Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022


 

KUALA LUMPUR: Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad (CIMB) kerana didakwa membekukan 11,000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya, lebih-lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Agenda Reset Malaysia (ARM) memberi amaran jika bank itu gagal menangani masalah yang memihak pemegang akaun, mereka akan melancarkan kempen meminta rakyat memboikot institusi kewangan berkenaan.
Masalah itu timbul selepas kesilapan CIMB menyebabkan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang kerana “jumlah berlebihan” yang dikreditkan oleh bank ke dalam akaun mereka.
Pada sidang media bersama, Ketua ARM Ramalan Yunus berkata CIMB tidak boleh terus membekukan akaun pelanggan mereka tanpa notis yang mencukupi.
Nadzim Johan (kiri) dan Ramalan Yunus pada sidang media.Beliau berkata, jika CIMB tidak jujur kepada pelanggannya tentang apa sebenarnya berlaku, NGO itu akan meneruskan usaha untuk menyeru semua pelanggan mereka mengeluarkan wang daripada bank.
“Kita patut memboikot CIMB dan memindahkan semua wang kita kepada bank lain untuk memberi pengajaran,” katanya.
“Jika CIMB dan kerajaan membisu mengenai isu ini, kami akan menggerakkan gerakan ketidakpatuhan awam.”
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan, berkata CIMB perlu bertanggungjawab di atas kesilapannya.
“Sama ada disebabkan kecuaian bank atau kegagalan sistem, CIMB perlu bertanggungjawab dan membetulkan kesilapannya,” katanya.
“Bank Negara juga perlu memberikan jawapan kerana ia adalah badan penyelia untuk semua bank,” katanya.
Pada Khamis, Bank Negara (BNM) memberitahu FMT bahawa CIMB kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan yang dikreditkan kepada pelanggan mereka.
BNM berkata, pihaknya telah meminta CIMB memastikan bahawa apa sahaja langkah “pemulihan” yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan, terutama mereka tidak menyedari lebihan wang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka.
Ia juga berkata bahawa siasatan terhadap insiden ini sedang dijalankan dan ia akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya (terhadap CIMB) jika perlu.
CIMB berkata, ia telah menemui “ralat pemprosesan”, yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.


Artikel oleh: Free Malaysia Today
PERJELAS KENAPA BEKU AKAUN ATAU BERDEPAN BOIKOT, CIMB DIBERI AMARAN

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/02/05/perjelas-kenapa-beku-akaun-atau-berdepan-boikot-cimb-diberi-amaran/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/perjelas-kenapa-beku-akaun-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 394 hits
PPIM menerima banyak aduan dari pelanggan CIMB Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan yang dikatakan kerap mengalami masalah sistem Masalah berkenaan didakwa menyebabkan sebahagian pelanggan tidak dapat mengelua...
11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

11 000 Frozen Accounts Saga The Mother Of Cimb S Technical Glitches Focus Malaysia 08 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 513 hits
CIMB BANK Bhd must be more proactive to look into ways and means to swiftly resolve the tendency of technical glitches of sorts plaguing both its online and physical banking platforms As recent as Jan 27 the bank said CIMB users would not b...
Cimb Bakal Diancam Boikot Bebas News 05 02 2022

Cimb Bakal Diancam Boikot Bebas News 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR CIMB Bank Berhad berdepan dengan ancaman boikot selepas tindakannya membekukan 11 000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegang akaun dipersoal oleh dua pertubuhan bukan kerajaan Tindakan pembekuan dilaporkan berpunca daripada ke...
Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

Mgnews Amaran Banjir Penggunaan Sms Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Ngo Malaysia Gazette Tv 27 01 2022

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 1095 hits
Amaran Banjir Penggunaan SMS Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS AMARAN BANJIR PENGGUNAAN SMS LEBIH BERKESAN DAN PRAKTIKAL BERBANDING SIREN NGO
Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 392 hits
Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dalam satu sidang media hari ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya C...
Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Tindakan CIMB Bank Berhad membekukan ribuan akaun pelanggan mereka tanpa sebarang notis bukan sahaja menjejaskan malah tidak wajar dilakukan bank berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Agenda Reset Malaysia yang mengec...
Isu Pengangkutan Darat Ppdm Tunggu Respons Parti Politik Malaysia Gazette 02 02 2022

Isu Pengangkutan Darat Ppdm Tunggu Respons Parti Politik Malaysia Gazette 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 298 hits
CYBERJAYA Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia tidak berhasrat untuk didaftarkan sebagai parti politik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi parti parti politik sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Aktivisnya...
Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 425 hits
Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Malaysia ANDA ingin tonton live streaming Sukan Komanwel 2022 di RTM Astro Arena Temasya Kejohanan terbesar dunia Sukan Komanwel 2022 atau Birmingham 2022 bakal diadakan mulai 28 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2...
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Asia Team Championships 2022

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Asia Team Championships 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 324 hits
Badminton Asia telah mengesahkan sebelum ini dimana Badminton Asia Team Championships 2022 akan diadakan di Setia City Convention Centre Shah Alam Selangor Malaysia bermula 15 hingga 20 Februari 2022 BACA Kejohanan ini juga merupakan edisi ...
Kenapa Kerja Freelance Perlu Dibayar Bukan Dianggap Kerja Amal

Kuching Chinese Cemetery Turns Crime Scene As Father Killed Son Left Critical

Customer Tak Jumpa Kedai Anda Sebab Apa

Preacher Wan Ji Leaves Pkr

Senarai Inisiatif Baru Kwsp 2026 Mulai Januari

Kesilapan Kewangan Awal Tahun 2026 Jangan Ulang Silap Yang Sama

Setiap Gambar Ada Jati Diri Indentitinya Dan Cerita Silam

Hadiah Dari Etuza


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kekalkan Semangat Waja Di Blog Anda Sila Baca Kapsyen Gambar Berbicara Pagi Ini

Kakak Start Kerja Di Mixue 02 01 2025

Easy Ground Beef Heart Recipe

Spm 2026 Trial Paper Questions Answers

3 Sokongan Komuniti Dalam Menghadapi Kehilangan

Saleem Cinta Kita Berbeda Chord