12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini
“Cuti sekolah ni seronok juga kalau ke Cameron Highlands. Cuaca sejuk je, macam pergi ‘oversea’. Apa lagi tempat best kat sana yang aku belum pergi ya?”
Tanah Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Geografi tanah tingginya menjadi tarikan utama kerana suasananya memang cukup berbeza daripada bandar-bandar lain di Malaysia.
Selain itu, lokasinya yang tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur menjadikan ia sebagai tempat persinggahan menarik bagi warga kota melarikan diri daripada kesibukan harian.
Nak tahu apa tempat menarik di Cameron Highlands? Jom tengok senarai di bawah ini. Mana tahu ada yang belum pergi, bolehlah singgah hujung minggu atau waktu cuti nanti.
12 TEMPAT BEST YANG MESTI ANDA SINGGAH DI CAMERON HIGHLANDS
1. BOH TEA CENTER
Kebun teh adalah antara tempat yang paling sinonim dengan Cameron Highlands. Berlatarbelakangkan pemandangan yang luas dan menghijau, cuaca yang dingin, dan senibina yang moden dan unik, tempat ini sememangnya Instagram-perfect dan sesuai untuk kaki selfie.
Ada 2 kebun teh Boh yang terdapat di sini iaituBoh Tea Center Ringlet (Habu)Boh Tea Center Sungai PalasKedua-duanya menawarkan aktiviti yang hampir sama iaitu lawatan ke kilang teh, di mana anda boleh mempelajari proses pembuatan teh serta pelbagai informasi yang berkaitan. Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai pilihan teh panas bersama kek atau pastri. Memang ummmpph!
Apapun, datanglah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Pemandangan pun sejuk dan segar di awal pagi. Tempat ini ditutup awal, iaitu sekitar jam 4.30 petang.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 8.30 am- 4.30 pm
2. LADANG TEH CAMERON VALLEY / BHARAT TEA
Jenama Bharat Tea mungkin tidak sepopular Boh, tapi ia tetap mempunyai tarikan tersendiri.
Selain akses yang mudah, lokasinya juga tidak begitu tersorok dan senang dijumpai berbanding ladang teh Boh. Kalau nak rasa kelainan, bolehlah cuba shopping teh-teh keluaran Bharat Tea pula. Makanan dan teh di sini tak kurang sedapnya juga. Pemandangan pun memang wow!
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 9.00 am – 6.00 pm
Facebook: Cameron Valley Tea House T1 – Shalimar Estate, Cameron Valley
3. LAVENDER GARDEN
Dah puas menikmati pemandangan kebun teh, apa kata berkunjung pula ke taman lavender. Bukan lavender laja yang ada, banyak lagi bunga-bungaan yang ada di sini. Buah strawberi pun ada. Terbaik dari ladang. Begitu menyegarkan!
Yang menariknya, anda boleh menikmati pelbagai hidangan dessert menarik di sini. Antara yang viral adalah aiskrim lavender yang berwarna ungu. Macam manalah agaknya rasa lavender ya? Selalunya kita bau dalam wangian atau sabun saja, kan?
Harga Tiket : Dewasa RM8, Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Facebook : Lavender Garden, Cameron Highlands
4. AVANT CHOCOLATE
Bagi penggemar coklat, memang tak sahlah kalau tak singgah di Avant Chocolate. Mesti rambang mata menengok macam-macam jenis coklat. Dessert dan aiskrim pun ada.
Avant Chocolate ni lokasinya tak jauh dari Simpang Pulai, bersebelahan dengan Green View Garden. Senang kata, ia adalah pit stop pertama yang akan anda nampak kalau anda datang ke Cameron Highland dari arah Simpang Pulai.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm
5. GREEN VIEW GARDEN
Green View Garden merupakan taman yang dipenuhi dengan landskap berwarna-warni yang menceriakan. Sesuai dengan namanya, di sini terdapat tanaman yang sinonim dengan nama Cameron Highland – contohnya bunga-bungaan, buah strawberi dan sebagainya.
Yang bestnya, anak-anak kecil mesti teruja sebab di sini ada beberapa haiwan comel seperti ikan, kura-kura, itik dan arnab. Anda boleh memberi makan dan menyentuh arnab di sini. Selain itu, ada paddle boat juga untuk anak-anak naik.
Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm
Facebook : Green View Garden, Cameron Highlands
6. TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI
Macam biasa, di sini ada terdapat macam-macam jenis tumbuhan, herba, sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Bangunan kolonial yang tersergam indah dalam kawasan ini juga menjadikannya tempat yang istimewa untuk mengambil gambar kenang-kenangan.
Tapi yang paling mengujakan dan mesti anda cuba di Taman Agroteknologi MARDI adalah serunding strawberi dan aiskrim strawberi yang asli. Sesuai sangat nak dibawa balik sebagai ole-ole.
Harga Tiket : Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3
Facebook : Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
Waktu operasi : Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm), Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm), Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
7. BIG RED STRAWBERRY FARM
Juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism, ada macam-macam produk berasaskan strawberi yang boleh anda jumpa di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Daripada waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake, semuanya rasa macam nak order. Kalau tak merasa, kempunanlah bila balik ke rumah nanti…
Selain daripada itu, bolehlah bergambar dengan buah strawberi gergasi yang menjadi mercu tanda di sini.
Harga Tiket : Percuma
Facebook : Big Red Strawberry Farm
8. TIME TUNNEL MUSEUM
Bagi yang ingin mengimbau kenangan dan nostalgia, bolehlah berkunjung ke Time Tunnel Museum. Koleksi bahan pameran di dalamnya seolah-olah membawa anda menelusuri masa lampau. Barang-barang yang terdapat di dalamnya adalah barang yang mungkin anda pernah nampak semasa zaman kanak-kanak dahulu atau lebih lama daripada itu. Barang-barangnya unik dan pasti menggamit memori indah suatu masa dahulu.
Harga Tiket : Dewasa RM6, Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Facebook : Cameron Highlands Time Tunnel
9. 3D WALL ART STUDIO
Muzium-muzium kontemporari seperti ini semakin popular dan mendapat perhatian. Di Cameron Highland pun dah terdapat sebuah muzium 3d untuk anda lawati bersama keluarga.
Ada macam-macam lukisan menarik dan menghasilkan imej 3d yang menakjubkan apabila anda mengambil gambar dari sudut yang betul. Nampak realistik dan ‘hidup’. Seronok simpan gambar-gambar menarik ini sebagai kenangan, pasti menghiburkan.
Harga Tiket : Dewasa RM18, Kanak-kanak RM10
Waktu Operasi : 10.00 am – 10.00 pm
Facebook: 3D Art Museum
10. NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY @ 200 SEEDS CAFE
Tak lain tak bukan, nasi lemak sambal strawberi adalah menu yang mesti anda cuba apabila berkunjung ke Cameron Highland. Dengar kata, ada yang datang dari jauh semata-mata disebabkan ingin merasa makanan yang viral ini.
Apapun, bagi yang kurang menggemari nasi lemak, ada banyak lagi makanan yang tersenarai dalam menu untuk anda nikmati. Daripada tomyam, nasi goreng, hinggalah ke hidangan western seperti lamb chop.
Waktu Operasi : 8.00 am – 8.00 pm
Facebook : 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry
11. CACTUS VALLEY FARM
Siapa kata kaktus tak ada peminatnya yang tersendiri? Di sinilah ‘syurga’ bagi anda jika anda salah seorang daripadanya.
Begitu banyak koleksi kaktus yang berbeza saiz, bentuk, dan jenis. Ramai yang membeli pasu-pasu kecil dan comel di sini sebagai cenderahati untuk orang tersayang.
Harga Tiket: Dewasa RM4, Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi : 8.00 am – 6.00 pm
12. PASAR KEA FARM
Sebelum bertolak pulang, singgahlah dulu ke Pasar Kea Farm untuk memenuhkan bonet kereta anda. Di sinilah anda boleh membeli pelbagai ole-ole yang unik dan menarik. Ada banyak gerai yang menawarkan pilihan barangan segar, makanan, serta cenderahati seperti bantal berbentuk strawberi, T-shirt, keychain atau fridge magnet.
Waktu Operasi : 8.30 am – 6.00 pm
BANYAK TEMPAT PERCUMA, TAK RUGI DATANG SINI
Walaupun anda pernah berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron, anda mesti takkan bosan. Malah, pasti ada sesuatu yang baru untuk anda lakukan dan lihat.
Sumber : Siraplimau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://johanharith.blogspot.com/2018/03/12-tempat-menarik-di-cameron-highland.html