5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah


5 Tips Pesan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah 

Berkerja terutama di bandar kota raya besar seperti Kuala Lumpur, benar-benar menguji bukan saja dari segi pengurusan kerja supaya semuanya siap sebelum pulang ke rumah tetapi juga pengurusan masa sewaktu pergi dan juga pulang. Kadangkala badan terasa sangat penat hinggakan bila tiba di rumah, sudah tak peduli rasa lapar dan terus baring untuk tidur lepaskan lelah.

Jika orang bujang mungkin boleh dianggap tidak mengapa, terasa lapar sangat bangun makan roti dan mee segera pun dah okay, tetapi bagaimana dikalangan mereka yang punya keluarga. Isteri yang berkerja pasti perlu fikirkan perasaan dan makan minum suami manakala ibu yang berkerjaya pula pasti perlu fikirkan kehendak anak-anak juga.

Hendak keluar makan di luar memang boleh, tapi sekarang dengan adanya corona virus ini, rasanya sudah tidak sesuai lagi. Bahaya untuk keluar bersama keluarga walau hanya untuk pergi makan. 



Oleh kerana itu, bersesuaian dengan teknologi yang semakin berintegrasi di dalam aktiviti seharian kita ini, ada baiknya kita memilih jalan yang paling mudah dan terbaik. Tambahan pula, banyak perniagaan telah menemui lebih banyak cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan salah satu daripada trend yang semakin meningkat adalah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian (online). 

Zaman sekarang ini sudah menjadi perkara biasa untuk memesan makanan dalam talian dan menghantarnya sehingga terus ke depan pintu rumah daripada pergi ke restoran dan duduk makan di sana seperti dulu. Peningkatan gaya hidup seperti ini kebanyakannya didorong oleh generasi muda yang bergantung pada aplikasi dan perkhidmatan ekonomi semasa. 

Buktinya, menurut USA Today, penyelidikan baru-baru ini mendapati bahawa 77 peratus dari kalangan anak muda di sana hari ini telah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam 90 hari terakhir, yang merupakan 26 peratus lebih banyak daripada semua pengunjung di Amerika Syarikat. 



Di Malaysia ini sendiri, semakin hari semakin ramai yang suka menggunakan servis pesanan dan penghantaran ke rumah. Tidak hanya untuk makanan saja malah semakin meluas dengan penghantaran lain termasuk barangan runcit untuk keperluan dapur dan rumah serta barangan keperluan harian bayi seperti lampin pakai buang dan lain-lain lagi. 

Bagi anda yang masih baru dengan servis pesanan dan penghantaran makanan secara online ini, berikut adalah beberapa petua bagus yang boleh diikuti untuk memastikan anda mempunyai pengalaman terbaik semasa memesan makanan secara online ini. 

#1 - Pesan Makanan Dalam Talian Lebih awal Supaya Sedia Semasa Pulang

Ramai orang menggunakan penghantaran makanan sebagai pilihan kerana tidak mahu memasak atau letih setelah bekerja. Namun, jika anda merancang lebih awal, anda dan keluarga tidak akan merasa lapar untuk menunggu makanan dalam tempoh yang sangat lama. 

Caranya, anda hendaklah memesan makanan sebelum keluar bekerja pada hari tersebut atau sementara anda sedang menunggu untuk menjemput anak-anak dari sekolah. Ini kerana sebilangan besar perkhidmatan penghantaran makanan ini memberikan anggaran masa penghantaran dalam tempoh 30 minit sehingga ke 1 jam lamanya. Kadangkala boleh memakan masa yang lebih lama dari itu. 

Maka, sekiranya anda tahu akan pulang sekitar jam 6:00 petang, mulakan pencarian makanan dan terus buat pesanan online sekitar jam 4:45 atau 5:00 petang. 

Sekiranya anda risau kalau-kalau makanan tiba lebih awal, boleh buat bayaran secara online dan tinggalkan pesanan supaya makanan tersebut diletakkan pada ruangan beranda jika tidak ada orang yang menjawab salam dan membukakan pintu.

#2 - Buat Pesanan Sebelum Tiba Rasa Lapar Yang Kemuncak 

Merancang penghantaran makanan juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Sebagai contoh, sekiranya ingin makan lebih sihat atau menurunkan berat badan, boleh jadualkan penghantaran terlebih dahulu dengan membuat pesanan makanan yang kurang kolestrol, salad atau pilihan rendah kalori yang lain. 

Penting juga untuk buat pesanan sebelum tiba rasa lapar yang amat sangat kerana semakin lapar, bermaksud semakin banyak makanan yang diinginkan. 



#3 - Berikan Petunjuk Arah Penghantaran Yang Jelas

Sangat penting untuk membuat penghantaran semudah mungkin bagi pemandu yang akan menghantar makanan untuk anda. Tinggalkan petunjuk yang jelas semasa proses pesanan kerana sekiranya pemandu tidak mengenali persekitaran tempat tinggal anda itu, ia amat membantunya semasa melakukan proses penghantaran tersebut. 

Lebih baik, sertakan sekali petunjuk yang lebih detail seperti pintu dengan pintu berwarna merah, pagar berwarna hitam dengan jenis dan warna kereta yang ada di dalam pagar. Dan jika anda mempunyai anak-anak yang sedang tidur dan anda tidak mahu membangunkan mereka, tinggalkan juga nota arahan agar pemandu mengetuk pintu dan bukannya membunyikan loceng pintu tatkala tiba nanti. 

#4 - Buka Lampu Luar Jika Keadaan Sedikit Gelap

Penting juga untuk mempermudahkan pemandu anda setelah mereka sampai di rumah anda. Pastikan tidak ada halangan yang menghalangnya masuk ke pintu seperti haiwan peliharaan dan sampah. Pastikan juga bahagian luar rumah anda cukup terang dan mudah dilihat jika penghantaran tersebut pada waktu malam atau mungkin dalam keadaan gelap yang akan hujan. 

Ini bagi membantu pemandu mencari alamat yang betul dan sampai ke pintu rumah anda dengan lebih cepat. Pemandu juga ingin merasa selamat ketika menghantar, jadi pencahayaan yang tepat akan memastikan mereka tahu ke mana harus pergi dan dapat melihat siapa yang mengambil pesanan tersebut. 

#5 - Apa Salahnya Beri Sedikit Tip Sebagai Tanda Berterima Kasih 

Sebilangan besar pemandu penghantaran bergantung pada tip yang diberikan oleh pelanggan untuk memastikan mereka mendapat upah yang lebih. Pemandu juga akan dengan senang hati mengambil wang tunai, kerana ini adalah pembayaran segera, dan bukannya menunggu untuk dibayar oleh perkhidmatan pesanan. 

Menurut Glamour Magazine, pemberian 15-20% tip adalah tahap standard untuk pesanan makanan yang besar seperti beberapa pizza atau set makanan untuk beberapa orang. Sebaiknya beri lebih tip jika pesanan untuk penghantaran tersebut kebetulan dilakukan dalam cuaca yang agak buruk. 



Dengan pemberian tip seperti ini, jika buat pesanan lagi di lain kali, si penghantar pasti berasa senang hati untuk memberikan perkhidmatan di tahap yang paling baik.

Foodpanda Sedia Memberikan Perkhidmatan Pesanan Makanan Online Untuk Nikmati Di Rumah

Di Malaysia ada banyak pihak yang menawarkan servis online food delivery. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda. Dengan Foodpanda ini ada pelbagai jenis makanan yang boleh di pesan. Caranya juga mudah. Hanya perlu memuat turun aplikasi Foodpanda di handphone masing-masing, sudah boleh membuat pesanan mengikut jenis makanan yang dikehendaki. 

Caj penghantaran juga sangat berbaloi dan menjimatkan berbanding perlu memandu sendiri ke mana-mana kedai untuk membeli makanan. Tambahan pula lepas balik berkerja tentu mahu rehat dan duduk makan dengan tenang sambil melepaskan lelah selepas seharian berpenat lelah di pejabat dan sebagainya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.opzzpinky.my/2020/11/5-tips-pesan-makanan-online-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Mudah Tanam Sayur Sayuran Di Rumah Cubalah

5 Tips Mudah Tanam Sayur Sayuran Di Rumah Cubalah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 572 hits
Kalau dah minat bercucuk tanam selagi boleh semuanya nak ditanam Kali ini kita borak pasal bab tanam sayur sayuran pulak ya ha hahha Percubaan menanam sayur sawi buat pertama kaliMemandangkan harga sayur sayuran kat pasar atau supermarket m...
Jom Nikmati Steak Dan Pasta Terbaik Di Rumah

Jom Nikmati Steak Dan Pasta Terbaik Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 342 hits
Jom Nikmati Steak dan Pasta Terbaik di Rumah Makanan Barat boleh dianggap sebagai satu subjek yang luas kerana menu makanan barat ini biasanya digabungkan sebagai makanan Eropah dan Amerika Disebabkan itu pilihan menunya sangat banyak hingg...
Tips Dan Kaedah Belajar Online Terbaik

Tips Dan Kaedah Belajar Online Terbaik

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 295 hits
Pelajaran anak anak merupakan satu perkara penting kepada kita selaku ibu bapa Oleh itu kita sanggup berhabis duit untuk tingkatkan pelajaran anak anak Kaedah yang biasa kita lakukan ialah dengan menghantar anak ke kelas tambahan selain men...
Rumah Terbuka Istana Sempena Deepavali Meriah Meski Sekadar Online

Rumah Terbuka Istana Sempena Deepavali Meriah Meski Sekadar Online

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 266 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Jika sebelum in ribuan orang mengunjungi rumah terbuka Istana sempena sambutan Deepavali tahun ini acara itu diadakan secara online disebabkan COVID 19 Para penonton acara itu juga berpeluang mengajukan soalan kepa
Diskaun 25 Untuk Bawa Pulang Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Ke Rumah Dari Sime Darby Convention Centre

Diskaun 25 Untuk Bawa Pulang Dan Perkhidmatan Penghantaran Makanan Ke Rumah Dari Sime Darby Convention Centre

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 499 hits
Hi Korang Di musim PKPB ni memang kita tidak di galakkan makan di luar secara beramai ramai untuk mengelakkan lagi tersebarnya Pandemik Covid 19 ini Tapi kalau teringin nak makan menu ala ala hotel camne ek Senang aje order online sudah Den...
Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak Boleh Jadi Racun Dalam Diam

Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak Boleh Jadi Racun Dalam Diam

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 515 hits
Ibu ayah membuat 1001 pilihan besar dan kecil setiap hari untuk anak anak Apa yang kita pilih untuk diberi pada anak sebagai makanan dan minuman ia adalah antara salah satu dari pilihan yang besar Sebagai ibu ayah yang diberi amanah untuk m...
Bukan Hanya Pakaian Barangan Rumah Makanan Tiruan Pun Ada Di Pasaran Waspadalah

Bukan Hanya Pakaian Barangan Rumah Makanan Tiruan Pun Ada Di Pasaran Waspadalah

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 299 hits
Sekarang ini barangan tiruan bukan hanya pakaian perhiasan diri dan barangan rumah malahan makanan tiruan pun ada Berhati hati dan berwaspadalah pada kewujudan makanan tiruan ini Kalau rasanya lain macam dan rupanya pun membuat kita was was...
Berkebun Di Rumah Tips Penjagaan Pokok Bunga Hydrangea

Berkebun Di Rumah Tips Penjagaan Pokok Bunga Hydrangea

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 542 hits
Sekarang satu dunia dilanda Pandemic Covid 19 dan ramai kena stay at home semasa PKPP dan PKPB ramai yang ambil langkah mengisi masa lapang dengan berkebun dan menanam pokok Hobi ni sangat bagus sebab selain mneghijaukan bumi dan menambah k...
Barang Rumah Nak Kene Sita Ini Penjelasan Peguam

Barang Rumah Nak Kene Sita Ini Penjelasan Peguam

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 254 hits
Tadi ada kawan fb saya call dlm nada cemas Encik ni Peguam kan ya pagi tadi ada orang kata dari pejabat peguam call saya bagitau dia nak dtg sita barang kat rumah saya hari ni sebab saya tak bayar hutang Saya tanya dia hutang apa dia tak ja...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities