Tempat Wajib Pergi Di Kundasang


Percutian ke Kundasang
LUANTI FISH MASSAGE
Kalau korang belum baca entry sebelum ni, boleh klik SINI dan SINI. Previous post tentang tempat pertama yang kami pergi di Kundasang haritu, iaitu Desa Dairy Farm, New Zealand Malaysia. HAHA. Best sangat. Lepas Desa Dairy Farm kami pergi TEMPAT WAJIB PERGI jika kita ke Kundasang, TAGAL LUANTI Fish Massage. Selalu aku tengok je org dtg sini, tengok ikan berkerumut kat kaki dorg, rasa teruja gila nak merasa

Aku tak tau lah trip ni trip untuk sapa, aku rasa mmg untuk anak-anak je kot, sebab dorg yang paling excited nak tengok binatang. Selain scenery best di Sabah, kat sini banyak haiwan untuk kita lawati. mmg sesuai lah untuk kanak-kanak explore

Dari Desa Dairy Farm, tak jauh sangat nak ke sini, dalam 15 minit kot, budak-budak dari merengek nak tengok lembu, dok merengek nak tengok ikan pulak, fishhh fishhh fishhh, sabar yer anak

Beli lah sebanyak mana makanan ikan yang korang nak. kami beli banyak kot, sebab Alfi main curah je makanan mcm tu, nak pegang ikan dia takut. HAHA. Sepeket makanan ni 20sen je

Korang jangan angkat-angkat ikan tu tau, sbb haritu ada pakcik tu angkat ikan, dorg akan jerit guna healer, jgn angkat ikan, so nanti semua org pandang ko, buat malu je. lol. lagipun buat apa nak angkat, pegang je dalam air dah lah kan. 
Macam tak percaya dah sampai sini, alah3, teruja sangat! Sbb aku rasa ehhh, bijak eh ikan ikan ni, semua tunggu je tepi sungai tu

Buka kasut! jangan bawa kasut pulak masuk dlm air, HAHA. Mana lah tahu kan

Ikan kat sini semua ikan Kelah, ada juga ikan keli, besar bapak! Takut aku, tapi jangan risau, ikan keli tu tak sengat. Ikan kelah ni ikan mahal laki aku kata, buat goreng pun sodap. HAHA. 
Laki aku orang pertama masuk dalam air kami perhatikan je dari atas, usha line dulu mcm mana, aku takut jugak sebenarnya. HAHA. Laki aku baru je masuk dalam air, ikan dah ikut, belum lagi tabur makanan

Ni dah start tabur makanan, dia dah berkerumun, laki aku kata ada yang gigit, tu yang muka gitu, bila cakap gigit, mulalah aku tak nak, takut, tapi sebenarnya dia bukan gigit, dia makan kulit kaki kita yg keras keras tu. hehe

see, aku baru masuk, dia dah datang, masa ni ada yang dah gigit kaki aku, ehhh tebal sangat ke kulit kaki aku, grrrrrrrrrrrrr. 
aku memang masuk tak bawak makanan, sebab aku taknak dorang berkerumun kat aku, aku nak bergambar je. tu pun kena gigit. grrrr. Korang kalau berani, masuk dan tabur makanan, mesti berkerumun semua ikan kt korang

Alfi main kat tepi je, tu pun ikan tu sampai terbang naik atas darat, sebab nak ambil makanan. HAHAHA. HEBAT! Laki aku kata ikan ni dia boleh terbang, dia akan mendaki sungai, dia bukan jenis yang ikut arus, dia akan lawan arus, kalau korang pergi bahagian atas, semua ikan akan melawan arus sungai, kalau ada batu, dorang akan terbang ( melompat ). Hebat kan

Alah-alah, cantik sangat kakak pakai yellow dress hadiah dr Aunty Miera

see, ni lah aku cakap td, ikan ni akan melawan arus air

tepi tepi kitorang tu banyak ikan tau, tak nampak sbb color dah sama dengan batu

Air sungai ni sejuk sangat!!! Alfi tu kalau korang nak tahu, seluar dia dh basahhhhhh!! grrr

JINAK

Suasana kat sana! Setiap group boleh masuk 15minit je

Kuih ni sedap, tetiba lapor, kuih apa ni aku lupa dah nama dia, ada jual kt gerai gerai luar

SABAH TEA
Ok next kami pergi SABAH TEA, actually kalau ikut itinerary, kami pergi ke War memorial park, tapi sebab bawak anak-anak, so tak yah lah, skip yang tu, untuk Sabah Tea ni, AFS Car Rental And Tour minta aku choose, sama-ada nak pergi PORING Hot Spring atau Sabah Tea, aku malas nak salin salin baju anak, sebab hot spring tu tempat mandi, so aku decide untuk pergi Sabah Tea


Best datang sini sebab scenery cantik sangat!!!! Serius tak nyesal datang, Anak-anak pulak excited tengok rumah atas pokok

Nak naik, kena bayar ya! BUKAN FREE, hehe. Bagi aku, tempat yang masuk berbayar ni bagus, sebab dengan duit tu lah dorg guna untuk maintain apa yang di bangunkan, bukan bg masuk free, orang masuk rosakkan barang, then biar. Geram je rasa

Adult rm5kanak-kanak rm3
Macam lukisan ♥
Gayat kan! teringin wei nak naik rumah atas pokok, dapat juga merasa, HAHA

Paling berani, paling happy, aku suka trip ni sebab anak-anak akan senyum happy sentiasa, bila aku tengok balik gambar-gambar, aku akan senyum sorang sorang. Korang, ada duit, bawak lah anak pergi travel, serius, happy lain macam. Duit simpan berkepok buat apa. LOL

Atas jambatan ni jangan naik ramai-ramai, kena sorang sorang, so kakak lepas dulu, pegang adik, then aku baru laki aku pulak, jangan ramai-ramai, putus kang tali tu. HAHA

Gaya je lebih aku tu, gayat tu tahu tak. HAHAHA. Demi sekeping gambar!!

Ada rumah kat atas ni, the real main pondok-pondok! rumah atas pokok! kalau ada kat rumah kan best! HAHA. Masa kami pergi, x ramai naik, lepas kami naik, ramai pulak naik, tapi anak-anak aku dok main je dalam tu, lol

Rindu!!! nak datang lagi

Call sapa tu dik! hahaha. Adik dh salin baju, sebab basah masa dekat fish massage tadi, nasib lah luggage memang ada dalam kereta

Birthday Boy. Ibuu, adik nak naik tuuu, nak naik tu, aku ingat nak naik apa, nak naik serangga ni rupanya. Boy will be boy

Kakak nak beli kunci tu, nak letak sangkut kt tea pot besar tu, mahal! aku tak bagi lah, tu muka masam tu, korang kalau nak dtg sini, bawak mangga korang sesiap tau. HAHA

Pergi sabah tea, tapi tak minum tea, rugi lah, kami basahkan tekak dengan ice lemon tea, lupa harga, rm6 kot. Banyak menu makanan lain, tapi ramai sangat orang, so kami tak nak makan kat sini, lunch kat kedai makan lain

Masuk kereta, semua lena sebab penat sangat main

BOMBON Fish Massage
Sebelum lunch, kami pergi fish massage lagi, tp bukan ikan kelah dah, ni ikap Kap pulak, ikan yang bapak besar gila! tapi tak gigit!!! yang ni takde dalam itinerary kami, tapi kalau korang nak pergi, pergi lah, best gila

Sangat besar ok!!! serius! si kakak sangat berani bagi makan, kakak kata, dia tak gigit ibuu. HAHAHA. Aku jugak yang takut, Alfi pun acah acah je tu, bukan berani sgt

Happy sangat lah tu! Kakak memang sangat animal lover

ADIKKKK! masuk air juga!!! pastu sibuk habis basah baju! Allahu, geram aku budak ni

mcm ni je sisz mampu! HAHAHAHA. Lepas settle kat sini, kami pergi lunch, lunch kat kedai biasa je, lupa nama dia. Makanan lebih kurang makanan kat semenanjung juga

ARNAB VILLAGE
Kan aku cakap, trip ni semua melawat haiwan, which is memang untuk anak je, lol. Anak happy mak pak gembira kekdahnya, anak-anak ni kena beli jiwa dia, kalau tak, sampai kesudah melalak, next kami ke Arnab Village

Aku tak tau harga tiket masuk, sebab semua masuk dalam pakej AFS Car Rental and Tour. Lupa pulak nak tanya, nanti korang google jelah eh. hehe

Ada kawasan baru dorang nak buat, masih under construction

Alololo adik

takut takut berani. haha

This girl mcm biasa lah, TERpaling happy

Masuk rumah cat pulak, tapi nasihat aku, yang ada asma jangan masuk, sebab bau hama dia kuat gila! memang menusuk hidung. maybe sebab karpet dia tu, even ada penapis udara coway tu, still bau hama tu kuat sangat. Sebelum masuk dan sebelum keluar, kena sanitize kan tangan anak bebetul ok

Pegang ekor pun jadilahhhhh


Hamster Village
cuaca cantik, panas, dannnnn penat gila korang! bebudak ni tak penat gamaknyaaaa! Aku dah penat, dari rumah arnab, kucing, kena mendaki bukit naik ke rumah hamster, Allahu, penat mak kau

Harga semua dah masuk dalam pakej.
Kat dalam ni biasa je, ada banyak hamster, dia buat tema-tema rumah hamster tu, tema 7 wonder world. Comel sangat! Tapi tak semua boleh masuk, 1 kandang je boleh masuk dan pegang hamster

Ada ladang anggur kat atas, tapi anggurnya, alahhh tecikkkkk je. hehe

my NYAWA


KINABALU PARK ( Timpohon gate )
Sebelum balik Kota Kinabalu, kami singgah di Kinabalu park, Kinabalu park ni adalah check point untuk orang daki gunung Kinabalu, sis tak daki yer, tak mampu, sis mampu sampai dekat gate je, lol

Nak naik atas tu, fuhhhh, memang hutan betul lah, bukan hutan tipu tipu, dalam tu adalah Bunga Rafflesia. Sejuk gila ok atas ni, sangat sejuk!!

Bangganya rasa dapat sampai sini, even tak naik gunung pun, dapat sampai kat gate dia pun macam, best nyaaaa! dapat rasa aura gunung tu, cehhhh. HAHA

Kakak siap tanya, kita nak daki gunung ke ibuu? HAHA. Tak kakak, takkkk! kalau kakak dah besar nanti, kakak mampu naik, kakak naik yer, ibuu ngak bisaaaaa. kang ada yang pengsan kang! Stamina tak kuat

Aku baru tahu, kalau kat Gunung Everest tu, kalau korang mati ketika mendaki, memang korang mati kering lah kat situ, takde sapa akan bawak turun, kalau nampak tengkorak-tengkorak kat Everest tu, buat tak tau jelah

Cuma kat sini, malim gunung lah akan bawak turun kalau ada yang meninggal masa mendaki. So siapa yang rasa tak mampu, jangan lah cuba-cuba. huhu

Gate untuk masuk

Ada Squirrel jinak! hehe. Kita sweet sweet dia datang lah, tapi kami tak bawa makanan, so dia lari. Alfi excited tengok squirrel depan depan. Ibuu dah biasa tengok, kt office ada banyak. haha

Indah! Aku happy sangat masa datang sini, tak tahu lah kenapa, suka sangat tengok scenery macam ni, salah satu cita-cita aku, aku nak pergi New Zealand, moga dapat pergi NZ pulak satu hari nanti

Tak mendaki, kita bergambar depan maps pun ok lah. Alfi tak yah nk over sangat eh. hehe

Bukti sejuk!!! kencing pun tak sanggup nak basuh, tapi kena basuh juga lah! HAHAHA

Then we are going back to Kota Kinabalu, jadiklah 1 malam je tidur di Kundasang. Nanti kita datang lagi, tidur di Kundasang lagi, boleh ambil flight pagi dan drive sendiri je naik Kundasang, kereta just sewa dengan Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu iaitu AFS CAR RENTAL AND TOUR.
Bos AFS benti tepi jalan, papa benti sap kok, ibuu layan permandangan gunung yang takkan dapat seindah rupa begini di KL, huhu

Sepatutnya, dalam itinerary kami pergi rumah terbalik, tapi sebab kami dah pernha pergi dulu, so tak nak pergi dah. then patut singgah Pekan Kundasang (gerai sayur-sayuran dan buah-buahan), Pekan Nabalu (Handicraft) dan Jambatan gantung tamparuli. Tapi sebab anak anak tidur, tak sampai hati nak gerak, so skip semua tu, tu lah kata, dengan anak, xleh nak expect lelebih, kena lebih lebih kurang je, anak tidur, kesian pulak nak gerak

Makan Seafood Murah di Kota Kinabalu Sabah
Sampai KK lebih kurang jam 8pm, so kami terus dinner, sebelum balik homestay, makan siap-siap, balik homestay nanti boleh berehat je. hihi

Bila kat Kota kinabalu ni, adalah amat merugikan jika korang tak makan seafood. GILA RUGI!!!! dah lah segar, murah! berbaloi sangat sangat!!

Aku dah meleleh ailio nak makan latok, sotong goreng tepung dengan ikan bakar, sedapnya lahai! so untuk malam pertama ni, kami makan di kedai ikan bakar popular di Kota Kinabalu ( Todak Waterfront ), iaitu Kedai Haji Manja. BFF aku si Steffi belum pape haritu dah pesan, jangan makan kat pasar filipin, makan pergi kat kedai Haji Manja ni, islam

Kawan aku tu even non muslim, dia dah macam muslim, makan semua yang HALAL. bagus kan

Ikan sesegar semuanya uols!!

Mengidam lama dah latok ni! Sedap gila, kalau makan ni, gigit gigit dia pecah dalam mulut, rasa masin masin, cicah sambal belacan! Allah, teringat pulak, sedapnya!!

Alfi suka! aku suap dia dengan nasi putih, kakak je tak suka. haha

Then on that day kan birthday Laki aku, mcm kesian pulak rasa sbb xde celebration, so aku deal dgn staff AFS Car Rental And Tour, minta dorang tolong carikan kek, hehe, then sebelum makanan sampai, sempat lah but surprise untuk papa! yay!!! Happy birthday papa. Papa malu malu, asalnya papa nak pergi jalan jalan tgk seafood kedai lain, aku marah, suruh dia duduk je! lol

Then makanan sampai! lauk fresh! ikan isi putih! sedap sangat! sotong goreng tepung, udang 2 jenis kami ambil. mmg puas gila makan!!! total makan Rm80 je! kalau kt KL, mau berapa dh ni, tapi tu lah, orang sana marah kalau kita cakap murahhhh. sebab nanti dorang akan naikkan harga, so kalau korg makan murah, senyap senyap je tau. HAHA

Lepas dinner terus balik homestay, homestay 3 bilik, selesa sangat!!! Homestay murah di kota kinabalu juga korang boleh book dengan AFS Car Rental and Tour. Homestay murah, selesa, lengkap semua. Semua ni dah termasuk dalam pakej yang aku ambil dengan AFS Car rental

Lupa nak bagitahu, semua bilik ada aircond tau! kami tidur awal, lepas mandi, semua tidur, kepenatan, esoknya nak ke pulau pulak, so semua rehat awal, esok nak all out lagi, yay

Laki aku rajin, siap tolong basuhkan baju, jemur, sempat weh kering. hehe. TQ sayang

TQ AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD for great service, sangat recommended!
Tunggu next entry pulak ok! Pulau Sapi dan Pulau Mamuntik

Burn RM :

Makanan ikan rm2Canopy Walk ( Rumah atas pokok ) Rm16Ice Lemon Tea Rm6Arnab Village ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )Kinabalu Park ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )Kek Coklat ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )Dinner Kedai Haji Manja Rm80Homestay ( Pakej AFS CAR RENTAL AND TOUR SDN BHD )

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.safurara.com/2019/10/tempat-wajib-pergi-di-kundasang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luge Ride Taman Tema Wonderbox Tempat Pengambaran Goblin Antara Tempat Wajib Pergi Di Incheon

Luge Ride Taman Tema Wonderbox Tempat Pengambaran Goblin Antara Tempat Wajib Pergi Di Incheon

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 273 hits
Masuk sahaja hujung tahun memang waktu yang paling sesuai untuk anda pergi bercuti Sama ada dengan keluarga kawan kawan mahupun solo travel Yang The post appeared first on
Rugilah Datang Terengganu Tak Singgah Sini Ini Pantai Tak Jauh Dari Kuala Terengganu Yang Wajib Korang Pergi

Rugilah Datang Terengganu Tak Singgah Sini Ini Pantai Tak Jauh Dari Kuala Terengganu Yang Wajib Korang Pergi

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 412 hits
Keindahan panorama akan membuatkan seseorang rasa tenang seolah olah hilang rasa kesibukan kota Selain itu kita juga boleh menikmati kuasa Tuhan Kalau anda pergi melancong mestilah ingin permandangan yang cantik supaya bila ambil gambar kel...
Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi

Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 785 hits
Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi Sebagai pencinta kopi mama dan ayah Syafi baru baru ni telah pergi ke Luckin Kopi di Jalan Panggong Kuala Lumpur Lokasi Luckin Kopi ni terletak di area belakang Petaling Street Kopitiam ni ...
Walaupun Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Dua Orang Tuanya

Walaupun Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Dua Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 391 hits
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya Sebagai anak perempuan yang sudah menikah tentu saja orang tua masih membutuhkan anaknya dan juga berstatus sebagai orang tua Ketaatan pada orang tentu saja tidak melangg...
Hanya Pemohon Baharu Wajib Guna Borang Pemeriksaan Kesihatan Jpjl8a

Hanya Pemohon Baharu Wajib Guna Borang Pemeriksaan Kesihatan Jpjl8a

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 303 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Wajib Sokong Palestin Haram Sokong Ltte Kata Hadi

Wajib Sokong Palestin Haram Sokong Ltte Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 376 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan rakyat Malaysia wajib menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi haram menyokong kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam Sri Lanka Wajib bagi Malaysia menyokong perjuangan Palestin dan ...
Kuih Denderam Wajib Cuba

Kuih Denderam Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 459 hits
Biarpun berdepan kekurangan fizikal namun ibu kepada tiga anak ini gigih menjana pendapatan dengan menjual kuih denderam Menariknya ada ketika kuih denderam yang dihasilkan terjual hampir 3 000 biji sehari lapor Wartawan Sinar Harian AKMALI...
Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 526 hits
Bila masa kena mandi wiladah Bila masa pula kena mandi nifas Apa pula hukum dan cara mandi nifas dan mandi wiladah selepas bersalin ni Mandi Wajib Nifas VS Mandi Wajib Wiladah eh mana satu patut di buat Kena mandi kedua duanya sekali ke Jik...
Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni Keju Baharu Ini Mudah Giler

Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni Keju Baharu Ini Mudah Giler

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1117 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari hari nak fikir untuk masak kat rumah macam Maha ni suka cari yang mudah untuk disediakan dan pastinya kena sedap Tak kisah lah kalau hanya cam...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp