10 Ciri Seorang Isteri Yang Digambarkan Sebagai Pembawa Rezeki


1. Isteri yang pandai bersyukur, Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur.
Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah, Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya. “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya, Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar?
Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar, Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar silaturahim, Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah, Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertaqwa, Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya, Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya.
Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya. “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
9. Isteri yang gemar solat dhuha, Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Solat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya, Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
The post 10 Ciri Seorang Isteri yang Digambarkan Sebagai Pembawa Rezeki appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/10-ciri-seorang-isteri-yang-digambarkan-sebagai-pembawa-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jururawat Bergenang Air Mata Terasa Diperlakukan Sebagai Seorang Hamba

Jururawat Bergenang Air Mata Terasa Diperlakukan Sebagai Seorang Hamba

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 335 hits
Tugas sebagai jururawat bukanlah tugas yang mudah Pelbagi cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang menggalas pekerjaan ini terutamanya dalam berdepan dengan kerenah pesakit dan ahli keluarga mereka Seorang jururawat tampil berkongsi pen...
Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 510 hits
Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik Namun tak s...
Seorang Ketua Balai Polis Berpangkat Asp Disiasat Kerana Mengugut Pasangan Suami Isteri

Seorang Ketua Balai Polis Berpangkat Asp Disiasat Kerana Mengugut Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 588 hits
Polis sedang menyiasat seorang pegawai kanannya yang berpangkat ASP kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap pasangan suami isteri di tepi jalan di Kampung Simee di Ipoh Isnin lalu Menurut sumber pegawai berkenaan yang telah berkhid...
Isteri Setpol Pm Pertahan Lantikan Sebagai Pengerusi Aim

Isteri Setpol Pm Pertahan Lantikan Sebagai Pengerusi Aim

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 424 hits
Anne Muhammad Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia Junaidah Kiting menegaskan pelantikannya ke jawatan itu tiada campur tangan daripada Pejabat Perdana Menteri Katanya tindakan mana mana pihak yang menuduh berlaku amalan kroni...
Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita Edika Yusuf

Anggaplah Isteri Bukan Sebagai Maid Tapi Soulmate Kita Edika Yusuf

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 971 hits
Suatu ketika dahulu beliau sangat digilai oleh anak gadis kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan Namun kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah bersama Sinar ...
Punca Rezeki Datang Tanpa Diduga Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

Punca Rezeki Datang Tanpa Diduga Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 514 hits
Bila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak anak pandang Suami ke...
Remy Dan Mira Masih Canggung Sebagai Suami Isteri

Remy Dan Mira Masih Canggung Sebagai Suami Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 676 hits
PERSIS pasangan suami isteri demikian gelagat Mira Filzah dan Remy Ishak ketika menidurkan cahaya mata mereka Ayden Mikael yang berusia lapan bulan di set penggambaran Pujaan Hati Kand a Ayden Mikael merupakan pelakon paling junior yang mem...
Penat Lelah Seorang Isteri Takkan Pernah Sama Dengan Suami

Penat Lelah Seorang Isteri Takkan Pernah Sama Dengan Suami

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 423 hits
Jangan bandingkan apa yang suami buat dengan apa yang isteri buat Apa yang suami buat takkan pernah sama dengan apa yang isteri anda buat dan lalui ketika suami enak makan tahukah tuan berapa kali isteri muntah2 semasa mengandung berapa kal...
Cara Mudah Jemput Rezeki Suami Isteri Tak Susah Mana Pun Tetapi Ramai Yang Tak Buat

Cara Mudah Jemput Rezeki Suami Isteri Tak Susah Mana Pun Tetapi Ramai Yang Tak Buat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 632 hits
Ini cerita betul bukan mitos Cerita dongeng ke apa Saya suami isteri kawin muda lepas belajar Lepas kawin kosong duit zero Kawan kawan lain kerje kami taknak kerje Nak niaga Kami naik smpai sekarang dengan berpaksi kan hidup nak berubah dem...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice