Alamak Betul Ke Nanti Kena Ambil Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Ini Jawapannya


Menurut data awal oleh pihak Pfizer-BioNTech, suntikan ketiga bukan sahaja boleh melindungi daripada varian Delta, ia juga berkesan untuk mengelak sebarang jangkitan kelak jika wabak menjadi semakin teruk.


Kajian mendapati, antibodi yang dihasilkan oleh badan setelah mendapat vaksin dos ketiga adalah 5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan orang muda. (Gambar Rawpixel) Perlukah kita mengambil dos ketiga vaksin Covid-19 pada masa hadapan? Jawapannya, mungkin ya!

Menurut data awal yang dikeluarkan oleh pihak Pfizer-BioNTech, suntikan ketiga bukan sahaja boleh melindungi orang ramai daripada varian Delta, ia juga berkesan untuk mengelak sebarang jangkitan kelak jika wabak menjadi semakin teruk.

Malah, dalam kajian yang sama, mereka mendapati antibodi yang dihasilkan oleh badan setelah mendapat vaksin dos ketiga adalah 5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan orang muda.

Sementara antibodi untuk orang lebih berusia pula adalah 11 kali ganda berbanding mereka yang hanya mendapat 2 dos vaksin!

Walau bagaimanapun, ada juga pakar yang berpendapat sebaliknya.

Memandangkan masih banyak lagi negara lain yang tidak mampu untuk membekalkan dua dos vaksin kepada rakyat mereka, pemberian dos ke-3 dikatakan sebagai ‘tidak perlu’ dan ‘membazir’.

Malah, kajian yang dijalankan oleh Pfizer-BioNTech juga masih dalam fasa awal. Jadi, apakah yang perlu kita tahu mengenai pengambilan dos ketiga vaksin Covid-19?

Mari ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut. Dos ketiga vaksin Pfizer-BioNTech, perlu atau tidak? Buat masa ini, pengambilan dos ke-3 vaksin Covid-19 masih lagi dalam perbincangan kerajaan.

Malah, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan lanjut akan dibentangkan dalam Belanjawan 2022.

Menurut CDC pula, dos ketiga vaksin amat bermanfaat kepada individu yang terimunokompromi. Mereka lebih berisiko untuk jatuh sakit dan berkemungkinan menjadi penyebar Covid-19 kepada ahli keluarga masing-masing.

Sebanyak 33% hingga 50% individu yang terimunokompromi dan tidak mempunyai tahap antibodi yang dapat dikesan berjaya memperoleh respons antibodi yang memuaskan selepas suntikan ketiga.

Buat masa ini, negara seperti Perancis telah pun bertindak memberikan dos ketiga vaksin kepada pesakit yang terimunokompromi serta penghidap kanser.

Malah, warga emas yang lebih berisiko juga mungkin memerlukan dos ke-3 vaksin Covid-19 pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, pemberian dos ketiga kepada populasi am masih belum diperlukan buat masa ini. Malah, CDC juga tidak menggalakkan pengambilan vaksin ketiga sehingga diluluskan oleh FDA.

Menurut Dr. Mikael Dolsten yang menerajui kajian untuk vaksin Pfizer-BioNTech, dapatan terbaharu mereka berkaitan dos ketiga vaksin Covid-19 menunjukkan keputusan yang amat memberangsangkan.

Malah, disebabkan penyebaran varian Delta yang semakin meningkat, pengambilan suntikan vaksin ketiga mungkin dapat membantu mengurangkan jumlah kes.

Varian Delta dikatakan lebih berbahaya dan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih serius.

Namun, suntikan vaksin ketiga selepas 6 bulan vaksinasi dapat meningkatkan antibodi badan dan membantu mengelakkan jangkitan pada masa akan datang.

Tidak dinafikan, vaksin Pfizer-BioNTech amat berkesan dalam menangani penyebaran virus Covid-19 dan mengurangkan kadar hospitalisasi.

Dalam masa yang sama, ia juga telah membawa keuntungan yang tinggi kepada syarikat tersebut. Bolehkah vaksin sekarang bertahan dengan varian Covid-19 yang berbeza? Varian Covid-19 seperti alpha, beta, gamma dan delta merupakan sesuatu yang membimbangkan.

Manakan tidak, kesemua VOC (variant of concern) ini boleh merebak dengan lebih pantas dan menyebabkan jangkitan yang lebih serius.

Oleh sebab itu, timbullah satu persoalan baru mengenai kemampuan vaksin yang diambil sekarang.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah vaksin mampu untuk ‘bertahan’ dengan varian Covid-19 yang sedia ada dan juga sebarang mutasi pada masa hadapan?

Jawapannya adalah ya. Mereka yang mendapat vaksinasi penuh terlindung daripada jangkitan virus Covid-19 daripada semua varian.

Mutasi virus bukanlah sesuatu yang luar biasa, ulas Dr. Inci Yildrim dalam sebuah artikel yang dimuatkan di laman sesawang Yale Medicine.

Malah, virus Covid-19 akan terus bermutasi dan berubah apabila ia merebak dan menjangkiti orang lain. Oleh sebab itu, kemunculan varian baharu merupakan sesuatu yang dijangkakan.

Menurut Dr. F. Perry Wilson pula, varian delta merupakan varian yang unik. Ia mampu menjangkiti orang lain dengan pantas dan boleh mencetuskan jangkitan berskala besar.

Namun, berdasarkan kajian yang dijalankan setakat ini, individu yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap mempunyai perlindungan terhadap varian Delta.

Oleh sebab itu, buat masa sekarang mereka tidak perlu risau mengenai pengambilan dos ke-3.

Walau bagaimanapun, keadaan mungkin berbeza untuk individu yang tidak mengambil vaksin dan mereka yang tidak mengamalkan strategi pencegahan untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Mereka yang belum lagi mendapatkan suntikan kedua juga mempunyai risiko untuk dijangkiti varian Delta.

Namun, varian ini lebih banyak memberikan kesan terhadap golongan muda berbanding varian lain. Perlu selangkah di hadapan Langkah yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan virus Delta adalah dengan mengambil vaksinasi.

Oleh sebab itu, anda amat digalakkan untuk meneruskan pengambilan vaksin dan melengkapkan suntikan sebanyak 2 dos.

Hampir kesemua kajian menunjukkan bahawa pemberian vaksin amat efektif untuk melawan Covid-19.

Bukan itu sahaja, kadar imunisasinya juga berpanjangan dan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami simptom Covid-19 yang serius.

Pada masa hadapan, mungkin kita perlu mengambil suntikan penggalak atau booster. Namun, pemberian vaksin kali ketiga ini masih lagi berada dalam perbincangan pakar.

Untuk mengelakkan lebih banyak varian pada masa hadapan, kita perlulah selangkah di hadapan Covid-19, bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Jadi, pengambilan vaksin merupakan satu-satunya harapan kita untuk melepaskan diri daripada pandemik ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/alamak-betul-ke-nanti-kena-ambil-dos-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesai Dua Dua Dos Vaksin Covid

Selesai Dua Dua Dos Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 380 hits
Alhamdulillah k fiezz mr hubby dah selesai cucuk vaksin covid untuk perlindugan diri sendiri Kita usaha tawakal Selebihnya terserah pada Allah yang penting kita dah usaha mengikut saranan kerajaan untuk mewujudkan immunity herd di Malaysia ...
Hiburan Pernah Sangsi Dengan Vaksin Covid 19 Lufya Omar Dah Lama Lengkap 2 Dos

Hiburan Pernah Sangsi Dengan Vaksin Covid 19 Lufya Omar Dah Lama Lengkap 2 Dos

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 292 hits
Pelakon Lufya Omar mengakui pernah wujud perasaan sangsi dalam dirinya mengenai vaksin COVID 19 ketika ia mula mula diperkenalkan kepada masyarakat BACA AdvertisementKata Lufya pandangannya mengenai vaksin mula berubah apabila dia banyak me...
T21h08 Master Selesai Terima Vaksin Covid 19 Dos Ke 2

T21h08 Master Selesai Terima Vaksin Covid 19 Dos Ke 2

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 300 hits
Alhamdulillah semalam Master telah selesai divaksin dos kedua vaksin Pfizer untuk menguatkan pertahanan badannya daripada serang virus Covid 19 Pemvaksinan itu berlaku di HCO A di Universiti Multimedia Cyberjaya Pada masa yang sama juga Azi...
Suntikan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Dibincang Minggu Depan Khairy

Suntikan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Dibincang Minggu Depan Khairy

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 362 hits
Kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor mengenai dos ketiga atau booster shot vaksin COVID 19 pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID 19 minggu depan KUALA LUMPUR Kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor men...
Jkn Kedah Mohon Maaf Kesilapan Pemberian Dos Kedua Vaksin Covid 19

Jkn Kedah Mohon Maaf Kesilapan Pemberian Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 296 hits
ALOR SETAR Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID 19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin di Sik pada 5 Ogos lepas Pen...
Pemberian Dos Vaksin Covid 19 Lebih 21 6 Juta Kata Adham

Pemberian Dos Vaksin Covid 19 Lebih 21 6 Juta Kata Adham

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 272 hits
Dr Adham Baba berkata sebanyak 21 668 999 dos vaksin Covid 19 telah diberikan Dr Adham Baba berkata sebanyak 21 668 999 dos vaksin Covid 19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan setakat semalam PETALING JAYA Sebanya...
Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

Tatacara Menerima Suntikan Vaksin Covid 19 Untuk Dos Pertama

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 467 hits
Akhirnya setelah hampir 6 bulan menunggu selepas pendaftaran di aplikasi MySejahtera akhirnya telah tiba giliran aku untuk menerima suntikan vaksin Covid 19 bagi dos pertama Pada Ogos 2021 barulah aku dipanggil untuk menerima suntikan bagi ...
Lengkap 2 Dos Vaksin Tak Bermakna Perlu Beri Kelonggaran

Lengkap 2 Dos Vaksin Tak Bermakna Perlu Beri Kelonggaran

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 226 hits
Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata kerajaan harus berhati hati dalam memberi kelonggaran secara terburu buru Usah terburu buru ambil iktibar luar negara longgar penerima 2 dos Malaysia harus mengambil iktibar daripada beberapa negara yang m...
Lengkap Dua Dos Vaksin

Lengkap Dua Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 665 hits
Seperti yang telah dijadualkan Harini hari cucuk vaksin dos kedua Seawal pukul 7 30 pagi dah keluar rumah Ikutkan encik suami punya waktu cucuk vaksin pukul 8 30 pagi manakala saya pukul 3 00 petang Tapi boleh je cucuk tak ikut waktu asalka...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan