Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Danish Harraz



Masa mula-mula belajar buat biskut dulu, saya pasti akan cari resepi biskut yang menggunakan sukatan cawan. Maklumlah baru nak belajar memasak, banyak kelengkapan yang tiada di rumah. Salah satuya adalah penimbang untuk menyukat bahan membuat biskut. Sekarang, walaupun dah ada penimbang sendiri di rumah, tapi saya masih juga rasa malas nak menyukat. Mungkin kerana ia melecehkan. Jadi, bila adik Danish Harraz (chef cilik yang baik hati) berkongsi resepi biskut chip coklatnya yang terbaru, saya cuba olah dalam bentuk sukatan cawan untuk memudahkan saya nanti. Btw sorry adik Danish, tapi akak sangat pemalas :(

Resepi asal biskut chip coklat ini dah disukat dengan penuh teliti oleh adik Danish, dan ia merupakan resepi fail-proof. Jadi kalau mengikut sukatan yang diberi, percentage untuk tak menjadi tu kiranya kosong la ye. Disebabkan saya pertama kali nak mencuba resepi biskut chip coklat ni, makanya nak tak nak saya tetap kena timbang dulu bahan-bahannya sebelum diubah ke dalam sukatan cawan untuk mengelakkan daripada biskut tak menjadi seperti yang diinginkan. Saya juga kurangkan sedikit sukatan chip coklat kerana saya tak mahu kandungan chip terlalu banyak di dalam biskut saya


Saya setuju resepi ini merupakan resepi fail-proof dan sangat sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak belajar buat biskut terutama sekali pada musim PKP ni. Selain mudah dibuat dan tak menggunakan banyak bahan, biskutnya juga rangup dan sedap. Ia tak terlalu manis dan cukup rasa. Cubaan pertama kali menghasilkan biskut chip coklat ini berjaya menambat hati suami dan anak-anak. Makan sebiji pasti nak lagi..haha. Sedar tak sedar dalam masa tak sampai seminggu, biskut yang saya bakar dah habis dimakan. Nampak gayanya resepi ini akan saya gunakan untuk buat biskut raya lah pula nanti


Jadi resepi ini adalah olahan dalam bentuk sukatan cawan daripada resepi adik Danish Harraz. Nama asal biskut ini adalah Danish's Crunchy Chocolate Chip Cookies. Walaubagaimanapun ada bahagian yang telah saya ubah sedikit daripada resepi asal. Untuk resepi versi asal boleh ke instagram adik Danish dan untuk versi tak berapa original, boleh klik video di bawah. Jangan lupa subscribe terus okeh. In shaa Allah saya akan kongsikan resepi yang senang dan mudah je sebab saya pun baru belajar memasak :P

Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Bahan-bahan1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu)Setengah cawan gula perang2/3 cawan gula kastorSebiji telur ayam gred A2 cawan tepung gandumSetengah sudu teh soda bikarbonatSetengah sudu teh serbuk penaik1 sudu teh esen vanila1 sudu teh serbuk nescafe1 cawan coklat chips1 cawan badam hancur (digoreng dalam kuali tanpa minyak terlebih dahulu)
Cara Penyediaan1. Masukkan mentega, gula perang, gula kastor dantelur ke dalam mangkuk besar. Kacau sekata
2. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik,esen vanila dan serbuk nescafe ke dalam campuran dan kacau sebati
3. Akhir sekali masukkan coklat chips dan badam hancur ke dalam campuran. Gaul sekata
4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah
5. Campuran adunan tadi dijadikan bulat-bulat kecil (sebesar saiz syiling 10sen atau 20sen) dan disusun dalam tray masakan
6. Bakar dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak. Siap


Di kesempatan ni, saya pun nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua pembaca yang budiman. Tak sempat saya nak update blog, alih-alih dah masuk Ramadhan. Dah masuk Ramadhan keempat baru sempat nak wish. Semoga ujian yang Allah kasi pada dunia berkenaan Covid 19 ni makin mendekatkan kita pada-Nya. Jangan buat maksiat, hindari dosa. Solat terawikh berjemaah di rumah dengan keluarga, masak dengan pasangan dan luangkan masa bermain dengan anak-anak. In shaa Allah, ujian Covid 19 ni akan jadi penyebab semakin eratnya hubungan kekeluargaan sesama kita. Tapi saya rindu mak abah saya! Dah lama tak balik kampung..huwa :(

Tips Hasilkan Badam Rangup
Mengapa badam digoreng terlebih dahulu dalam kuali tanpa minyak? Tujuannya adalah untuk merangupkan badam tersebut. Jika rasa malas nak buat pun tak apa. Tapi mungkin badam akan rasa lemau dan tak berapa sedap dikunyah kerana tak rangup. Selain digoreng tanpa minyak, ada juga yang jemur badam di bawah cahaya matahari atau bakar terlebih dahulu dalam oven. Semua ni bertujuan untuk merangupkan badam tersebut. Kalau tak berapa yakin samada badam dah rangup atau belum,ambil sebiji dan kunyah. Kalau masih lemau, tambah masa menggoreng di atas dapur. Tak perlu letak minyak, kita cuma nak panaskan sahaja. Biasanya proses panaskan badam tak ambil masa lama, bawah 5 minit dah boleh digunakan


Senang je kan resepi biskut chip coklat sukatan cawan adik Danish Harraz ni? Kalau rasa tak sempat nak salin resepi dari video, refer je resepi bertulis okeh. In shaa Allah gerenti jadi. Btw kredit pada adik Danish Harraz dan terima kasih akak ucapkan sebab kongsi resepi ni. Akak pun tak payah fikir panjang nak buat biskut apa masa raya nanti. Resepi senang, sedap pulak tu. Jom la buat biskut yang sama raya ni, nak pergi beraya kat rumah jiran tetangga tak dapat. Jadi kita makan je la biskut raya kat rumah masing-masing tahun ni :D


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/04/resepi-biskut-chip-coklat-sukatan-cawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biskut Coklat Chip Mudah Rangup Dan Gerenti Sedap

Biskut Coklat Chip Mudah Rangup Dan Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 981 hits
Biskut raya kegemaran ramai Bagi peminat coklat dan mereka yang gemarkan biskut raya yang rangup bersama kekacang almond Tak raya pun boleh bikin biskut ni tau Boleh jadi pengganti biskut chipsmore tu Jom tengok cara bikin coklat chip mudah...
Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

Tips Dan Cara Buat Kuih Seri Muka Sedap Lembut Dan Berlemak Dengan Resepi Sukatan Cawan Yang Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1059 hits
As Salam Tips Buat Kuih Seri Muka Sedap Berlemak Manis Dengan Resepi Sukatan Cawan Akhirnya sempena cuti Fasa ketiga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Allah izinkan dan mudahkan saya untuk buat sendiri antara kuih legend dan tradisi ...
Cara Mudah Membuat Kek Coklat Kukus Yang Sangat Sangat Moist Sukatan Cawan

Cara Mudah Membuat Kek Coklat Kukus Yang Sangat Sangat Moist Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 908 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Ini kali kedua percubaan membuat kek menjadi dengan jayanya Dulu pernah sekali buat kek tapi tak terlalu berjaya Frust dan rasa rugi bahan walaupun sudah ikut resepi yang ditetapkan sebijik sebijik But pe...
Resepi Cookies Sukatan Cawan Ala Famous Amos

Resepi Cookies Sukatan Cawan Ala Famous Amos

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 827 hits
Resepi cookies sukatan cawan ala Famous Amos Ok another recepi during PKP Tapi nak tanya juga korang dah cuba yang saya pernah cerita sebelum ni Yang tu mudah in case lah tiba tiba korang teringin nak makan kek coklat moist kan Cubalah rese...
Biskut Kuarantin Coklat Chip Rangup Sedap Guna Senduk Je Paling Mudah

Biskut Kuarantin Coklat Chip Rangup Sedap Guna Senduk Je Paling Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 426 hits
Menonton televisyen bersama keluarga di petang hari terasa kurang lengkapnya tanpa kudapan yang dikongsikan bersama Bosan dengan kerepek kacang dan sebagainya apa kata mama sediakan sebalang biskut coklat chip rangup buat anak anak sebagai ...
Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu

Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1626 hits
Resepi Apam Dewa Sukatan Cawan Macam Mak Buat Dulu Orang Terengganu panggil apam dewa Dulu mak selalu buatHahaha benar benar menggamit kenangan kan
Resepi Agar Agar Milo Ringkas Dan Sedap Dengan Sukatan Cawan

Resepi Agar Agar Milo Ringkas Dan Sedap Dengan Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 561 hits
Resepi Agar Agar Milo Ringkas Dan Sedap Agar agar juga dipanggil lengkung oleh sesetengah orang termasuklah saya Selama ni saya panggil lengkung je tapi bila bercampur dengan sahabat dari berlainan negeri dia orang tak berapa faham So kenal...
Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip Badam Cincang Ranggup Cair Di Mulut

Sedapnya Biskut Red Velvet Coklat Chip Badam Cincang Ranggup Cair Di Mulut

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 419 hits
Dah nak masuk dua minggu berpuasa ramai ibu mula nak mencuba buat biskut raya pula kan Tambah lagi sekarang anak anak pun ada di rumah jadi ramailah pembantu yang boleh tolong Orang kata walaupun raya tahun ini tak boleh raya seperti tahun ...
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 1600 hits
Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry Rangup dan Sedap Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Swiss Tart Strawberry ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025