Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati


Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut, Terengganu. Ramai kawan-kawan cakap Terengganu banyak tempat menarik tapi kadang-kadang Sha masih kabur apa yang menarik di tanah tumpah darahku ini, biasalah kita membesar di sini kita sudah biasa dengan persekitaran yang ada jadi tak terasa unik mungkin. Tapi bila sudah keluar daripada daerah sendiri dan berhijrah barulah kita tahu keistimewaan yang ada melalui rasa rindu. Pada kali ini Sha nak kongsikan apa yang menarik untuk korang kujungi terutamanya alam semulajadi yang sesuai untuk korang jadikan destinasi percutian korang

Senarai Tempat Menarik Di Besut Terengganu Sesuai Untuk  Bercuti Bersama Keluarga.

1. Pantai Bukit Keluang Besut
Pantai Bukit Keluang Besut adalah tarikan utama yang boleh korang kunjungi jika berkunjung ke Besut Terengganu. Jika korang nak tahu, semasa zaman budak-budak remaja Sha sekeluarga kerap berkelah di sini kerana mak dan ayah suka makan ramai-ramai di pantai dan sama-sama buat aktiviti bbq. Pantai Bukit Keluang Besut amat sesuai untuk korang berkelah kerana berhampiran persisir pantai banyak pokok rhu yang boleh dijadikan tempat berteduh, pasir pantai yang terdampar juga amat lapang untuk beriadah bersama anak-anak kecil. Ketika Sha masih bertugas di daerah sendiri, Sha sempat beriadah bersama rakan sekerja dengan aktiviti hiking di Bukit Keluang , memang sangat menarik kerana di puncak Bukit Keluang korang boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik dan segar. Pantai Bukit Keluang Besut juga kini meriah dengan aktiviti air seperti menaiki bot laju dan banana boat


Kemudahan Yang Ada Di Pantai Bukit Keluang Besut
Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam BesutTandas & Bilik Persalinan PakaianRestoranTaman PermainanGerai makananSurauParkir kereta


2. Pulau Rhu Besut Terengganu

Tarikan baru pada Sha kerana Sha baru sahaja berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Rhu ini semasa pulang bercuti ke kampung baru-baru ini. Peluang ke Pulau Rhu Besut ini selepas adanya aktiviti bot laju dan banana bot yang membawa penumpang mengelilingi Pulau Rhu dan boleh mandi-manda di sana sehingga jam 6.30 petang. Pulau yang boleh disifatkan masih dara ini amatlah disarankan untuk pengunjung menjaga kebersihannya, di sana disediakan guni untuk korang membuang sampah. Mungkin persekitarannya yang mempunyai banyak pokok rhu maka dipanggil Pulau Rhu


3. Pulau Perhentian Besut Terengganu

Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian bukan? Antara pulau yang cantik ada di Negeri Terengganu. Agak lama Sha tidak menjejak kaki ke sana, tetapi kenangan masih segar dalam ingatan. Pulau Perhentian tidak seperti pulau-pulau lain seperti Pangkot Pangkor yang kita boleh pusing-pusing dengan motorsikal atau kereta. Pulau ini sesuai untuk orang yang mencintai alam dan untuk yang mahu lari jauh dari kesesakan kota dan hutan konkrit. Nikmatilah air laut yang jernih, chalet yang menarik (hati-hati pilih pakej) dan keindahan dasar laut.

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu

4. Kolam Air Panas La Hot Spring Besut
Sumber : Google
Besut bukan sahaja kaya dengan pantai dan laut tetapi juga alam semulajadi lain seperti lata dan air terjun juga kolam air panas. Agak lama juga Sha tidak berendam di kolam air panas semulajadi La Hot Spring ini. Jika ke sini korang jangan risau jika bawa anak-anak, maklumlah tak kan nak bagi anak-anak berendam air panas kan? Selain kolam air panas, di sini juga ada sungai yang sejuk airnya. Ibu bapa boleh berendam bersama anak-anak dan ahli keluarga lain. Sha pun biasanya akan bawa makanan dari rumah dan berkelah di sini beramai-ramai, boleh bawa tikar dan duduk di pondok jika masih ada kekosongan. Sha pernah menyertai program kerja di sini, kami menerokai Lata Berangin yang agak tersorok dan perlu hiking untuk sampai ke sana

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu
5. Lata Kolam Air Deru Ecopark
Sumber : Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark
Sha belum berpeluang sampai ke sini kerana ianya agak jauh dari rumah berbanding ke pantai tetapi memang agak menarik dengan kemudahan yang ada di sini. Antara kemudahan yang ada di sini adalah chalet, tapak perkhemahan dan aktiviti seperti memanah, ATV dan lain-lain. Korang boleh kunjungi Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark untuk maklumat lebih lanjut

6. Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Besut Terengganu
Sumber : Facebook Kota Putera Paragliding Park
Sha ingatkan aktiviti sudah tidak wujud tetapi semasa berada dalam bot perjalanan pulang dari Pulau Rhu ke Pantai Bukit Keluang Sha dapat melihat payung terjun sedang turun barulah Sha sedar aktiviti itu masih ada. Korang boleh layari facebook Kota Putera Paragliding Park untuk menghubungi mereka


7. Lata Belatan Besut, Terengganu
Sumber : Facebook
Antara lata yang Sha suka bila balik kampung adalah Lata Belatan Besut Terengganu. Lata ini terletak di kaki Gunung Tebu. Jika ke sini juga sesuai untuk keluarga yang punya anak-anak untuk bersantai bermain air sungai kerana bahagian bawahnya juga jernih itdak terlalu berbatu, manakala orang dewasa bolehlah mendaki ke atas untuk lebih mencabar dan air lebih dalam. Lata Belatan juga selalu menjadi pilihan untuk sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan

8. Desa Ukir Kayu Besut Terengganu

Selain mandi manda di Besut juga korang boleh mengunjungi Pusat Desa Ukir Kayu. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) adalah manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" Yang Telah Di Istiharkan Pada 12 Ogos 1999 Iaitu Sebagai Pengiktirafan Ke Atas Pengukir - Pengukir Kayu Yang Tersohor Di Daerah Besut Seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin

Desa Ukiran Kayu Di Bina Di Kawasan Istana Tengku Long Yang Di Bina Oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam , Raja Besut Ke Empat Pada Tahun 1875. Istana Ini Di Bina Dengan Di Hiasi Oleh Ukiran Kayu Yang Menarik Dan Mengagumkan. Sha memang kagum dengan persekitaran di sini kerana Sha kerap juga ke Istana Tengku Long semasa zaman kanak-kanak kerana arwah ayah berkawan baik dengan keturunan istana yang masih ada

Desa Ukiran Kayu Ini Merupakan Senibina Rumah - Rumah Baru Dan Lama Yang Mengekalkan Senibina Tradisional Untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan Terutamanya Seni Ukiran.Desa Ukiran Kayu Ini Di Bina Pada Awal Tahun 2005 Dan Siap Pada Bulan Jun 2007 Serta Dibuka Dengan Rasminya Pada 21 Februari 2008


Apa lagi? Jika korang berkunjung ke Besut Terengganu bolehlah korang ke tempat-tempat berikut. Besut sebuah daerah yang terletak di Negeri Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi dari sini korang juga boleh ke Kelantan  atau mengunjungi Negeri Terengganu sendiri kerana ianya bersebelahan. Baru-baru ini kawan pejabat mahu ke Pulau Perhentian jadi Sha syorkan kepada mereka untuk ke Kelantan dahulu sebelum ke Pulau Perhentian jadi dia bolehlah mengenali kedua-dua negeri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2019/09/senarai-tempat-menarik-di-besut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 559 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
10 Tempat Yang Menarik Dikunjungi Di London

10 Tempat Yang Menarik Dikunjungi Di London

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 392 hits
Berbagi 10 London merupakan kota terbesar dan paling padat penduduknya di area metropolitan Inggris Sebagai pusat Inggris London tentunya banyak menyimpan sejarah dan tempat tempat menarik untuk dikunjungi Jika Anda berkesempatan datang ke ...
5 Tempat Yang Perlu Dilawati Korang Di Malaysia

5 Tempat Yang Perlu Dilawati Korang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 415 hits
5 Tempat Yang Perlu Dilawati Korang Di Malaysia Tahun 2018 bakal menjelma tidak lama lagi tapi masih tiada idea untuk melancong ke mana Jangan bimbang di sini saya cadangkan senarai tempat yang perlu dilawati oleh anda semua pada tahun 2019...
Tempat Menarik Di Dubai

Tempat Menarik Di Dubai

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 719 hits
Dubai merupakan satu negara yang terkenal dengan bangunan bangunan pencakar langit yang tinggi dan negara pengeluar minyak yang boleh dikata kan besar juga Salah satu sumber utamanya pula ialah pusat pelancongan Teknologi yang canggi dan la...
Tempat Menarik Di Melaka Hotel Di Melaka Hotel Ramada Plaza

Tempat Menarik Di Melaka Hotel Di Melaka Hotel Ramada Plaza

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 639 hits
Tempat Menarik di Melaka Hotel di Melaka Hotel Ramada Plaza Assalamualaikum Nak sambung entri trip ke Melaka awal Mei lepas Rasa macam dah banyak up entri pasal hotel di Melaka tapi tak habis habis lagi Mohon korang jangan bosan Ye lah 6 ha...
Kek Look Tong Cave Temple Tempat Menarik Di Ipoh

Kek Look Tong Cave Temple Tempat Menarik Di Ipoh

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 701 hits
Destinasi pertama Destinasi pilihan seterusnya ialah Gua Kek Look Tong tempat menarik di Ipoh Cave of Great Happiness Gua Batu Kapur yang unik di Ipoh Lokasinya di Gunung Rapat Tak jauh dari Tasik Cermin 5km dari bandar Ipoh Nak sampai ke s...
Terengganu Mahu Lahir Pendakwah Wanita

Terengganu Mahu Lahir Pendakwah Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 474 hits
Muhammad Ramlan Hj Mahmood KUALA NERUS 3 November Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat melahirkan dai muslimah seramai mungkin yang terdiri daripada wanita kelahiran negeri itu sendiri Pengarah Akademi DIDIK ULAMA AMILIN Terengganu Muhammad...
Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Online Yang Bakal Menarik Perhatian Hrd

Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Online Yang Bakal Menarik Perhatian Hrd

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 553 hits
Cara membuat surat lamaran kerja online yang bakal menarik perhatian HRD Pastikan syarat syarat yang dibutuhkan terpenuhi
Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu

Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 1001 hits
Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu Portal jawatan kosong terkini ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada me...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization