1 Kematian 2 Kluster Baru Covid 19 Dikesan


FMT Reporters
PETALING JAYA: Dua kluster baru dikesan, manakala satu kematian dan 17 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.
Dua kluster baru itu ialah kluster MV Glen di Selangor dan kluster Telaga di Kedah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian ke-126 itu membabitkan warganegara berusia 75 tahun di Kedah.
Katanya, lelaki yang mempunyai latar belakang penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung itu, tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
“Beliau mula mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu dibenarkan keluar hospital pada 18 Ogos lalu, tetapi kembali mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah pada 24 Ogos.
Katanya, ujian saringan menunjukkan beliau positif Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.10 petang semalam.
Hisham berkata, 17 kes baru membabitkan 2 penularan tempatan dan 15 kes import.
Katanya, 15 kes import itu membabitkan 11 warganegara dan 4 warga asing yang pulang dari India (12 kes di Kuala Lumpur), Arab Saudi (2 kes di Kuala Lumpur) dan Jepun (1 kes di Sarawak).
Beliau berkata, kes jangkitan tempatan pula membabitkan 2 warganegara, masing-masing seorang di Selangor yang merupakan kontak rapat kes positif ke-9,286 dan seorang lagi di Kedah yang merupakan kontak rapat kes positif ke-9,284.
Hisham berkata, 10 pesakit sembuh hari ini dan 160 pesakit masih dirawat di seluruh negara dengan 5 daripada 7 yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Kluster baru
Hisham berkata, kluster MV Glen membabitkan sebuah kapal di Pelabuhan Klang, manakala kluster Telaga di Kedah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Katanya, kes pertama kluster MV Glen ialah kes import membabitkan seorang kru warga asing kapal itu yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Ogos lalu, manakala kes ke-2 ialah kes tempatan membabitkan seorang warganegara yang juga ejen dilantik syarikat perkapalan.
Selain 2 individu yang positif itu, 6 lagi yang disaring sehingga hari ini didapati negatif.
“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.”
Beliau berkata, kluster Telaga terdiri daripada 2 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah yang tidak terbabit dalam jagaan pesakit Covid-19.
Katanya, 374 orang termasuk ahli keluarga, kakitangan hospital dan individu lain disaring setakat ini, dengan hanya 2 daripadanya disahkan positif Covid-19.
Beliau berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan, tetapi ia disyaki mungkin berpunca daripada kalangan komuniti.
“Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa.
“Sebagai langkah kawalan, lebih banyak saringan tertumpu di hospital akan dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembersihan dan proses nyah kuman juga telah dijalankan di premis berkaitan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/1-kematian-2-kluster-baru-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 1 Kematian 17 Kes Baru Dan 2 Kluster Baru Hari Ini

Covid 19 1 Kematian 17 Kes Baru Dan 2 Kluster Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 330 hits
Dua kluster baru dikesan manakala satu kematian dan 17 kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini Dua kluster baru itu ialah kluster MV Glen di Selangor dan kluster Telaga di Kedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematia...
Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 321 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 10 kes baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 10 kes sembuh hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baharu itu 8 adalah kes import dan 2 penularan temp...
Varian Covid 19 Mudah Berjangkit Dikesan Di 2 Kluster

Varian Covid 19 Mudah Berjangkit Dikesan Di 2 Kluster

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 176 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa semua pihak lebih berwaspada setelah varian virus yang menyebabkan Covid 19 yang amat mudah berjangkit telah dikesan di dua kluster di Malaysia Menerusi hantaran Faceboo...
Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 339 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Kementerian Kesihatan mengesan tiada kes baharu Covid 19 dilaporkan bagi Kluster Tawar hari ini Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan seperti biasa Se...
Kkm Kesan Kluster Baharu Covid 19 Libatkan Restoran Titiwangsa

Kkm Kesan Kluster Baharu Covid 19 Libatkan Restoran Titiwangsa

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 200 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan pertambahan kluster baharu yang dikesan melibatkan sebuah restoran di Titiwangsa di sini Memaklumkan ia sebagai...
Covid 19 Tahanan Lokap Ipd Lahad Datu Kluster Baharu 7 Positif

Covid 19 Tahanan Lokap Ipd Lahad Datu Kluster Baharu 7 Positif

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA 13 Muharram 1442H Selasa Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu wabak COVID 19 di negara ini iaitu Kluster Benteng LD di Lahad Datu Sabah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster berkena...
Tempat Pemakaman Covid 19 Sudah Penuh Pemkot Cimahi Cari Lahan Baru

Tempat Pemakaman Covid 19 Sudah Penuh Pemkot Cimahi Cari Lahan Baru

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 251 hits
Meski tak menghendaki adanya korban tambahan keingingan untuk menyediakan lahan pemakaman baru itu sebagai bentuk antisipasi ketika ada jenazah positif Covid 19 yang baru
Jumlah Kematian Akibat Covid 19 Hampir Mencecah 774 Ribu

Jumlah Kematian Akibat Covid 19 Hampir Mencecah 774 Ribu

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 217 hits
Kes Covid 19 di dunia semakin meningkat sehingga jumlah pesakit yang terkorban kini menghampiri 774 ribu Untuk pengetahuan korang 170 ribu dari jumlah keseluruhan kematian telah dicatatkan di Amerika Syarikat yang kini berada di tempat tera...
Kluster Baharu Covid 19 Babit Pegawai Imigresen

Kluster Baharu Covid 19 Babit Pegawai Imigresen

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 306 hits
SHAH ALAM 4 SEPT Satu lagi kluster baharu Covid 19 dikesan membabitkan dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Selangor dan Negeri Sembilan Ketua pengarah kesihatan berkata kes indeks kluster Depot Tahanan Imigresen Semenyih 2 itu merupak...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement