Bayaran masuk Zoo Songkhla.Harganya boleh tahan ya untuk pelancong asing 😅. Tapi sebab dah sampai depan pintu masuk zoo, maka kita teruskan jugalah
Peta Zoo Songkhla (sumber : songkhla.zoothailand.org)Setiap kenderaan akan diberi peta zoo dan jadual pertunjukan / waktu memberi makan haiwan tertentu, ada yang percuma dan ada yang perlu bayaran tambahan
Haiwan pertama yang saya nampak sebaik turun dari kereta. Entah kenapa, saya rasa kasihan pulak melihatnya. Di sini pengunjung boleh membeli makanan untuk beri badak makan
Sedap tidur tengah hari ya singa. Masa ni pukul 12.15 tengah hari waktu Thai.
Pukul 12.30 tengah hari, pengunjung boleh menyaksikan secara percuma aktiviti memberi makan harimau. Mula-mula makanan iaitu daging diikat dan dimasukkan dalam air. Harimau ikut masuk air dan berusaha mendapatkan daging yang digerakkan ke sana sini. Pengunjung bersorak dan bertepuk tangan apabila harimau berjaya mendapatkan makanannya
Dua ekor harimau sedang berusaha mendapatkan daging yang digantung pula
Tak terus diberi, daging tersebut digerak-gerakkan. Saya mula rasa kasihan
Seekor lagi harimau memanjat tinggi untuk mendapatkan makanannya
Ring-tailed lemur.Kami kemudiannya memandu ke kawasan yang menempatkan lemur. Jenis lemur yang ada di zoo ini berbeza dengan lemur yang saya lihat sewaktu kunjungan saya ke Taman Negara Bako, Sarawak. Comel dan sangat menarik rupa ring-tailed lemur. Halus je bunyi sesuai dengan rupanya. Di sini pengunjung juga boleh membeli makanan untuk diberi kepada lemur. Patutlah semuanya berkejaran mendekati kami (di sebalik jaring besi), mungkin menyangka kami akan beri makanan.
Linne’s two-toed sloth.Teruja saya apabila tahu di Zoo Songkhla terdapat sloth, haiwan mamalia paling perlahan di dunia! Haiwan penghuni hutan hujan Amerika ini aktif pada waktu malam. Maka, kecewa jugalah kami sebab tak berpeluang menyaksikan bagaimana sloth bergerak. Nak tengok rupa paras sloth pun tak nampak, cuma nampak bahagian belakang badannya yang sedang berehat di dahan pokok
Geng konvoi 10 orang (saya dan seorang lagi tiada dalam foto) di kawasan rusa
Di sini kita dapat menyaksikan rusa lepas bebas, bukan dalam kandang. Tapi kita dilarang berada terlalu dekat dengan rusa. Belum sempat dekat pun, kawanan rusa dah beredar memanjat lereng bukit. Tak sempat nak berfoto sama 😄
Tumbuhan yang menarik perhatian saya - ada buah dan bunganya berwarna purple lembut|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |