Lanjut Moratorium Elak Risiko Muflis Utusan Malaysia 05 02 2022


 

PETALING JAYA: Selepas moratorium kali kedua tamat hujung bulan lepas, kerajaan diminta melanjutkan lagi tempoh moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu terutamanya golongan B40 bagi mengelak risiko terjerumus muflis.
Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, moratorium bersasar yang diperkenalkan sebelum ini harus diteruskan berikutan pihaknya masih melihat golongan B40 pada masa ini terutamanya, masih perlu dibantu.
Beliau berkata, ini kerana ketika ini hanya mereka yang terjejas banjir masih mempunyai tempoh moratorium, namun mereka yang tidak terjejas bencana dan masih belum pulih sepenuhnya terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan individu perseorangan juga perlu diberi perhatian.
“Saya lihat golongan B40 berisiko terjerumus ke arah muflis jika tidak dibantu (dilanjut moratorium) kerana bukannya mudah untuk kembali pulih dalam beberapa bulan.
“Jika syarikat gergasi ambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih, apatah lagi mereka yang kebanyakan individu yang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah habis separuh dan simpanan kurang RM10,000.
“Jadi dengan pengeluaran i-Citra tidak disambung, maka situasi menjadi kronik dengan moratorium tak ada, maka sememangnya risiko (terjerumus muflis),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Julai lalu, media melaporkan, moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), dijangka memberi kelegaan sehingga RM80 bilion kepada kalangan peminjam individu dan perniagaan.
Pemberian moratorium enam bulan itu ditawarkan kepada semua peminjam individu merangkumi golongan B40, M40 serta T20 dan usahawan mikro, tanpa dikenakan syarat seperti pengurangan pendapatan atau hilang pekerjaan.
Susulan tempoh moratorium yang berakhir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, 20 Januari lalu berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang berakhir 31 Januari.
Menurut Dr. Ahmed Razman, secara umumnya, pihaknya tidak menolak beberapa indikator makro ekonomi sememangnya menunjukkan ekonomi negara berkembang dalam tempoh pemulihan pasca pandemik.
Katanya, ini dapat dilihat dengan nilai eksport dan nilai import yang sentiasa menunjukkan peningkatan selain pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka lebih tinggi berbanding tahun lepas.
“Namun kita tak boleh mengambil mudah beberapa faktor positif, ada lagi perlu diberi perhatian terutama kadar inflasi yang sudah menunjukkan peningkatan sekitar 3.2 peratus yang menandakan harga barangan semakin meningkat yang boleh meningkatkan ekonomi stagflasi.
“Jadi moratorium kali ini juga perlu diteruskan berfokus seperti mana kaedah pemberian moratorium yang dilaksanakan kali kedua sebelum ini.
“Mereka yang memerlukan hanya perlu datang berjumpa pihak bank bagi menyatakan mengapa mereka masih memerlukan moratorium,” katanya.
Senada dengan beliau, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya juga mengharapkan agar pemberian moratorium itu dapat dilanjutkan lagi bagi membantu mereka yang terbeban dengan tunggakan-tunggakan pinjaman.
Katanya, pihak bank perlu memberikan pilihan kepada mereka yang mahu melanjutkan pemberian moratorium ini dan mereka yang tidak mahu boleh meneruskan membayar bulanan seperti biasa.
“Saya tak fikir orang ramai atau industri dapat pick up semula dengan apa yang berlaku, jika menjalankan perniagaan pun sudah tentu mengambil masa yang lama.
“Bank kena teruskan dengan memberi pilihan kepada mereka yang nak lanjutan moratoirum, tetapi jangan susahkan mereka kerana orang akan tetap bayar,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE


Artikel oleh: Utusan Malaysia
LANJUT MORATORIUM, ELAK RISIKO MUFLIS

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/lanjut-moratorium-elak-risiko-muflis/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/lanjut-moratorium-elak-risiko-muflis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Setiap Kali Perayaan Utusan Malaysia 29 01 2022

Harga Barang Naik Setiap Kali Perayaan Utusan Malaysia 29 01 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 311 hits
PETALING JAYA Harga barang naik setiap kali musim perayaan Itulah senario yang berlaku da lam negara di mana peniaga di dakwa mahu me ngaut keuntungan semaksimum mungkin ketika permintaan barangan me ningkat Ini membawa kepada persoalan sia...
Keputusan Permohonan Semakan Kehakiman Ppim 3 Doktor Pada 1 Mac Malaysia Kini 07 02 2022

Keputusan Permohonan Semakan Kehakiman Ppim 3 Doktor Pada 1 Mac Malaysia Kini 07 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 307 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan tiga doktor akan mengetahui pada 1 Mac sama ada mereka mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan tindakan undang undang bagi memaksa kerajaan menjawab soalan mengenai langkah yang telah diambil untuk...
Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Permohonan Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 315 hits
Bantuan Keluarga Malaysia 2022 menggantikan yang telah dibentangkan dalam BKM 2022 Fasa I akan diagihkan kepada para penerima pada bulan Mac 2022 nanti Permohonan baru BKM 2022Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN bolehlah membuat...
The Masked Singer Malaysia 2022 Musim Ke 2 Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan

The Masked Singer Malaysia 2022 Musim Ke 2 Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 601 hits
Kali ini seramai 14 orang selebriti popular tanah air datang dari pelbagai lapangan seni menyembunyikan identiti diri menerusi kostum unik dan menarik yang direka khas Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada kalangan penyanyi pelak...
Mgnews Ngo Serah Memorandum Syor Atasi Banjir Kepada Pm Petang Ini Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

Mgnews Ngo Serah Memorandum Syor Atasi Banjir Kepada Pm Petang Ini Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 254 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan menyerahkan memorandum syor bagi mengatasi banjir kepada Perdana Menteri petang ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan Sumber Malaysia Gazette TVMGNEWS NGO SERAH MEMORANDUM SYOR ATASI BANJIR KEPADA ...
Dr Say Duta Baru Dettol Di Majlis Pelancaran Purpose Programme 2022 Kementerian Pelajaran Malaysia

Dr Say Duta Baru Dettol Di Majlis Pelancaran Purpose Programme 2022 Kementerian Pelajaran Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 360 hits
DR SAY DUTA BARU DETTOL DI MAJLIS PELANCARAN PURPOSE PROGRAMME 2022 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Hai semua perasan tak bab kebersihan ini dah lama di terapkan dari zaman kita sekolah lagi Tapi ramai yang masih leka dengan kebersihan terut...
Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022

Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 259 hits
Ramai mungkin tidak tahu negara kita antara satu lagi destinasi terkenal di dalam bidang Pelancongan Perubatan di Asia Oleh sebab itu untuk beberapa tahun yang akan datang Kerajaan Malaysia Sasar Pendapatan Pelancongan Perubatan Tahun 2022 ...
Aisya Dari Malaysia Finalis Peringkat Akhir Junior Bake Off 2022

Aisya Dari Malaysia Finalis Peringkat Akhir Junior Bake Off 2022

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 236 hits
Baru berumur 12 tahun Aisya menetap di Manchester tapi berasal dari Malaysia telah menyertai pertandingan Junior Bake Off 2022 yang telah melayakkannya ke peringkat akhir Seramai 16 peserta bertanding demi meraih gelaran Junior Bake Off 202...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm