11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular


AssalamualaikumBismillah


Tak lama lagi nak masuk Bulan Syawal kan, walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi mood beraya tu mesti ada. Tak dapat beraya dengan sanak-saudara pun tak apa, beraya je kat rumah dengan keluarga. Yang masih tercari-cari resepi biskut raya, korang boleh cuba 11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular ini. 

RESEPI BISKUT RAYA KACANG HIJAU


Bahan-Bahan A :100g tepung kacang hijau100g tepung gandum50g gula aising1/2 sudu teh garam1/2 biji kuning telur
Bahan-Bahan B :
1/2 sudu teh serbuk penaikMinyak secukupnya
Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan bahan-bahan A dan sebatikan

2. Masukkan serbuk penaik dan gaul rata

3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga jadi doh yang lembut

4. Uli adunan dengan plastik. Terapkan acuan biskut dan sapukan kuning telur di atas permukaan biskut

5. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 30 minit atau sehingga masak

Kredit : Sii Nurul

RESEPI BISKUT ROSELLE

Bahan-Bahan Biskut Roselle50 gm roselle @ Ribena kampung90 gm gula icing180 gm Tepung gandum90 gm margarine1 biji kuning telurCara-caranya:
1. Campurkan marjerin, gula icing, kuning telur dan roselle @ ribena kampung yang di cincang lumat dalam satu bekas. Gaul sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canaikan dan buatlah bentuk yang korang suka

3. Sediakan loyang dan kertas minyak. Susun biskut yang hendak dibakar. Bakar dalam suhu 160 darjah celsius selama 15 minit

4. Bolehlah dihidangkan kalau sudah sejuk

Kredit : Kak Kojes

RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES 

Bahan A :1 cawan butter1 cawan gula perang1/2 cawan minyak masak1 biji kuning telur1 sdk esen vanillasikit garam halusadunkan semua, guna whisk. takde whisk, guna je senduk. sebatikan bahan A.
Bahan B yang mesti di ayak ye :4 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung susu1 sdk tepung beras1 sdk baking powder1 sdk soda bicarbonat1 cawan cornflakes, dikisar.

Cara-Caranya :
1. Campurkan cornflakes ke dalam bahan A

2. Then perlahan-lahan masukkan pula bahan B. Kacau dgn senduk hingga sebati. masukkan adunan biskut ke dalam peti ais selama 20 minit

3. Boleh la bentukkan adunan dan gaulkan dengan adunan yg telah dibentuk dgn cornflakes dan diramas kasar. Bakar dlm oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170'c

Kredit : Adianiez

RESEPI CORNFLAKES NUTELLA

Bahan-bahan50g badam cincang - disangai125g kepingan badam - disangai300g coklat gelap200g coklat putih100g nutella - anggaran 3 sudu besar500g baby cornflakes
Cara-caranya :

1. Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler

2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya

3. Lepas dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam. 
4. Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate

5. Masukkan adunan ke dalam paper cup

6. Taburkan badam cincang di atas adunan tadi

7. Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit

Kredit : Myarosli

RESEPI BISKUT CORNFLASKES RANGGUP 

Bahan-Bahan
250 gm mentega3/4 cawan gula aising1 sudu kecil esen vanilla1 biji kuning telur250 gm cornflakes (ramas-ramas sikit)2 cawan tepung naik sendiri (diayak terlebih dahulu)mangkuk kertas secukupnyaceri merah dihilis kecil atau ikut saiz kegemaran anda
Cara-caranya : 
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi, setelah itu masukkan esen vanilla
3. Masukkan tepung naik sendiri dan conflakes yang telah di ramas... gaul sebati gunakan senduk kayu 
4. Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah 
5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15-20 minit
6. Biarkan sejuk seketika dan simpan biskut dalam bekas kedap udara

Kredit : Bonde Zaidalifah

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT GEBU

Bahan-bahan250 gram butter1/2 cawan gula halus / gula kastor1 3/4 cawan tepung jagung *2 1/2 cawan tepung gandum *1 sudu baking powder *1/2 cawan tepung kastard2 biji kuning telur1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil pewarna kuning (optional)Ayak bahan bertanda *
Cara membuatnya :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang

2. Masukkan esen vanila dan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sebati guna mixer

3. Kemudian, masukkan tepung kastard dan kacau rata

4. Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan hingga menjadi doh

5. Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum atau tepung jagung semasa menguli menjadi doh

6. Kalau dah tak melekat tapi masih lembut tak boleh nak sagat. Jadi, sejukkan dalam peti sejuk. Dah keras boleh sagat sikit-sikit

7. Adunan yang di sagat masukkan dalam paper cup. Taburkan coklat urai atau manik ikut citarasa
Bakar dalam oven dengan suhu 165 darjah celcius selama 20 minit

Kredit : Mariafirdz

RESEPI TART NENAS GULUNG

Bahan - Bahan 
250gm mentega3 sudu besar minyak sapi2 sudu besar susu tepung300gm tepung gandum 50gm tepung jagung30gm tepung kastard30gm gula icingSecubit garam (tak letak)1 kuning telurJem nenas secukupnyaKuning telur untuk hiasan (sis campurkan dengan sedikit susu cair)
Cara - Caranya :

1. Kacau mentega, minyak sapi dan gula icing dengan sudip kayu hingga sebati. Tak perlu kembang sangat.

2. Masukkan telur kuning, kacau lagi masukkan susu tepung dan garam.

3. Perlahan masukkan semua tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Perap 1 jam tutup denga tuala basah. (sis tak perap ya, sis simpan semalaman dalam peti sebab buat awa l)

4.Guna lah acuan kesukaan. Masuk inti nenas dan gulung. Sapu campuran kuning telur.

5. Bakar dengan suhu 150 C atau ikut suhu oven masing-masing dalam 25 minit atau sehingga kekuningan. 
Kredit : Wani Sukarno
RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS

Bahan-bahan500gm mentega2 1/2 cawan gula perang1 1/2 sudu kecil esen vanilla2 biji telur6 cawan tepung gandum (ayak)1 cawan tepung jagung (ayak)1  1/2 sudu kecil baking powder (ayak)1 1/2 sudu kecil sodium bicarbonate (ayak)10 sudu minyak masak4 cawan coklat chip (tambah almond pun sedap) *saya guna coklat rice sahajaCara-caranya.
1. Campurkan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati. Tak perlu guna mixer pun tak mengapa. Hanya gaulkan guna spatula atau senduk dengan kuasa tangan 😝

2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan lagi


3. Bila dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak

4. Masukkan pula minyak masak dan gaulkan sehingga betul-betul serasi bersama

5. Akhir sekali masukkan pula chocolate chip atau chocolate rice. Dan simpan adunan ke dalam fridge untuk 1/2 jam

6. Bila dah cukup 1/2 jam adunan tu kat dalam fridge, bolehlah panaskan oven untuk suhu 150 ke 160 darjah celcius dan api atas bawah ya. Kalau oven yang ada kipas tu sila on juga

7. Sambil tunggu oven panas dah boleh bentukkan adunan ke dalam tray dan bentuklah guna sudu ikut kreativiti masing-masing. Dan bakar untuk 20-30 minit mengikut style oven korang ya


RESEPI SEMPERIT SUSU ANZALNA

Bahan-bahan
250 gm buttercup (suhu bilik tapi jangan sampai lembik sangat nanti Bunga tak cntik)50 gm gula icing (1/4 cwn) - gula pasir yang dikisar halus pun boleh120 gm susu pekat manis (1/2 cwn)400 gm tepung jagung30 gm tepung kastard (1/4 cwn)1 sd teh esen vanillaChoc chip utk hiasanCara - Caranya : 
1. Masukkan butter dan gula. Kacau sebati menggunakan senduk je

2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, kacau sebati

3. Satukan tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan dalam adunan. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut

4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Satu adunan warna pink, satu adunan warna ungu, satu adunan lagi tak perlu letak pewarna

5. Ambil sedikit adunan dari ketiga-tiga warna, satukan. 
6. Masukkan dalam acuan semperit. 
7. Tekan atas dulang pembakar . Letakkan coklat chip. Bakar suhu 180°c 20-25 min api atas bawah

Kredit : Azhafizah

RESEPI BISKUT ARAB 


Bahan-bahan3 cawan tepung gandum,½ cawan gula kastor1 cawan minyak masak2 sudu besar mentega100gm kacang tanah, digoreng, diibuang kulit dan ditumbuk

Cara-Cara membuatnya :
1. Goreng (sangai) tepung didalam kuali hingga agak kekuningan.  Masukkan kedalam bekas adunan
2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega didalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.  
3. Masukkan minyak kedalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan  sehingga sebati

4. Jemput adunan lebih kurang sebesar duit 20sen dan bulatkan, lepas tu buatkan lubang untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak didalam dulang pembakar
5. Bakar dengan suhu 160 darjah lebih kurang dalam 20 minit

6. Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan biskut arab ke dalam pinggan berisi gula, golekkan hingga gula menyaluti biskut.  Angkat dan simpan atau boleh jer dimakan terus

Kredit : Iamfuzy

RESEPI BISKUT SUSU NESPRAY


Bahan-bahan:-1kg tepung gandum300gm planta (terpulang korang nak guna jenama apa)300gm gula halus (mrs pip kisar gula kasar sehingga halus)2.5 sudu teh esen vanilla1.25 sudu teh baking powder5 biji telur300gm serbuk susu nespray + 150gm gula halus (digunakan untuk menggaulkan biskut nanti selepas biskut dah masak)nota: kalau korang nak biskut lebih rasa susu, bolehlah masukkan extra 300gm susu nespray / serbuk cerelac susu dalam adunan doh di atas. ada yang suka guna serbuk cerelac, dan ada juga yang suka guna nespray, so pilihan masing masing ..

Cara Membuatnya:-
1. Campur semua bahan-bahan di atas di dalam besen
2. Uli semua bahan sehingga doh terbentuk
3. Apabila doh berjaya dibuat, bentuk doh mengikut bentuk yang korang suka. Biasanya untuk biskut susu, selalu orang buat bentuk bulat-bulat leper, tapi mr.Husband rajin nak tekap bentuk ala-ala ikan yang kecil cinonet tu ..

4. Panaskan oven kepada 180 darjah celcius, api atas bawah, dan bakar biskut antara 15minit - 20 minit , terpulang kepada oven korang .. ada sesetengah oven tu 15 minit dah siap pembakaran, mcm kes mrs pip, kena bakar sehingga 20 minit ..

5. Bila biskut dah siap dibakar, masukkan biskut ke dalam serbuk susu nespray yang telah ditambah bersama gula halus tadi dan gaulkan biskut sehingga bercampur sepenuhnya dgn serbuk susu nespray tadi, dan 
6. Bolehlah disusun di dalam bekas kedap udara. Sejukkan biskut sebelum bekas kedap udara ditutup rapat. Siap! 
Kredit : Mrs Pip






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/05/11-koleksi-resepi-biskut-raya-popular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 891 hits
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes Salam semua sebut saja cornflakes rasa semua angkat tangan minat belaka ni kan Kalau sis kadang kadang makan dengan susu kadang kadang ada juga makan saja Cornflakes memang piliha...
Pening Kedai Biskut Raya Tak Buka Ini 6 Resepi Biskut Raya Simple Yang Boleh Anda Cuba

Pening Kedai Biskut Raya Tak Buka Ini 6 Resepi Biskut Raya Simple Yang Boleh Anda Cuba

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 779 hits
Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyaksikan ada beberapa aktiviti ekonomi seperti bazar ramadan atau pasar malam menjadi tempat orang ramai mendapatkan kuih raya ditutup bagi mengelakkan berlakunya penularan jangki...
10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 933 hits
Assalamualaikum wbt Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat Hari ini adalah hari kesebelas kita menyambut bulan Ramadhan dan sebelas hari juga kita berpuasa Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk t...
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1523 hits
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup dan Sedap Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry ...
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 2910 hits
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina Korang tentu ramai yang kenal Azlina Ina kan Mama memang follow FB dia dan dia memang tidak kedekut resepi siap diberi izin untuk share dan meniaga guna resepi dia Dengan permintaan doakan dia Bayangka...
Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju

Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 984 hits
Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju untuk anda semua Selamat menc...
Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Danish Harraz

Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Danish Harraz

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 680 hits
Masa mula mula belajar buat biskut dulu saya pasti akan cari resepi biskut yang menggunakan sukatan cawan Maklumlah baru nak belajar memasak banyak kelengkapan yang tiada di rumah Salah satuya adalah penimbang untuk menyukat bahan membuat b...
12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 1498 hits
Koleksi Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap Assalamualaikum wbt salam ramadan yang ke 18 Lagi seminggu umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri Pertama kali dalam hidup CH dan semua rakyat Malaysia hari raya aidil...
Resepi Biskut Florentine

Resepi Biskut Florentine

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 630 hits
Terhasilnya biskut florentine ni bukanlah untuk juadah hari raya nanti Anak anak nak buat kudapan di rumah masa PKP ni haa Mood Raya memang tahun ni tak hadir lagi nampaknya apatah lagi pengumuman terkini yang masih dalam PKPB dilanjutkan s...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan