Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia


Nicol David adalah pemain skuasy profesional Malaysia yang telah menjadi pemain nombor satu Dunia berturut-turut selama 87 bulan dari Ogos 2006 hingga November 2013.
Beliau telah dianggap sebagai pencabar utama untuk gelaran “Pemain Skuasy Terhebat Sepanjang Zaman”.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Nicol David.
Baca juga:
Biodata Lee Chong Wei Biodata Azizulhasni Awang Biodata Faisal Halim Latar Belakang Kredit Instagram @nicoldsquash NamaNicol Ann DavidNama PanggilanNicol DavidTarikh Lahir26 Ogos 1983Tempat LahirPulau PinangPekerjaanAtlet skuasyJurulatihLiz IrvingTangan UtamaKananKetinggian163 cmAkaun Media SosialInstagram @nicoldsquash
Facebook @nicoldavidofficial
TikTok @nicoldavidsquash
X @nicoldavid Kehidupan Peribadi Kredit Instagram @nicoldsquash Nicol David merupakan anak pasangan kacukan India dan Cina. Beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang.
Bapa beliau bernama Desmond David bekerja sebagai seorang jurutera dan pernah menjadi pemain bola sepak negeri dan juga olahragawan.
Manakala ibunya, Ann Marie David pula merupakan seorang pesara guru. Beliau mempunyai dua orang kakak, Lianne dan Cheryl. Mereka juga turut aktif dan cemerlang dalam sukan skuasy di peringkat kebangsaan.
Sehingga kini, Nicol David masih bujang dan belum mendirikan rumah tangga.
Kerjaya & Profesional Pada mulanya di bangku sekolah, Nicol David bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap subjek matematik.
Namun ketika usianya 5 tahun, Nicol telah mula menunjukkan minat terhadap permainan skuasy.
Pada usia 8 tahun, semasa dilatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, beliau telah disenarai pendek untuk mewakili negeri kelahirannya Pulau Pinang dalam Kejohanan Antara Negeri Remaja Kebangsaan Milo-Dunlop Sport 1992.
Beliau seterusnya memenangi pingat perak dalam kategori B-16, memperoleh gelaran kebangsaan pertamanya.
Pada tahun 1994, beliau memenangi gelaran antarabangsa pertamanya dalam kejohanan Terbuka Junior Scotland B-12 dan kejohanan Hong Kong B-13.
Nicol David adalah bakat hebat yang berpotensi menjadi salah satu pemain terbaik di dunia. Pada tahun 1999, beliau membuktikan kemahirannya dengan memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia Wanita pada usia 15 tahun.
Dalam pertandingan itu, Nicol berjaya menewaskan tiga pemain yang diletakkan dalam ranking 20 teratas dunia.
Beliau hanya seorang pelajar sekolah yang berjaya mengalahkan pemain berpengalaman lain dengan mudah.
Persembahan ini menjadi tajuk utama di seluruh dunia sukan dan menjadikan Nicol seorang bintang. Pada tahun 2001, beliau memenangi pertandingan Kejohanan Remaja Dunia untuk kali kedua.
Pada tahun 2000, Nicol menjadi profesional dengan menyertai WISPA. Dalam bulan pertama dalam jelajah itu Nicol dapat memenangi gelaran pertamanya.
Dalam pertandingan terbuka Finland Savcor, beliau mengalahkan Salma Shabana untuk memenangi gelaran pertamanya. Ini hanyalah yang pertama daripada berpuluh-puluh trofi yang akan menyusul. 
Menjelang tahun 2005, Nicol telah menjadi pemain yang dominan dalam jelajah itu sehingga beliau hanya tewas 2 perlawanan sepanjang tahun.
Beliau memenangi Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia. Tetapi pencapaian terbesarnya ialah memenangi Terbuka British, menjadi orang Asia pertama yang melakukannya.
Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh juga menjadikannya ranking No.1 Dunia pada Ogos 2006.
Pada tahun 2006, beliau meneruskan rentetan persembahan mengagumkannya dengan mempertahankan Terbuka Dunia, Terbuka Malaysia, Terbuka British. Selain itu, beliau juga memenangi Terbuka Pulau Pinang, Cabaran Terbuka Qatra Airways, Terbuka Hong Kong, dan lain-lain.
Setelah 20 tahun bergiat aktif dalam sukan, Nicol David mengumumkan persaraannya pada bulan Mei 2019.
Pencapaian Nicol David Nicol David telah mengukir legasi yang luar biasa dalam dunia sukan. Sebagai salah satu pemain skuasy terhebat dalam sejarah, beliau telah mengumpul pelbagai pujian dan pencapaian sepanjang kerjayanya yang cemerlang.
Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Nicol David sepanjang menjadi pemain skuasy:
Penghargaan:
Darjah Bakti (DB), Malaysia Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk, Malaysia Kesatria Mangku Negara (KMN), Malaysia Ahli Mangku Negara (AMN), Malaysia Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – Dato’, Pulau Pinang Ijazah Doktor Kehormat Sains Sukan (2019), Universiti Sains Malaysia Anugerah:
Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA). Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus (2005, 2007 dan 2014). Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Anugerah The Knights 2023. Anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader’s Digest 2023. Pencapaian:
PertandinganKeputusanTahunAcaraTerbuka Junior ScotlandJuara1995Bawah-14Terbuka Junior BritishJuara 1996Bawah-14Terbuka Junior ScotlandJuara 1996Bawah-14Terbuka Junior BritishJuara 1997Bawah-14Terbuka Junior ScotlandJuara 1997Bawah-16Terbuka Junior AustraliaJuara 1997Bawah-15Terbuka Junior AustraliaJuara 1997Bawah-17Terbuka Junior BritishJuara 1998Bawah-16Terbuka Junior ScotlandJuara 1998Bawah-17Kejohanan AsiaJuara 1998PerseoranganAkhir Litar Utama Skuasy Junior AsiaJuara1998Bawah-19Sukan Asia ke-13 Emas1998PerseoranganKejohanan Asia Juara2000PerseoranganTerbuka Finland SavcorJuara2000PerseoranganTerbuka Kuala LumpurJuara2000PerseoranganTerbuka MiloNaib Juara2000PerseoranganYTL OpenNaib Juara2000PerseoranganKejohanan Junior AsiaJuara2001PerseoranganKejohanan Junior AsiaJuara2001PasukanKejohanan Junior AsiaJuara2001Junior SeduniaTerbuka DMCNaib Juara2001PerseoranganKejohanan AsiaJuara2002PerseoranganKejohanan Asia Juara2002PasukanSukan Komanwel 2002 Perak2002Beregu CampuranSukan Asia ke-14Perak2002PerseoranganTerbuka Kuala LumpurJuara2002PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaNaib Juara2003PerseoranganTerbuka Monte Carlo ClassicNaib Juara2003PerseoranganKejohanan AsiaJuara2004PerseoranganKejohanan AsiaJuara 2004PasukanTerbuka Kuala LumpurNaib Juara2004PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaNaib Juara2004PerseoranganTerbuka Shanghai WISPA WorldstarsNaib Juara2004PerseoranganTerbuka Kuala LumpurJuara 2005PerseoranganTerbuka Kuwait Sheikha Al SaadJuara 2005PerseoranganTerbuka BelandaJuara 2005PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaJuara 2005PerseoranganTerbuka BritishJuara 2005PerseoranganTerbuka Carol WeymullerJuara 2005PerseoranganTerbuka DuniaJuara 2005PerseoranganKejohanan AsiaJuara2006PerseoranganKejohanan AsiaJuara2006PasukanSukan Asia ke-15 Emas2006PerseoranganTerbuka Cabaran Qatar AirwaysJuara2006PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaJuara2006PerseoranganTerbuka Pulau PinangJuara2006PerseoranganTerbuka British Juara2006PerseoranganTerbuka Hong Kong Cathay PacificJuara2006PerseoranganTerbuka Dunia Juara2006PerseoranganTerbuka ApawamisNaib Juara2006PerseoranganTerbuka Kuala LumpurNaib Juara2006PerseoranganTerbuka Kuala LumpurJuara2007PerseoranganTerbuka Kuwait Sheikha Al SaadJuara2007PerseoranganTerbuka Qatar ClassicJuara2007PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaJuara2007PerseoranganSingapore MastersJuara2007PerseoranganTerbuka Belanda Juara2007PerseoranganTerbuka Qatar Classic Juara2007PerseoranganTerbuka Hong Kong Cathay PacificJuara2007PerseoranganTerbuka Bandaraya SeoulNaib Juara2007PerseoranganTerbuka BritishNaib Juara2007PerseoranganKejohanan Asia Juara2008PerseoranganKejohanan Asia Juara2008PasukanTerbuka Skuasy ApawamisJuara2008PerseoranganTerbuka Kuala LumpurJuara2008PerseoranganTerbuka BritishJuara2008PerseoranganTerbuka Bandaraya SeoulJuara2008PerseoranganTerbuka Wanita MalaysiaJuara2008PerseoranganSingapore MastersJuara2008PerseoranganTerbuka BelandaJuara2008PerseoranganTerbuka DuniaJuara2008PerseoranganTerbuka Qatar Classic Juara2008PerseoranganTerbuka Hong Kong Cathay Pacific Juara2008PerseoranganSukan DuniaJuara 2009PerseoranganTerbuka Kepulauan CaymanJuara 2009PerseoranganTerbuka TexasJuara 2009PerseoranganTerbuka Kuala LumpurNaib Juara2009PerseoranganTerbuka Bandaraya SeoulJuara 2009PerseoranganTerbuka MalaysiaJuara 2009PerseoranganSingapore MastersJuara 2009PerseoranganTerbuka DuniaJuara 2009PerseoranganTerbuka Hong Kong Cathay PacificJuara 2009PerseoranganKejohanan Asia Juara 2010Perseorangan Sukan KomanwelEmas2010Perseorangan Sukan KomanwelGangsa2010Beregu CampuranSukan AsiaEmas2010Perseorangan Sukan AsiaEmas2010PasukanTerbuka ChennaiJuara2010Perseorangan Terbuka Kuala LumpurJuara2010Perseorangan Terbuka Kepulauan CaymanJuara2010Perseorangan Terbuka MalaysiaJuara2010Perseorangan Singapore MastersJuara2010Perseorangan Terbuka Hong Kong Cathay PacificJuara2010Perseorangan Terbuka DuniaJuara2010Perseorangan Torneo International Bicentenario MexicoJuara2010Perseorangan Terbuka Qatar ClassicJuara2010Perseorangan Kejohanan Asia Juara2011Perseorangan Terbuka Kuala LumpurJuara2011Perseorangan Cayman Islands Open Juara2011Perseorangan Cleveland ClassicNaib Juara2011Perseorangan Fakta Menarik Mengenai Nicol David Duta Yayasan Laureus Sport of Good Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Penerima anugerah Order of Merit kerana telah memberikan sumbangan besar dalam bidang seni, sains dan kemanusiaan. Menjadi yang pertama memenangi lapan kali Terbuka Dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014. Pada Julai 2016, Nicol mencapai bulan ke-151 berturut-turut dalam 10 teratas. Diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Asia, mengetuai benua Asia dalam Sukan Komanwel (2014) dan keistimewaan membawa obor Olimpik untuk Malaysia semasa pembinaan Olimpik Athens (2004) serta Olimpik Beijing (2008). Pemain Terbaik WISPA dari 2005-2010. Memenangi Skuasy Asia untuk rekod lapan kali dari 1998-2011.  Pengasas kepada Nicol David Organisation Tahniah Nicol David! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan skuasy tanah air.
Sumber:
Instagram @nicoldsquash Nicol Ann David: GOAT Skuasy Dari Malaysia Yang Menjadi Juara Dunia 8 Kali. Axello Nicol David. Success Story

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/nicol-david/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nicol-david

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasukan Wanita Kebangsaan Dalam Acara Kayuhan Sprint Pertama Dalam Senarai Simpanan

Pasukan Wanita Kebangsaan Dalam Acara Kayuhan Sprint Pertama Dalam Senarai Simpanan

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 58 hits
PUTRAJAYA Pasukan trek berbasikal wanita kebangsaan berada di puncak senarai menunggu untuk Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Jefri Ngadirin berkata pasukan tersebut akan men...
Pertama Di Asia Fakultas Biologi Ugm Buka Prodi Profesi Kurator Keanekaragaman Hayati

Pertama Di Asia Fakultas Biologi Ugm Buka Prodi Profesi Kurator Keanekaragaman Hayati

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 62 hits
Fakultas Biologi UGM membuka Program Studi baru yaitu Profesi Kurator Keanekaragaman Hayati Ini merupakan prodi pertama di Indonesia dan Asia
Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 111 hits
Infinix jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda baru baru ini telah melancarkan telefon pintar permainan peringkat esport utamanya Infinix GT 20 Pro Mengatasi yang lain dalam permainan mudah alih Infinix telah menjalin perk...
Tahniah M Sia Piala Dunia Sepak Takraw Wanita Urut

Tahniah M Sia Piala Dunia Sepak Takraw Wanita Urut

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 94 hits
Foto daripada Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia PSM Lanjut rujuk GARIS PANDUAN BERSUKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM https www islam gov my images garis panduan garis panduan atlet pdf 1 Kelantan rakam tahniah kepada pasukan takraw negara...
Suami Sentuh Anak Pertama Wanita Gugurkan Kandungan Elak Kejadian Berulang

Suami Sentuh Anak Pertama Wanita Gugurkan Kandungan Elak Kejadian Berulang

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 65 hits
Luahan seorang wanita gugurkan kandungan kerana enggan suaminya menyentuh anak mereka lagi selepas zuriat pertama menjadi mangsa benar benar membuatkan konti radio Zayan FM sebak Anak jadi mangsa nafsu bapa kandung Menerusi posting yang dib...
Atm Sahkan Sarjan Faridah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Atm Sahkan Sarjan Faridah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 85 hits
Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan Sarjan Faridah Abd Rahman daripada pasukan Malbatt bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon meninggal dunia akibat serangan jantung Menurut kenyataan ATM perkembangan itu berdasarkan hasil be
Konsortium Mahb Jangan Politikkan Dana Antarabangsa Blackrock

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

When Elite And Masses Don T See Eye To Eye On Israel Boycott

20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Bolehkah Hamil Walaupun Dara Tak Pecah

Bukit Aman To Summon All Officers Probing Assault Case Igp

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Tomislav Harap Mereka Buktikan Kemampuan

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia

Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap

Pengumuman Pemenang Top Komentator May 2024

Makan Di Majlis Jasamu Dikenang

Ibu Bapa Zayn Rayyan Disiasat Di Bawah 302 Kanun Keseksaan