10 000 Dos Vaksin Cansino Untuk Komuniti Pala U Di Kunak


Proses vaksinasi di Dewan Masyarakat Sri Kunak.


KUNAK: Sebanyak 10,000 dos vaksin jenis CanSino diperlukan untuk diberikan kepada penduduk bukan warganegara terutamanya komuniti Pala’u di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kunak Dr Izaidi Salman Yazid berkata komuniti Pala’u adalah sasaran utama untuk vaksin CanSino kerana gaya hidup mereka yang tinggal di pinggiran laut dan berpindah randah.

“Komuniti mereka dikesan berada di kawasan perairan Kampung Pangkalan, Kampung Kunak 3, Kampung Kunak Jaya dan Kampung Pangi.

“Bagi penduduk warga asing lain yang menetap di daratan seperti di kawasan ladang, saya fikir tidak menjadi masalah untuk diberikan vaksin dua dos,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Terdahulu, untuk daerah Kunak pemberian vaksin kepada bukan warganegara yang sudah mendaftar di MySejahtera bermula sejak kelmarin (Isnin).

Beliau berkata, pemberian vaksin kepada bukan warganegara di daerah ini selaras ke arah mencapai imuniti kelompok.

“Hal ini kerana, jumlah penduduk tempatan dan bukan warganegara di Kunak adalah lebih kurang sama, dengan keseluruhan penduduknya kira-kira 57,000 orang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pihaknya dalam rangka menyelesaikan baki seramai 3,600 orang yang sudah mendaftar di Mysejahtera

“Kami menjangkakan ia selesai dalam masa empat hari dan selepas itu menumpukan semula program imunisasi secara walk-in.

“Pada minggu hadapan, kami akan beri vaksinasi mengikuti kawasan dan terbuka kepada warganegara serta bukan warganegara di Dewan Masyarakat Sri Kunak,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima vaksin warga asing Jacquelyn Cabanting, 34, berasa gembira kerana akhirnya diberikan suntikan vaksin COVID-19 selepas tiga bulan menunggu dengan mendaftar di MySejahtera.

“Saya sudah 10 tahun di Kunak dan bekerja sebagai kerani di sebuah kedai tayar dan hari ini saya sangat bersyukur kerana terpilih untuk menerima vaksin.

“Sebelum ini saya risau jika masih tidak menerima vaksin kerana takut berdepan risiko kesihatan lebih teruk jika terjangkit COVID-19,” katanya.

Bagi seorang kerani sekolah rendah di sini, Norintan Mohd Dasul, 51, turut bersyukur kerana pasangannya Bahyah Bendie, 46, merupakan pemegang passport diberikan peluang mendapatkan vaksin COVID-19.

“Terima kasih kerajaan Malaysia kerana sebelum ini dilema juga sama ada isteri boleh atau tidak mendapatkan vaksin, namun saya daftarkan juga sejak Febuari lalu.

“Saya bersyukur pada Jumaat lalu isteri menerima janji temu untuk menerima vaksin hari ini dan lega kerana penyakit ini tidak mengenal usia, bangsa dan negara,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/10000-dos-vaksin-cansino-untuk-komuniti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 278 hits
Pengarah Eksekutif WH Medicare Rudy Jalgul dan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Zulkarnain Md Eusope bertukar tukar dokumen selepas menandatangani perjanjian pebelian vaksin Turut hadir Masidi Manjun dan Salleh Said Keruak KOTA K...
Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer

Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum Hi Semua Alhamdulillah Syukur pada Allah Pada 7 7 21 yang lalu Nadhie sudah pun selesai mendapat suntikan vaksin bagi dos pertama dan lengkap dos kedua pada 29 07 21 yang lalu Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu neg...
Lengkap Dua Dos Vaksin

Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 630 hits
Seperti yang telah dijadualkan Harini hari cucuk vaksin dos kedua Seawal pukul 7 30 pagi dah keluar rumah Ikutkan encik suami punya waktu cucuk vaksin pukul 8 30 pagi manakala saya pukul 3 00 petang Tapi boleh je cucuk tak ikut waktu asalka...
Vaksinasi Harian Covid 19 Melebihi 500 000 Dos Enam Hari Berturut Turut

Vaksinasi Harian Covid 19 Melebihi 500 000 Dos Enam Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 370 hits
Secara kumulatif 20 533 660 dos sudah diberi kepada penduduk di negara ini KUALA LUMPUR Jumlah vaksinasi harian COVID 19 di negara ini mencatat angka melebihi 500 000 dos selama enam hari berturut turut dengan 519 111 dos suntikan diberikan...
Selesai Dua Dua Dos Vaksin Covid

Selesai Dua Dua Dos Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 348 hits
Alhamdulillah k fiezz mr hubby dah selesai cucuk vaksin covid untuk perlindugan diri sendiri Kita usaha tawakal Selebihnya terserah pada Allah yang penting kita dah usaha mengikut saranan kerajaan untuk mewujudkan immunity herd di Malaysia ...
Lengkap 2 Dos Vaksin Tak Bermakna Perlu Beri Kelonggaran

Lengkap 2 Dos Vaksin Tak Bermakna Perlu Beri Kelonggaran

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 200 hits
Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata kerajaan harus berhati hati dalam memberi kelonggaran secara terburu buru Usah terburu buru ambil iktibar luar negara longgar penerima 2 dos Malaysia harus mengambil iktibar daripada beberapa negara yang m...
Alamak Betul Ke Nanti Kena Ambil Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Ini Jawapannya

Alamak Betul Ke Nanti Kena Ambil Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 259 hits
Menurut data awal oleh pihak Pfizer BioNTech suntikan ketiga bukan sahaja boleh melindungi daripada varian Delta ia juga berkesan untuk mengelak sebarang jangkitan kelak jika wabak menjadi semakin teruk Kajian mendapati antibodi yang dihasi...
Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 444 hits
Akhirnya setelah hampir 6 bulan menunggu selepas pendaftaran di aplikasi MySejahtera akhirnya telah tiba giliran aku untuk menerima suntikan vaksin Covid 19 bagi dos pertama Pada Ogos 2021 barulah aku dipanggil untuk menerima suntikan bagi ...
Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

Jangan Bimbang Saya Sudah Tempah 87 Juta Dos Vaksin Untuk Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 171 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berbual dengan penduduk ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Projek Perumahan Rakyat Sri Johor Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur Gamba...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned