Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit


Buah ciku sejenis buah yang enak dimakan segar dan amat berkhasiat. la juga boleh diproses untuk jadikan beberapa jenis produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah ciku dan cara makan yang betul.
Baca juga:
Khasiat Buah Sukun Khasiat Buah Gajus Khasiat Buah Zaitun Apa itu buah ciku? Buah ciku (Manilkara zapota) adalah sejenis buah dari genus Achras dalam famili sapotaceae. Seperti buah betik, ciku juga dipercayai berasal dari Amerika Tropika.
Buah ini berasal dari selatan Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean. Namun ia juga diperkenalkan di Asia Selatan dan Asia Tenggara di mana pokoknya mampu untuk beradaptasi kepada pelbagai jenis iklim tropika dan monsun.
Buah yang belum masak mempunyai permukaan yang keras dan isi putih kerana kandungan getah yang tinggi. Kandungan getah nantinya akan berkurangan apabila buah masak dan isinya berubah warna kecokletan.
Di tengah-tengah isinya mengandungi biji hitam berkilat seperti sebiji kacang.
Jenis-jenis buah ciku Anim Agro Technology Di Malaysia, terdapat tiga jenis klon ciku yang digalakkan untuk ditanam. Berikut adalah penjelasannya:
Ciku jantung C62: Berbentuk bujur dan runcing dihujung. Warna kulit dan isinya perang kemerahan. Rasanya manis, halus, dan tidak berpasir. Ciku subang C63: Berbentuk bujur panjang, runcing dihujung serta pangkal buah dan warna kulitnya perang. Isinya manis, berair, halus, dan tidak berpasir. Ciku mega C64: Berbuah sebiji sahaja setiap tangkal. Saiznya 3 kali gandar lebih besar. Isinya halus dan sedikit kelat. Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram buah ciku mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Air: 78 g Tenaga: 83 kcal Protein: 0.44 g Jumlah lemak: 1.1 g Karbohidrat: 20 g Serat: 5.3 g Kalsium: 21 mg Zat besi: 0.8 mg Magnesium: 12 mg Fosforus: 12 mg Kalium: 193 mg Natrium: 12 mg Zink: 0.1 mg Kuprum: 0.086 mg Selenium: 0.6 µg Vitamin C: 14.7 mg Riboflavin: 0.02 mg Niasin: 0.2 mg Vitamin B-6: 0.037 mg Folat: 14 µg Vitamin A: 3 µg Asid lemak politaktepu: 0.011 g Asid lemak tepu: 0.194 g Khasiat dan manfaat Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan tenaga
Buah ciku kaya dengan glukosa dan kalori yang mampu untuk membekalkan tenaga semula jadi kepada tubuh badan dengan cepat.
Itulah sebabnya kenapa buah ini dikategorikan sebagai buah-buahan terbaik untuk golongan kanak-kanak dan wanita hamil untuk memenuhi keperluan tenaga mereka yang semakin meningkat setiap hari.
2. Meningkatkan imuniti
Vitamin C dan antioksidan yang terkandung dalam buah ciku membantu membina imuniti anda.
Ia dikuatkan lagi dengan kandungan polifenal yang membantu memerangi toksin yang memudaratkan dan mengurangkan risiko penyakit.
Sistem tubuh badan anda akan terlindung daripada mikrob berbahaya kerana sifat antibakteria dan antivirusnya.
3. Menggalakkan kesihatan usus
Serat pemakanan dan sebatian tannin membantu meneutralkan rembesan asid dalam usus untuk merawat gejala hiperasiditi.
Ia juga boleh dijadikan sejenis julap yang sangat baik bagi memberikan kelegaan daripada sembelit dan mengurangkan jangkitan pada usus. Ia adalah kunci untuk mencegah serangan kanser kolon.
4. Melindungi dari kanser
Kandungan antioksidan yang tinggi memberi nilai tambah kepada buah tropikal ini sebagai agen untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.
Ia kaya dengan vitamin A dan B yang sihat bagi melindungi lapisan mukus dalam badan.
Apa yang lebih menarik, buah ini mampu mencegah kanser usus, mengatasi masalah sembelit, dan melindungi selaput lendir usus agar terhindar dari racun penyebab kanser.
5. Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
Buah ciku mengandungi nutrien penting yang bermanfaat untuk kesihatan rambut kita.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa biji ciku lebih bermanfaat daripada isinya untuk tujuan kesihatan rambut anda.
Minyak yang diekstrak daripada biji membantu melembapkan dan melembutkan rambut khususnya bagi jenis rambut kerinting dan tidak terurus.
Minyak ini juga bagus kalau anda ada masalah kulti kepala gatal seperti dermatitis seborrheic dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
6. Menjadikan kulit sihat dan berseri
Kehadiran pelbagai vitamin, antioksidan, mineral dan serat pemakanan menjadikan buah ciku sebagai salah satu buah-buahan yang bagus untuk kulit yang sihat dan berseri.
Kandungan vitamin E misalnya membantu melembapkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih sihat dan berseri.
Antioksidan pula bertiindak sebagai sebatian anti-penuaan dengan memusnahkan radikal bebas dalam badan yang berpotensi untuk mempercepatkan proses penuaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu juga yang biji ciku mengandungi minyak isirung yang membantu mengurangkan masalah keradangan kulit seperti iritasi ataupun alahan.
7. Menguatkan tulang
Selain itu, buah ciku kaya dengan kalsium, fosforus, dan zat besi yang membantu menguatkan tulang.
Semua mineral ini penting untuk melancarkan pelbagai fungsi badan termasuk pertumbuhan tulang yang kuat.
8. Bagus untuk ibu selepas bersalin
Antara buah yang popular bagi ibu selepas bersalin adalah buah ciku. Buah ini bagus untuk ibu menyusu kerana nutrien dan karbohidrat yang penting.
Ia juga membantu bakal ibu mengatasi simptom loya dan pening pada fasa awal kehamilan. Buah ini juga boleh mengurangkan masalah kram kaki. Kram kaki merupakan salah satu keluhan yang selalu dialami oleh ibu hamil.
Hal ini biasa berpunca dari perubahan hormonselama kehamilan, dihedrasi atau kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, atau magnesium.
9. Bagus untuk kesihatan mata
Mengambil satu ciku sehari boleh membantu menjaga kesihatan mata bertahun-tahun.
Kenyataan ini ada benarnya kerana kandungan vitamin A membantu dalam pembentukan sel deria penglihatan yang membantu meningkatkan penglihatan pada usia muda.
10. Bersifat haemostatik
Sifat haemostatik dalam ciku dapat mengelakkan kehilangan darah. Akibatnya, buah ini membantu mengurangkan masalah pendarahan kes buasir dan kecederaan.
Cara makan buah ciku Buah ciku boleh dimakan secara mentah. Buah yang sudah masak anda boleh kenal pasti dengan menekan permukaannya. Bila teksturnya lembut, itu tandanya buah sudah sedia untuk dimakan.
Buang kulitnya dan potong buah mengikut citara anda untuk lebih menarik. Anda juga boleh memasukkan buah ciku ke dalam hidangan seperti salad, sirap, adunan kek, ais krim, jem, smoothie, jus, dan sebagainya.
Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. 
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah ciku dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Sapodilla: Nutrition, Health Benefits, and More. Healthline Kenali Buah-Buahan Malaysia: Ciku. Universiti Putra Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-ciku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-ciku

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 109 hits
Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai nenas dan kiwi Selain rasanya yang unik dan harganya mahal tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nut...
Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 72 hits
Musim panas semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di ru...
Buah Gajus Penyebab Alergik Ini Khasiat Kesan Sampingannya

Buah Gajus Penyebab Alergik Ini Khasiat Kesan Sampingannya

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 66 hits
Tahukah anda buah gajus adalah satu satunya kacang yang tumbuh melalui pokok Bukan itu sahaja gajus juga biasanya dijual di kedai tanpa kulit luarnya tidak seperti kekacang yang lain Apakah sebabnya Artikel pada kali ini kami akan berkongsi...
Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 121 hits
Tahukah anda buah kecil seperti buah tin ini ternyata memiliki kandungan vitamin mineral serat dan antioksida yang tinggi Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah tin dan keheba...
Jenis Penyakit Yang Sering Muncul Pasca Lebaran Radang Tenggorokan Paling Banyak Terjadi

Jenis Penyakit Yang Sering Muncul Pasca Lebaran Radang Tenggorokan Paling Banyak Terjadi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 55 hits
Meskipun memikat untuk dinikmati menu menu lebaran sebaiknya dinikmati dengan porsi yang terkendali demi mencegah timbulnya sejumlah masalah kesehatan
Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 181 hits
bayi pun boleh kena Penyakit ini jenis yang tidak mengenal usia termasuk yang baru lahir juga boleh menghidap penyakit ini Dikenali diabetes neonatal menurut pakar antara puncanya ialah mutasi gen yang menyebabkan bayi tidak dapat menghasil...
7 Jenis Buah Untuk Atasi Flu Dan Radang Tenggorokan Bantu Percepat Penyembuhan

7 Jenis Buah Untuk Atasi Flu Dan Radang Tenggorokan Bantu Percepat Penyembuhan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 35 hits
Tidak memerlukan obat obatan kimia karena beberapa ragam buah buahan lokal diyakini berdaya untuk membantu meredakan radang tenggorokan
Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 95 hits
Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah rasa buah sukun goreng Buah yang kebanyakkan dari kita membiarkan sahaja ia busuk di atas pokok ini sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan nutrisi di samping boleh dijadikan snek ringan Artikel p...
Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

Buah Rambai Tak Terkenal Tapi Kaya Dengan Khasiat Semulajadi

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 67 hits
Buah rambai tidak begitu popular sebagaimana langsat atau duku langsat tetapi ia mengandungi nutrisi yang bermanfaat kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah rambai pada kesihatan ...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni