-pergi-mengejut-selepas-beberapa-jam-lahirkan-anak-kedua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Pagi Semalam Saya Jumpa Anak2 Saya Tiga Anak Pergi Sekelip Mata Selepas Ditelan Ombak Besar

Baru Pagi Semalam Saya Jumpa Anak2 Saya Tiga Anak Pergi Sekelip Mata Selepas Ditelan Ombak Besar

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 357 hits
Luluh hati seorang ibu dan bapa ini apabila anak mereka telah ditemui mati lemas dalam kejadian lemas di Pantai Sura Dungun Terengganu Dalam kejadian 6 40 petang semalam ketiga adik beradik ini telah mandi di pantai tersebut dengan ditemani...
Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

Satu Hari Saat Hantar Makanan Tengahari Kepada Isteri Air Mata Saya Menitis Lihat Keadaan Isteri Sedang Makan

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 487 hits
Isteri kerja dekat dengan saya Satu hari saya hantar makanan padanya Sewaktu jumpa saya lihat isteri sedang makan sesuatu dengan kawan kawannya Hilang selera makan saya Hati rasa sedih Maafkan abang sebab tak mampu membahagiakan sayang Saya...
Bapa Mangsa Lemas Sedih Semua Anak Pergi Sekelip Mata

Bapa Mangsa Lemas Sedih Semua Anak Pergi Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 347 hits
DUNGUN Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga tiga anak kami telah pergi sekelip mata Demikian luah Zawawi Abd Wahad 42 yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi 10 Nu...
2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 648 hits
2 3 hari tak mahu makan dan minum susu dia menangis mencari ibunya Sayu si ibu meninggal selepas melahirkan anak kedua Dua tiga hari dia tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya Lepas itu menangis kerana tidak jum...
Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

Inilah Sebab Anak Sulung Perempuan Istimewa Di Mata Lelaki Untuk Dijadikan Calon Isteri

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 538 hits
Menjadi anak perempuan pertama dari sebuah keluarga sangat berat di samping sebagai tulang belakang keluarga anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar motivasi dirinya Tak ada yang tahu bagaimana proses perjuangannya yang terlihat ku...
Ketiga Tiga Anak Kami Pergi Sekelip Mata

Ketiga Tiga Anak Kami Pergi Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 395 hits
DUNGUN ketiga tiga anak kami telah pergi sekelip mata Demikian luah Zawawi Abd Wahab 42 yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi 10 Nurain Sofia 8 dan Nurain Sasabila 6 ditemu...
Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

Mengalir Air Mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isteri Kata Kereta Rosak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 346 hits
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen Aku pun benti le tetiba bro saya nak mintak maaf sesangat dengan bro Apsal Rupanya Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Ist...
Hati Bapa Luluh Lihat Tiga Anak Pergi Sekelip Mata

Hati Bapa Luluh Lihat Tiga Anak Pergi Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 498 hits
Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga tiga anak kami telah pergi sekelip mata Demikian luah Zawawi Abd Wahad 42 yang berdepan dengan insiden menyedihkan pada akhir 2018 apabila kesemua tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi 10 Nurain So...
Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

Sultan Nazrin Menitiskan Air Mata Bertitah Mengenai Kematian Adib

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 307 hits
Sultan Nazrin seterusnya bertegas supaya keadilan terhadap Muhammad Adib tidak tercicir dan segala usaha hendaklah dilaksanakan untuk mencari tangan tangan yang melakukan jenayah kejam berkenaan
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord