Zoo Johor Tarikh Pembukaan Semula Harga Tiket Masuk 2024


Bagi penduduk negeri Johor dan sekitarnya, tahukah anda Zoo Johor bakal dibuka semula tidak lama lagi dengan wajah baru.
Zoo Johor telah ditutup akibat pandemik covid yang lalu dan kerja-kerja menaiktaraf juga telah dilakukan selama 3 tahun.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Sejarah Zoo Johor Zoo Johor adalah merupakan kurniaan Istana Johor kepada rakyatnya. Nama asalnya ialah Kebun Binatang Istana. 
Zoo ini telah ditubuhkan pada tahun 1928, menjadikannya zoo tertua di Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru, zoo ini mempunyai keluasan lebih 32 hektar dan menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan. 
Lokasi yang strategik ini memudahkan pengunjung untuk mengakses zoo ini, sama ada dari dalam atau luar negeri. 
Dengan lebih daripada 90 tahun sejarah, zoo ini terus menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa. 
Pada mulanya, zoo ini dibina sebagai kawasan perlindungan untuk haiwan eksotik dan tempatan yang dilindungi oleh pihak kerajaan. Kemudian, ia berkembang menjadi destinasi pendidikan dan pelancongan yang penting di Malaysia.
Tarikh Pembukaan Semula Sumber: Johor Distro Baru-baru ini, YAB Dato Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan secara rasmi tarikh pembukaan semula Zoo Johor setelah penutupannya akibat pandemik covid & kerja-kerja menaiktaraf. 
Selepas tiga tahun ditutup, akhirnya ia akan dibuka semula dengan wajah baru bermula pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), bersamaan dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pembukaan ini dijadualkan dirasmikan oleh Pemangku Raja Johor pada 28 Ogos 2024. 
Turut diumumkan kadar baru harga tiket Zoo Johor yang masih paling rendah dalam Malaysia iaitu RM 10 (DEWASA) dan RM 5 (KANAK-KANAK). 
YAB Dato Onn Hafiz Ghazi juga mengumumkan POTONGAN 50% bagi harga tiket dewasa & percuma bagi kanak-kanak selama sebulan bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2024.
Pembukaan semula Zoo Johor adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk Kurniaan haiwan peliharaan Istana Johor seperti Harimau Belang, Tapir dan Berulang Matahari kepada Zoo Johor.
Pembaharuan Dilakukan Sumber: ZOOJOHOR Zoo Johor merancang memperkenalkan Program Pengambilan Haiwan untuk sektor swasta membantu kos makanan, penyelenggaraan dan jagaan haiwan. Kerajaan Negeri Johor akan bekerjasama dengan Zoo Negara dan Zoo Melaka untuk program pertukaran haiwan sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan. Perubahan termasuk pengunjung boleh melihat haiwan dari luar walaupun selepas waktu tutup, sistem e-tiket, penambahbaikan laluan masuk, dan kawasan rehat serta taman permainan kanak-kanak. Harga tiket akan kekal mampu milik dan lebih murah berbanding zoo lain di negara ini. Lokasi Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
Zoo Johor terletak di lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandar Johor Bahru, menjadikannya mudah diakses oleh penduduk tempatan mahupun pelancong luar. 
Dengan jarak yang dekat dengan pusat bandar dan pelbagai tarikan lain, zoo ini sering menjadi pilihan utama keluarga yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama. 
Kemudahan pengangkutan seperti bas awam dan teksi juga memudahkan lagi kunjungan ke zoo ini, menjadikan ia sebagai pilihan destinasi hujung minggu yang popular.
Harga Tiket Masuk 2024 Harga tiket masuk terbaru yang diumumkan adalah:
RM 10 (DEWASA) RM 5 (KANAK-KANAK) Selain itu, terdapat juga POTONGAN 50% bagi harga tiket dewasa & percuma bagi kanak-kanak selama sebulan bermula 31 Ogos sehingga 30 September 2024.
Tarikan Utama & Aktiviti Menarik Di Zoo Johor Koleksi Haiwan yang Pelbagai Zoo Johor terkenal dengan koleksi haiwan yang pelbagai, termasuk mamalia, burung, reptilia dan ikan. Antara haiwan yang boleh ditemui di sini adalah harimau, singa, gajah dan pelbagai spesies burung yang berwarna-warni. 
Zoo ini juga berusaha untuk memelihara haiwan yang terancam dan menjalankan program pembiakan untuk memastikan kelangsungan spesies-spesies tersebut.
Sumber: ZOOJOHOR Pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan ini dari dekat dan belajar tentang habitat serta perilaku mereka melalui pameran yang informatif.
Salah satu tarikan utama Zoo Johor adalah kepelbagaian spesies haiwan yang dipamerkan di sini. Zoo ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan yang terdiri daripada mamalia, burung, reptilia, dan ikan.
Aktiviti dan Program Pendidikan Zoo Johor bukan sahaja tempat untuk melihat haiwan, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti pendidikan. 
Program seperti sesi memberi makan haiwan dan ceramah mengenai pemeliharaan haiwan diadakan secara berkala. 
Sumber: ZOOJOHOR Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami lebih mendalam tentang kepentingan pemeliharaan haiwan dan habitat mereka.
Selain itu, zoo ini juga menyediakan kemudahan untuk lawatan sekolah, di mana pelajar dapat belajar tentang biologi dan ekologi dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.e
Persembahan Selain itu, terdapat juga persembahan haiwan yang menarik yang dijadualkan sepanjang hari, menjadikan pengalaman kunjungan lebih interaktif dan menghiburkan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Zoo Johor dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung. 
Terdapat kawasan rehat dan kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan berkaitan haiwan. Kemudahan seperti tandas dan tempat parkir juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. 
Zoo Johor direka dengan kemudahan yang mesra keluarga, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan bersama anak-anak. 
Sumber: ZOOJOHOR Terdapat taman permainan kanak-kanak yang luas, tempat berehat, dan kemudahan tandas yang bersih serta mudah diakses. 
Selain itu, kawasan hijau yang sejuk dan suasana yang tenang menjadikan ia tempat yang ideal untuk berehat sambil menikmati alam semula jadi.
Waktu Operasi Zoo Johor akan beroperasi setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang selepas dibuka semula pada 31 Ogos 2024. Kemasukan terakhir adalah pada pukul 5 petang. 
Pengunjung digalakkan untuk mengunjungi zoo ini pada hari bekerja kerana pada hujung minggu dan cuti umum, zoo ini akan lebih sesak dengan pengunjung.
Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menyediakan empat buah ‘shuttle bus’ yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tempat letak kereta di Penjara Ayer Molek ke Zoo Johor.
Info Penting Untuk Bakal Pengunjung Zoo Johor 1. Buat masa ini, pembelian tiket hanya secara “walk-in”. Pengunjung boleh membeli tiket di kaunter tiket ataupun mesin pembelian tiket. Bayaran boleh dibuat secara tunai dan kad debit/kredit. Pembelian secara “online” masih dalam proses naiktaraf.
2. Diskaun 50% untuk tiket dewasa warganegara dan PERCUMA bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU selama 1 bulan bermula 31 OGOS hingga 30 September 2024.
3. Jangan lupa bawa Mykad, Mykid, Lesen Memandu atau Passport untuk petugas membuat pengesahan. Sekiranya anak anda belum mempunyai Mykid, pastikan anda membawa surat lahir anak. 
4. Untuk parkir kenderaan, pengunjung  boleh parking di Penjara Ayer Molek dan naik bas shuttle yang disediakan oleh PAJ untuk ke Zoo Johor. Ada 4 buah bus shuttle disediakan setiap hari dengan kekerapan setiap 15 minit.
5. Zoo Johor Souvenir Centre turut beroperasi sama waktu dengan Zoo Johor.
6. Untuk makluman semua, tiada lagi gerai atau kedai yang menjual makanan buat masa ini. Hanya ada “vending machine” atau mesin gedegang sahaja di dalam dan luar Zoo Johor.
7. Tandas awam dan surau untuk para pengunjung ada disediakan. Pondok rehat dan kawasan untuk berteduh juga banyak.
(Sumber: Johor Distro)
Penutup Zoo Johor adalah destinasi yang menarik dan berinformasi bagi pengunjung yang ingin belajar tentang haiwan dan pemeliharaan alam, atau sekadar meluangkan masa bersama insan tersayang.
Zoo ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/zoo-johor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zoo-johor

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024

Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 198 hits
Harga Tiket Zoo Johor Dibuka Pada 31 Ogos 2024 Zoo Johor akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 31 Ogos ini Bagi pengunjung yang merancang untuk ke Zoo Johor pada 31 Ogos ini sila letakkan kenderaan anda di tapak parkir Penjara Ayer Mo...
Desaru Waterpark Tarikan Utama Kemudahan Harga Tiket Masuk

Desaru Waterpark Tarikan Utama Kemudahan Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 172 hits
Desaru Waterpark atau lebih dikenali sebagai Adventure Waterpark Desaru Coast adalah salah taman tema air yang menjadi pilihan pelancong dan popular di Malaysia Taman tema ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi kel...
Petrosains Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Wajib Dicuba

Petrosains Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Wajib Dicuba

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 235 hits
Sekiranya anda mencari destinasi yang sesuai untuk bawa anak anak bercuti sambil belajar Petrosains adalah salah satu pilihan yang tepat Petrosains bukan sahaja menawarkan pengalaman interaktif yang menyeronokkan tetapi juga menggabungkan p...
Times Square Theme Park Tarikan Utama Cara Beli Tiket Masuk Dengan Diskaun Istimewa

Times Square Theme Park Tarikan Utama Cara Beli Tiket Masuk Dengan Diskaun Istimewa

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 162 hits
Times Square Theme Park Tarikan Utama Cara Beli Tiket Masuk Dengan Diskaun Istimewa Selamat datang ke Times Square Theme Park sebuah destinasi hiburan yang terletak di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur Terletak di dalam kompleks membeli ...
Maha 2024 Tarikh Jadual Peta Lokasi Aktiviti

Maha 2024 Tarikh Jadual Peta Lokasi Aktiviti

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 161 hits
MAHA kembali lagi pada tahun 2024 Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan atau singkatannya MAHA merupakan sebuah acara yang dianjurkan pada setiap 2 tahun dan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang Bermula pada tahu...
Farm Fresh Upm Tarikan Utama Waktu Operasi Cara Membeli Tiket Masuk

Farm Fresh Upm Tarikan Utama Waktu Operasi Cara Membeli Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 309 hits
Farm Fresh UPM Destinasi Agro Pelancongan Terbaik di Malaysia Farm Fresh UPM merupakan salah satu destinasi agro pelancongan yang wajib anda kunjungi di Malaysia Terletak di Universiti Putra Malaysia Serdang tempat ini menawarkan pengalaman...
Harga Lesen Motor 2024 B Dan B Full

Harga Lesen Motor 2024 B Dan B Full

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 216 hits
Lihat dan semakan harga terkini lesen motor B dan B Full bagi tahun 2024 yang diumumkan secara rasmi oleh Jabbatan Pengankutan Jalan Mengikut undang undang jalan raya di Malaysia mana mana individu yang ingin menunggang motorsikal di atas j...
Persatuan Pengguna Persoal Perbezaan Ketara Harga Air Mineral Dan Harga Ron95 Kenyataan Media Ppim 22 08 2024

Persatuan Pengguna Persoal Perbezaan Ketara Harga Air Mineral Dan Harga Ron95 Kenyataan Media Ppim 22 08 2024

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 130 hits
Kajian perbandingan harga baru baru ini yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan perbezaan harga antara air mineral dan petrol gred RON95 telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna Malaysia Menurut kajian i...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids