Ahmad Zahid Arah Bekas Setiausaha Sulit Keluar Surat Iringan Lanjut Kontrak Uksb


bharian.com.my
Mac 7, 2022 @ 3:27pm

Ahmad Zahid (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan bekas Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat iringan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan eVisa kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) selama enam tahun bermula 2019.

Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang kini Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, beliau diarahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk mengeluarkan surat berkenaan kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 14 Februari 2017.

"Bersama-sama surat itu, saya kepilkan sepucuk surat UKSB kepada Ahmad Zahid bertajuk Lanjutan Tempoh Pelaksanaan Sistem VLN dan Evisa Bagi Tempoh Enam Tahun bermula 31 Oktober 2019 sehingga Tahun 2025 Adalah Sejajar Dan Seiring Dengan Pembangunan Dan Pelaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bertarikh 8 Februari 2017," katanya.

Saksi kesembilan itu berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.

Pada 22 Disember tahun lalu, saksi pendakwaan keenam, bekas KSU KDN, Tan Sri Alwi Ibrahim memberitahu mahkamah, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Ahmad Zahid yang melanjutkan kontrak UKSB bagi pelaksanaan sistem VLN kerana terlalu awal sedangkan tempoh tamat kontrak itu masih panjang.

Muhd Khair, 56, berkata Ahmad Zahid juga mengarahkannya mengeluarkan dua lagi surat iringan kepada KSU KDN, pada 16 Mei dan 16 Jun 2017.

Surat bertarikh 16 Mei adalah bagi permohonan melanjutkan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan One Stop Centre (OSC) Bagi Kemudahan Visa di China untuk tempoh enam tahun, manakala surat bertarikh 16 Jun mengenai cadangan lanjutan tempoh pelaksanaan kontrak perkhidmatan itu selama tiga tahun bermula 15 Mei 2018.

Sementara itu saksi kelapan, Datuk Abdul Halim Mohammad, 55, berkata beliau menandatangani surat iringan bertarikh 24 Oktober 2016 yang dimajukan kepada KSU KDN (Alwi) berhubung permohonan kelulusan untuk melanjutkan kontrak VLN dan Evisa bagi tempoh enam tahun kepada UKSB.

"Surat iringan ini adalah rutin yang diurus pejabat menteri bagi pengesahan bahawa surat sudah sampai kepada pejabat menteri," katanya iaitu bekas Setiausaha Politik kepada Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. 
– BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/ahmad-zahid-arah-bekas-setiausaha-sulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Jumpa Wakil Uksb Sebelum Buat Keputusan Lanjut Kontrak Kata Saksi

Ahmad Zahid Jumpa Wakil Uksb Sebelum Buat Keputusan Lanjut Kontrak Kata Saksi

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 308 hits
freemalaysiatoday com March 8 2022 6 43 PMAhmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah USD13 56 juta daripada UKSB bagi melanjutkan kontrak syarikat itu PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu Ahmad Zahid Hamidi m...
1mdb Leissner Dedah Penglibatan Dua Bekas Setiausaha Sulit Najib

1mdb Leissner Dedah Penglibatan Dua Bekas Setiausaha Sulit Najib

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 270 hits
satuberita myBy March 1 2022BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam urusan penerbitan bon ketiga di bawah Projek Catalyze yang bernilai A...
Terpalit Kes Buli Agensi Umum Kontrak Soojin Bekas Ahli I Dle Sudah Ditamatkan

Terpalit Kes Buli Agensi Umum Kontrak Soojin Bekas Ahli I Dle Sudah Ditamatkan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 260 hits
Tiada angin tiada ribut CUBE Entertainment mengumumkan bahawa kontrak bersama Soo jin iaitu bekas ahli kumpulan I DLE sudah pun ditamatkan Berikut ialah kenyataan penuh agensi itu Ini ialah CUBE Entertainment Kami ingin menyampaikan kepada ...
Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 199 hits
NEW YORK Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad Leissner saksi utama perbicaraan kes ra...
Zahid Akan Hantar Surat Tuntut Dr M Mohon Maaf Dakwaan Melobi

Zahid Akan Hantar Surat Tuntut Dr M Mohon Maaf Dakwaan Melobi

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2022 9 04 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia telah mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan undang undang kepada Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad supaya dia memohon maaf Ini berla...
Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 163 hits
MUAR Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab mengapa pihaknya menamatkan perkhidmatan pelakon Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementerian Beliau sebaliknya berkata pada kebiasaannya d...
Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

Bekas Wakil Rakyat Bersatu Rosleli Jahari Umum Keluar Parti Kembali Menyertai Umno

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 668 hits
JOHOR BAHRU Bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari mengumumkan keluar parti itu dan mahu menyertai semula UMNO Pengumuman Rosleli dimuat naik di akaun Facebook rasmi bekas Perdan...
Zahid Saya Dah Hantar Surat Saman Pada Mahathir Muhyiddin

Zahid Saya Dah Hantar Surat Saman Pada Mahathir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 237 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 27 2022 4 39 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat saman kepada Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin Katanya...
Cara Nagita Slavina Nasihati Aurel Hermansyah Soal Larangan Ibu Keluar Rumah Sebelum 40 Hari

Cara Nagita Slavina Nasihati Aurel Hermansyah Soal Larangan Ibu Keluar Rumah Sebelum 40 Hari

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 308 hits
Menurut Nagita tradisi memang memiliki tujuan baik untuk menjaga bayi Tapi kebahagiaan ibu tetap paling penting
Break The Chain Of Corruption

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Chukwu Perkuat Cabaran Perak Fa Di Liga A1

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada

Easy Middle Eastern Beef Skewers Recipe

Wanita Persoal Siasatan Kes Pukul Sumber Istana Pahang Nafi Kaitan Kerabat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid

Yong Tau Foo Dqalisha Steamboat Grill Sedap Dan Berbaloi

Minor Heart Attack Loceng Amaran Dari Dalam Diri

No Holds Barred A Bareknuckle Harley Shovelhead From South Africa

Laungan Allahuakbar Bergema Jasad Zara Qairina Didakwa Masih Utuh Selepas Digali Semula

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini