Lengkap 2 Dos Vaksin Tak Bermakna Perlu Beri Kelonggaran


Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata kerajaan harus berhati-hati dalam memberi kelonggaran secara terburu-buru.
Usah terburu-buru, ambil iktibar luar negara longgar penerima 2 dos

Malaysia harus mengambil iktibar daripada beberapa negara yang menyaksikan peningkatan kes Covid-19 selepas memberi kelonggaran terhadap penerima lengkap dos vaksin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat sudah membenarkan aktiviti sosial dilakukan selepas mencapai kadar vaksinasi yang tinggi.

Bagaimanapun, negara itu mungkin melakukannya terlampau awal apabila ia kini mencetuskan peningkatan kes.

“Kita harus mengambil pengajaran daripada beberapa negara ini. Walaupun mereka yang menerima dua dos vaksin lebih dilindungi daripada dijangkiti Covid-19 secara serius, tetapi ia tidak bermakna kita harus memberi kelonggaran secara terburu-buru,” katanya dalam sidang media.

Hishamshah berkata kerajaan meneliti perkara itu secara berhati-hati kerana ingin memastikan negara meningkatkan kadar vaksinasi dan terus mengamalkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

HISHAMSHAH Mohd. Ibrahim ketika sidang akhbar khas Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. “Varian dominan ketika ini lebih mudah tersebar dan berjangkit. Jadi, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial harus sentiasa diamalkan serta elak berkumpul beramai-ramai.”



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata kelonggaran SOP tertentu kepada mereka yang menerima suntikan lengkap dos vaksin akan diumumkan dalam tempoh dua hari lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong, yang mengetuai Pasukan Petugas Khas Lembah Klang, berkata kementerian merekodkan kira-kira 80 hingga 100 kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) setiap minggu.

“Kami menganalisa kes BID dan mendapati 80% daripadanya tidak pernah didiagnos dijangkiti Covid-19. Ini adalah kumpulan individu yang sama ada tidak mempunyai akses untuk didiagnos atau ada sebab tersendiri apabila tidak datang membuat ujian,” katanya sambil menjelaskan sejumlah besar kes ini terdiri daripada warga asing.

Chong berkata terdapat kadar penerimaan yang tinggi dalam kalangan orang ramai selepas kementerian memulakan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan separuh daripada mereka yang dipantau oleh CAC secara maya itu tidak melengkapkan penilaian kesihatan pada aplikasi MySejahtera.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, Dr Steven Chow berkata, angka terbaharu Covid-19 tidak mencerminkan prestasi yang baik kepada Malaysia dalam mengawal pandemik.

Beliau dalam kenyataan mendakwa pesakit kritikal di Lembah Klang terpaksa menunggu ambulans sehingga empat jam sebelum dihantar ke beberapa hospital untuk mencari katil kosong.

Beliau menggesa seluruh komuniti dan pemimpin masyarakat sivil menganjurkan rangkaian jagaan kecemasan setempat untuk menyediakan bantuan perubatan kepada kes Covid-19 di kawasan mereka.

“Intervensi perubatan segera harus diberikan kepada mereka dalam tempoh pertama ketika menunggu dipindahkan ke hospital. Ini adalah langkah kritikal bagi mengelakkan penyakit tidak dapat dipulihkan dan mengurangkan kes BID,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/lengkap-2-dos-vaksin-tak-bermakna-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Lengkap Dua Dos Vaksin Ini Kelonggaran Sop Yang Perlu Anda Tahu

Anda Lengkap Dua Dos Vaksin Ini Kelonggaran Sop Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 250 hits
Rentas daerah dibenarkan hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kelonggaran prosedur operasi st...
Lengkap Sudah Divaksin Vaksin Coronavac Dos Kedua

Lengkap Sudah Divaksin Vaksin Coronavac Dos Kedua

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 423 hits
Assalamualaikum wbt Masih ingat tak cerita pengalaman saya ketika saya divaksin untuk dos pertama Alhamdulillah pada 2hb Ogos lepas saya sudah melengkapi vaksin untuk dos kedua Untuk pengalaman kali kedua nie giliran untuk divaksin lebih pa...
Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

Rakyat Bidas Pm Beri Kelonggaran Kepada Individu Terima Vaksin Lengkap

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 281 hits
August 9 2021Orang ramai dilihat membidas keputusan kerajaan memberikan kelonggaran kepada individu vaksinasi lengkap kerana dibimbangi mengundang risiko peningkatan bilangan kes positif harian Covid 19 Antara kemudahan yang diberikan ialah...
Lengkap Dua Dos Vaksin

Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 602 hits
Seperti yang telah dijadualkan Harini hari cucuk vaksin dos kedua Seawal pukul 7 30 pagi dah keluar rumah Ikutkan encik suami punya waktu cucuk vaksin pukul 8 30 pagi manakala saya pukul 3 00 petang Tapi boleh je cucuk tak ikut waktu asalka...
Kelonggaran Kepada Penerima Dos Lengkap Sehari Dua Lagi Kata Muhyiddin

Kelonggaran Kepada Penerima Dos Lengkap Sehari Dua Lagi Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 218 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Penerima dos lengkap vaksin Covid 19 akan diberikan kelonggaran dan garis panduan tersebut akan diumum sehari dua lagi kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri berkata perincian ber...
Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 410 hits
Kelihatan orang ramai berpusu pusa hadir di pusat vaksinasi walk in di Taman Harmoni Sandakan KOTA KINABALU Dua Pusat Pemberian Vaksin di Sandakan dan Lahad Datu yang dibuka secara walk in tanpa perlu janji temu dibanjiri ratusan orang seaw...
Portugal Mula Beri Kelonggaran Selepas 50 Peratus Penduduk Lengkap Vaksin

Portugal Mula Beri Kelonggaran Selepas 50 Peratus Penduduk Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 236 hits
Portugal mula beri kelonggaran selepas 50 peratus penduduk lengkap vaksin LISBON Portugal bakal membuka lembaran baharu dalam era pandemik ini dengan Perdana Menterinya menyifatkan ia sebagai kebebasan selepas beberapa kelonggaran akan dium...
Lengkap 2 Dos Pm Umum Kelonggaran Esok Atau Lusa

Lengkap 2 Dos Pm Umum Kelonggaran Esok Atau Lusa

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 331 hits
Kelonggaran dan kemudahan yang akan diberikan kepada penerima 2 dos lengkap vaksin COVID 19 akan diumum sehari dua lagi kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pagoh Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yan...
Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 303 hits
Semalam terjawablah sudah beberapa kelonggaran dan kemudahan untuk individu lengkap 2 dos vaksin yang diumumkan oleh abah Perdana Menteri YAB tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang dinantikan semua orang Pengumuman PKP fasa 2Ter...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025