Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia


Diabetes, bayi pun boleh ‘kena.’ Penyakit ini jenis yang tidak mengenal usia, termasuk bayi yang baru lahir juga boleh menghidap penyakit ini. Dikenali diabetes neonatal, menurut pakar, antara puncanya ialah mutasi gen yang menyebabkan bayi tidak dapat menghasilkan insulin.
Artikel lain: Kandungan Overdue Ibu Diabetes, Bayi Berisiko Tertelan Najis. Mesti Peka Lelehan Air Ketuban
Diabetes, Bayi Pun Boleh ‘Kena’ Penyakit Tak Kenal Usia Berdasarkan tinjauan ahli pediatrik endokrinologi, pada 2019 sahaja kira-kira 1,500 kanak-kanak di negara ini dikesan menghidap diabetes mellitus atau kencing manis.

Jenis 1 dan 2
Mengulas lanjut, Dr Ch’ng Tong Wooi, pakar perunding kanak-kanak dan pakar endokrinologi kanak-kanak di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), berkata antara gejala yang ditunjukkan oleh bayi penghidap diabetes ialah saiznya lebih kecil semasa dilahirkan, berat badan tidak bertambah, penurunan berat badan serta mengalami rasa lapar melampau.
“Diabetes berlaku disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi. Terdapat beberapa klasifikasi diabetes, dan yang paling kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak ialah jenis 1 dan jenis 2.

“Diabetes jenis 1 selalunya berlaku seawal usia enam bulan ke atas dan ia akan berlaku sebelum pesakit berusia 25 tahun. Angka kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 2 pula tidak sebanyak jenis 1, namun didapati semakin meningkat disebabkan peningkatan masalah obesiti,” jelasnya, menambah bagaimanapun ia tidak bermakna jenis 2 lebih serius.
Ulas beliau, jenis 1 merujuk kepada keadaan autoimun, iaitu apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin (hormon yg dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kepekatan glukosa dalam darah), sementara jenis 2 bermakna badan mempunyai rintangan terhadap insulin dan pankreas tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi untuk mengatasi keadaan itu.
Lagi artikel: Diabetes Ketika Hamil, Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Kawal  Cegah
Mengenai sebab berlaku kencing manis, beliau berkata ia bergantung pada jenis diabetes.
“Diabetes jenis 1 berlaku disebabkan sistem imuniti menyerang sel beta pankreas lalu menyebabkan pankreas tidak boleh menghasilkan insulin.
“Jenis 2 pula terjadi disebabkan oleh rintangan (penolakan) badan terhadap insulin,” katanya.
Akibatnya, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi insulin yang tidak berkesan namun masih tidak mencukupi, dan dalam jangka masa panjang, ketegangan sel beta akan merosakkan dan mengurangkan penghasilan insulin.
Kredit foto: Freepik Berdasarkan pengalamannya merawat diabetes dalam kalangan kanak-kanak, Dr Ch’ng melihat kes diabetes semakin meningkat dan membimbangkan.
Justeru katanya, ibu bapa harus mengawasi simptom yang mungkin dialami oleh anak mereka, antaranya kerap membuang air kecil, sering berasa haus, kerap minum air, mudah penat serta mengalami penurunan berat badan secara mendadak.
“Simptom ini jika tidak dirawat, pesakit boleh mendapat diabetes ketoasidosis, di mana mereka akan mengalami kesukaran bernafas, rasa keliru dan mengalami dehidrasi serius,” jelasnya.
Diabetes ketoasidosis adalah satu komplikasi serius bagi diabetes jenis 1, dan jika tidak dirawat seawalnya dengan berkesan boleh mengakibatkan kematian.
Ditanya jika diabetes jenis 1 dalam kalangan kanak-kanak boleh dirawat dan tidak akan berterusan hingga dewasa, pakar itu berkata ia boleh dikawal namun hingga kini belum ada ubat penyembuh jenis 1.
Kurangkan risiko
Sehubungan itu, Dr Ch’ng berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak mereka mengambil makanan sihat dan bersenam.
“Kanak-kanak digalakkan bersenam selama 45 minit ke satu jam setiap hari dan tidak makan secara berlebihan, kerana apabila mereka mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat diabetes jenis 2.”

Menurut beliau lagi, bagi kanak-kanak yang menghidap diabetes, mereka perlu mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, buta, strok, kerosakan saraf dan masalah jantung.
“Mereka juga harus hadir temu janji susulan bersama pakar endokrinologi secara berkala dan menjalani ujian saringan kesihatan mata setiap tahun,” katanya.
Berhubung dakwaan bahawa rawatan diabetes mahal, beliau berkata ia tidak semahal seperti yang disangkakan.
Penting kesan awal
Sementara itu, Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman SMVC, Dr Lim Kim Piow menegaskan kepentingan bagi setiap individu mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
Menurut beliau, dalam kes diabetes, amat kritikal bagi pesakit mendapat rawatan seawal mungkin.
“Untuk mengelakkan komplikasi, masa adalah kunci utama, dan kajian telah membuktikan bahawa sekiranya rawatan untuk menurunkan gula dengan berkesan dilakukan lebih awal, ia mampu menyelamatkan nyawa.
“Dalam erti kata lain, terdapat ‘golden time’ atau jangka masa penting untuk merawat diabetes secara agresif pada peringkat awal bagi mengelakkan komplikasi berlaku,” katanya.
Diabetes juga menurut Dr Lim merupakan penyakit yang tidak bergejala, iaitu pesakit tidak akan mengalami simptom ketika paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Tambahnya, pesakit hanya akan mengalami simptom osmosis ketika bacaan gula dalam darah sudah mencapai belasan seperti rasa dahaga, kerap membuang air kecil atau rasa lapar.
Namun katanya, mereka yang mengalami simptom berkenaan biasanya menganggap itu perkara normal.

“Sebagai contoh, penurunan berat badan secara mendadak adalah tanda paras gula yang tinggi dan bukan disebabkan perubahan gaya hidup. Ini gejala yang sering disalah anggap sebagai penurunan berat badan yang efektif bagi pesakit obes yang sememangnya menghidap diabetes atau pradiabetes yang ingin menurunkan berat badan,” katanya.
Pemakanan dan gaya hidup
Tidak dinafikan pelbagai jenis sajian yang manis dan viral semakin mendapat tempat di hati masyarakat, khususnya golongan muda.
Mengulas mengenainya, Dr Lim tidak menolak budaya pengambilan makanan manis berlebihan mendedahkan generasi muda, terutama kanak-kanak, kepada diabetes.
“Semestinya. Ini kerana kebanyakan makanan dan minuman yang dijual dan dipromosikan di kedai makan, media sosial dan kompleks beli-belah mempunyai karbohidrat dan lemak yang tinggi serta kurang serat.

“Makanan dan minuman seperti ini tidak sihat dan tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang mempunyai diabetes atau pradiabetes yang kebanyakan sudahpun berada dalam keadaan obesiti,” katanya.
Selain itu, Dr Lim berkata, golongan muda yang tinggal di kawasan bandar kini terdedah kepada tekanan kerja yang tinggi, kurang tidur dan kurang bersenam, yang mana turut merisikokan mereka untuk menghidap diabetes.
“Keadaan mereka boleh bertambah teruk apabila digabung dengan pengambilan alkohol, merokok dan vap yang dianggap boleh ‘mengurangkan’ stres. Ini adalah gaya kitaran hidup yang tidak sihat dan boleh membawa kepada diabetes yang boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok,” katanya.
Sumber: Bernama
 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Diabetes, Bayi Pun Boleh ‘Kena,’ Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/diabetes-bayi-pun-boleh-kena-jenis-penyakit-yang-tak-kenal-usia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Penyakit Yang Sering Muncul Pasca Lebaran Radang Tenggorokan Paling Banyak Terjadi

Jenis Penyakit Yang Sering Muncul Pasca Lebaran Radang Tenggorokan Paling Banyak Terjadi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 135 hits
Meskipun memikat untuk dinikmati menu menu lebaran sebaiknya dinikmati dengan porsi yang terkendali demi mencegah timbulnya sejumlah masalah kesehatan
Bahaya Bila Ibu Melahirkan Overdue Boleh Sebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

Bahaya Bila Ibu Melahirkan Overdue Boleh Sebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 136 hits
Bila seseorang wanita itu lewat bersalin dari tarikh jangkaan sudah tentulah merisaukan Bakal ibu pasti susah hati dan tertanya tanya bila dia akan melahirkan Sebenarnya kelahiran overdue biasa berlaku dan ia boleh mendatangkan bahaya Palin...
Semangat Kuat Ibu Meninggal Dunia Bayi Lahir Secara C Zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

Semangat Kuat Ibu Meninggal Dunia Bayi Lahir Secara C Zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 151 hits
Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam kata pegawai kesihatan Palestin Sumb...
5 Jenis Teh Untuk Sembuhkan Sakit Tenggorokan Murah Dan Manjur

5 Jenis Teh Untuk Sembuhkan Sakit Tenggorokan Murah Dan Manjur

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 98 hits
Penyakit pada tenggorokan bisa diredakan dengan minuman alami seperti teh jahe yang dapat disajikan di rumah Mari lihat ragam minuman yang bisa dipersiapkan
8 Jenis Kacang Yang Lezat Dan Sangat Berguna Untuk Mengatasi Kekurangan Zat Besi

8 Jenis Kacang Yang Lezat Dan Sangat Berguna Untuk Mengatasi Kekurangan Zat Besi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 172 hits
Kacang kacangan merupakan jenis makanan sehat yang bisa memenuhi kebutuhan zat besi tubuh
Buasir Otak Tv Boleh Buka Tak Boleh Tutup Be Like

Buasir Otak Tv Boleh Buka Tak Boleh Tutup Be Like

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 169 hits
Setiap kali budak tanya teka teki benda apa boleh buka tapi tak boleh tutup Jom tonton animasi ini
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 308 hits
Jenis Pelaburan Terbaik di Malaysia dari syarikat pilihan anda sekarang selain melabur dengan asb Pelaburan didefinisikan sebagai suatu kegiatan menanamkan modal melalui pembelian instrumen kewangan atau aset dengan harapan pemilik modal ak...
Pengikut Ikut Acuan Dak Oun Jenis Tak Sekolahm Pendokong Ph Jangan Ikut Perangai Macam Ni

Pengikut Ikut Acuan Dak Oun Jenis Tak Sekolahm Pendokong Ph Jangan Ikut Perangai Macam Ni

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 172 hits
Che IbrahimPengikut sapa ni Sah haji Hadi pun malu nak mengaku penyokong PN apalagi Muhyidin yang sudah lama kata parti ajaran sesat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities