Varian Covid 19 Mudah Berjangkit Dikesan Di 2 Kluster


MALAYSIAKINI


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa semua pihak lebih berwaspada setelah varian virus yang menyebabkan Covid-19 - yang amat mudah berjangkit - telah dikesan di dua kluster di Malaysia.
Menerusi hantaran Facebook tengah malam tadi, Noor Hisham memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan virus dengan mutasi jenis D614G dalam sampel yang diambil daripada tiga kes berkaitan kluster Sivagangga, dan satu kes berkaitan kluster Bukit Tiram.
Tiga kes kluster Sivagangga merupakan kontak rapat kepada pemilik restoran Nezar Mohamed Sabur Batcha, yang telah dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 kerana melanggar perintah kuarantin.
Satu kes kluster Bukit Tiram pula melibatkan seorang warga asing.
"Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.
"Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.
"Ia didapati sepuluh kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’," katanya.
Dia juga menyuarakan kebimbangan dengan kemungkinan kajian vaksin pada masa ini tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi tersebut memandangkan ia adalah mutasi baru.
Justeru, katanya, tindakan utama dalam pencegahan penularan wabak Covid-19 adalah dengan pencegahan dan kawalan kesihatan awam, iaitu disiplin dalam mengamalkan prosedur operasi standard seperti penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi serta pemakaian pelitup muka terutama di tempat sesak
"Situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularannya.
"Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan Covid-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun," katanya lagi.
Kluster Sivagangga dikenal pasti pada 28 Julai dan setakat ini telah menjangkiti 45 orang, menjadikannya kluster kedua terbesar - selepas kluster pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil dengan 653 kes - yang masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan.
Kluster Bukit Tiram pula kali pertama dilaporkan pada 25 Julai dan setakat ini melibatkan sepuluh kes.
Ketika sidang media 6 Ogos lalu, Noor Hisham menyebut tentang kemungkinan virus yang terlibat dalam kluster Sivagangga ada kaitan dengan genom Covid-19 dengan mutasi D614G yang menjadi perebak utama (super spreader), dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengesahkannya.
Ini memandangkan kluster itu tersebar "sangat cepat" berbanding kluster lain di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/varian-covid-19-mudah-berjangkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Covid 19 D614g Kluster Sivagangga 10 Kali Mudah Merebak Daripada Covid 19 Biasa

Virus Covid 19 D614g Kluster Sivagangga 10 Kali Mudah Merebak Daripada Covid 19 Biasa

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 439 hits
Patutlah kes Kluster Sivagangga merebak dengan pantas dari kluster kluster lain Institut Penyelidikan Perubatan IMR telah mengesahkan mutasi jenis D614 telan dikesan untuk kontak rapat kes Sivagangga dan juga 1 kes dari Ulu Tiram Virus Covi...
Covid 19 Dua Kluster Baru Dikesan Di Pulau Pinang Putrajaya

Covid 19 Dua Kluster Baru Dikesan Di Pulau Pinang Putrajaya

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 313 hits
KKM mengesan dua lagi kluster baharu berkaitan wabak Covid 19 iaitu Kluster Kurau di Pulau Pinang dan Kluster Meranti di Putrajaya Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 9 Ogos Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu berkaitan w...
Terkini Covid 19 Kluster Kurau Dan Kluster Meranti Pula Dikesan

Terkini Covid 19 Kluster Kurau Dan Kluster Meranti Pula Dikesan

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 731 hits
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengenal pasti dua lagi kluster baharu Covid 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster dikenal pasti itu adalah Kluster Kurau dan Kluster Meranti Beliau berkata dua...
Dr Noor Hisham Sahkan Wujudnya Covid 19 Mutasi Jenis D614g 10 Kali Lebih Mudah Berjangkit

Dr Noor Hisham Sahkan Wujudnya Covid 19 Mutasi Jenis D614g 10 Kali Lebih Mudah Berjangkit

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Institut Penyelidikan Perubatan telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram Ketua Pengar
Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Di Kedah

Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Di Kedah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 353 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu di mukim Tawar Baling Kedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan kluster itu melibatkan 9 kes Kes indeks adalah seorang ahli perniagaan warga tempatan yang mengh...
Covid 10 Najib Dakwa Tiada Kluster Mahkamah

Covid 10 Najib Dakwa Tiada Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 280 hits
PUTRAJAYA Dua minggu selepas penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa tiada Kluster...
11 Kes Baru Covid 19 3 Daripada Kluster Kurau

11 Kes Baru Covid 19 3 Daripada Kluster Kurau

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 11 kes baru Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala 19 pesakit sembuh hari ini Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berka...
Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

Covid 19 12 Daripada 16 Kes Penularan Tempatan Babit Kluster Pui Sivagangga

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 435 hits
SHAH ALAM 7 OGOS Sebanyak 25 kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini dengan 16 merupakan penularan tempatan kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12 kes jangkitan dalam negara berkait kluster PUI Sivagangga den...
Terkini Kluster Sivagangga 425 Orang Telah Disaring 21 Sah Positif Covid 19 Dr Noor Hisham

Terkini Kluster Sivagangga 425 Orang Telah Disaring 21 Sah Positif Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 490 hits
By 3 August 2020Perkembangan terbaharu Kluster Sivagangga di Kubang Pasu Kedah menyaksikan seramai 425 orang telah disaring setakat 12 tengahari ini Daripada jumlah itu 21 kes dikesan positif Covid 19 manakala 362 negatif dan 42 kes masih m...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best