Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak


Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.
Itulah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang, maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini.
Makbulnya Doa Seorang Isteri

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Bila Dan Cara Doakan Suami
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata. Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Isteri antara syurga atau neraka buat suami
Para Isteri, Bacalah Doa Pengasih Ini Supaya Suami Makin Sayang Dan Selalu Rindu..
Setiap wanita pasti ingin dicintai oleh suaminya. Anda juga kan? Selain berusaha secara lahir dengan selalu tampil cantik di depannya dan juga bersikap yang baik, ada juga usaha batinnya yang harus anda lakukan, yaitu dengan doa.
Apa doa yang harus dibaca agar selalu dicintai dan disayang suami? Membaca surat al-Insyiroh atau Alam Nasyroh. Tata caranya adalah :
Bacalah surat ini setiap habis sholat fardhu,Niatkan ketika membacanya agar selalu disayang suami,Setelah selesai membaca, tiupkan ke telapak tangan dan usapkan ke muka kita.
Terjemahan ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? 2: Dan Kami pun telah menurunkan beban darimu. 3: Yang memberatkan tanggunganmu, 4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu. 5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 7: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yg lain). 8: Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap. Selain untuk tujuan diatas, Surat Al-Insyiroh ini memiliki fadhilah lain, diantaranya: Sabda nabi “Barangsiapa membaca surat Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan darinya.Barangsiapa biasa membaca surat Alam Nasyrah selesai mengerjakan shalat fardhu, niscaya Allah mempermudah urusannya dan dimudahkan segala kebutuhannya dan dimudahkan rezekinya.
Siapa yang membaca surat ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya dan Yusuf dari segala kesulitan dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu dan mendatangkan rajin dalam menunaikan.Barang siapa membaca surat ini 9 kali sesudah shalat fardhu niscaya Allah akan menjauhkan darinya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.Semoga dengan doa tersebut diatas anda semakin disayang dan dicintai oleh suami, dan keluarga anda menjadi keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah, wa rahmah.
PELEMBUT HATI KELUARGA
Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)
Berikut adalah amalannya, InsyaAllah dengan keizinan Allah Ta’ala:
Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)
Amalkan insyaAllah semoga apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
The post Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/doa-terbaik-seorang-isteri-untuk-suami-rebutlah-waktu-afdal-ini-walaupun-suami-tak-nampak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Cara Terbaik Untuk Isteri Lakukan Bagi Menggoda Nafsu Suami Yang Sedang Merajuk

Panduan Cara Terbaik Untuk Isteri Lakukan Bagi Menggoda Nafsu Suami Yang Sedang Merajuk

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 564 hits
Suami merajuk Sukar nak pujuk Takpe jika dah cuba pujuk cara biasa tak berkesan apakata kalau korang pujuk pula dengan cara yang lebih lembut dan mengancam Apa caranya tu Tak lain dan tak bukan goda suami untuk naikkan nafsunya supaya dapat...
Tuntut Cerai Suami Siram Air Panas Di Muka Isteri

Tuntut Cerai Suami Siram Air Panas Di Muka Isteri

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 402 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 60 tahun tergamak menyiram isterinya dengan air panas kerana berang mangsa menuntut diceraikan Dalam kejadian pada Rabu di rumah pasangan terbabit di Desa Geulanggang Gampong Aceh Indonesia mangsa melecur ...
Abang Janji Tak Buat Lagi Isteri Tikam Suami Kerana Kerap Keluar Minum

Abang Janji Tak Buat Lagi Isteri Tikam Suami Kerana Kerap Keluar Minum

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 394 hits
Abang janji tak buat lagi Isteri tikam suami kerana kerap keluar minumSeorang lelaki di Bandar Zamboanga Filipina ini gemar keluar dan minum dengan rakan rakannya sehingga mabuk teruk membuatkan isterinya geram Difahamkan lelaki terbabit ke...
Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1182 hits
Untuk suami yang curang baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini Suami Ustaz perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya Isteri saya gemuk Ustaz Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke Tentu tidak bukan Ke...
Suka Menyakat Tapi Aeril Suami Dan Ayah Terbaik Wawa Harap Attar Jadi Macam Ayahnya

Suka Menyakat Tapi Aeril Suami Dan Ayah Terbaik Wawa Harap Attar Jadi Macam Ayahnya

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 593 hits
Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing masing satu kepala Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ...
Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 451 hits
Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami Namun tahukah anda wahai para isteri untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah ...
Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 722 hits
foto Acehportal SEORANG lelaki nekad menyiram isterinya dengan air panas selepas wanita itu menuntut perceraian Akibatnya mangsa melecur teruk dan perlu menjalani pembedahan Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai HR 60 bertindak sedemi...
Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 433 hits
Larangan merokok di restoran premis makanan di negara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2019 Rata rata masyarakat telah sedar akan undang undang tersebut dan ramai yang mula menghisa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord