Remy Dan Mira Masih Canggung Sebagai Suami Isteri


PERSIS pasangan suami isteri, demikian gelagat Mira Filzah dan Remy Ishak ketika menidurkan 'cahaya mata' mereka, Ayden Mikael yang berusia lapan bulan di set penggambaran Pujaan Hati Kand a (PHK).
Ayden Mikael merupakan pelakon paling junior yang membawa watak sebagai Rizqy iaitu anak jagaan kepada Megat Danish (Remy) dan Tiara (Mira) dalam drama PHK.
Tangisan kecil Ayden telah membuatkan Mira dan Remy tidak senang duduk tatkala kru produksi mempersiapkan set penggambaran untuk episod terakhir drama berkenaan.
Sesekali kedengaran suara Remy mengalunkan selawat sambil mendakap erat Ayden pada dada bidangnya, manakala Mira kelihatan mengibas Ayden supaya lena seketika.
Bergandingan buat kali kedua selepas drama Lelaki Kiriman Tuhan, Mira dan Remy kembali disatukan dalam drama 28 episod berjudul PHK di slot Akasia , TV3.
Kemesraan dan keserasian antara mereka jelas kelihatan, tidak dibuat-buat hanya untuk menjayakan watak dalam drama PHK.
Mungkin kerana itu drama yang diadaptasi daripada novel judul sama nukilan Aulia Iman telah mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton.
Mesra memanggil Remy sebagai abang, Mira terlebih dahulu membuka sisi berbeza Remy sepanjang tiga bulan mereka berkampung di set penggambaran drama berkenaan di sekitar Lembah Klang dan Perak.
“Abang (panggilan untuk Remy) mesra dengan kanak-kanak. Ayden pun suka kalau bersama dia, malah pada awal penggambaran, Ayden lebih rapat dengan abang.
“Saya pula sedikit canggung dengan kanak-kanak,” dedahnya sambil diselangi gelak manja.
Cabaran
Menjayakan watak sebagai Tiara iaitu seorang pelajar universiti yang akhirnya bekerja sebagai pengasuh akibat kekangan kewangan dalam drama berkenaan memberi pengalaman baharu buat Mira.
Tanpa berselindung, Mira memberitahu, cabaran utama baginya adalah menjalinkan hubungan mesra dengan Ayden supaya dapat menzahirkan watak ibu dan pengasuh yang sempurna di layar skrin.
“Ayden dalam drama ini membawa watak sebagai Rizqy. Dia merupakan penggerak plot PHK, selain konflik antara Tiara dan Megat Danish.
“Saya perlu mengendalikan bayi di depan kamera dengan baik supaya penonton percaya bahawa saya seorang pengasuh. Saya tidak mahu hasil lakonan kelihatan pelik,” terangnya.
Kembali bekerjasama sebagai heroin di sisi Remy, Mira semakin selesa untuk bekerjasama dengan lelaki berkulit sawo matang itu.
Mira juga menyifatkan Remy sebagai pelakon senior yang bertoleransi dan mempunyai pendirian diri yang utuh.
“Saya selesa bekerja dengan Remy. Dia tahu apa yang diinginkan dan sampaikan dengan cara tersendiri.
"Kadangkala terdapat beberapa babak yang dia sendiri minta untuk dilakonkan semula selagi tidak mencapai kualiti yang diinginkan,” kongsinya.
Drama terbitan produksi Mache All Star United Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.
Kajian
Mengulas mengenai jangkaan peminat dan kehendak novel tersebut secara umum, Remy yang merupakan penerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017, menyifatkan karakter Megat Danish perlu digarap dengan cara tersendiri.
Menurut Remy, sebelum bersetuju untuk membawa watak Megat Danish, dia terlebih dahulu membaca keseluruhan novel berkenaan dengan teliti.
“Sebelum menerima tanggungjawab, saya telah membaca novel tersebut.
"Selepas habis membaca, saya tidak sabar mahu menghidupkan watak Megat Danish.
“Saya berbincang dengan penerbit dan pengarah tentang pembawaan watak yang diinginkan.
"Alhamdulillah, mereka memberi kebebasan kepada saya untuk mencorakkan watak Megat Danish dengan cara sendiri,” jelasnya.
Mengharapkan lakonannya memuaskan hati penggemar novel PHK , Remy berkata, sebahagian daripada identiti watak berkenaan dizahirkan atas kapasiti berkarya.
Kebebasan yang diberikan pengarah digunakan sebaiknya untuk berimaginasi memainkan watak utama dalam drama tersebut.
“Saya gemar berimaginasi. Oleh kerana itu, saya tertarik untuk melakonkan watak Megat Danish. Saya ingin memastikan Megat Danish mempunyai identiti yang tersendiri,” ujarnya.
Beraksi di samping Mira yang merupakan seorang wanita berhijab, Remy sedar terdapat batasan yang perlu dijaga meskipun atas tiket lakonan.
Biarpun begitu, pelakon filem Rise: Ini Kalilah itu tidak menganggap pelakon wanita berhijab sebagai satu beban dan halangan untuk berkarya.
“Saya faham pendirian Mira dan kita sentiasa berbincang. Bagaimanapun, terdapat beberapa babak yang memerlukan kita bersentuhan, tetapi ada kaedahnya.
“Sebagai contoh, untuk menjayakan babak seorang suami yang sedang memujuk isteri, saya tidak boleh memujuk dengan tangan berada di dalam poket.
"Mungkin kita boleh pegang pada bahagian berlapik dengan keizinan pelakon berkenaan,” jelasnya.
Selesai berbicara tentang drama PHK, kedua-dua pelakon tersebut disoal pula tentang perancangan karier pada 2019.
Selepas muncul dengan karya Pulang pada tahun lalu, Remy kembali ke layar perak pada 2019 menerusi filem The Legend Of Pontianak bersama dengan aktres Fazura. Selain itu, Remy juga telah selesai menjalani penggambaran sebuah filem bersama Zul Ariffin.
“Tahun ini saya bakal muncul dengan filem The Legend Of Pontianak , kemudian disusuli filem kedua bersama Zul Ariffin,” katanya.
Selepas tayangan kedua-dua filem berkenaan Remy mendedahkan dia mahu berehat seketika daripada karier lakonan.
Sementara itu, kalendar seni Mira pada tahun ini akan dipenuhi dengan penggambaran drama termasuklah slot mega drama yang akan ditayangkan di Astro.
Ketika suasana tanah air dipanaskan oleh warkah ‘kekanda adinda’ dari Cordova nukilan Datuk Seri Dr. Mujahid khas untuk Nurul Izzah Anwar yang melarat bagaikan epidemik, drama Pujaan Hati Kanda gandingan ‘kekanda’ Remy Ishak dan ‘adinda’ Mira Filzah pantas meraih sambutan. -kosmo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mygosiphub.blogspot.com/2019/01/remy-dan-mira-masih-canggung-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 366 hits
Sehingga kini ramai mempersoalkan status sebenar rumah tangga Tauke dan isteri selepas lafaz talak menerusi Whatsapp baru baru ini Jelas Tauke mereka masih The post appeared first on
Suami Saya Bukanlah Orang Ada Ada Tapi Alhamdulillah Masih Cukup Makan Niena Azman Isteri Rody Kristal

Suami Saya Bukanlah Orang Ada Ada Tapi Alhamdulillah Masih Cukup Makan Niena Azman Isteri Rody Kristal

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 725 hits
Hujung tahun dan sambutan tahun baru menjadi pilihan golongan selebriti untuk melancong dan bercuti bersama insan tersayang Sudah tentu negara negara beriklim sejuk menjadi destinasi pilihan mereka sempena meraikan kedatangan tahun baru 201...
Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 494 hits
Tips Untuk Jadi Isteri Kesayangan Suami Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami Namun tahukah anda wahai para isteri untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah ...
Lambat Bancuh Air Suami Tibai Kepala Isteri Dengan Seterika

Lambat Bancuh Air Suami Tibai Kepala Isteri Dengan Seterika

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 414 hits
Seorang tukang besi tergamak memukul kepala isterinya dengan seterika hanya kerana mangsa lambat membancuh air minuman Dalam kejadian jam 3 petang Isnin di kediaman mereka di Taman Kerapu Butterworth suspek berusia 43 tahun memukul isteriny...
Tuntut Cerai Suami Siram Air Panas Di Muka Isteri

Tuntut Cerai Suami Siram Air Panas Di Muka Isteri

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 447 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 60 tahun tergamak menyiram isterinya dengan air panas kerana berang mangsa menuntut diceraikan Dalam kejadian pada Rabu di rumah pasangan terbabit di Desa Geulanggang Gampong Aceh Indonesia mangsa melecur ...
Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

Kerana Rokok Terlupa Isteri Dalam Kedai Psychiatrist Kongsi Pengalaman Lihat Suami Tinggal Isteri Mengandung Masa Makan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 471 hits
Larangan merokok di restoran premis makanan di negara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2019 Rata rata masyarakat telah sedar akan undang undang tersebut dan ramai yang mula menghisa...
Menyayat Hati Mayat Suami Isteri Ditemui Berpelukan Pada Pukat

Menyayat Hati Mayat Suami Isteri Ditemui Berpelukan Pada Pukat

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 573 hits
Mayat sepasang suami isteri yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari sebuah bot fiber ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kedua duanya berpelukan antara satu sama lain di kawasan tukun 300 di perairan Kuala Perlis dekat sini hari ...
Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

Mahu Lihat Isteri Cacat Suami Siram Muka Seluruh Badannya Dengan Air Panas Ketika Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 767 hits
foto Acehportal SEORANG lelaki nekad menyiram isterinya dengan air panas selepas wanita itu menuntut perceraian Akibatnya mangsa melecur teruk dan perlu menjalani pembedahan Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai HR 60 bertindak sedemi...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini