15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba


15 Resepi Daging Yang Popular Dan Sedap Untuk Dicuba | Salam semua, bukan selalu sangat nak masak daging. Daging pun mahal sekilo kalau yang daging tempatan. Sis kalau masak daging kadang - kadang asyik ulang menu sama. Biasa kat rumah nak buat pelik - pelik takut tak berapa nak makan. 
Ok lah kali ini nak kongsi resepi daging yang boleh korang cuba untuk pelbagaikan menu daging. Kalau tanya sis daging masak apa sedap ?. 
Masak lah yang senang dan mudah ya. Jom kita tengok resepinya. 
15 Resepi Masakan Daging Popular Dan Sedap Untuk Dicuba 1. Resepi Daging Masak Hitam
Bahan - Bahan 2 kilo daging 
*potong nipis-nipis, bersihkan dan ketepikan
Bahan A
2 biji besar bawang merah
10 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
*blend sehingga halus
Bahan B
5 biji buah keras
1 genggam kismis hitam (kalau tak ada yang hitam, yang kuning pun boleh)
3 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam
*blend sehingga halus
Bahan C
20 tangkai cili kering - dikisar halus 
Kicap manis secukupnya 
Kicap pekat secukupnya 
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga) untuk menumis
Cara - Cara : 
1. Perap daging dengan Bahan C. Biarkan sejam (nak biar lagi lama lagi elok)
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 4 sekawan
3. Masukkan Bahan A. Tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan Bahan B. Masak sehingga sekata
5. Masukkan daging yang telah diperap tadi
6. Masak sehingga kering  (kalau nak berkuah sikit, tak perlu smpai kering sangat ) 
7. Siap dan sedia dihidangkan!
Nota : 
1. Garam dah tak perlu tambah sebab kicap pekat dah cukup masin, boleh tambah sedikit gula pasir untuk rasa sedikit manis (kalau suka)
Kredit : Khairul Hasrol 
2. Resepi Daging Masak Merah 
Bahan - Bahan 
500g daging lembu - rebus dengan pewarna merah
2 batang serai
2 daun limau purut
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
10 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/4 cawan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup / daun bawang / daun ketumbar1 cili merah
Cara - Cara : 
1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah. 2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili. 4. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah dimasukkan sos tiram, sos ikan dan sos cili.
5. Masukkan pula daging tadi, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. 6. Perasakan dengan garam dan gula. 7. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih. Siap!

Kredit : Puan Ida

3. Resepi Daging Harimau Menangis 
Bahan - Bahan
Daging yang dihiris nipis
Bawang putih yang dicincang
Nisan padi (gula kabung)
Nampla (sos ikan)
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Minyak
Kicap pekat
Ajinomoto(jika perlu)
Garam (jika perlu)
Cara - Cara 
1. Gaul semuanya dan perap semalaman
2.  Jangan letak air supaya daging lembut dan juicy.

Sos Harimau Menangis
Nisan padi(gula kabung thai)
Jus limau thai
Nampla(sos ikan)
Beras goreng (blend)
Serbuk lada kering thai
Daun ketumbar (hiris)
Bawang merah( mayang)
Garam(jika perlu)
Cara - Cara
1. Campurkan nisan padi, nampla dan jus limau, serbuk lada kering dan beras goreng. 2. Kacau sehingga sebati masukkan bawang yang dimayang dan daun ketumbar. 3. Perah asam limau. Siap

Kredit : Siti Sarah Hamid

4. Resepi Daging Dendeng
Bahan - Bahan 1/2 kg Daging - potong nipis
( Bahan A)
1 labu bwg bsr
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1inci halia
(Semua bahan ini di mayang halus)
(Bahan B)
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Kulit kayu manis & bunga lawang
1 senduk cili blend
1/2 cawan kicap kipas udg
Sedikit air asam jawa & air rebusan daging
Cara - Cara 
1. Daging potong nipis kemudian rebus
2. Dah lembut ambil anak lesung, tumbuk satu - satu hirisan daging.
3. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar, jangan terlalu lama nnti daging keras. Ketepikan sekejap. 
4. Tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat.
5. Guna minyak yang sama tadi, tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis
6. Dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging
7. Masak sampai terbit minyak. 8. Masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam. 9. Kemudian masukkan Bahan A yang digoreng tadi dan kacau sebati
Kredit : Qasih Jue Aisya 
5. Resepi Daging Masak Kicap
Bahan - Bahan 
500gm daging
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
5-6 biji Cili padi (kalau tak suka pedas, skip je)
Cili kering kisar (agak-agak aje)
1sudu jintan manis
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar sos cili
Kicap ( takda anggaran, tuang aje dalam daging tu nanti)
1sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bawang holland dihiris kasar
2-3 helai daun limau purut
1inci halia
1-2 batang serai diketuk
Cara - Cara : 
1. Bawang merah dan putih, halia dan cili padi ditumbuk kasar @ kisar kering. Jintan manis ditumbuk halus.
2. Tumis bahan ni beserta rempah 4 sekawan, serai. 3. Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dalam 2 senduk kecil. 
4. Lepas tu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap, masukkan daging. Tumis sekejap dalam 5minit. 5. Tambah air dan tutup kuali, perlahankan api dan biarkan daging itu empuk. 6. Bila dah hampir kering tambah air lagi sikit, baru tmbah kicap
7. Tak kisah nak letak berapa banyak. Kalau ada kicap pekat lagi bagus. 8. Bila daging dah empuk, masukkan pula bawang yang dihiris dan daun limau purut. 9. Tambah air sikit lagi, masak lagi sampai mendidih
10. Ltk garam dan gula secukup rasa
11. Kacau sekejap dan boleh tutup api. Siap

Kredit : Tengku RosElyza Raja Muhammad
6. Resepi Kari Daging 
Bahan - Bahan 1 kg daging dihiris nipis5 biji kentang (potong ikut suka)2 biji bawang besar (hiris)5 ulas bawang putih (hiris)1 inci halia (hiris)3 biji bunga lawang1 1/2 asam keping1 kotak kecil santan ayam brand @ 3 cawan santan perahan pertama1 sudu besar garam1 sudu teh gulaSedikit bahan perasa jika suka 4 senduk minyak untuk menumis
(nak lagi sedap, tambah 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan sedikit halia. Kemudian kisar dan dan tumis bersama bahan pes)
Bahan Pes5 sudu besar serbuk kari daging1 sudu besar serbuk cili1/2 cawan air3 tangkai daun kari2 sudu besar kerisik(satukan dan kacau hingga sebati) 
Cara - Cara 1. Panaskan minyak. Tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
2. Masukkan bahan pes, tumis hingga elok naik minyak dan rempah garing
3. Masukkan santan kotak. Biar mendidih ganas dan elok naik minyak/bertakung dipermukaan. 4. Masukan daging dan perlahankan api(jangan letak air ya). Kacau sikit
5. Tudung permukaan kuali. Teruskan masak guna api perlahan.  Sesekali buka tudung dan kacau. 6. Tudungkan semula
(ikut tips ini.. Ini adalah tips untuk cepatkan daging empuk dan tak mantul)7. Masak hingga daging empuk. Setelah empuk bolehlah masukan kentang, semasa masukkan kentang dah boleh masak guna api besar
8. Masukan asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Jika suka berkuah masukkan sedikit air dan biarkan mendidih
9. Sesuaikan rasa dan tutup api

Kredit : Mariana Zainal
7. Resepi Sup Daging 
Bahan - Bahan
Daging
3 inchi halia tumbuk
3 hiris lengkuas tumbuk
3 akar daun ketumbar
2 biji bawang holland, hiris
4 ulas bawang putih tumbuk kasar dengan kulit
3 batang serai diketuk-ketuk
5/6 helai daun limau purut
2 Biji bawang holland, hiris
3 sudu Sos ikan (nampla)
Daun ketumbar sejemput
1 biji tomato potong kecik-kecik
2 biji limau nipis
Garam dan secukup rasa

Cara - Cara
1. Rebus daging. jangan masukkan garam ya. Rebus sehingga daging empuk.
2. Tumis bahan tumbuk semua, serta serai, limau purut, bawang dan akar ketumbar dalam kuali lain.sehingga bau naik dan wangi semerbak.
3. Masukkan daging dan air yang direbus ke dalam tumisan, biar sehingga menggelegak.
4. Masukan sos ikan dan jus limau nipis.
5. Rebus selama 3-5 minit. Lepas tu masukkan daun ketumbar dan cili api jika inginkan kepedasan.
6. Masukkan garam dan secukup rasa.
7. Siap

Kredit : YM Tengku Syazwanie

8. Resepi Daging Goreng Kunyit
Bahan - Bahan 1 kg Daging 
1/4 kg tulang lembu ( petua supaya masakan daging kunyit ni lagi best letak tulang ) 
Serbuk kunyit
Garam
Perasa  ( optional ) 
Sedikit gula  ( optional ) 
Cara - Cara 
1. Gaul daging  dan tulang bersama kunyit, garam, perasa dan gula .
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan daging dan tulang. Goreng kejap saja.
4 .Masukkan air.
5. Masak sehingga empuk, kalau kurang empuk, masuk lagi air.
6. Bila dah empuk, air dah kering, tinggal minyak, letak hirisan bawang holland, lada dan daun bawang. Tak nak kering garing ya, nak basah basah sikit. 
7. Dah siap

Kredit : Fariza Hadi 
9. Resepi Singgang Daging Kelantan 
Bahan - Bahan
1/2 kg daging - hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas - ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih - mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Air 
Cara - Cara 
1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan - bahan masuk ke dalam daging.
3. Masukkan air.
4. Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.( cikraa letak budu je )
7. Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan

Nota : 
1. Tambah cili api (lada burung) untuk lebih kick.
2. garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat

10. Resepi Gulai Kawah ( Tidak Perlu Tumis ) 
Bahan - Bahan 
1 kg Daging
Serbuk Rempah Gulai Darat ( kalau tak ada pakai rempah kari pun boleh )
200ml santan ( kotak kecil)
1/2 keping gula melaka
Asam keping
1sudu besar kerisik
Garam
Serbuk Perisa (kalau suka)
Bahan Kisar :
4 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 sudu ketumbar
Cara - Cara :
1. Satukan bahan kisar, rempah gulai daarat san daging. 2. Masak atas dapur sehingga agak - agak daging kecut dan empuk bleh masukkan asam keping.
2. Setelah daging lembut, masukkan santan dan kacau rata
3. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.
3. Masukan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa kalau suka. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat

Kredit : Wan Muhammad Hafiz Satar
11. Resepi Kurma Daging ( Daging Buku Besar ) 
Bahan - Bahan 1kg daging potong ikut suka kalau nak cepat lembut daging tersebut tumbuk dengan lesung kemudian rebus biar empuk.
6 biji kentang potong
2 batang Daun ketumbar ambik akarnya sekali potong. Simpan sedikit utk hiasan.
2biji cili merah besar dan 2biji hijau belah 2
2 biji tomato belah 4 setiap 1
1 batang karet potong memanjang 2 inci
2 labu bawang merah besar belah 4
1biji kelapa ambil 6 cawan santan
Sedikit air asam jawa
2 sudu kerisik ( optional )
Bahan Penumis 
4 sekawan bunga lawang buah pelaga, cengkih dan kayu manis
6 sudu besar serbuk kurma bancuh dengan sedikit air
2 labu bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*Bawang merah besar, bawang putih dan halia blend halus

Cara - Cara 
1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan dan bahan yang mayang tadi hingga naik bau dan kekuningan.  2. Masuk rempah kurma kacau sehingga naik minyak 3. Kemudian, masukkan batang dan akar daun ketumbar kacau lagi sehingga agak pekat naik minyak. 4.  Kemudian masuk air rebusan daging tadi sedikit kacau bagi kering baru masuk daging dengan kuah selebihnya5. Biar mendidih, masuk air asam jawa garam gula secukup rasa, bila air dah pekat masuk santan dan ubi kentang. 6. Bila ubi empuk dan kuah dah pekat masuk kerisik dan sayur sayuran karet, tomato, cili dan bawang besar. 7. Biar mendidih pekat rasalah apa yang kurang tambah. 8. Dah siap boleh tabur daun ketumbar dan makan dengan nasi putih
Kredit : Azizah Daud 

12. Resepi Daging Ketumbar Dato Rizalman 
Bahan - Bahan Daging - 500gm 
Ketumbar biji (3 sudu besar) disangai dan ditumbuk kasar
Bawang holland sebiji
Capsicum/lada benggala - 3 jenis warna (terpulang mana yang ada)
Kicap manis, masin & pekatGaram & kunyit
Maggi Cukup Rasa
Cara - Cara 
1. Goreng daging yg diperap garam kunyit. 2. Bila dah masak masukkan ketumbar yang disangai dan ditumbuk kasar, bawang, capsicum, kicap, cukup rasa. (semua bahan ni agak2 sendiri la ye ikut selera masing2)
3. Siap boleh hidangkan. 
Kredit : Norhaslinda Saad

13. Resepi Daging Blackpepper 
Bahan - Bahan
1 kg Daging
4 biji Bawang kecil - hiris
5 ulas Bawang putih - hiris
2 inci Halia - hiris
1 biji Bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - belah tengah ( kalau tak suka pedas kurangkan )
1 paket Putik jagung ( optional ) 
5 Kacang panjang ( optional ) 
6 sudu besar Sos black pepper
2 sudu besar Sos tiram
3 sudu Sos cili
1 sudu Kicap manis
1 sudu Sos ikan ( optional ) 
Garam
Cara - Cara
1. Potong daging dan rebus. 
2. Tumis bawang kecik, bawang putih dan halia.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tiram, kicap dan sos ikan.
4. Masukkan daging dengan air rebusan. Nak pekat air rebusan tu tak payah letak banyak. Biar mendidih.
5. Masukkan putik jagung, kacang panjang, bawang besar dan cili padi.
6. Rasa dulu lepas tu kalau kurang garam baru masukkan garam sebab sos yg kita masuk tadi dah rasa masin manisnya
7. Siap. 
Kredit : Akma Abdullah
  14. Resepi Sup Tulang 
Bahan - Bahan 1 kg tulang
Sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang) 
Bawang putih ( mayang)
Bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 batang serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 biji lada hitam (ditumbuk)15 biji lada putih ( ditumbuk) 
Daun sup dan daun bawang.
Cili padi (diketuk)
Garam aji @ secukup rasa
Air limau nipis secukupnya.

Cara - Cara :
1. Masukkan tulang ke dalam periuk. Masukkan air, sup bunjut,  garam aji @ secukup rasa, halia, serai, lengkuas rebus sampai gelegak
2. Tumis 4 skawan. Bila dah wangi masukkan ke dalam kuah gelegak tadi
3. Tutup periuk. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga  layu 4. Masukkan ke semua bawang tadi dalam periuk.( simpan sikit untuk diletak semasa menghidang).
5. Masukkan lada hitam  dan lada putih
6. Bila dah empuk ( suka hati nak lembut mana) siap untuk dihidangkan
7. Perah jus limau nipis bagi rasa sup lebih sedap. 

Nota : Nak letak karot dan tomato ikut citarasa masing - masing 
Kredit : Tg Khuzanika
15. Resepi Paprik Daging 
Bahan - Bahan 
Daging 1/2 kg 
Bawang putih - 4 ulas
Bawang merah besa - 1 biji
Lobak merah + baby corn + kobis bunga - potong ikut suka
2 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 atau 2 sudu kicap
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Daun limau purut
Serai dn halia
Gula dan garam secukup rasa
Cara - Cara 
1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
2. Tumis bawang putih,bawang merah,serai dn halia
3. Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
4. Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
5. Masukkan daging
6. Masukkan baby corn dan kobis bunga
7. Gula dan garam secukupnya. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah
8. Kacau sedikit dan angkat

Nota : Nak rasa sedap letak cili api dan daun bawang 
Kredit : Nurul Hawa Nadila Sari
Terima kasih buat buat penyumbang resepi yang sudi kongsi. Kredit untuk facebook page Masak Apa Hari Ni ? 
Baca Juga : 1. Set Lengkap Resepi Nasi Dagang Kelantan Sedap 2. 15 Resepi Ikan Terlajak Sedap Untuk Dicuba 3. Resepi Roti Jala Lembut Sukatan Cawan Dan Kari Ayam Simple

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/07/resepi-daging-yang-popular-dan-sedap%20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga

Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 362 hits
Resepi Kambing Perap Sedap Dan Simple Untuk Niaga Salam semua sekarang ni memang dah banyak produk yang jual kambing perap dalam pek dah siap Kalau peminat kambing bakar memang tak kisah mahal mana pun beli jugak kan 1 pek harga kambing per...
Resepi Cucur Durian Yang Sangat Sedap Untuk Minum Petang Confirm Anak Anak Suka

Resepi Cucur Durian Yang Sangat Sedap Untuk Minum Petang Confirm Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 246 hits
Sempena musim doyan ni macam macam lah menu boleh kita buat sambil beraksi di dapur tau Contohnya buah durian yang mengkal sedikit usahlah dibuang Masih boleh dijadikan bahan asas masak cucur durian tau Bahan bahan 10 ulas isi Durian 2 cawa...
Resepi Daging Masak Singgang

Resepi Daging Masak Singgang

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Daging Masak Singgang pula dengan korang Korang yang tak ada idea nak masak atau yang masih ada lagi baki daging korban hari tu boleh lah cuba resepi Daging Masak Singgang nie Bah...
Resepi Sup Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Sup Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 414 hits
Resepi Sup Urat Keting Yang Sedap Dan Mudah Ramai yang tak kenal dengan urat keting Urat keting sebenarnya terletak di bahagian kaki lembu Kaki lembu macam biasa time raya korban la boleh dapat Tak ada menu lain dah kena buat air asam kalau...
Sedap Pedas 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba

Sedap Pedas 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 218 hits
Kuih talam memang menjadi kegemaran terutamanya untuk dihidangkan dalam majlis majlis keraian Rasanya yang manis mudah menambat selera sesiapa sahaja Jom cuba masak sendiri kuih talam tapi dalam versi pedas untuk menu hidangan makan petang ...
Resipi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style Ada Tip Nak Bagi Lagi Sedap

Resipi Daging Goreng Kunyit Kelantan Style Ada Tip Nak Bagi Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 258 hits
Apa menu daging korban anda Ada yang suka masak sup kari dan sebagainya tak juga digoreng simple dengan kunyit Nak cuba resipi Daging Goreng Kunyit style Kelantan Ni caranya Nak lagi sedap tambahkan sedikit bahan ini dalam gorengan daging a...
Cara Masak Daging Goreng Kunyit Paling Simple Buat Basah Sikit Tak Letak Garam Pun Dah Sedap

Cara Masak Daging Goreng Kunyit Paling Simple Buat Basah Sikit Tak Letak Garam Pun Dah Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 362 hits
nbsp Selain rendang gulai kari atau sup apa kata menu daging kita masak hidangan paling mudah tapi sedap Masak daging goreng kunyit Menu ni makan dengan nasi putih dengan sambal pun dah cukup Caranya boleh ikut resipi Dani Shoppe 8217 s Dag...
Resepi Gulai Tunjang Urat Keting Makanan Popular Minang

Resepi Gulai Tunjang Urat Keting Makanan Popular Minang

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 479 hits
Resepi Gulai Tunjang Urat keting Makanan Popular Minang Gulai urat keting lembu paling sedap aku pernah makan adalah dekat kedai makan Minang di Kampung Baru Kuala Lumpur Lama dah tak pergi ke sana Faham faham sajalah tu kawasan parkir amat...
Resipi Kari Daging Sedap Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

Resipi Kari Daging Sedap Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 296 hits
Menu Kari Pekat perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang istimewa dan nampak sedap Ada daging serta sayur sayuran yang dimasak bersama Malah ianya juga tidak menggunakan santan Bagi anda yang suka makan kari macam di boleh cuba resipi ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner