Pendakwaan 1mdb Diurus Macam Kedai Kopi Cina Di Jalan Petaling


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Nov 9, 2021 12:29 PM

KES 1MDB NAJIB | Pihak pendakwaan menyifatkan urusan korporat 1MDB seperti "dikendalikan seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling"

Timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram membuat perbandingan itu hari ini, ketika menyuarakan bantahan terhadap soalan-soalan yang diutarakan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed terhadap seorang saksi pendakwaan, yang didakwanya sebagai "tidak relevan".

Wan Aizuddin memeriksa balas bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wan Aizuddin antara lain bertanya Hazem berkenaan penggunaan pinjaman AS$975 juta oleh 1MDB untuk membeli semula saham syarikat itu daripada Aabar Investments PJS Limited, salah satu entiti antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

"Kami setuju...bahawa hal ehwal 1MDB dikendalikan lebih seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling.

"Kami katakan yang mereka ini (antaranya sejumlah pegawai 1MDB) bertindak atas arahan Jho Low, yang merupakan alter ego dan cerminan kepada tertuduh (Najib), dan kedua-duanya bertindak secara bersama.

"Kami setuju untuk bertoleransi dengan soalan-soalan ini dan ia sama sekali tidak relevan dengan hujah kami," kata Sri Ram kepada hakim Collin Lawrence Sequerah.
Wan Aizuddin kemudian memberitahu mahkamah yang soalan yang diutarakan pihak pembelaan dalam pemeriksaan balas adalah untuk menunjukkan salah laku dalam 1MDB adalah berpunca daripada komplot Jho Low dan tanpa penglibatan Najib.

"Mereka (pendakwaan) ada hujah mereka, tetapi kami ada hujah kami. Kami katakan ada salah urus (dalam 1MDB), tetapi ia dilakukan oleh Jho Low dan tidak melibatkan anak guam kami," katanya.

Wan Aizuddin berkata, soalan dalam pemeriksaan balas itu wajar memandangkan Hazem didakwa sering terlupa ketika disoal dalam perbicaraan.

Sequerah kemudian mengingatkan peguam itu yang saksi mungkin tidak dapat mengingat semula banyak perincian berhubung peristiwa-peristiwa tertentu memandangkan ia berlaku beberapa tahun lalu, dan meminta pihak pembelaan agar memendekkan soalan.

Perbicaraan bersambung tengah hari ini.

Pinjaman penyambung dan pinjaman facility

Ketika penyataan pembukaan pendakwaan di peringkat awal perbicaraan dua tahun lalu, tertuduh dikatakan meluluskan subsidiari 1MDB, iaitu 1MDB Energy Holdings Litd untuk mendapatkan dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Bank Deutsche Singapura.

Pinjaman itu didakwa diperolehi menerusi jaminan daripada 1MDB Energy dan 1MDB Langat.

Pendakwaan mengatakan ia merupakan pinjaman penyambung (bridging loan) berjumlah AS$250 juta dan pinjaman facility berjumlah AS$975 juta. Pinjaman yang pertama didakwa diperolehi pada 26 Mei 2014.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$239,939,970 didakwa dimasukkan ke akaun 1MDB Energy Holdings Ltd di Falcon Bank Hong Kong pada 28 Mei 2014. Daripada jumlah itu, 1MDB Energy Holdings Ltd didakwa membayar Aabar Investments PJS Ltd BVI sebanyak AS$175 juta ke dalam akaun entiti itu di BSI Lugano, Switzerland, dikatakan untuk menebus sebahagian pegangan (option) yang diberi sebagai sekuriti tambahan, seperti yang disebut sebelum ini.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan kekal mengatakan Najib tidak tahu berkenaan salah laku dalam 1MDB dan apa yang berlaku adalah komplot Jho Low dan beberapa individu lain.

Najib dihadapkan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Ia didakwa berlaku ketika dia menjadi menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/pendakwaan-1mdb-diurus-macam-kedai-kopi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 423 hits
AGENDA DAILY Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Jho Low adalah cerminan imej bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pengurusan syarikat 1Malay...
Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 267 hits
gambar hiasan Mereka ibarat kain putih kita yang mencorakkanya Maaf jika tajuk kasar sikit Nak ulas sedikit pasal keburukan sekolah vernakular ni Kebanyakan rakyat Malaysia pernah bersekolah Dari tadika sekolah rendah sekolah menengah sehin...
Kedai Kopi Yang Anda Boleh Gelak Suka Hati

Kedai Kopi Yang Anda Boleh Gelak Suka Hati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 234 hits
Untuk lihat gambar lebih jelasBoleh gelak guling2 lepas tuh
10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 653 hits
Nampaknya sekarang sudah sampai trend minuman Kopi pula Setiap kedai pastinya menawarkan kopi yang menarik dan paling sedap Tidak terlepas juga di daerah Temerloh Secara jujurnya aku tidak lah minat dan obses kepada minuman kopi ni Jadi kal...
Kedai Kopi Kisah Kita

Kedai Kopi Kisah Kita

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 506 hits
Ni gambar yang kawan MY share dalam group whatsapp Takde apa nak tulis Share gambar aje lah Sekarang memang tengah in minum kopi kot Ke sebenarnya dah lama orang lepak lepak minum kopi Sebab tu la wujud cafe macam Starbucks Old Town White C...
Kedai Diserbu Orang Ramai Kerana Gadis Ini Menebar Roti Canai

Kedai Diserbu Orang Ramai Kerana Gadis Ini Menebar Roti Canai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 361 hits
Memang pelik apabila warung di sebuah kampung di Kedah mengambil pekerja yang masih remaja berasal pula dari Rome Italy Gadis bernama Chantal Viola merupakan seorang gadis berumur 17 tahun Dia mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai rot...
Iklan Kedai 1malaysia Yang Sangat Comel Video

Iklan Kedai 1malaysia Yang Sangat Comel Video

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 217 hits
Aku tengok iklan ni masa menonton televisyen dengan rakan sepejabat Sangat kreatif dan mesej yang mahu disampaikan sangan jelas dan mudah diterima Dua ibu jari di atas untuk iklan ini Sumber
Perniagaan Kedai Ebook Percuma Facebook

Perniagaan Kedai Ebook Percuma Facebook

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 202 hits
Perniagaan kedai ebook percuma facebookSocial media yang paling mendapat tempat di kalangan penggunaialah Facebook Hari ni kalau anda tanya kawan kawan siapayang tiada akaun Facebook memang susah nak jumpa Rata ratakawan kawan kita dah pun ...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo