1mdb Leissner Dedah Penglibatan Dua Bekas Setiausaha Sulit Najib


satuberita.my
By Admin
-March 1, 2022

BEKAS pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner memberitahu, dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam urusan penerbitan bon ketiga di bawah Projek Catalyze yang bernilai AS$3 bilion (RM12.6 bilion) untuk 1MDB.

Leissner yang mendedahkan perkara itu menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu yang berdepan tuduhan melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang haram.

Dia menjelaskan bon ketiga itu bergantung kepada surat sokongan daripada kerajaan Malaysia dan bukan berdasarkan jaminan daripada International Petroleum Investment Companya (IPIC) seperti dua bon yang pertama yang dirujuk sebagai Projek Magnolia dan Projek Maximus.

Leissner memaklumkan dia mengadakan beberapa pertemuan dengan Azlin Alias ​​dan seorang lagi setiausaha sulit bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Nazaruddin selain Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan untuk tujuan mendapatkan surat sokongan tersebut.

Menurutnya, satu pertemuan turut diadakan bersama-sama Najib di pejabat rasminya di Putrajaya untuk memperoleh surat sokongan yang ditandatangani oleh beliau.

Jelasnya, Low Taek Jho atau Jho Low juga memaklumkan kepadanya dan Roger Ng bahawa mereka tidak akan menerima sebarang ‘imbuhan’ seperti dua projek pertama atas alasan dana dikumpulkan Projek Catalyze akan digunakan untuk Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

“Jho Low mendakwa dana yang dikumpulkan Projek Catalyze perlu digunakan untuk membiayai pilihan raya tersebut. Dia juga nyatakan memberi ‘sumbangan’ kepada pengundi sebagai ‘amalan biasa’ di Malaysia.

“Saya tidak tahu ke mana aliran sebenar wang tersebut atau sama ada ia diterima secara peribadi oleh Najib,” ujarnya sambil menambah tentang penglibatan Azlin apabila Goldman Sachs berusaha melupuskan bon AS$700 juta (RM3 bilion) yang tidak dapat dijual firma itu selepas transaksi Projek Catalyze.

Leissner dan Roger Ng turut menghubungi Jho Low untuk melihat sama ada dia boleh membantu menjual beberapa bon tersebut kepada institusi berkaitan kerajaan di Malaysia seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Difahamkan, salah satu bukti yang dikemukakan dalam kes itu ialah bebenang e-mel yang dipanjangkan Leissner kepada Roger Ng pada 6 November 2013 yang turut mengandungi e-mel pertama yang telah dihantar oleh Jho Low kepada Azlin.

Leissner turut mendedahkan bahawa dia dan Roger Ng masing-masing menerima ‘imbuhan’ berjumlah AS$17.5 juta (RM73.4 juta) untuk penglibatan mereka dalam terbitan bon pertama di bawah Projek Magnolia bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion).

Dia turut berkata mereka telah menerima ‘imbuhan’ untuk bon kedua di bawah Projek Maximus, juga bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion) walaupun dia tidak menyatakan jumlah sebenar yang diterima oleh mereka.

Ketika terlibat urus niaga ‘skim haram’ itu, Leissner mengakui dia bimbang dengan persepsi negatif media, namun berada sedikit lega selepas Najib menang pada PRU13.
 – Agensi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/1mdb-leissner-dedah-penglibatan-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 156 hits
NEW YORK Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad Leissner saksi utama perbicaraan kes ra...
Ahmad Zahid Arah Bekas Setiausaha Sulit Keluar Surat Iringan Lanjut Kontrak Uksb

Ahmad Zahid Arah Bekas Setiausaha Sulit Keluar Surat Iringan Lanjut Kontrak Uksb

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 138 hits
bharian com myMac 7 2022 3 27pmAhmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini Foto BernamaSHAH ALAM Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan bekas Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat...
Rumah Mewah Rm41 Juta Untuk Tutup Skandal 1mdb Kekasih Gelap Tim Leissner Akan Dedah Segalanya February 26 2022

Rumah Mewah Rm41 Juta Untuk Tutup Skandal 1mdb Kekasih Gelap Tim Leissner Akan Dedah Segalanya February 26 2022

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 340 hits
February 26 2022 Bekas ketua pegawai eksekutif kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd Rohana Rozhan mengesahkan dia sudah berjumpa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia The Edge memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Rohana di Tetuan...
Curi Duit 1mdb Leissner Vs Najib

Curi Duit 1mdb Leissner Vs Najib

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 158 hits
CURI DUIT 1MDB Leissner vs Najib 1MDB bossku bosskur
Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

Duit 1mdb Lah Bro Saksi Imbas Bekas Pembantu Najib Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 146 hits
Sekadar ingin bertanya kepada yang mengetahui ya je dalam laporan mengesahkan berlaku kerosakkan tapi apakah kerosakan helikopter benar rosak atau sebaliknya Sama kita fikirkan Duit 1MDB lah bro Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar...
Gempar Tim Leissner Mengaku Bantu Curi Berbillion Dollar Dana 1mdb

Gempar Tim Leissner Mengaku Bantu Curi Berbillion Dollar Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 374 hits
February 26 2022 Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner yang mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1 Malaysia Development Berhad memberi keterangan dia turut mencuri puluhan juta dolar daripada rakan jenayah dalam p...
1mdb Dakwa Jho Low Najib Pengarah Bayangan Syarikat

1mdb Dakwa Jho Low Najib Pengarah Bayangan Syarikat

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 243 hits
February 25 2022 1MDB mendakwa Najib Razak dengan penglibatan Jho Low mengarahkan penyingkiran Ernst Young sebagai juruaudit syarikat itu untuk menyembunyikan kerugian 1MDB akibat pelesapan dana melalui penipuan KUALA LUMPUR 1MDB mendakwa a...
Timbalan Menteri Kami Tak Pernah Berhenti Siasat Najib 1mdb

Timbalan Menteri Kami Tak Pernah Berhenti Siasat Najib 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comPARLIMEN Pihak berkuasa tidak pernah berhenti menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak berhubung skandal kewangan 1MDB kata timbalan menteri undang undang Mas Ermieyati Samsudin Mas menjawab soalan Lim Guan Eng yang mempe...
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 178 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor