Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak Boleh Jadi Racun Dalam Diam


Ibu ayah membuat 1001 pilihan besar dan kecil setiap hari untuk anak-anak. Apa yang kita pilih untuk diberi pada anak sebagai makanan dan minuman, ia adalah antara salah satu dari pilihan yang besar.
Sebagai ibu ayah yang diberi amanah untuk membesarkan anak-anak, menjadi tanggungjawab kita untuk sediakan makanan dan minuman yang bukan saja membantu pertumbuhan badan anak dengan baik, malah ia mestilah penuh nutrisi serta kaya khasiat, dan bukannya makanan dan minuman yang boleh bawa keburukan pada tubuh badan anak untuk jangka masa pendek atau panjang.
Makanan yang baik adalah dalam bentuk real food. Buah, sayuran, ayam, daging, udang, bijirin, kekacang dan sebagainya.
Epal, ia tidak perlukan apa-apa bahan ramuan untuk menjadikannya sebiji buah epal. Jus epal yang dibuat di rumah, ia akan dikisar, dan mungkin hanya ditambah sedikit gula untuk beri rasa manis. Bandingkan dengan jus epal di pasaran, pelbagai perasa, pewarna dan pemanis tiruan ditambah, tidak dilupakan pengawet dan aditif tambahan untuk menjadikan rasanya kekal walaupun 1 tahun ada di rak pasaraya.

Kesibukan kita zaman sekarang, tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memilih makanan ultra proses untuk anak-anak. Kebanyakan makanan ini, mengandungi banyak bahan ramuan. Cuba cari bahan ramuan sesuatu makanan yang kurang dari 5 bahan. Jika susah disebut, atau banyak betul code nya dari A sampai Z, sebaiknya letak balik semula makanan itu. Makin banyak bahan ramuan yang tidak diperlukan, makin tinggi kadar pemprosesan makanan tersebut. Begitu.
Saya kongsikan bahan ramuan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan anak-anak kita.
1. Pewarna dan perasa tiruan
Pelbagai jenis makanan hari ini mempunyai pewarna dan perasa tiruan, seperti ais krim, kek, susu berperisa, gula-gula, jus minuman. Apa saja makanan komersial yang anak-anak suka, kebanyakkannya mengandungi pewarna dan perasa tiruan.
Bahan ramuan dalam jus buah oren yang menjadi kesukaan anak-anak. Kedua-duanya adalah bahan kimia yang toksik terutamanya pada tubuh badan anak-anak. Bila anak jadi lebih pemarah, agresif, atau hiperaktif, semak balik makanan yang mereka ambil.
2. Pemanis tiruan dan gula berlebihan
Dalam 1 pek makanan, bukan hanya perkataan ‘gula’ digunakan untuk menunjukkan ia adalah gula. Lebih dari 50 jenis nama gula yang digunapakai dalam industri pemakanan. Walaupun label tertulis ‘no sugar’ atau ‘less sugar’, semak balik bahan-bahanya. Kerap sangat saya jumpa jajan yang anak kecil suka makan, sampai 3 4 jenis nama gula ada di dalamnya.
3. Pengawet dan aditif tambahan
Dalam susu segar, tiada pengawet yang digunakan. Dalam susu berperisa strawberi, pengawet dan aditif adalah bahan wajib yang ada. Ada kajian menunjukkan kadar pengawet dan aditif tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan risiko alergi, masalah neurologi dan juga kanser.
Nama-nama preservative biasanya pelik-pelik susah nak disebut seperti butylated hydroxyanisole (BHA), butylated hydrozyttoluene (BHT), tertiary butylhydroquinone (TBHQ) dan sebagainya.
Bahan ramuan dalam cereal yang diberi pada anak seawal umur 6 bulan. 4. Transfat
Tiada kadar pengambilan yang selamat untuk transfat. Ia menyebabkan keradangan pada badan dan kaitan dengan kanser, penyakit metabolic, rendahkan imuniti dan masalah jantung. Biasanya ia dilabel sebagai hydrogenated atau partially hydrogenated oils.
5. MSG
Selain memberi rangsangan pada lidah untuk memberi lebih rasa sedap, ia juga bersifat neurotoxin yang mana memberi kesan ketagihan dan kesan buruk pada otak jika diambil secara berlebihan.
MSG bukan hanya diberi nama sebagai MSG dalam bahan ramuan sesuatu makanan. Ia digunakan pakai dalam kebanyakan makanan ultra proses. Nama lain bagi MSG seperti, ekstrak yis, ekstrak protein sayuran dan penambah rasa.
Bahan ramuan dalam biskut yang diberi sebagai snacks kepada anak-anak. 6. High fructose corn syrup (HFCS)
Ini adalah gula paling toksik yang ada dalam kebanyakan makanan dan minuman ultra proses. Gula fruktosa diproses di hati, tidak sama seperti glukosa yang diproses oleh semua sel dalam badan.
Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan hati berlemak, dan meningkatkan risiko kanser hati, menyebabkan uric acid meningkat dan menyebabkan gout, juga meningkatkan paras triglliserida dalam darah dan menyebabkan sakit jantung. Tak hairan jika nanti anak dah umur 27 tahun, perlu dimasukkan stent ke dalam saluran di jantung.
7. Makan yang diperkaya
Cukup berkhasiat dan penuh nutrisi jika anak ambil makanan dalam bentuk yang asal. Tidak perlu makanan diperkaya zat itu, vitamin ini. Banyak kita jumpa dalam susu, cereal, roti mahupun biskut kesukaan anak-anak. Makanan sebegini biasanya diproses sehingga hilang atau sangat sedikit nutrisi sebenar yang ada.
8. Minyak sayuran
Nama minyak sayuran dah nampak macam sihat, seperti minyak sunflower, minyak safflower, minyak jagung dan minyak soya, tetapi hakikatnya minyak-minyak ini membawa keradangan pada badan anak-anak.
Minyak sayuran ini, tinggi omega 6, salah satu nutrient yang diperlukan oleh badan. Omega 6 dan omega 3 sepatutnya dalam nisbah 1:1. Oleh kerana pemakanan kita zaman sekarang lebih kepada western diet berbanding mediteranean diet, nisbah omega 6 dan omega 3 telah menjadi 20:1.
Membaca label sewaktu grocery shopping, memang akan mengambil masa yang lama.
Less is more.
Cuba cari makanan proses yang hanya dari 5 bahan atau kurang. Cuba juga elakkan 8 bahan ramuan di atas dari anak-anak dan keluarga. InsyaAllah ia satu permulaan untuk kita beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Masih belajar ke arah gaya hidup sihat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Dr Pesan 8 Bahan Ramuan Ini Dalam Makanan Anak, Boleh Jadi ‘Racun’ Dalam Diam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dr-pesan-8-bahan-ramuan-ini-dalam-makanan-anak-boleh-jadi-racun-dalam-diam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat Penyedap Makanan Anak Keluarga

3 Bahan Ni Perasa Semulajadi Sihat Penyedap Makanan Anak Keluarga

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 456 hits
Pernah dengar mirepoix Ia adalah masakan dari Perancis yang menggunakan hanya 3 bahan iaitu bawang holand batang celery dan lobak merah Seperti bone broth ia juga di gunakan sebagai perasa semulajadi masakan Tanpa menggunakan penambah rasa ...
Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom Ketahui Lebih Lanjut

Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom Ketahui Lebih Lanjut

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 386 hits
Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom ketahui Lebih Lanjut Memang tak dinafikan ada jenis orang yang suka sangat letak semua benda dalam peti ais Sudahnya jadi penuh peti ais tu Lebih lebih lagi kalau jenis suka yang menyimpan...
5 Bahan Resipi Rempah Istimewa Boleh Guna Untuk 4 Jenis Masakan

5 Bahan Resipi Rempah Istimewa Boleh Guna Untuk 4 Jenis Masakan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 333 hits
Cara biasa sebelum menggoreng ikan anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng Nak lagi sedap gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan...
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 316 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
16 Jenama Produk Makanan Mengandungi Racun

16 Jenama Produk Makanan Mengandungi Racun

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 332 hits
M Update 5 11 2020 Kementerian Kesihatan kesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual Produk makanan berkenaan disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil tadalafil dexamethasone dan predn...
Lambatnya Anak Nak Merangkak Ini 6 Tip Mama Boleh Praktis Lagi Cepat Dia Merangkak

Lambatnya Anak Nak Merangkak Ini 6 Tip Mama Boleh Praktis Lagi Cepat Dia Merangkak

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 303 hits
Perkembangan anak mengikut umur sememangnya cukup penting bagi membolehkan semua anggota fizikal dapat berfungsi dengan baik Bagi seorang bayi melengkapkan proses meniarap merangkak dan seterusnya melalui fasa berjalan adalah satu perkemban...
Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

Elak Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Masalah Karies Gigi Ini Saranan Doktor Kalau Nak Gigi Anak Cantik Dari Kecil

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 438 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur

10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 379 hits
Berada di Kuala Lumpur pelbagai makanan ada di depan mata Pilih saja nak makan yang mana Dan dalam banyak banyak pilihan makanan kita tidak hanya terikat pada menu masakan melayu tetapi boleh juga mencuba menu makanan cina india barat dan l...
Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 472 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities