10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera


Kali ini aku himpunkan resepi ikan tenggiri untuk di masak. Ikan tenggiri sejenis ikan yang sesuai untuk semua sebab isinya pejal, tidak gatal dan juga tidak ada tulang kecil yang boleh mengakibatkan tercekik. Resepi ikan tenggiri sudah pasti sedap dan berselera menjamahnya.
10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

Ikan tenggiri kaya dengan khasiat dan manafaat untuk tubuh badan kita. Ikan tenggiri memiliki 109 kaliri. Ia  kaya dengan sumber tenaga. Sangat baik untuk menambah stamina tubuh kita. Protien berfungsi untuk bina bentuk otot badan kita. Lemak hanya sekitar 2.6 gram. 
Kalsium yang baik untuk menjaga kekuatan tulang dan mencegah osteoforosis. Zat besi yang bermanafaat untuk meningkatkan kadar hemoglobin di dalam darah, menambah oksigen di dalam sel darah merah. Ikan tenggiri juga kaya dengan vitamin A, vitamin C dan vitamin B1 yang di perlukan oleh tubuh badan.


Ikan tenggiri adalah merupakan antara jenis ikan yang kerap di gunakan dalam masakan. Sudah pasti ianya mempunyai pelbagai cara masakan. Jom kita semak resepi ikan tenggiri yang mana sesuai di sajikan untuk keluarga, yer!
10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera
#1 Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan-bahan memasak asam pedas ikan tenggiri:
3 keping ikan tenggiri5 tangkai daun kesum1 tangkai bunga kantan1 sudu teh halba1 keping asam keping
Bahan Kisar:2 biji bawang besar5 biji bawang merah5 ulas bawang putih2 sudu besar cili giling1 inci halia2 sudu teh serbuk lada hitam
Cara memasak asam pedas ikan tenggiri:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan halba, bila dah naik bau masukkan bahan kisar. Biar garing.
Masukkan air. Sukat ikut kepekatan yang dikehendaki.  Perasakan secukup rasa masam masin pedasnya. Lepas tu boleh masukkan ikan tenggiri, daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
Renih sampai ikan tenggiri masak. Siap untuk di hidangkan.
Kredit: Lina Kasmani
#2 Resepi Ikan Tenggiri  Gulai Kari


Bahan memasak ikan tenggiri gulai kari:
5 keping ikan5 sudu besar rempah kari ikan1/2 biji bawang besar5 ulas bawang putih1 inci halia3 sudu makan cili kisar1 sudu makan biji sawi3 tangkai daun kari2 keping asam keping2 cawan santan pekatAir secukupnyaBendiTerung TomatoGaram dan gula secukup rasa
Cara memasak ikan tenggiri gulai kari:
Panaskan periuk bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika.
Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang di hiris. Tumis hingga layu.
Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Setelah itu masukkan rempah kari ikan dan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
Kemidian masukkan sedikit air dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri.
Masukkan santan dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Gulai kari ikan tenggiri sedia di hidang bersama nasi panas dan ikan masin. Sedappp!
#3 Resepi Masak Asam Ikan Tenggiri


Bahan-bahan masak asam ikan tenggiri:
4 ketul ikan tenggiri1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1/2 inci halis2 ulas bawang merah1 biji cili merah5 biji cili padiPerahan air asam jawaSedikit kicap manisSedikit garamSedikit minyak untuk menumis
Cara memasak asam ikan tenggiri
Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.
Bawang besar dipotong bulat. Bawang putih, bawang merah, halia dihiris nipis.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai layu.
Selepas itu masukkan perahan asam jawa. Jika mahu kuah banyak, tambah air dan masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. 
Biarkan kuah didih sekejap selepas itu masukkan ikan.Tambah garam dan sedikit kicap manis. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Siapp!
#4 Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Masam Manis


Bahan memasak ikan tenggiri masak sambal masam manis:
5 ketul ikan tenggiri3 sudu besar cili giling1 biji bawang besar3 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 biji tomato1 sudu makan kicap manis1 sudu teh maduGaram, gula secukup rasaKunyit untuk lumur pada ikanMinyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak ikan tenggiri masak sambal masam manis:
Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Kisar bawang putih, bawang merah dan tomato sehingga lumat. Tumiskan bahan kisar bersama cili giling, asam jawa, madu, kicap manis, garam dan gula. 
Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bawang besar yang di mayang kasar. Masukkan juga ikan yang digoreng. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.. 
#5 Resepi Sambal Berlada ikan Tenggiri


Bahan memasak sambal berlada ikan tenggiri:
3 keping ikan tenggiri7 - 10 biji cili merah2 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 sudu besar cukaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaSerbuk perasa - jika suka
Cara memasak sambal berlada ikan tenggiri:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis. Cili merah di kisar kasar ( hanya tekan 3 kali untuk cili merah yang kasar berkeping).
Tumis bahan hiris hingga naik bau. Selepas itu masukkan cili merah kisar. Tumis sampai cili agak garing sikit, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Kemudian masukkan ikan tenggiri goreng. Balik- balikkan sehingga rata. Masukkan cuka dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.. !
#6 Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah


Bahan memasak ikan tenggiri masak kicap berempah:
4 - 5 keping ikan tenggiri1 biji bawang besar2 biji tomato10 biji cili apiSedikit daun supAsam jawa secukupnyaKicap pekat secukup rasaGaram, gula dan serbuk perasa
Bahan untuk dikisar:3 - 5 biji cili kering1 biji bawang merah besar2 ulas bawang putih2 cm halia
Bahan-bahan rempah:1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil jintan manis1 sudu kecil biji ketumba
Cara memasak ikan tenggiri masak kicap berempah:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Cili kering  direndam dalam air panas sehingga kembang dan dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia.
Bahan-bahan rempah pula iaitu lada hitam, jintan manis dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga harum menggunakan api dapur sederhana besar. Selepas tu tumbuk atau kisar halus.
Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar dan bahan rempah sehingga masak sehingga terbit bau wangi. Masukkan bawang besar yang telah di potong membulat,  cili api, dan air asam secukupnya. Biar sedikit berkuah.
Masukkan ikan tenggiri, tomato yang di belah 4, kicap dan kacau rata. Perasakan masakan dengan gaam, gula dan serbuk perasaa. Tutup api, masukkan daun sup yang telah di racik halus ke atas ikan. Siap untuk dihidangkan.
#7 Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka


Bahan memasak ikan tenggiri masak cuka:
3 - 4 ketul ikan tenggiri6 biji bawang merah4 ulas bawang putih6 biji cili padi1 sudu teh biji sawi1 inci halia2 sudu makan cuka masakanMinyak masak secukupnyaGaram dan gula secukup rasa

Cara memasak ikan tenggiri masak cuka:
Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan biji sawi. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang halus.Tumis sehingga bahan layu.
Masukkan pula setengah cawan air, cuka, cili padi dan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih, bolehlah di angkat dan ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
#8 Resepi Ikan Tenggiri Rendang


Bahan memasak ikan tenggiri rendang:
3 - 4 keping ikan tenggiri1/2 cawan santan2 sudu besar rempah kari 1 keping asam gelugurDaun kunyitDaun limau purutKerisik secukupnyaGula melaka secukupnya
Bahan kisar:Cili merah + hijau secukupnya Cili padi merah + hijau ikut pedas yang di kehendaki 6 biji awang merah 4 ulas bawang putih1 inci halia1 batang serai 1 sudu kecil campuran ketumbar, jintan manis dan kasar
Cara memasak ikan tenggiri rendang:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Kisar atau tumbuk lumat bahan untuk di kisar. Panaskan minyak di kuali dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
Setelah itu masukkan rempah kari dan tumis lagi. Kemudian masukkan kerisik dan santan dan asam keping. Kacau seketika.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula melaka.
Akhir sekali masukkan ikan tenggiri goreng dan biarkan merenih dengan memperlahankan api dapur seketika. Setelah itu tutup api dan sedia dihidangkan. Siapp!
#9 Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam


Bahan memasak ikan tenggiri masak asam:
4 ketul ikan tenggiri1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1/2 inci halia2 biji bawang merah1 biji cili merah5 biji cili padi Perahan air asam jawaSedikit kicap manisGaram secukup rasaMinyak masak secukupnya
Cara memasak ikan tenggiri masak asam:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Bawang besar dipotong bulat. Bawang merah, bawang putih, halia, dan cili merah dihiris.
Tumis bahan hiris sehingga layu. Selepas itu masukkan air asam jawa. Jika mahu kuah banyak tambah air. 
Seterusnya masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Didihkan kuah sebentar, masukkan ikan. 
Perasakan dengan garam dan kicap manis ikut kesesuain rasa sendiri. Setelah itu tutup api dapur. Sedia untuk dihidangkan. Siap!
#10 Resepi Otak-otak Ikan Tenggiri


Bahan untuk memasak otak-otak ikan tenggiri:
300gm ikan tenggiri2 sudu besar santan pekat1 biji telur1/4 cawan tepung ubiGaram dan gula secukup rasa
Bahan sambal:3 sudu besar cili giling2 ulas bawang putih1 inci belacan1 biji buah keras1/2 inci halia1/2 inci kunyit1/2 inci lengkuas1 batang serai1 sudu besar rempah kari ikan1 sudu besar air asam jawa1/4 cawan airSedikit minyak untuk menumis
Bahan pembungkusan:Daun kelapaLidi
Cara untuk memasak otak-otak ikan tenggiri:

Kisar halus bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili bersama air asam jawa. 
Kemudian tumiskan seketika sehingga pecah minyak. Kisar isi ikan tenggiri sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur, garam,gula dan bahan sambal tadi. Gaul sebati.
Selepas itu ambil satu sudu besar isi ikan, masukkan dalam daun kelapa..Kemidian kepitkan dengan lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Ulang langkah ini hingga habis.
Bakar diatas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak. Sedia untuk dihidangkan.
Selesai sudah 10 resepi ikan tenggiri yang sedap. Nanti boleh cuba resepi masakan ni. Semua sedap-sedap belaka. Gittuhh!
Nak ldapatkan lagi resepi menarik di blog ini, klik link di SINI.
p/s: busynya bulan ni, inilah satu-satunya entri yang sempat dibuat... huhu!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2021/10/10-resepi-ikan-tenggiri-yang-mudah-di-masak-sedap-berselera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Sos Thai Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 376 hits
Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa hari ni Apa kata cuba resipi min kongsi dari saudari Liza Idris Sedap lain macam menu Ikan Siakap Sos Thai ni Bahan bahan dan cara memasaknya cukup ringkas dan mudah Rasanya juga pasti sangat enak...
Resepi Kek Batik Cheese Bakar Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Batik Cheese Bakar Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 276 hits
Resepi Kek Batik Cheese Bakar Sedap Dan Mudah Salam semua apa apa yang melibatkan cheese ni sis memang suka tak kisah lah untuk baking ataupun untuk savory Kek batik kalau pandai olah macam macam boleh jadi Kali ini sis kongsi resepi kek ba...
Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Keli Isi Rasa Lebih Sedap Bila Masak

Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Keli Isi Rasa Lebih Sedap Bila Masak

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 521 hits
Ikan keli sememangnya enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan Tua muda semua gemarkannya Namun bila menyediakan sajian ikan keli ini salah satu yang menjadi kebimbangan adalah bau hanyirnya Semua ikan darat atau ikan sungai mempunyai bau...
Cara Masak Sup Ikan Merah Ala Thai Paling Simple Sedap

Cara Masak Sup Ikan Merah Ala Thai Paling Simple Sedap

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 421 hits
Sup Ikan Merah Ala Thai ni jika kena gaya masak dan campuran rencahnya memang sedap dan menyelerakan Malah tidak hanyir Biasa makan sup Ayam Sup Daging dan ketam kan Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah Ala Thai perkongsian saudari ...
Sedap Mudah 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je

Sedap Mudah 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 500 hits
Tercari cari resipi yang mudah dan ringkas Maklumlah nak pancing selera makan kadang kala agak sukar Yang tukang masak pun sama Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak anak Jika kesuntukan masa lagilah p...
Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

Resepi Biskut Bayi Hanya 3 Bahan Mudah Nak Buat Sedap Rasa Lemak

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 475 hits
Assalamualaikum Bayi umur 7 bulan dah boleh pegang Jadi kita boleh ajar mereka untuk pegang biskut dan makan Waktu sebegini juga normally bayi mulai rasa gatal gusi untuk timbuh gigi jadi biskut bayi ni salah satu untuk mereka belajar mengu...
10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 342 hits
Masakan atau Indian food semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya Selain dari kari terdapat banyak lagi hidangan hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah rempah terpilih Istimewa buat anda RASA kongsi...
Resepi Gulai Tiga Isi Yang Sedap Menjilat Jari Dan Bertambah Nasi

Resepi Gulai Tiga Isi Yang Sedap Menjilat Jari Dan Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 224 hits
Gulai 3 isi ini memang padat dengan adanya telur itik pucuk ubi dan petai Fuhhh sedap tak terkatalah kalau makan dengan nasi panas Resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin ni pastinya membuatkan anda terliur walaupun baru baca resepiny...
Resepi Daging Masak Belacan Lain Dari Yang Lain

Resepi Daging Masak Belacan Lain Dari Yang Lain

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 456 hits
Resepi Daging Masak Belacan Lain dari Yang Lain Resepi pada kali ini sedikit berbeza daripada resepi resepi sebelum ini Pada kali ini kita akan bawakan masakan melayu iaitu resepi daging masak belacan Kepada yang menggemari belacan pasti ak...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos