11 Syarikat Telekomunikasi Mudah Alih Di Malaysia 2022


11 Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia - Dalam artikel kali ini kami senaraikan list 11 syarikat telekomunikasi di Malaysia dalam tahun 2022. Senarai ini kami hasiilkan untuk membantu pembaca iAwani kenal dengan syarikat-syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia seiring perkembangan dunia teknologi dan komunikasi masa kini.
Syarikat Telekomunikasi 1 - Celcom


Celcom ditubuhkan pada tahun 1988. Celcom merupakan syarikat telekomunikasi bertaraf MNO (Mobile Network Operator) yang merupakan peneraju utama industri telekomunikasi di Malaysia sekitar tahun awal 90-an. 
Pada ketika itu kami masih bersekolah di sekolah rendah. Masih kami ingat lagi masa tu ada ATUR-900 kemudian di tukar menjadi TM Net kemudian di tukar lagi menjadi Celcom sepenuhnya.
Kami ingat lagi pada pertengahan tahun 1990-an ketika itu handphone yang di gunakan amat besar hingga di panggil telefon 'gelen air'. Sesiapa yang gunakan handphone saiz 'gelen air' pada ketika itu dianggap kaya. Sebab nak beli telefon ATUR tu harganya mencecah ribu.
Pendek kata Celcom merupakan syarikat telekomunikasi tertua di Malaysia. Celcom juga merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi paling lama beroperasi di Malaysia.
Sekitar tahun 1999 ketika handphone ataupun telefon mudah alih diperkenalkan di Malaysia pihak Celcom menawarkan nombor telefon peribadi mudah alih menggunakan nombor bermula dari "013" juga "019".
Pada masa itu simkad yang dijual bersaiz kad kredit. Kena masukkan keseluruhan badan simkad bersaiz kad kredit tu ke badan handphone. Tak ada slot untuk saiz micro lagi pada masa tu.
Kami lahir tahun 1980 jadi memang sempatlah merasa zaman awal kemunculan Celcom ni bermula dari ATUR-90 lagi ketika pertengahan tahun 1990-an.
Seterusnya pada tahun 1993 Celcom diambil alih oleh Telekom Malaysia. Pada ketika itu Telekom Malaysia bukanlah penyedia talian mudah alih. Sebaliknya Telekom Malaysia merupakan syarikat hak milik kerajaan bertindak sebagai penyedia talian telefon tetap ke kediaman juga ke pejabat-pejabat.
Setelah selesai pengambilalihan Celcom oleh Telekom Malaysia, hasilnya jadilah TMNet iaitu pengeluar simkad-simkad prabayar yang menggunakan talian Celcom. Masa tu ada dua kad prepaid yang dikeluarkan. Satu untuk jangka hayat simkad. Satu lagi untuk tempoh panggilan keluar dan sms.


logo Celcom ketika digabung bersama TM


Pada tahun 2008 Celcom merupakan syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menjual wireless broadband kepada pengguna biasa. Harga sebuah unit Celcom Broadband pada masa tu mencecah RM999 (model pertama sekali) sama harga dengan sebuah handphone canggih.
Lagi satu modem Celcom Broadband ni hanya boleh guna di laptop atau desktop pc sahaja. Tidak ada hotspot tethering atau Wifi Hotspot macam hari ini dalam bulan Febuari 2022.
Celcom Broadband 2008 berfungsi menggunakan 3G dan HSDPA. Kalau pakai 3G harga langganan adalahRM99 sebulan pastu kalau ambik yang HSDPA yang lagi laju harga langganan adalah RM129 sebulan. 
Masuk ke pertegahan tahun 2008 hingga 2009 Celcom telah menambah baik wireless modem mereka seiring dengan pertambahan jumlah pengguna yang meningkat mendadak. Mana tidaknya semua nak online dengan mudah tanpa perlu harap langganan internet Streamyx atau TM Net di rumah juga di cyber cafe.
Harga sebuah model Celcom Broadband turun menjadi RM499 sebuah. Tapi untuk online menggunakan wireless broadband Celcom kenalah langgan pakej data kontrak 12 bulan.
Kami ingat lagi masa tu terpaksa keluarkan simpanan sendiri semata-mata nak beli sebuah modem Celcom Broadband kaler putih tu dengan logo Celcom kaler biru bertepek di bahagian depannya. 
Bagi yang belum tahu macam mana rupa Celcom Broadband 2008 rupanya macam dalam gambar di bawah ni ha.


Celcom Broadband 2008. kredit: Elissmie.com


Ketika dalam tahun 2007-2008 kalau nak buka internet kenalah langgan Streamyx atau langgan TMNet. Masa tu kalau nak buka internet sistem capaian ke internet menggunakan sistem dial up.
Masa tu tidak ada lagi langganan data internet. Simkad yang ada hanyalah untuk call out, call in juga send sms. Jadi kalau nak chat panjang-panjang chat guna SMS saja. Zaman tu tidak ada WhatsApp atau Telegram macam hari ini di tahun 2022.
Pada tahun 2019 Celcom telah diletakkan bernaung di bawah Axiata Group. Sebelum ini Axiata dikenali sebagai Telekom Malaysia International atau TM International yang menumpu kepada perkhidmatan telekomunikasi peringkat global di luar negara.
Dalam tahun 2022 Celcom telah menggunakan jenama rasmi mereka iaitu Celcom Axiata Berhad dalam beberapa urusan perniagaan. Dalam tahun 2022 ni Celcom merupakan penyedia prepaid dan postpaid dengan talian terluas di Malaysia.
Bermula dari tahun 2010 Celcom telah menjadi penyedia talian mudah alih untuk beberapa lagi syarikat telekomunikasi baharu pada masa itu. 
Pendek kata Celcom telah memberi ruang untuk syarikat telekomunikasi lain bagi 'menyewa' talian mereka juga prasarana talian mudah alih mereka supaya pakej talian syarikat telekomunikasi lain itu dapat beroperasi sepertimana Celcom.
Syarikat telekomunikasi lain yang 'menyewa' talin mudah alih Celcom adalah Tune Talk, XOX Mobile, RedTone. Slogan Celcom adalah "Unbeatable" bermaksud tidak mudah di kalahkan.


Syarikat Telekomunikasi 2 - MaxisLogo rasmi Maxis


Siapa guna Maxis kat sini? Haa jangan tak taw Maxis merupakan syarikat telekomunikasi kedua terbesar di Malaysia. Maxis juga merupakan syarikat telekomunikasi ke-2 paling lama di Malaysia selepas Celcom.
Maxis juga merupakan syarikat telekomunikasi bertaraf MNO (Mobile Network Operator) sepertimana Celcom. Maxis ditubuhkan pada tahun 1993. 
Lama dah tu. 29 tahun lalu. Orang yang menubuhkan Maxis adalah seorang rakyat Malaysia bernama Ananda Krishnan. 
Sekarang, Ananda Krishnan ni dah jadi billionaire tapi kurang menonjolkan muka di media umum. Fuhh diam-diam pun kaya tahap billionaire rupanya. 
Ananda Krishnan merupakan orang ke-3 terkaya di Malaysia serta merupakan pemilik Astro, stesen tv swasta di Malaysia yang ditubuhkan pada Jun 1996.
Maxis merupakan syarikat telekomunikasi yang amat unik. Untuk produk telekomunikasi prabayar mereka menggunakan Maxis Postpaid. Tetapi untuk produk telekomunikasi prabayar, pihak Maxis memperkenalkan Hotlink Prepaid yang merupakan anak syarikat kepada Maxis.
Logo Maxis berwarna biru-hijau manakala logo Hotlink pula menggunakan kombinasi warna merah putih sama seperti Air Asia.
Hotlink mempunyai sebanyak 6.3 juta pengguna di seluruh Malaysia. Jumlah itu merangkumi jumlah prepaid juga jumlah pengguna postpaid. 
Jenama Maxis tidak mempunyai produk prepaid tetapi sebaliknya menumpu kepada produk telekomunikasi postpaid untuk pengguna biasa (individual customers) juga untuk syarikat-syarikat swasta (business customers).
Dalam tahun 2022 Hotlink menawarkan 3 pelan berbeza iaitu Hotlink Prepaid, Hotlink Postpaid juga Hotlink Fibre yang menggunakan pelan langganan berbayar.
Bagi Maxis, pihak Maxis menawarkan pelan postpaid untuk pengguna biasa juga untuk entiti perniagaan. Bagi pelan untuk pengguna biasa terdapat pelan postpaid untuk seorang individu, untuk individu lain di bawah nama asal yang sama (supplementary line) juga pelan postpaid untuk kegunaan family.
Untuk business customers Maxis, pihak Maxis menawarkan pakej-pakej postpaid untuk tujuan pendigitalan bisnes juga untuk onlinekan bisnes. Pakej-pakej untuk entiti perniagaan ni Maxis sasarkan untuk SME (Small & Medium Enterprise).
Maxis turut mewujudkan Maxis Digital Workspace. Selari dengan galakan kerajaan yang menggalakkan BDR (Bekerja Dari Rumah) ataupun WFH (Work From Home) pihak Maxis menawarkan pakej pelan telekomunikasi khusus untuk kakitangan bekerja dan berkolaborasi melalui capaian internet yang dipacu oleh talian Maxis.
Slogan Maxis adalah "It's Ok Not To be Ok" yang mulai diperkenalkan pada tahun 2014. Pengenalan slogan itu telah di umumkan dalam newsroom website Maxis diterbitkan pada 22 Mei 2014.


Syarikat Telekomunikasi 3 - DigiLogo rasmi Digi
Digi merupakan syarikat telekomunikasi ketiga selepas Celcom dan Maxis. Bezanya, Digi tidak bernaung di bawah Celcom ataupun Maxis sebaliknya membina prasarana mereka sendiri. Jenama Digi terhasil dari perkataan "digital". 
Digi ditubuhkan pada tahun 1995. Pada tahun tu kami di Awani baru ambik Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3. Masa 1995 tu rasanya ada pembaca blog iAwani ni yang baru lahir. Kami dah umur 15 tahun masa Digi ni diperkenalkan.
Digi mulai mendapat sambutan hangat sekitar awal tahun 1999-2000. Masa tu kami masih lagi belajar di universiti. Pihak Digi mula mendirikan prasarana mudah alih mereka dan talian mudah alih mereka sendiri pada tahun 1995 sehingga mula di kenali ramai pada tahun 1999.
Pada ketika itu kala bermula pihak Digi cuma menawarkan pakej simkad prepaid sahaja. Setiap simkad prepaid Digi yang dijual pada ketika itu bermula dengan nombor "016". Ketika itu mana-mana pengguna handphone yang nak beli simkad tidak perlu mendaftar IC atau passport mereka sepertimana hari ini.
Kemudian tidak ada had berapa simkad nak pakai. Seorang individu boleh pakai sehingga 20 simkad di bawah namanya. Sebab masa tu kalau nak aktifkan simkad baharu tidak perlu daftar. Masih belum ada peraturan kena daftar IC untuk nak guna simkad pada masa tu.
Kami di blog teknologi iAwani merupakan pengguna terawal Digi bermula dari tahun 2000 lagi kala masih lagi bergelar pelajar universiti. Fuhh lama juga. Dah 22 tahun guna simkad prepaid Digi. Dari tahun 2000 sampailah ke tahun 2022 ni. Tak terasa masa berlalu.
Kala menulis blog iAwani ni juga kami menggunakan talian mudah alih Digi 4G+ sebagai capaian internet utama untuk bekerja. Teringat lagi dulu masa awal tahun 2010 ni Digi mula memperkenalkan pakej internet mobile data Digi 3G. 
Masa tu data internet Digi 3G hanya menggunakan EDGE sahaja kala peringkat permulaan di perkenalkan. Pihak Digi juga ada perkenalkan Digi Broadband menggunakan talian 3G. Ketika tahun 2010 talian internet 3G dah cukup laju. Tak perlulah bergantung pada Streamyx atau TM Net lagi untuk sambungan internet.
Screenshot Digi Internet
Kala tu promosi mengenai data internet mudah alih Digi 3G ada di war-warkan di website Digi macam dalam gambar ni bawah. Alahai teringat balik macam mana terujanya pakai data 3G pada masa tu. Grafik di website Digi tahun 2010 ni banyak guna Flash jadi sekarang memang dah tak ada.


screenshot Digi 3G tahun 2010
Dalam tahun 2022 ni pihak Digi menumpu kepada proses penggabungan bersama pihak Celcom. Maknanya Digi dan Celcom akan berada di bawah satu bumbung yang sama. Tujuannya adalah untuk memperkasakan lagi operasi mereka. Juga untuk memberi perkhidmatan terbaik buat pengguna prepaid juga pengguna postpaid masing-masing.
Digi merupakan syarikat telekomunikasi ke-3 paling lama di Malaysia iaitu dari 1995 hingga 2022. Dah 27 tahun dah umur Digi ni sebagai syarikat telekomunikasi. Slogan Digi adalah "Jom Berinspirasi".


Syarikat Telekomunikasi 4 - U MobileLogo rasmi U Mobile


U Mobile merupakan syarikat ke-3 di Malaysia yang merupakan syarikat telekomunikasi bertaraf MNO (Mobile Network Operator)  yang memiliki prasarana telekomunikasi miliknya sendiri. U Mobile ni sebenarnya merupakan anak syarikat kepada U Television Sdn. Bhd. yang dulu menjalakan operasi MiTV sekitar 2005 bagi menyaingi Astro.
Namun tidak lama kemudian dalam bulan Oktober 2006 operasi MiTV di hentikan sepenuhnya. Walau begitu operasi anak syarikatnya iaitu U Mobile tetap berjalan seperti biasa.
Hari ini dalam tahun 2022 tidak semua orang tahu cerita pasal MiTV yang pernah popular sekitar tahun 2006. Time tu MiTV di war-warkan sebagai alternatif kepada Astro. Dengar cerita pasa masa tu MiTV akan menawarkan pakej-pakej yang lebih murah dan lebih best berbanding Astro. Tapi akhirnya MiTV dihentikan serta merta tanpa sempat pun bersiaran,
U Mobile di tubuhkan pada 1998 sebagai MiTV Networks Sdn Bhd. Pada masa tu kami di Awani baru sahaja memasuki universiti awam selepas tamat SPM pada tahun 1997. 
U Mobile mulai dapat sambutan dari kalangan pengguna handphone sekitar tahun 2007. Pada ketika itu U Mobile ni guna line Celcom untuk beropasi. Maknanya mana ada line Celcom kat situlah boleh pakai U Mobile.
Simkad U Mobile masa tu di jual dalam bentuk simkad prepaid sahaja. Logo U Mobile menggunakan warna oren ataupun neon-orange sama macam warna baju staff kedai pasaraya 99 SpeedMart. 
Kami masih ingat lagi ketika dalam tahun 2008 kala Facebook baru menerima sambutan di kalangan pengguna internet di Malaysia, time tu U Mobile tengah hangat promosikan simkad Surf With U, yang merupakan simkad mobile data sepenuhnya menggunakan pakej postpaid dengan tempoh kontrak 12 bulan.
Simkad Surf With U ni hanya boleh guna untuk data sahaja. Kena buka kemudian masukkan ke dalam mobile broadband modem yang guna USB pastu cucuk ke port-USB di laptop ataupun di desktop pc. Yang besnya modem broadband ada di berikan sekali.
Kami ingat lagi simkad prepaid data Surf With U dari U Mobile ni beroperasi menggunakan line HSDPA atau 3G+. Ia merupakan saingan utama kepada Celcom Broadband yang agak mahal pada ketika itu kerana baru sahaja di perkenalkan.
Pada masa tu dalam tahun 2008 kelajuan internet broadband 3G HSDPA paling laju adalah 3.6Mbps berbanding 45Mbps hingga 100Mbps yang ada pada hari ini dalam tahun 2022.
U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej prepaid juga pakej postpaid bermula dari nombor "018". U Mobile dah matikan line 3G mereka pada 2017 lagi. Sekarang ni semua simkad U Mobile adalah simkad 4G serta 4G+.
Slogan U Mobile adalah "Unlimited Ideas". Kadangkala mereka menggunakan slogan "U Rocks" di kebanyakan posting di social media mereka.


Syarikat Telekomunikasi 5 - Tune Talk



Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi bertaraf MVNO prepaid yang pertama di Malaysia. MVNO tu bermaksud Mobile Virtual Network Operator. Syarikat telekomunikasi MVNO ni 'menyewa' talian telekomunikasi milik syarikat telekomunikasi lain untuk membolehkan mereka beroperasi.
Virtual di sini bermaksud tidak wujud secara fizikal di dunia sebenar tapi sebaliknya di wujudkan oleh program komputer secara digital untuk membolehkannya muncul jadi benar-benar muncul di dunia sebenar.
Dalam kes Tune Talk ni, pihak Tune Talk memilih untuk menggunakan talian mudah alih Celcom bagi membolehkan pakej-pakej Tune Talk beroperasi. Maksudnya pihak Tune Talk tidak perlu bersusah payah keluarkan duit mendirikan menara telekomunikasi milik mereka sendiri. 
Sebaliknya Tune Talk hanya perlu 'menyewa' ataupun membayar kos penggunaan kepada penyedia rangkaian mudah alih sedia ada yang sudah stabil dan sudah lama beroperasi bagi memastikan talian tu stabil. 
Tune Talk mewujudkan pelan telekomunikasi mereka sendiri kemudian menggunakan talian mudah alih Celcom untuk menjadikan pakej-pakej telekomunikasi mereka dapat digunakan oleh pengguna telefon.
Tune Talk ditubuhkan pada Disember 2008 ketika perjanjian kerjasama perniagaan di meterai antara pihak Celcom dan Tune Talk Sdn Bhd . Celcom Mobile Sdn Bhd mempunyai pegangan saham sebanyak 35% dalam Tune Talk Sdn Bhd.
Operasi pakej-pakej pelan telekomunikasi Tune Talk mulai aktif sepeuhnya pada bulan Ogos 2009 hasil dari penggunaan prasarana Celcom. Maknanya mana ada Celcom di situ boleh guna Tune Talk.
Ketika dalam tahun 2009 tu pihak Tune Talk hanya memperkenalkan simkad prepaid sahaja. Setiap simkad mereka di mulakan dengan nombor "010". 
Oleh kerana Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO ini membolehkan Tune Talk menawarkan kadar perkhidmatan telekomunikasi lebih rendah dari syarikat telekomunikasi lain.
Sehingga kini Tune Talk merupakan syarikat telekomnikasi MVNO terbesar di Malaysia. Dalam tahun 2022 ni pihak Tune Talk masih lagi mengekalkan logo mereka, masih mengekalkan bentuk tulisan juga warna rasmi mereka
Tune Talk merupakan sebahagian dari Tune Group. 
Selain Tune Talk, syarikat perniagaan lain yang berada di bawah Tune Group merupakan Air Asia Berhad, Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd, Tune Money Sdn Bhd, Think Big Digital Sdn Bhd, Tune Protect Group Berhad, Tune Studios Sdn Bhd, QPR Asia Sdn Bhd, Tune Box Sdn Bhd, Educ8 Group Sdn Bhd juga Caterham Group.
Dalam bulan Februari 2022 pihak Tune Talk semakin popular di kalangan pengguna prepaid hasil kerjasama pemasaran bersama pihak Halo Telco. Pihak Halo Telco melantik agen-agen di kalangan pengguna handphone yang akan mengedar dan menjual simkad prepaid Tune Talk. 
Sebagai balasan setiap agen tersebut akan di bayar komisyen setiap kali pemilik simkad top up kredit simkad masing-masing.
Sebelum Halo Telco pihak Tune Talk telahpun bekerjasama selama 9 tahun dengan Tone Excel serta bekerjasama selama 7 tahun dengan pihak Tone Plus. Pihak Tone Excel dan Tone Plus mengajak pengguna-pengguna handphone menjadi pengguna mereka kemudian menjual dan mempromosi simkad-simkad Tone Excel yang beroperasi menggunakan talian Tune Talk. 
Kerjasama antara Tune Talk dan Tone Excel mulai bermula pada 2010 sehinggalah ke 2018. Dalam penghujung tahun 2018 itu pihak Tone Excel mulai menumpu kepada Tone Wow Excel yang didirikan dengan kerjasama Digi sebagai penyedia talian mereka. Pada Januari 2019 pihak Tone Wow Excel dan Tone Wow Plus dilancarkan secara rasmi.
Tone Excel juga Tone Plus beroperasi menggunakan talian Tune Talk. Top up pun guna top up Tune Talk. Tapi Tone Wow Excel dan Tone Wow Plus beoperasi menggunakan talian mudah alih Digi. Top up guna top up Digi.
Tune Talk menjadi sebegitu popular  pada tahun 2010-2012 disebebkan oleh langkah-langkah pemasaran yang dilakukan oleh ahli-ahli Tone Excel juga ahli-ahli Tone Plus.
Kami di iAwani merupakan pengguna tegar Tune Talk selain turut menjadi pengguna Digi dalam aktiviti telekomunikasi seharian.


Syarikat Telekomunikasi 6 - Red Onesimkad prepaid Red One


Red One hampir mirip dengan Tune Talk kerana kedua-duanya menggunakan warna merah sebagai warna rasmi di logo masing-masing. Namun yang berbeza hanyalah pada tulisan jenis huruf yang digunakan. Logo Red One simple sahaja. Hanya menggunakan perkataan "Red One".
Red One ditubukan pada tahun 2012. Red One juga merupakan sebuah syarikat telekomunikasi MVNO seperti TuneTalk kerana beroperasi menggunakan talian mudah alih milik Celcom. Ini bermakna Red One juga 'menyewa' talian Celcom. Mana ada talian Celcom kat situlah boleh guna simad Red One.
Red One merupakan syarikat telekomunikasi MVNO pertama di Malaysia yang menawarkan pakej postpaid. Tak macam Tune Talk yang hanya menawarkan pakej prepaid sahaja dari 2010 hingga sekarang.
Berikut lebih banyak details mengenai Red One.

Laman web rasmi: https://www.redone.com.my/Pakej Prepaid: https://www.redone.com.my/redoneprepaidPakej Postpaid: https://www.redone.com.my/postpaid/amazing_plan


Syarikat Telekomunikasi 7 - XOXLogo rasmi XOX Mobile


XOX (aihh susah betul mau sebut) atau dipanggil "Eks Oo Eks) merupakan syarikat telekomunikasi MVNO yang beroperasi menggunakan talian mudah alih Celcom seperti mana Red One dan Tune Talk.
XOX Mobile ditubukan pada tahun 2009. Ketika pada zaman awal penubuhannya pelan-pelan telekomunikasi syarikat ini dipasarkan kepada pengguna handphone di kalangan bangsa Cina khususnya di kalangan orang-orang muda yang sukakan hiburan. 


Syarikat Telekomunikasi 8 - One XOXlogo rasmi One XOX


One XOX merupakan syarikat telekomunikasi MVNO yang ditubukan pada tahun 2014. One XOX beroperasi menggunakan talian mudah alih XOX. Manakala talian mudah ali XOX pula beroperasi menggunakan talian Celcom. 
Jadi, One XOX dan XOX kedua-duanya menggunakan talian Celcom. Mana ada line Celcom kat situlah anda boleh guna simkad One XOX.
One XOX merupakan syarikat syarikat telekomunikasi MVNO pertama di iktiraf patuh Syariah. Sijil Kepatuhan Syariah untuk One XOX telah diberikan kepada syarikat One XOX pada 9 September 2016. 
Dengan adanya sijil patuh syariah tersebut ia telah menjadi bukti sebenar bahawa One XOX telah di nilai benar-benar patuh syariah oleh panel penilai diketuai oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman.
Dari pengalaman kami di Awani sebagai pengguna One XOX mulai tahun 2016, kami dapati One XOX merupakan marketing partner kepada XOX ditubuhkan untuk memasarkan simkad One XOX, menjual simkad prepaid One XOX melalui sistem agen (member get member) kemudian memperluaskan lagi jumlah penggunaan talian XOX. 
Dari pengalaman menggunakan simkad prepaid One XOX, kami akui simkad One XOX ni betul-betul boleh 'pegi jauh' iaitu mempunyai jangka hayat yang panjang. Kalau simkad prepaid lain kalau tak top up preaid dalam masa 45 hari confirm akan expired.
Tapi simkad prepaid One XOX ni lain. Walau top up hanya ala kadar sekadar nak bagi hidup jangka hayat kredit begitu lama sekali sehingga cecah 28 bulan (iaitu 2 tahun 4 bulan) walau jarang guna dan jarang top up langsung. Ini kami akui sendiri sebagai pengguna simkad One XOX.


Syarikat Telekomunikasi 9 - Tone WowLogo rasmi Tone Wow
Tone Wow merupakan syarikat telekomikasi prepaid bertaraf MVNO ditubuhkan pada Oktober 2018. Tone Wow beroperasi menggunakan talian Digi. Tone Wow merupakan syarikat telekomunikasi di bawah Tone Group.
Tone Wow merupakan MVNO paling lama dengan Digi. Sebelum ini pihak Digi sendiri sudah lama tidak membuka ruang kepada syarikat telekomunikasi lain untuk menggunakan talian mereka yang berminat nak jadi syarikat MVNO.
Uniknya Tone Wow merupakan kesinambungan kepada Tone Excel dan Tone Plus. Jika pada tahun 2010 hingga 2018 syarikat telekomunikasi Tone Excel dan Tone Wow beroperasi menggunakan talian Celcom, kali ini mulai tahun 2018 mereka beroperasi menggunakan talian prepaid Digi.
Kalau nak top up cari saja top up Digi sama ada melalui kupon, melalui online atau melalui kaunter. Simkad prepaid Tone Wow (sama ada Tone Wow Excel atau Tone Wow Plus) tidak di jual secara direct di kedai-kedai simkad. 
Sebaliknya simkad Tone Wow di jual oleh agen-agen bertauliah dan berdaftar. Ada agen yang memiliki kedai sendiri. Tapi majoriti agen-agen mereka merupakan agen bergerak secara persendirian. 
Simkad prepaid Tone Wow terbahagi kepada dua jenis iaitu simkad prepaid Tone Wow Excel dan simkad prepaid Tone Wow Plus. Tone Wow tidak ada postpaid. Hanya prepaid sahaja.
Kedua-dua simkad beropasi menggunakan talian mudah alih Digi 4G+ juga menggunakan top up reload Digi. Anda juga boleh beli simkad prepaid Tone Wow secara online dari Shopee, dari Facebook Marketplace atau dari Lazada.
Slogan Tone Wow adalah "Prepaid That Pays".


Syarikat Telekomunikasi 10 - AltelLogo rasmi Altel


Altel merupakan sebuah syarikat telekomunikasi MVNO menumpu kepada perkhidmatan mobile internet menggunakan talian 4G. Altel juga menggunakan talian Celcom sepertimana Tune Talk, Red One, XOX juga One XOX.
Altel merupakan jenama telekomunikasi milik syarikat induknya, Net2One Sdn Bhd.
Pihak Altel menawarkan pelan data mudah alih "internet plan" pada harga RM25 (dapat 5GB), pada harga RM45 (10GB) serta pada harga RM75(dapat 20GB). Setiap simkad prepaid Altel mempunyai tempoh penggunaan selama 31 hari.
Untuk kegunaan biasa, pihak Altel menawarkan pakej Ezi Plan iaitu pelan prepaid berharga RM30 (dapat 10GB data) juga pada harga RM50 (dapat 20GB data). Kredit prepaid akan ditolak untuk melanggan pakej.
Dari pemerhatian kami Altel kurang menyerlah serta kurang dipromosikan tidak seperti Tune Talk, Tone Wow dan One XOX yang menonjol di mana-mana sahaja.
Syarikat Telekomunikasi 11 - YooDoLogo rasmi YooDo

YooDoo merupakan syarikat telekomunikasi prepaid bertaraf MVNO di bawah Celcom Axiata Berhad. Jenama YooDo terhasil dari ejaan "You Do". Penubuhan YooDo adalah sebagai pilihan prepaid kedua selepas prepaid Celcom Xpax yang merupakan simkad prepaid keluaran Celcom sejak sekian lama

YooDo merupakan syarikat telekomunikasi prepaid pertama yang membenarkan penggunanya memakai customisable mobile services iaitu dengan mengubah kadar pelan penggunaan berdasarkan selera masing-masing. Pastu  boleh tukar bila-bila masa sahaja

Maksudnya pengguna YooDo boleh memilih antara dua situasi:1. Memperbanyakkan penggunaan mobile data lalu mengurangkan penggunaan voice call2. Memperbanykkan voice call lalu mengurangkan penggunaan mobile data

Simkad prepaid YooDo berfungsi menggunakan talian 4G dan 4G+ Celcom. Slogan utama YooDo adalah "Only Pay For What You Need"

Uniknya YooDo telah di pilih oleh majalah PC.com sebagai "Best Produc Of The Year 2021" lantas menjadi Best MVNO mengikut kriteria yang dipilih oleh team editorial majalah tersebut.

Semoga huraian panjang kami dalam artikel 11 syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia ini dapat memberi anda faham apa dia syarikat-syarikat telekomunikasi yang aktif memberi perkhidmatan di Malaysia sekarang ini dalam tahun 2022






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iawani.blogspot.com/2022/02/11-syarikat-telekomunikasi-mudah-alih-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

Senarai Famous Blogger Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum Pertanyaan yang kerap Fiza dapat bila publish artikel di FB Macam mana nak jadi blogger Macam mana nak buat blog Sebenarnya nak buat blog itu senang tapi nak maintain menulis di blog itu yang agak sukar dan kalau boleh janga...
11 Ngo Tuntut 4 Perkara Dalam Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Ismaweb 05 02 2022

11 Ngo Tuntut 4 Perkara Dalam Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Ismaweb 05 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 203 hits
BANGI 3 Rejab 1443H Sabtu Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan Islam bergabung membuat empat tuntutan menerusi kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak bagi menghentikan penjualan minuman keras secara berleluasa di negara ini Naib Presiden ger...
Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 251 hits
PPIM menerima banyak aduan dari pelanggan CIMB Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan yang dikatakan kerap mengalami masalah sistem Masalah berkenaan didakwa menyebabkan sebahagian pelanggan tidak dapat mengelua...
Lanjut Moratorium Elak Risiko Muflis Utusan Malaysia 05 02 2022

Lanjut Moratorium Elak Risiko Muflis Utusan Malaysia 05 02 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Selepas moratorium kali kedua tamat hujung bulan lepas kerajaan diminta melanjutkan lagi tempoh moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu terutamanya golongan B40 bagi mengelak risiko terjerumus muflis Pensyarah Kan...
Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad kerana didakwa membekukan 11 000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya lebih lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri Persatuan Penggun...
Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Manfaat Untuk 9 6 Juta Penerima

Bantuan Keluarga Malaysia 2022 Manfaat Untuk 9 6 Juta Penerima

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 442 hits
Pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8 2 bilion yang dijangka memanfaatkan 9 6 juta penerima Menurut YB Senator Tengku D...
Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia 2022

Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 321 hits
PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA 2022 Dalam sektor pertanian semestinya ada rezeki yang lumayan buat anda kerana sudah pasti anda akan mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha anda Sekiranya anda berminat untuk menambahkan pe...
Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 316 hits
Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia ANDA ingin tonton live streaming Sukan Komanwel 2022 di RTM Astro Arena Temasya Kejohanan terbesar dunia Sukan Komanwel 2022 atau Birmingham 2022 bakal diadakan mulai 28 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco