Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer


 Assalamualaikum & Hi Semua,





Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Pada 7.7.21 yang lalu, Nadhie sudah pun selesai mendapat suntikan vaksin bagi dos pertama dan lengkap dos kedua pada 29.07.21 yang lalu. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu negara kita untuk mencapai herd imunity (imuniti kelompok). Amin. 


Sedih rasanya mengenangkan kes covid 19 di negara kita antara yang tertinggi di dunia, sedangkan negara-negara lain kini sudah pun beroperasi seperti biasa. Sedih melihat frontliner-frontliner di luar sana sedang struggle, burnout & semakin penat dengan sentiasa terpaksa memakai kelengkapan PPE ketika merawat pesakit covid.


Sayu hati mendengar berita-berita yang tidak indah samada yang terjadi dalam kalangan kenalan rapat mahupun orang luar. Tambahan lagi, bermacam-macam isu, masalah timbul pada masa yang tidak sesuai. Allahu. Macam-macam dugaan di Malaysia ni kan.  Semoga masih ada lagi sinar & harapan untuk negara kita pulih sepenuhnya, baik dari segi kesihatan, ekonomi dan keharmonian negara.  Amin. 


Baiklah berbalik pada topik asal, Nadhie akan ceritakan serba sedikit pengalaman Nadhie sepanjang tempoh vaksinasi ini.




Pengalaman Vaksin Covid19 Dos 1 Dan Dos 2 Pfizer




7 Julai 2021 Dos Pertama PfizerSeminggu sebelum mengambil vaksin, tiba-tiba dapat panggilan telefon yang Nadhie kena datang dekat Hospital Daerah untuk mengambil vaksin. Dapat tarikh dan masa yang sama dengan ayah dan adik perempuan Nadhie yang mendaftar pada masa yang sama. Alhamdulillah. 
Jam 8.00 pagi merupakan waktu pendaftaran kami. Masa tu risau juga kalau terlambat, risau ramai orang dan sebagainya. Syukur keadaan sangat terkawal dan teratur. Terus datang ke tempat PPV tersebut. Scan mysejahtera, ambil suhu & PPK bagi nombor giliran & then menunggu sebentar.
Dalam masa yang sama PPK serahkan beberapa borang pada kami untuk diisi dan ditandatangani. Selesai, kena beratur pula untuk beberapa assessment jumpa nurse, MA dan MO (check consent, check maklumat, kesihatan dan sebagainya) sebelum masuk ke satu hall. 
Dalam hall, ada beberapa bilik dan kena masuk  satu bilik ni untuk pengesahan kesihatan, dan selepas itu barulah masuk ke bilik vaksin. 
Alhamdulillah. Masa tu everything going on smoothly. Memang nervous bila fikir nak kena cucuk jarum, tapi lepas kena cucuk tu. Laaa.. tak sakit rupanya. Hihi.  Setakat cucuk vaksin ni tak setanding rupanya dengan masa kena cucuk lepas beranak haritu. Lagi-lagi cucuk heparin, setiap hari dua jarum, kiri kanan bahu dua-dua lebam. Eh, ter story pulak XD
Lepas je kena cucuk dengan dos pertama, kena lalui macam-macam prosedur lagi macam scan bar code, check data dan sebagainya. Then, menunggu sebentar untuk dipantau selama lebih kurang setengah jam. Masa tu mereka akan tanya samada kita ni ada alahan apa-apa, penyakit apa dan sebagainya walaupun sebelum tu pun dah tanya. 
Masa lepas dos pertama ni, mula-mula risau jugak kan kowt-kowt akan bertukar jadi transformers, bahu boleh bluetooth dan sebagainya (HEHE gurau), tapi alhamdulillah tak ada jadi apa-apa pun lepas tu. Cuma dalam tempoh tu ada lah sekejap dalam 5 minit macam tu sis rasa macam dahi ni berpinar seketika, rasa macam pening tiba-tiba. Then, lepastu okay je. Alhamdulillah.


Side-Effect Selepas Dos Pertama?

Actually,  side effects ni dia bergantung pada ketahanan tubuh seseorang. Alhamdulillah. Nadhie tak ada side effects sangat. Just rasa bahu tu kebas-kebas sikit, tapi okay je. Tak adalah sampai tak boleh angkat. (P.s:Jangan risau memang tiada kes keurian vaksin/kecuaian tak tekan jarum masa turn Nadhie. Semua Nadhie dah pastikan. )
So, alhamdulillah. Sepanjang selepas pengambilan dos pertama memang tiada apa-apa yang serious dan semuanya berjalan dengan lancar.
 
29 July 2021 Dos Kedua PfizerSemasa hadir untuk mengambil dos kedua, masa yang diberikan adalah sama dan cara juga lebih kurang sama. Bezanya masa lepas ambik dos pertama, mereka akan bagi kad pada kita. Dan kad vaksinasi tersebut wajib dibawa bersama consent form ketika mengambil dos kedua, 
Prosedur lain-lain still sama. Bezanya sebab maklumat dah ada, jadi memang tak perlu tunggu lama-lama. Cepat je mereka suruh masuk. Orang yang datang pun nampak macam sudah tidak ramai dah masa tu. 


Side -Effect Selepas Dos Kedua?
Selepas ambil dos kedua pfizer, alhamdulillah sama macam yang pertama. Nadhie tetap tidak ada rasa apa-apa yang pelik sangat. Tidak ada demam, tidak ada batuk dan sebagainya. Cuma rasa kebas-kebas lengan je sikit. Lagi-lagi selepas kena belasah dengan anak. Hmm.. 
So far, alhamdulillah still no issue lah. Apapun, semua ni rezeki dan bergantung pada penerimaan badan masing-masing. Tak ada masalah pun if side effects yang di terima agak teruk. Semoga sembuh sepenuhnya saya doakan. Jangan risau tak lama mana pun.
Jadi, apa yang dapat Nadhie rumuskan selepas mengambil vaksin, tiada apa-apa yang pelik dan menakutkan. Semuanya okay sahaja.  Yang belum ambil mahupun mendaftar lagi, usah fikir bukan-bukan okay. Usah terpengaruh dengan antivaksin, mesej berantai mahupun mesej palsu. Yang dah lama mendaftar tapi still tunggu giliran, semoga semuanya dipermudahkan dan moga Korang cepat-cepat dapat vaksin. Amin. Semoga semakin ramai rakyat di negara kita yang akan dapat vaksin dan semoga negara kita boleh mencapai imuniti kelompok serta pulih sepenuhnya . InsyaAllah Amin.
Sekian sahaja perkongsian ini. Thank you pada yang singgah & baca sampai habis. Bubye!


Lots of love,
Nadhie










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/08/pengalaman-vaksin-covid19-dos-1-dan-dos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

Pengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah Tarikh Saya Menerima Dos

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 348 hits
AssalamualaikumPengalaman Suntikan Dos Pertama Vaksin Sinovac 01 08 2021 Inilah tarikh saya menerima suntikan dos pertama Disebabkan tak tahu keadaan di PPV macamana memang seram sejuk jugalah saya ni Perasaan takut melebihi teruja Saya ni ...
Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19

Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 342 hits
Pengalaman Di Vaksin Jenis Sinovac Untuk Covid19 Anyway dah lama cik en nak kongsi pengalaman ini tapi macam biasa cik en sibuk di klinik dan balik dalam keadaan letih dan buat mood nak menaip tu tak sampai Even cik en hanya bekerja 5 jam s...
2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 343 hits
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan bakul makanan BSP 3 0 kepada salah seorang penerima di Dewan Majlis Daerah Keningau KENINGAU Sebanyak 2 8 juta dos vaksin jenama Pfizer dan dos tunggal vaksin jenama Cansi...
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin Di Ppv Selangor Kl

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 545 hits
Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Senarai Vaksin di PPV Selangor KL Assalamualaikum semua Mama telah mendaftar untuk mengambil vaksin sejak Mac dan agak sedih menunggu panggilan vaksin yang tak kunjung tiba lebih lebih lagi bila tengok kawa...
Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama

Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 658 hits
Assalamualaikum Sejak pandemik yang melanda di Malaysia dan seluruh dunia sejak setahun lepas memang ramai pengguna di Malaysia khusunya mendaftar di MySejahtera untuk kegunaan Check In ke premis perniagaan kilang dan juga bangunan agensi k...
Pengalaman Terima Suntikan Dose Ke 2 Vaksin Pfizer

Pengalaman Terima Suntikan Dose Ke 2 Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 342 hits
Camni rupanya rasa 2nddose Adoiii berpinar rasa Dengan kepala berdenyut rasa nak tumbang perut tak selesa tekak loya terasa nak muntah Hidung tak selesa last sekali cari penadol jugaklah kita Pengalaman terima suntikan dose ke 2 Vaksin Pfiz...
Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar Benar Berlaku

Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar Benar Berlaku

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum Hi Semua Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar benar Berlaku Kredit Imej FortuneBaru baru ni tular di Media Sosial tentang kes vaksin tidak dicucuk dengan betul dan tidak kurang juga dikatakan telah dicuri Sudah tentu ia sa...
Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Kemudahan Untuk Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 302 hits
Semalam terjawablah sudah beberapa kelonggaran dan kemudahan untuk individu lengkap 2 dos vaksin yang diumumkan oleh abah Perdana Menteri YAB tan Sri Dato Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin yang dinantikan semua orang Pengumuman PKP fasa 2Ter...
Selesai Dos Kedua Vaksinasi Apa Kesan Vaksin Sinovac Dos Kedua Ni

Selesai Dos Kedua Vaksinasi Apa Kesan Vaksin Sinovac Dos Kedua Ni

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 434 hits
SELESAI DOS KEDUA VAKSINASI APA KESAN VAKSIN SINOVAC DOS KEDUA NI Assalamualaikum semua Apa khabar Dah terima vaksinasi untuk vaksin Covid 19 ke belum Majoriti warga Selangor dan Kuala Lumpur ramai yang telah terima vaksin Covid 19 kan Nege...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias