16 Watak Superhero Di Malaysia Nombor 2 Paling Terkini


16 Watak Superhero Malaysia Yang Ramai Tidak Orang Tahu! | Beberapa hari yang lepas Aku ada kongsikan tentang sebuah drama Superhero baru yang akan dityangkan di Channel Astro Ceria dan menariknya selepas mencari informasi tentang drama superhero tersebut, Aku dapati negara Kita Malaysia mempunyai banyak watak superhero sejak dari dahulu lagi tetapi mungkin jarang didengari oleh orang ramai.

Watak Superhero Malaysia didatangkan dalam versi animasi dan juga real life action tapi untuk kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang 16 watak Superhero Malaysia versi Real Life Action sahaja. Sekiranya korang berminat, aku akan kongsikan senarai superhero Malaysia versi animasi dalam artikel akan datang


16 Watak Superhero Malaysia Yang Tidak Ramai Orang Tahu!Berikut adalah senarai watak superhero yang ada Malaysia. Mungkin ramai diantara pembaca blog luqman zakaria tidak tahu terutama sekali korang yang lahir pada tahun 2000 dan ke atas. Kalau korang anak anak 80an dan 90an pasti akan mengenali beberapa watak superhero yang aku senaraikan ini
16. ChempiangMenurut sumber yang aku jumpa, Chempiang adalah watak superhero yang diadaptasi dari komik tempatan dan dijadikan sebagai drama bersiri di kaca Televisyen. Aku tak pasti apa kekuatan yang dimiliki oleh Chempiang! Kalau ada penonton yang pernah menonton siri tv Chempiang sewaktu disiarkan dahulu boleh kongsikan di ruang komen


Watak superhero Chempiang wujud pada tahun 90an menerusi drama superhero dengan tajuk yang sama dan watak ini dipegang oleh seorang pelakon yang bernama Noor Aminudin
15. Atoi The Ajaib BoyAtoi The Ajaib Boy adalah watak superhero yang diperkenalkan melalui sebuah filem superhero bergenre komedi tertajuk KAPOWW atau juga dipanggil sebagai Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira. Atoi sebenarnya adalah seorang remaja biasa Sahaja tetapi telah mendapat kuasa luar biasa akibat dipanah petir sewaktu mencari haiwan peliharaannya yang hilang. 

Selepas sedar dari panahan petir Atoi mendapatkan kuasa adiwira yang boleh mengeluarkan petir dengan tangannya, mampu bergerak pantas dan boleh mendengar dari jarak yang jauh. Watak superhero Atoi The Ajaib Boy diwujudkan pada tahun 2010 dan ianya dibawakan oleh pelakon dan pelawak popular di Malaysia iaitu Zizan Razak
14. PepayaPepaya adalah watak superhero yang diinspirasikan dari  animasi dari luar negara iaitu Popeye. Popeye mendapatkan kekuatannya dari memakan bayam tetapi papaya pula mendapatkan kekuatannya dari buah betik. 

Watak superhero ini popular pada tahun 2008 dan 2009 menerusi drama bersiri Pepaya yang telah Berjaya ditayangkan selama dua musim. Watak Pepaya dibawakan oleh pelakon dan pelawak Malaysia, Zul Yahya
13. BionikWatak superhero nombor 13 ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton kerana berjaya disiarkan selama dua musim. Bionik adalah superhero yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia mampu untuk mendengar dari jarak jauh dan boleh melihat objek dalam keadaan gelap gelita


Watak superhero bionik wujud disebabkan oleh seorang saintis yang menjalankan ujikaji terhadap anaknya yang terlibat dengan kemalangan ngeri. Sebagai saintis yang mengetuai projek biogenetic dan organ gantian, Dia Berjaya menyelamatkan anaknya. Dengan menggunakan kekuatan yang ada, Nik atau Bionik menggunakan kekuatan tersebut untuk melawan jenayah dan kejahatan. 
2009 adalah tahun dimana watak superhero Bionik mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Bionik dan ianya dilakonkan oleh pelakon Malaysia Kamal Adli
12. Antoo FighterAntoo Fighter adalah watak superhero yang menentang Jembalang! Menurut filem Antoo Fighter yang Heeburan tonton. Penentang jembalang telah wujud dari awal kewujudan dunia lagi dan setiap 60 tahun akan ada 5 orang istimewa yang terpilih untuk menjadi penentang jembalang. 

Dalam filem Antoo Fighter, Geng geng ini menentang hantu hantu zaman dahulu yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy. Lima watak superhero yang wujud dalam filem Antoo Fighter adalah Radhi OAG, Scha Alyahya, Blont Palarae, Nurfalzin Azmi dan Bell Ngasri. 11. Wira WajaKorang pernah ke dengar tentang superhero nombor Sebelas nih? Wira Waja adalah superhero yang berkonsepkan Cyborg. Watak Superhero Wira Waja wujud selepas ejen Elite Bernama Razif disuntik solusi nano menyebabkan dia bertukar menjadi Cyborg yang didatangkan Bersama Suit Bio. Menerusi telemovie Wira Waja, Superhero ini menentang musuh yang dikenali dengan nama Kerambit Merah


Watak superhero Wira Waja wujud pada tahun 2010 dimana ianya diperkenalkan menerusi sebuah telemovie bertajuk Wira Waja di Astro Prima dan Ceria. Pelakon yang memegang watak superhero Wira Waja adalah Lash Mokhtar
10. Satria MegaBila tengok Satria mega ini rasa seperti tengok superhero dari negara jepun kan! Dengan kostumnya yang Nampak hebat dan cool. Superhero Satria Mega ini sebenarnya berasal dari planet lain dan datang ke bumi untuk menentang  Putera sandora dan pengikutnya.


Kekuatan Satria Mega sangat terhad di bumi. Jadi dia perlu bergabung dengan penduduk bumi Bernama Azam untuk mengembalikan kuasanya. Dari situlah bermulanya Satria Mega bekerjasama menentang kejahatan

Satria Mega adalah watak superhero yang wujud pada tahun 2011 menerusi drama Satria Mega yang disiarkan di RTM. Watak Satria Mega dipegang oleh pelakon Malaysia Hairi Safwan
9. HaqHaq adalah satu watak yang aku terlupa pernah wujud pada tahun 2011. Haq adalah seorang Individu yang dianugerahkan kelebihan kuasa. Kuasa tersebut diwarisi oleh bapanya. Aku sebenarnya tak pasti samada Haq ini perlu dimasukkan dalam list atau pun tidak kerana Vibes superhero kurang bagi pandangan aku. 

Ceritanya pun tidak seperti superhero movie tetapi sekiranya watak Haq dikembangkan, mungkin boleh dijadikan satu lagi watak supehero yang menarik di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, watak Haq dilakonkan oleh Zul Huzaimy
8. SupermakDari Nama Sahaja kita boleh agak ianya adalah Superhero yang berkonsepkan komedi dan yang menariknya Supermak adalah satu satunya watak Superhero Wanita dalam list aku. Supermak adalah seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai kekuatan dan kelajuan superhero. 

Kuasa tersebut telah diwarisi dari nenek moyangnya yang berasal dari kepulaun riau. Sejarah Keturunan Supermak ini kalau dibaca sebenarnya sangat menarik. Kalau ada producer diluar filemkan drama ini dengan genre dan konsep yang beza mungkin ianya boleh menjadi lebih menarik untuk ditonton. 
Watak Supermak juga adalah superhero yang diperkenalkan pada tahun 2011 menerusi drama aksi komedi TV3 yang menampilkan Nasha Aziz sebagai Supermak
7. Kaber

Di Malaysia ini banyak superhero yang berkonsepkan komedi. Betul tak korang? Ini satu lagi Watak Superhero yang dikenali dengan nama Kaber yang diperkenalkan dalam drama bersiri Kaber hero Kaber Zero pada tahun 2007. 

Kaber adalah seorang penyiasat persendirian yang mendapat kuasa akibat dari renjatan eletrik dimana kaber mampu berlari dengan pantas dan melompat dari bangunan ke bangunan lain. Dengan kekuatan yang ada untuk menyelamatkan orang lain

Watak Kaber yang merupakan penyiasat persendirian dilakon oleh pelakon dan pelawak Zul Yahya. Orang yang sama melakonkan watak superhero Pepaya pada tahun 2008
6. ManteraJentera Manusia atau nama singkatnya adalah Mantera adalah superhero yang wujud pada tahun 2012. Mantera asalnya adalah senjata rahsia yang dihasilkan oleh Syarikat Waston Tech tetapi berlaku kejadian tidak diingini dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT Malaysia Bernama Azman. 

Dengan bantuan rakannya, Azman membina semula Mantera menjadi motosikal berkuasa besar tanpa menyedari ianya boleh menjadi baju perisai robotic dengan kekuatan dan kepantasan luar biasa
 Watak superhero Mantera dibawakan oleh pelakon dan penyanyi Malaysia, Tomok. By the way, korang pernah tak tengok filem Mantera ini? Waktu filem ini keluar aku tak tahu pun kewujudan dia. Kalau pernah boleh tak kongsikan dengan semua di bahagian komen
5. Cyber SWATMenurut Sumber yang Heeburan cari, Cyber SWAT adalah satu Skuad khas yang wujud pada masa hadapan yang menghadapi ancaman pengganas yang diketuai oleh Fernandez Carlos. Kehebatan Skuad ini boleh ditonton menerusi drama bersiri Armour X yang diterbitkan pada tahun 2005


Antara pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Armour X ini adalah Mohd Razib, Syean, Daup Singh, Ezany Nizariff, Elaine Pedley, Esma Daniel ramai lagi
4. BadangWatak lagenda Badang yang menjadi kuat akibat memakan muntah jin sememang terkenal dan diketahui ramai sejak dulu lagi tapi badang versi real life action ini berbeza sedikit kerana kekuatannya diperolehi dari buluh


Watak superhero Badang real life action ini diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi filem Badang yang dilakonkan oleh Dato' Sri Aliff Syukri. Sejujurnya aku sendiri pun tak pernah tengok filem ini. Korang tengok tak
3. Ryujin JuwaraNama Superhero pun dah macam jepun kan? Mana tidaknya, Ryujin Juwara adalah Superhero yang diadaptasikan dari siri Tokutsu Jepun, Ryujin Mabuyer. Ianya adalah Kerjasama antara Syarikat produksi Malaysia dan Jepun


Macam mana agaknya seorang remaja boleh menjadi superhero Ryujin Juwara? Kejadian kehilangan batu Mabui disebuah kampung menyebabkan Aki Manang yang merupakan Pertapa telah menghantar pari pari bunga raya untuk mencari orang yang ditakdirkan untuk menjadi Ryujin Juwara dengan misi  merampas Kembali batu mabui. Nak dijadikan cerita, seorang pemuda kampung tersebut yang Bernama Andil telah dipilih menjadi Ryujin Juwaradan dia bergabung tenaga dengan Ryujin lain untuk meneruskan pengembaraannya


Watak superhero Ryujin Juwara dihasilkan pada tahun 2014 menerusi drama bersiri Ryujin Juwara yang ditayangkan di TV3. Ryujin Juwara dilakonkan oleh Iedil Putra
2. Kapten GemilangKapten Gemilang adalah watak superhero baru yang diperkenalkan dalam drama bersiri Super Wira yang akan didatangkan di Astro Ceria bermula 23 Oktober 2023 akan datang. Menerusi Trailer yang dikongsikan, salah satu kuasa Kapten Gemilang adalah Kepantasan


Pada pendapat aku rekaan custome dia nampak menarik dan ada ciri ciri kemelayuan dekat situ kan tapi expectation tidak tinggi kerana ianya adalah drama bersiri yang ditayangkan di Astro Ceria dimana saluran tersebut adalah untuk kanak kanak. Seperti yang korang tengok dalam gambar, watak superhero Kapten Gemilang dilakonkan oleh Beto Kusyairy
1. Cicakman

Superhero yang popular dan dikenali ramai sejak tahun 2006 lagi adalah Cicakman. Superhero ini mempunyai kekuatan seperti seekor cicak apabila secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji makmal. Antara kelebihan cicakman adalah memanjat dincing, luka yang cepat sembuh dan boleh menggunakan lidahnya yang Panjang untuk melompat dari satu tempat ke tempat yang lain


Kejayaan Cicakman ini memang tak boleh dinafikan lagi apabila mereka berjaya menghasilkan tiga filem cicakman dan ianya mendapat sambutan yang baik. Watak superhero Cicakman dibawakan oleh Saiful Apek untuk Cicakman 1 dan 2 manakala untuk Cicakman 3 pula dilakonkan oleh Zizan Razak

Banyak rupanya superhero dekat Malaysia ini kan tapi kebanyakannya lebih kepada genre Komedi. Kalau buat yang lebih serious mungkin agak sukar kerana semuanya perlu dititikberatkan dari segi custom dan lain lain supaya nampak lebih realitistik dan believable. Untuk dapatkan semua itu memerlukan bajet dan skills yang tinggi. Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini! Kita Jumpa lagi dalam artikel akan datang







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2023/10/Superhero-Malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Malaysia Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Ekosistem Aiot

Huawei Malaysia Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Ekosistem Aiot

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 232 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran HUAWEI bertempat di Exchange 106 TRX Kuala Lumpur bagi memperkenalkan kategori produk Artificial Intelligence of Things baharu HUAWEI dalam rangkaian penuh peranti pintar ter...
Jimin Bts Nombor Satu Ini Kedudukan 15 Teratas Idola K Pop Paling Kacak 2023

Jimin Bts Nombor Satu Ini Kedudukan 15 Teratas Idola K Pop Paling Kacak 2023

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 216 hits
Siapa je yang tidak minat dengan artis K Pop yang kacak dan cantik kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini peminat K Pop telah mengundi untuk menentukan siapa idola yang paling kacak Jom KimchiDaily kongsikan kedudukan 15 teratas idola K Pop it...
Jalan Paling Seram Dan Berhantu Di Malaysia

Jalan Paling Seram Dan Berhantu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 162 hits
Korang pernah terfikir tak jalan mana menjadi jalan paling seram kat Malaysia Kali ni saya nak bawak korang semua menyelusuri jalan yang dikatakan seram dan berhantu di Malaysia ni Ada 4 jenis jalan yang akan saya kongsikan pada edisi kali ...
Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

Pulau Pinang Negeri Dengan Tarif Air Domestik Paling Rendah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 143 hits
Semenjak 21 tahun terakhir saya pernah menetap di Selangor paling lama di Negeri Sembilan dan kini di Pulau Pinang Cerita tentang bil air semasa menetap di Selangor dulu saya pernah menikmati bil air percuma bagi penggunaan 20 m yang pertam...
Senarai No Channel Tv Radio Di Mytv Malaysia Terkini

Senarai No Channel Tv Radio Di Mytv Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 206 hits
MyTV adalah perkhidmatan televisyen digital percuma di Malaysia MyTV menawarkan saluran tv stesen radio yang popular di Malaysia tanpa sebarang yuran langganan Berikut adalah senarai lengkap saluran radio dan TV yang ada ditawarkan di myfre...
Ini 10 Senarai Kereta Paling Mahal Dalam Dunia Yang Paling Last Tu Ada Pemimpin Malaysia Pakai Cuba Teka Siapa

Ini 10 Senarai Kereta Paling Mahal Dalam Dunia Yang Paling Last Tu Ada Pemimpin Malaysia Pakai Cuba Teka Siapa

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 200 hits
Setiap tahun jenama jenama seperti Proton Perodua dan Honda akan keluarkan pelbagai jenis model baharu Dan juga naik taraf untuk model yang mereka ada untuk memikat para pembeli kereta Tapi lain pula ceritanya dengan jenama kereta super sep...
Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 Hargai Jasa Dan Pengorbanan Pendidik

Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia 2023 Hargai Jasa Dan Pengorbanan Pendidik

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 254 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir majlis pengiktirafan jasa dan pengorbanan para pendidik iaitu ANUGERAH PENDIDIK PALING BERPENGARUH MALAYSIA 2023 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara yang bertempat di Hotel Marri...
Ipu Jerebu Malaysia Terkini Apims

Ipu Jerebu Malaysia Terkini Apims

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 195 hits
IPU Jerebu Malaysia Terkini MAKLUMAN TERKINI 2 OKTOBER 2023 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 setakat pukul 7 pagi tadi Menurut laman sesawang Sistem Pengu...
Huawei Malaysia Memperkenalkan Produk Artificial Intelligence Of Things Terkini

Huawei Malaysia Memperkenalkan Produk Artificial Intelligence Of Things Terkini

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 148 hits
HUAWEI Malaysia memperkenalkan rangkaian produk Artificial Intelligence of Things terbaru mereka bagi WATCH GT 4 MatePad 11 PaperMatte Edition FreeBuds Pro 3 dan HUAWEI WATCH Ultimate Design Produk inovatif ini menawarkan cara yang lebih bi...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Apa Itu Kwsp Akaun 3

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Pet Expo Midvalley 2024

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation

Aneh Lelaki Kahwini Ibu Mentua Selepas Kematian Isteri Dengan Restu Bapa Mentuanya