10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat


Assalamualaikum wbt,
Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat | Hari ini adalah hari kesebelas kita menyambut bulan Ramadhan dan sebelas hari juga kita berpuasa. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk tingkatkan amal kebaikan, amalan ibadah dan mampu merebut malam yang terbaik diakhir ramadhan nanti iaitu Lailatul Qadar dimana ia umpama seribu bulan. Rugilah kalau kita tidak rebut peluang tersebut kan

Baiklah, jom kita teruskan ke agenda yang dinanti-nantikan iaitu penyediaan resepi-resepi biskut raya yang paling senang nak buat. Memandangkan mommy juga kurang suka nak buat biskut raya yang renyah, melainkan biskut yang mommy suka. Jadi, dibawah ini mommy sediakan resepi biskut raya paling senang nak buat

10 HIMPUNAN RESEPI BISKUT RAYA PALING SENANG NAK BUAT
Biskut Raya 2020
1. RESEPI BISKUT RAYA ALMOND ROCHER

BAHAN-BAHAN:
250gm coklat susu compound50gm pes kacang hazelBadam jejari secukupnya |dipanggangCARA MEMASAK:
Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk2. RESEPI BISKUT RAYA 

BAHAN A:
250gm mentega150gm gula kastor1 sudu teh esen vanilla50gm sebuk badamBAHAN B:
350gm tepung red rose50gm tepung kastard50gm tepung susu40gm tepung jagungSedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasanCARA MEMASAK:
Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.3. RESEPI BISKUT RAYA DAHLIA / SEMPERIT BUNGA

BAHAN-BAHAN250 g mentega125 g gula kastor - mummy tak suka manis250g tepung *125 g tepung kastad *125 g tepung jagung *3 biji kuning telur(saiz B)1 camt esen vanilasecubit garamceri/sebarang hiasan yang korang suka.CARA-CARA:1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.
4. RESEPI BISKUT RAYA TART NENAS GULUNG

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega2 sudu makan minyak sapi30gm gula icing3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik2 sudu makan tepung kastard1/2 cawan tepung jagung1 sudu sudu makan tepung ubi kayu1 sudu teh essen vanila1 biji kuning telurPewarna kuning lemonHIASAN:
2 biji kuning telur1 sudu makan susu manisPewarna kuning lemonCARA MEMASAK:

1.  Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan
2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh
4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing


5. RESEPI BISKUT RAYA CONFLAKES CHOCOLATE

BAHAN-BAHAN:
200gm bijirin cornflakes150gm bubble rice1 bar coklat masakanCARA MEMASAK:
Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
6. RESEPI BISKUT RAYA SEMPERIT SUSU

BAHAN-BAHAN:
250gm mentega1/2 cawan susu pekat manisPewarna kesukaan secukupnya2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard4 1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMASAK:1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk
2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata
3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya
4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah

7. RESEPI BISKUT RAYA NESTUM


BAHAN-BAHAN:
250gm mentega100gm gula halus @ kastor100gm tepung jagung1 biji kuning telur gred A1 sudu teh esen vanilla1/2 sudu teh air sejuk dlm peti aisTepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh80gm nestum1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)Nestum untuk hiasan
CARA MEMASAK:1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing

 
8. RESEPI BISKUT RAYA SARANG SEMUT




BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega1/2 cawan gula halus2 biji kuning telurSedikit esen vanilla1 sudu kecil pewarna kuning1 sudu besar susu tepung2 sudu besar tepung kastard1 cawan tepung jagung2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)CARA MEMASAK:

1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer
3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata
4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C

9. RESEPI BISKUT RAYA TART NENAS BUNGA


BAHAN-BAHAN:
120gm mentega120gm minyak sapi450gm tepung gandum1 biji telur gred BSedikit garamCARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
10. RESEPI BISKUT RAYA CRUNCHY CARAMEL ALMOND
BAHAN – BAHAN :200 gram tepung florentine150 gram kepingan badam | sliced almond50 gram kuaci putih | sunflower seed100 gram kuaci hijau | pumpkin seed2 sudu besar bijan hitamCARA MEMASAK:Panaskan oven kepada suhu 160°C.Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
Resepi Asal : Dailymakan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.vitaminwawa.com/2020/05/10-himpunan-resepi-biskut-raya-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Kentang Dengan Telur Paling Ringkas Dan Senang Dimasak

Resepi Sambal Kentang Dengan Telur Paling Ringkas Dan Senang Dimasak

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 529 hits
Sambal Kentang Dengan Telur Kadang kadang saya ni ada hari hari jugak malas nak memasak Tapi kalau tak masak nanti anak nak makan apa kita pun nak makan jugak tak kan nak makan maggie je kalau malas masak kan Kalau nak order The post appear...
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 2879 hits
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina Korang tentu ramai yang kenal Azlina Ina kan Mama memang follow FB dia dan dia memang tidak kedekut resepi siap diberi izin untuk share dan meniaga guna resepi dia Dengan permintaan doakan dia Bayangka...
Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju

Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 971 hits
Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Tart Nenas Keju untuk anda semua Selamat menc...
Resipi Semperit Cream Cheese Viral Rangup Lain Macam Biskut Paling Laris Musim Raya

Resipi Semperit Cream Cheese Viral Rangup Lain Macam Biskut Paling Laris Musim Raya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 784 hits
Hari ni sudah hari kesebelas kita berpuasa tak lama lagi dah nak raya Memandangkan kita masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan mesti ada yang dah buat senarai untuk buat biskut raya sendiri nanti Kalau rasa nak cuba resipi biskut...
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1508 hits
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup dan Sedap Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry ...
Resepi Tempoyak Masak Asam Yang Paling Senang Dan Sedap

Resepi Tempoyak Masak Asam Yang Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 415 hits
Setahun sekali baru la merasa dapat makan masak tempoyak Bukan sebab tak de tempoyak tapi sebab malas nak makan Hari hari masak lebih kepada selera suami dan anak anak Tempoyak sentiasa ada je dalam peti sejuk Maklum la orang perak kan Haha...
Pening Kedai Biskut Raya Tak Buka Ini 6 Resepi Biskut Raya Simple Yang Boleh Anda Cuba

Pening Kedai Biskut Raya Tak Buka Ini 6 Resepi Biskut Raya Simple Yang Boleh Anda Cuba

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 771 hits
Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyaksikan ada beberapa aktiviti ekonomi seperti bazar ramadan atau pasar malam menjadi tempat orang ramai mendapatkan kuih raya ditutup bagi mengelakkan berlakunya penularan jangki...
11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular

11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 693 hits
AssalamualaikumBismillahTak lama lagi nak masuk Bulan Syawal kan walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi mood beraya tu mesti ada Tak dapat beraya dengan sanak saudara pun tak apa beraya je kat rumah dengan kelua...
20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian Bulan Puasa Dan Hari Raya

20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian Bulan Puasa Dan Hari Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 354 hits
20 Himpunan Resepi Nasi Yang Best Untuk Menu Harian Bulan Puasa Dan Hari Raya Nasi adalah menu harian yang penting lagi lagi untuk masyarakat Melayu Dek kerana itu nasi juga dijadikan sebagai juadah istimewa di hari raya Bila tiba hari raya...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Ibis Styles Iskandar Puteri Buffet Berbuka Puasa

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Lebuhraya Wce Beruas Ke Changkat Jering

Resepi Sambal Terung

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024

Jangan Pernah Berhenti

Resepi Kfc Double Down

Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2024