12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap


Koleksi Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & salam ramadan yang ke-18. Lagi seminggu umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Pertama kali dalam hidup CH dan semua rakyat Malaysia, hari raya aidilfitri akan disambut dalam tempoh PKP. Walaupun raya tak semeriah tahun-tahun lepas, raya tetap disambut dan takkan dibiar hilang suasana raya tu. Oleh yang demikian, kuih raya tetap ada walaupun hanya untuk di makan oleh anak beranak. Tak dapat beli, kita buat yang mudah dan sedap seperti biskut viral Ina Azlina. Di sini CH kongsikan koleksi resipi biskut viral Ina Azlina untuk CH sendiri dan juga korang yang baru nak buat biskut raya.

12 Resipi Biskut Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap ( Menggunakan Sukatan Cawan)

CH suka sangat dengan resipi biskut viral yang di kongsi oleh Ina Azlina kerana ianya menggunakan sukatan cawan. Jadi tak perlu beli banyak benda bila baru nak buat. Senang dan tak perlu keluarkan banyak modal untuk buat biskut yang sedap dan menjadi kegemaran keluarga. 
12 Resipi Biskut Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap (Menggunakan Sukatan Cawan)
#1 Snowy Nestum Cookies
 Snowy Nestum Cookies
Bahan: 
1 cawan nestum Ori - dikisar halus250g marjerin / butter1sb shortening1 cwn gula kastorSedikit essen vanilla1-2 sb serbuk koko1sb emplek1sk baking soda1/2 sk soda bikarbornat1/2 cawan susu tepung1/2 cawan tepung jagung (60g)2 1/2 cwn tepung gandum (300g)
Caranya: 
Satukan marjerin/butter, shortening, gula kastor dan essen vanilla dalam bekas. Kacau rata. 
Tambah 1-2 sb serbuk koko,1sb emplek, 1sk baking soda,1/2 sk soda bikarbornat, 1/2 cawan susu tepung. Kacau sebati

Tambah tepung jagung, nestum kisar dan tepung gandum. Masa tambah tepung gandum, masukkan sikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak terlalu keras. 
Bentukkan doh menjadi bujur-bujur dan susun di atas loyang yang di glis dengan butter. 
Bakar pada suhu 170°  selama 25 minit. 
Biarkan sehingga ia menjadi suam. Bila dah suam, golekkan dalam susu tepung full cream. 
Dah siap. Boleh disusun dalam balang. 

#2 Tart Nenas Mudah
Tart Nenas Mudah
Bahan: 
125g butter3 sb susu pekat1sk essen vanilla1sk pewarna kuning lemon1biji kuning telur2sb tepung jagung2sb tepung custard1 1/2 cwn tepung gandum1/4 cwn susu tepung
Bahan sapuan atas tart: 
Pewarna kuning telurSusu segarKuning telur
** Satukan dan kacau sebati. Ketepikan. 
Caranya:
Satukan butter, susu, essen vanilla, pewarna kuning lemon dan kuning telur dalam bekas. Kacau rata. 
Masukkan tepung custard dan tepung jagung. Kacau rata dan sebati. 
Tambah 1/4 cawan susu tepung. Kacau rata. 
Masukkan tepung gandum sikit-sikit sambil uli sehingga ia menjadi doh. 
Tekan doh mengikut acuan yang korang suka. 
Letak nenas dan gulung. Lepas dah gulung, sapu tart dengan bahan sapuan campuran susu segar, kuning telur dan pewarna kuning. 
Panaskan oven pada suhu 150° selama 5 minit. 
Bakar tart pada suhu 170° selama 25 minit atau sehingga bahagian bawah menjadi licin. 
Masukkan dalam balang bila tart dah sejuk. 

#3 Cornflakes Crunchy Secret Cookies
 Cornflakes Crunchy Secret Cookies
Bahan: 
2 cawan Cornflakes - ramas sehingga pecah kasar
250g butter /pure butter / marjerin 1 cwn gula perang1sb shortening1 sb essen vanilla1biji kuning telur1/2 cawan serbuk badam (60g)1sk baking soda1/2 sk baking powder1cwn tepung jagung (110-120 g)3 cwn tepung gandum (330g)1/2 cawan minyak (100g)1cwn badam nips

Caranya: 
Masukkan butter, minyak, gula perang, shortening, essen vanilla dan kuning telur dalam bekas. Kacau sebati. 
Tambah serbuk badam, baking soda dan baking powder. Kacau rata. 
Masukkan tepung jagung. Kacau sebati. 
Masukkan 2 cawan tepung gandum dan 1 cawan Cornflakes. 
Masukkan baki tepung gandum. Kacau rata. 
Tambah badam nips ( telah dibakar). Uli sehingga menjadi doh yang cantik. 
Bentukkan doh menjadi bualatan kecil, golekkan diatas baki cornflakes. Letak atas loyang yang telah di glis. 
Panaskan oven 150° selama 5 minit. 
Bakar cookies pada suhu 160° selama 25-30 minit. Off kipas ketika bakar. 
Angkat dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam balang. 

#4 Samperit 3 Bahan
Samperit 3 Bahan
Bahan: 
125g butter / pure butter1/4 cawan susu pekat ( 7-8 sb)270g tepung jagung (2 1/4 cawan)Coklat chips pink
Caranya: 
Masukkan butter dan susu pekat. Kacau rata. 
Masukkan tepung jagung sikit demi sediki. Uli dengan hujung jari sampai doh tidak melekat di jari. 
Tekan doh menjadi samperit dengan acuan pecah 15. 
Letakkan coklat chips pink sebagai hiasan. 
Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit. 
Angkat, sejukkan dan dimasukkan ke dalam balang. 

#5 Milo Cookies 
Milo Cookies

Bahan: 
250g butter+1 sb shortening(minyak sayuran)1 cawan gula perang(180g)1sb esen vanila dan 1sb emolco coklat1 biji telur gred A atau B(kuning sahaja)📌 1/2 cawan minyak 100g📌1/2 cawan tepung jagung 120g📌2 cawan 1/2 tepung gandum(240g+60g)📌1/2 cawan susu tepung(optional)📌1/2 cawan milo📌1 sb empleks📌1/2 sb baking powder📌1 sk soda bikarbonat📌1 cawan kacang badam nips dah bakar awal📌1 cawan coklat chips(simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli coklat chips xcair dan warna kukis jd xcantik
cara2:

Satukan butter,shorteninggula +esen dan emolco sebatikan

Tambah telur kacau kemudian minyak dan kacau rata.

Tambah kan milo dan semua serbuk2 penaik yg ade kacau rata

Tambah kan tepung jagung dan tepung gandum sikit demi sedikit. Uli sampai habis
Tambah kan badam dan coklat chips gaul kan
Wrap dan simpan peti ais 10 minit.

keluarkan dari peti sejuk dan biarkan sekejap. Bentuk kan.

Bakar suhu 170 masa 20-25 mnt api atas bawah

Kalau korg nak letak nutella bakar 20 mnt keluakan lorek nutella dan tabur badan n nestum masuk kan semula bakar lg 5 mnt dan keluakan siap 🤩tujuan bakar semula bg nutella keras dan mudah disusun. 

#6 Nutella Almond Cookies
Nutella Almond Cookies
Bahan: 
125g butter1sb shortening1/2 cwn gula perang1sb esen vanilla2biji kuning telur1sb nutella3sb minyak jagung1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan susu tepungBadam nips secukupnya ( optional)
Bahan ayak: 
2 cawan tepung gandum2 sudu besar serbuk koko1 sk baking powder1sk soda bikarbonat
Bahan topping: 500g milk compound
3sb shortening

Caranya: 
Masukkan butter, shortening, gula perang, esen vanilla dan 1 biji kuning telur. Kacau rata. 
Tambah nutella, 1 biji kuning telur, minyak jagung dan tepung jagung. Kacau sebati. 
Masukkan bahan ayak dan susu tepung. Kacau rata dan sebati. 
Tambah badam nips. Gaul rata

Buat bentuk bulat dan jadikan lubang  ditengah. Seperti dibawah.


Bakar pada suhu 160° selama 20 minit. 
Sementara tunggu cookies masak, cairkan coklat masakan/milk compound dan shortening dengan menggunakan kaedah double boil.

Bila dah pekat, masukkan dalam piping bag.

Bila cookies dah masak, paipkan bahan topping ke atas cookies.

Bila dah siap topping, bakar semula cookies selama 5 minit. Tujuan untuk mengeraskan bahan topping.

Angkat dan sejukkan.

Bila dah sejuk, celupkan sekeliling  cookies dengan bahan topping dan gelekkan ke dalam badam nips.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.

Dah siap dan boleh disusun ke dalam balang.


#7 Chocolate Rice Gala CookiesChocolate Rice Gala Cookies
Bahan:

125g butter ( guna tartura butter)
3/4 cawan gula perang
1sk essen vanilla
1 biji kuning telur
1sb shortening
1/4 cwn minyak jagung
3sb serbuk koko
1/2 sb baking powder
1/2 cwn serbuk badam
1/2 cawan tepung jagunb
1/2 sb soda bikarbonat
2 cwn tepung gandum

Bahan topping :

300g berryls milk
1sb shortening

Caranya:

Satukan butter, gula, esen vanilla, kuning telur, shortening dalam satu bekas. Kacau rata.

Tambah minyak jagung dan kacau sebati.

Masukkan serbuk koko, dan baking powder. Kacau rata dan sebati.

Tambah serbuk badam. Kacau rata.

Masukkan tepung jagung dan soda bikarbonat. Kacau rata dan sebati.

Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit sehingga menjadi cantik dan boleh dicanai.

Bakar pada suhu 160° selama 25-30 minit api atas bawah.

Sementara tunggu biskut masak, cairkan bahan topping menggunakan kaedah double boiled sehingga pekat.

Bila cookies dah masak, tuang bahan topping ke atas cookies dengan menggunakan sudu. Taburkan chocolate rice.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 minit.

Sedia di masukkan kedalam balang atau di makan.

#8 Almond Stick Ala Pepero
Almond Stick Ala Pepero
Bahan:
1 bundle roti gardenia - perisa apa-apa pun boleh.

Butter
Badam nips yang telah dibakar
500g milk compound
3sb shortening

Caranya:

Potong roti menjadi bentuk stick. Sapu butter dan bakar selama 15 minit dalam suhu 160°. Keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk.

Sementara tunggu roti sejuk, cairkan milk compound dan shortening menggunakan kaedah double boiled sehingga pekat.

Bila coklat dah pekat dan roti dah sejuk, celup roti stick tadi. Sepenuhnya.

Tabur badam nips pada separuh roti stick.

Bila dah siap, masukkan dlm peti sejuk selama 10 minit.

Siap.


#9 Cookies Daisy Mudah 
 Cookies Daisy Mudah 

Bahan:

250g butter atau majerin
1 cawan susu pekat
1 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk badam
3sb minyak jagung
esen vanila
1/2 cawan serbuk badam/ susu tepung
2 cwn tepung jagung
2 1/2 cwn tepung gandum

Caranya:

Satukan butter, susu pekat, telur kuning, esen vanila dan minyak. Kacau rata.

Tambah serbuk badam.  Kalau tiada serbuk badam gantikan dengan susu tepung pun boleh.

Masukkan tepung jagung. Kacau rata.

Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit sehingga doh licin dan korang selesa nak tekan nanti.

Sapu minyak pada tray. Bentukkan bunga daisy guna acuan semperit tp masa tekan bunga tu tekan sikit muncung acuan tu bagi bunga yg keluar tu tak tebal dan nipis-nipis.

Hiasan dengan ceri merah yang dibelah kecil.

Bakar pada suhu 160 selama 25 minit. Boleh juga dengan tengok bawah biskut. Jika sudah garing, bermakna biskut sudah masak dengan elok.

Sejukkan dan siap untuk dibalangkan.


#10 Biskut Kelapa Badam
 Biskut Kelapa Badam 

Bahan: 

2 1/2 cawan kelapa parut - sangai sehingga kering air. Bukan garing yer...
1 1/2 cawan merjerin / butter
1 cawan gula castor
essen vanilla
2 biji kuning telur
2 1/2 cawan 250g tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung (50g)
1 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
1/2 cawan badam serbuk (50g)


Caranya: 

Satukan marjerin/ butter, gula kastor, esen vanilla dalam bekas. Kacau rata.

Tambah 2 biji kuning telur. Kacau rata dan sebati

Masukkan tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik serbuk badam dan kelapa sangai. Gaul rata dan sebati.

Uli sampai menjadi doh. kalau rasa doh lembek tambah tepung gandum, kalau keras tambah majerin  dan uli balik.

Rehatkan doh selama 10 minit. Tujuan, bagi gula hancur dan mesra dengan semua bahan.

Canai doh dan tekap dengan acuan bentuk bulan. If tiada acuan, guna gelas dan jadikan bentuk bulan pun boleh.

Sapu butter loyang dan susun cookies.

Bakar pada suhu 160 selama 25 minit.

Siap. Sejukkan sebelum dibalangkan.


#11 Famos Amos Cookies
Famos Amos Cookies

Bahan:

250 butter xde butter pakai butter cup xde jugak pakai majerin (kalau pakai cawan 1 cawan 1/2 majerin)
1 cawan gula perang
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
sedikit esen vanila( kalau nak sedap bau pakai creamy vanila)
garam secukup rasa
badam nips secukupnya - bakar terlebih dahulu
choc chips secukupnya - disejukkan dalam peti semalaman

Ayak:

3 cawan tepung gandum
1sb tepung beras( xkisah cap ape)
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat


Caranya:

Satukan butter, gula dan esen. Kacau rata dengan senduk.

Masukkan sebiji telur dan gaul rata.

Masukkan bahan ayak dan gaul sebati. Tambah garam jika tidak cukup masin.

Tambahkan badam nips dan choc chips ke dalam adunan. Gaul rata dan sebati.

Buat bentuk bulat dan letakkan dalam loyang yang telah di gris dengan butter. Jarakkan di antara satu sama lain.

Bakar pada suhu 160 selama 25 minit.

Sejukkan dan sedia untuk di makan.


#12 Almond London 
Almond London 
Bahan :

Kacang Almod - Sangai / bakar dalam oven api atas bawah selama 30 - 40 minit dengan suhu 160.

250g butter atau 1 1/4 cawan
80 gm gula icing atau 3/4 cawan
1 biji kuning telur
3sb minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan serbuk badam
2sb susu tepung
1/2 sk baking powder
1/2 sb empleks /tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
 450g / 4 cawan 1/2 tepung gandum

Bahan salutan coklat:

500g milk compound
2 sb cocoa butter / shortening / minyak masak


Caranya: 

Satukan butter, gula icing, kuning telur, minyak dan essen vanilla. Kacau rata.

Masukkan serbuk badam, susu tepung, baking powder, tepung beras/ empleks dan tepung jagung. Kacau rata dan sebati.

Masukkan tepung gandum. Gaul rata dan sebati sehingga menjadi doh.

Gentelkan doh menjadi bulat dan membujur mengikut bentuk kacang almond.

Susun di atas loyang yang digris dengan butter.

Bakar pada suhu 170 selama 25-30 minit.

Sejukkan.

Bila cookies telah sejuk, cairkan milk compound dengan shortening/ cocoa butter/ minyak masak menggunakan kaedah double boiled.

Celup cookies ketika coklat masih panas. Letakkan dalam cup dan taburkan badam nips.

Masukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.

Siap dan boleh susun dalam balang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/05/12-resipi-biskut-raya-viral-ina-azlina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 579 hits
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah Alang alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri Yang penting tiada gula dan bahan pewarna s...
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 3062 hits
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina Korang tentu ramai yang kenal Azlina Ina kan Mama memang follow FB dia dan dia memang tidak kedekut resepi siap diberi izin untuk share dan meniaga guna resepi dia Dengan permintaan doakan dia Bayangka...
Biskut Raya Kacang Hijau Mudah Sedap

Biskut Raya Kacang Hijau Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 723 hits
AssalamualaikumBismillahWalaupun tahun ini tidak dapat beraya tetapi mood beraya dengan keluarga itu masih ada So sepanjang bulan Ramadan ini aku cuba buat pula Biskut Raya Kacang Hijau Tetiba rasa macam nak makan biskut raya gitu Kalau nak...
Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat Confirm Jadi

Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 547 hits
Kadang kadang nak buat biskut raya agak renyah prosesnya Untuk ibu yang tak biasa membakar kemungkinan untuk percubaan membuatnya boleh gagal atau tidak jadi seperti yang diingini Oleh itu para ibu kenalah lebih kreatif untuk menghasilkan k...
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 966 hits
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes Salam semua sebut saja cornflakes rasa semua angkat tangan minat belaka ni kan Kalau sis kadang kadang makan dengan susu kadang kadang ada juga makan saja Cornflakes memang piliha...
Resipi Semperit Cream Cheese Viral Rangup Lain Macam Biskut Paling Laris Musim Raya

Resipi Semperit Cream Cheese Viral Rangup Lain Macam Biskut Paling Laris Musim Raya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 852 hits
Hari ni sudah hari kesebelas kita berpuasa tak lama lagi dah nak raya Memandangkan kita masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan mesti ada yang dah buat senarai untuk buat biskut raya sendiri nanti Kalau rasa nak cuba resipi biskut...
Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi

Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 978 hits
As Salam Resepi Dan Cara Mudah Buat Biskut Cornflakes Cornflakes Cookies Azlina Ina Yang Rangup Dan Pasti Menjadi Yay Mode buat cookies raya dah on Korang pulak mesti dah dua tiga jenis cookies raya yang dah siap kann Saya bukanlah mood bel...
Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

Resipi Biskut Raya Almond London Sedap Che Mat Gebu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 892 hits
hi semua tetiba rindu pula mau makan biskut Almond London Nak share kat korang resipi biskut raya Almond London sedap dari resipi blog Che Mat Gebu yang mrs pip pernah buat beberapa tahun yang lalu Dan so far setiap kali mrs pip nak makan b...
Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Step By Step Penyediaan Yang Mudah Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Step By Step Penyediaan Yang Mudah Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 603 hits
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu Rasanya yang manis bertelur menjadi kegemaran orang muda Warna kuih ini sedikit gelap dan sesuai un...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut