10 Makanan Yang Sesuai Di Pesan Pada Hari Malas


Assalamualaikum. Hai! 

Pernah tak tiba-tiba terasa malas yang amat sangat! Malas untuk basuh pakaian, malas untuk keluar ke mana-mana, malas untuk memasak dan lain-lain lagi. Pasti pernah kan? 



Sebenarnya hari malas ini memang sering terjadi pada ramai orang dan selalunya ia akan datang beberapa kali dalam sebulan. Jika hari malas begini tiap-tiap hari, itu memang benar-benar seorang yang pemalas namanya. 







Bila sebut hari malas yang sama sekali tidak ada keinginan untuk memasak dan keluar dari rumah, cara terbaik untuk mengisi perut yang lapar adalah servis penghantaran makanan online. Dengan adanya online food delivery begini, dengan senang nak makan apa semuanya boleh. 



Antara menu yang paling best di layan tatkala tiba hari malas begini adalah seperti : 
Pizza
Burger
Sushi
Apam Balik 
Satay
Nasi Lemak 
Oden
Nasi Kandar 
Steak 
Chicken Chop 


10 Makanan Yang Sesuai Di Pesan Pada Hari Malas

1. Pizza

Makan pizza di hari malas begini memang sangat best! Lagi-lagi jika makan pizza sambil tonton TV atau movie kegemaran. Banyak pilihan pizza untuk dinikmati di rumah dan untuk lebih mudah boleh pilih pizza yang sememangnya sudah terkenal seperti Pizza Hut dan Domino’s. 


2. Burger


Jika tak suka pizza, boleh makan burger. Beli burger dalam bentuk set bersama kentang goreng dan air juga bagus. Antara pilihan burger yang banyak dan senang untuk di order adalah McDonald’s. Burger di McDonald’s ini sekali makan terus kenyang. Jika nak jimat masa antara makan tengahari dan makan malam, boleh order dua set burger sekaligus. 






3. Sushi



Sesekali ubah selera makan sushi pun okay juga. Apa salahnya. Namapun hari malas jadi nak makan apa tidak siapa boleh larang. Cuma sushi ini kena pilih yang betul-betul kena dengan selera. Takut nanti tersalah order sushi dengan isi ikan mentah, bagi yang suka tak mengapa tapi bagi yang tidak suka, sudah tentu akan jadi satu pembaziran pula. 


4. Apam Balik

Apam Balik merupakan sejenis makanan yang dimasak menggunakan acuan khas dan boleh ditemui di sekitar Malaysia. Ia turut dijual secara meluas oleh penjaja di mana-mana sahaja termasuklah pasar malam, pasar pagi dan lain-lain.


Apam Balik juga telah di isytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Kebangsaan Malaysia.

5. Satay 

Satay merupakan salah satu makanan yang popular dan terkenal di Malaysia dan Luar Negara. Satay ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Ia dibuat daripada kepingan daging ayam atau daging lembu yang dicucuk pada lidi atau buluh lalu dibakar menggunakan api arang kayu. Pada kebiasaannya, satay akan di hidangkan bersama kuah kacang serta hirisan timun dan bawang. 


Satay lembu dan ayam yang merupakan salah satu jenis satay yang popular dan terdapat juga beberapa jenis satay lain best, antaranya satay kambing dan juga satay arnab.
 
6. Nasi Lemak






Nasi Lemak merupakan hidangan makanan rakyat Melayu. Nasi Lemak diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. 



Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan ianya boleh di dapati di setiap pelosok negara. Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. 



Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya nasi lemak dengan lauk tambahan lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. 



7. Oden 



Oden merupakan makanan yang berasal dari Jepun dimana ianya selalu menggabungkan bahan-bahan seperti kek ikan bersama kuah yang rasanya agak pedas di dalam mangkuk yang kecil. Oden mula terkenal di Malaysia apabila sebuah kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart mula beroperasi di Malaysia. 


Sejak hidangan ini di perkenalkan di Malaysia, ia mendapat sambutan yang cukup hangat daripada  masyarakat kita. Tetap tidak menghairankanlah kerana hidangan ini sememangnya lazat.



8. Nasi Kandar


Nasi kandar Penang merupakan makanan yang wajib ada dalam senarai makanan anda apabila berada di Penang. Dan memang tidak dapat disangkal lagi yang ianya merupakan makan ‘nostalgia’ buat penduduk di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai restoran nasi kandar yang dapat anda jumpa apabila tiba di Pulau Pinang.


Akan tetapi, mencari nasi kandar yang betul-betul sedap bukanlah mudah seperti sangkaan anda semua. Apapun janganlah risau dan khuatir kerana masih ada restoran nasi kandar yang terkenal seperti Restoran Deens Maju Nasi Kandar,Restoran Nasi Kandar Line Clear dan Restoran Hameediyah yang boleh dikatakan legend di Pulau Pinang.



9. Steak 


Nak manjakan diri di hari malas dengan menu makanan mewah bagaikan raja? Sesekali hargai diri dengan makan makanan mewah begini tidak salah, asalkan jangan terlebih belanja. Antara menu mewah yang sesuai di makan di rumah atau di mana saja, tak lain dan tak bukan adalah steak. Steak daging yang lembut dan berjus, sedapnya. Sekali makan tentu akan teringat-ingat. 







10. Chicken Chop 



Nak makan steak tak cukup bajet? Tukarlah dari menu steak kepada chicken chop yang lebih murah. Menu chicken chop begini tidak kurang hebatnya. Lagi-lagi ia datang dalam bersama makanan hidang sampingan seperti sayuran dan kentang.  Yang penting kuah sos yang dihidangkan bersama hendaklah sedap supaya kombinasi untuk semua makanan ini menjadi hingga tahap menjilat jari. 



Menu untuk makan di hari malas ini sebenarnya ada banyak lagi (Malaysia kan ada banyak makanan sedap). 


Dan untuk tahu menu lain yang best untuk makan di hari malas begini, bolehlah layari website Foodpanda atau untuk cara yang lebih senang, muat turun aplikasi Foodpanda ke telefon bimbit masing-masing. 




Bisik-bisik :: Senang kan nak order makanan sekarang ni? Foodpanda je!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2020/11/10-makanan-yang-sesuai-di-pesan-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak Boleh Jadi Racun Dalam Diam

Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak Boleh Jadi Racun Dalam Diam

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 515 hits
Ibu ayah membuat 1001 pilihan besar dan kecil setiap hari untuk anak anak Apa yang kita pilih untuk diberi pada anak sebagai makanan dan minuman ia adalah antara salah satu dari pilihan yang besar Sebagai ibu ayah yang diberi amanah untuk m...
Belanjawan2021 Bekalan Susu Untuk Setiap Hari Persekolahan Dibawah Program Rancangan Makanan Tambahan

Belanjawan2021 Bekalan Susu Untuk Setiap Hari Persekolahan Dibawah Program Rancangan Makanan Tambahan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 258 hits
Pada Belanjawan 2021 kali ini kerajaan turut memberikan perhatian terhadap program Rancangan Makanan Tambahan Dalam memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kandungan berkhasiat demi pertumbuhan fizikal dan ment...
Program Makanan Infaq Tawar Makan Tengah Hari Percuma Di Besut

Program Makanan Infaq Tawar Makan Tengah Hari Percuma Di Besut

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 430 hits
BernamaPengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memilih lauk pauk untuk dinikmati bersama nasi putih dan minuman yang disediakan di Warung Nadzri fotoBERNAMA BESUT Orang ramai ditawarkan makanan tengah hari percuma di beberap...
5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah

5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 280 hits
5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah Berkerja terutama di bandar kota raya besar seperti Kuala Lumpur benar benar menguji bukan saja dari segi pengurusan kerja supaya semuanya siap sebelum pulang ke rumah tetapi juga pengurusa...
5 Perkara Yang Membuatkan Anda Malas Bekerja Pada Hari Isnin

5 Perkara Yang Membuatkan Anda Malas Bekerja Pada Hari Isnin

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 329 hits
kali ini saya ingin membincangkan mengapa pada hari Isnin a k a Monday Blues terasa malas masuk kerja sampai ada yang sanggup ambil M C pada hari tersebut Sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa orang selalu malas pada hari isnin penyelidi...
Suspek Bunuh Siti Surya Direman 7 Hari

Suspek Bunuh Siti Surya Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 375 hits
SUSPEK BUNUH SITI SURYA DIREMAN 7 HARI MARANG 031120 Pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail 19 dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus direman sel...
Hari Ini 1 208 Kes Di Kuala Lumpur Sahaja Mengatasi Sabah

Hari Ini 1 208 Kes Di Kuala Lumpur Sahaja Mengatasi Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 303 hits
Sejumlah 1 208 kes baru Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari ini dengan Kuala Lumpur mengatasi Sabah sebagai kawasan dengan jangkitan tertinggi Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur mencatatkan 475 kes bar...
Kempunan Makan Kari Kambing Budak 7 Tahun Maut Tertusuk Pisau Di Dada Pada Malam Hari Deepavali

Kempunan Makan Kari Kambing Budak 7 Tahun Maut Tertusuk Pisau Di Dada Pada Malam Hari Deepavali

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 397 hits
Hasrat menyambut perayaan Hari Deepavali dengan suasana kekeluargaan bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun maut akibat tertikam pisau di dada oleh sepupunya Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat 1...
Ayam Panggang Di Malam Hari

Ayam Panggang Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 653 hits
Masak lewat malam semalam lepas balik dari booth rehat selelap lepas isyak tengok lauk makan malam tak ada abah budak budak dah beli roti jon 2 bungkus dah habis juga kalau tak masak memang nanti tengah malam mesti budak budak lapar sendiri...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya