15 Jenis Tumbuhan Dalam Rumah Yang Menyegarkan Setiap Bilik Rumah Anda Rileks Media
Terdapat banyak cara untuk menghiasi sebuah rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Pokok dalam pasu sebagai contoh mampu mengubah rumah anda menjadi lebih selesa, nyaman, segar dan cantik!
Namun anda harus tahu jenis pokok yang sesuai untuk diletakkan di ruang rumah anda bermula dari ruang tamu hinggalah ke bilik air.
Berikut adalah 15 pokok yang sesuai diletakkan di dalam setiap bilik rumah anda. Mari lihat satu persatu.
#1. Ruang tamu
1. Dracaena Reflexa – Pokok ini membantu membersihkan udara yang tercemar dengan toksin seperti benzol dan formaldehyde (bahan kim1a yang tidak berwarna, mudah terb4kar dan memiliki aroma yang taj4m).
2. Chlorophytum – Lebih dikenali sebagai spider plant yang membantu menyegarkan udara semula yang tercem4r akibat asap rokok atau asap kenderaan.
3. Benjamin fig – Pokok ini berfungsi membersihkan udara yang tercemar akibat trichloroethylene (bahan kimia yang terdapat dalam gam dan pencuci karpet), phenol dan benzol.
#2 Bilik tidur
1. Sansevieria Trifasciata – Dikenali sebagai pokok Lidah Jin membebaskan oksigen pada waktu malam dan juga membersihkan udara yang dicemari toksin. Pokok ini juga membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti dan amat sesuai untuk mereka yang menghidap insomnia.
2. Spathiphyllum – Pokok ini dengan mudah menyerap toksin dari kawasan perumahan atau perindustrian seperti benzol, ammonia dan acetone. Letakkan pokok ini terutama selepas anda melakukan pengubahsuaian atau penghiasan bilik tidur anda.
3. Phalaenopsis – Pokok orkid Phalaenopsis bukan sahaja mencantikkan ruang bilik anda serta meningkatkan aura romantis tetapi membebaskan oksigen pada waktu malam dan membersihkan udara yang bertoksin.
#3. Bilik anak-anak
1. Coffea – Pokok kopi sebenarnya bagus sebagai penapis semula jadi yang membersihkan udara yang tercemar dengan toksin.
2. Hibiscus – Pokok Bunga Raya, bukan sahaja terkenal sebagai bunga kebangsaan Malaysia malah pokok ini membantu menyegarkan udara dan melancarkan pernafasan.
3. Cyclamen – Pokok ini boleh membantu menghilangkan keletihan kronik, insomnia, kerengsaan dan kemurungan.
#4. Dapur
1. Aloe – Pokok Lidah Buaya membersihkan udara yang tercemar dengan t0ksin seperti benzol dan formaldehyde.
2. Stephanotis – Pokok melur yang berwarna putih berseri ini membantu meningkat udara segara di dapur.
3. Saintpaulia – Pokok ini cukup sempurna untuk menakutkan semut daripada masuk ke dapur anda.
#5. Bilik air
1. Lady Palm – Pokok ini membantu membersihkan udara yang dicemari ammonia yang digunakan untuk membersihkan bilik mandi bersama pencuci yang berbeza.
2. Chinese Evergreens – Pokok ini mempunyai kebolehan unik untuk tindak balas terhadap wap kimia berbahaya. Sangat sesuai diletakkan berdekatan dengan tempat mandi.
3. European Ivy – Pokok ini mempunyai kemampuan untuk menyerap karbon dioksida yang lebih baik berbanding pokok-pokok yang lain. Pokok ini juga membantu membersihkan udara yang tercemar dengan toksin.
Sumber: Elite Readers via EraBaru
Source link
The post 15 Jenis Tumbuhan Dalam Rumah Yang Menyegarkan Setiap Bilik Rumah Anda. – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/15-jenis-tumbuhan-dalam-rumah-yang-menyegarkan-setiap-bilik-rumah-anda-rileks-media/